Sudah! Kita tutup kes GCSB. Jangan pandang belakang lagi. Fokus, masa hadapan. Jangan ditangisi masa silam, jangan takut masa depan. Apa jua cabaran yang menanti, kita bersedia menghadapi. Sesekali jatuh tersungkur, bangkit kembali. Berdiri dan terus berlari sehingga terbang ke angkasa sebebas-bebasnya.
Bak kata orang putih, Yesterday is memory. Tomorrow is fantasy. BUT today is a gift. That's why we call it present. Cewah! Present! Hadiah! Anugerah! Apa yang kita ada pada hari ini. Dalam konteks diri sendiri, apa yang aku ada dan harus disyukuri. Yang tiada tak payah dirisaukan. Apa yang aku ada ya? Ibu bapa... maka aku wajib berbakti kepada mereka sehingga akhir hayat mereka.
Apa lagi? Emm.. keluarga. Aku abang Long kepada 3 orang adik yang masih lagi belajar. Dan yang terkini, aku sudah ada rumahtangga yakni sudah beristeri. Maka aku menjalankan amanah & tanggungjawab selaku suami dan ketua keluarga. Rumahtangga yang baru dibina perlu dikekalkan keharmonian dan kerukunannya. Insya allah..aku akan lakukan yang terbaik.
Demi isteri tercinta, biarpun kami dipisahkan Laut Cina Selatan. Walaupun aku di semenanjung, dia di Borneo berkorban menjalankan tugas mendidik anak bangsa, aku kena berikan yang terbaik. Aku mesti terus gigih bekerja keras demi sebuah keluarga yang baru dibina. Apa jua rintangan, kita perlu berdepan dengan rasional!
Ya! Dengan rasional.. fasa indah musim cinta pra-perkahwinan (bercinta & bertunang) sudah berlalu. Cabarannya adalah mengekalkan momentum yang sama era pasca-perkahwinan. Kalau boleh dengan lebih hebat lagi. Kalau masa bercinta, kalau ada gunung sanggup didaki, walau ada lautan sanggup direnangi. Nah! Sanggupkah merentas Laut Cina Selatan???
Sebab tu masa kami bercinta sebelum berkahwin, ada bahagian yang kami reserved! Pandai coverline. Tak pernah kantoi..sampai ada kawan hairan bila masa kami bercinta, alih-alih dah kahwin. Sekelip mata saja. Memang kami tak all out masa bercinta dulu. Ada bahagian yang kena reserve.We reserve the part that we do not deserve! Bercinta dan bertunang jauh sekali berbeza dengan berkahwin. Bercinta & bertunang tetap ada batasnya. Hubungan masih belum halal, dan banyak dugaan. Alhamdulillah..berjaya mengelakkan sentuhan-sentuhan yang haram hukumnya.
Si syaitan ni sibuk hasut dan goda kita supaya terlanjur. Ironinya syaitan tak macam tu bila kita dah sah bergelar suami isteri. Dia taknak bagi pulak kita "buat pahala". Kan dah halal. Seboleh-boleh syaitan yang direjam ni nak pisahkan kita sampai bergegar arasy Allah. Nauzubillah. Lafaz akad nikah "kuterima" di hadapan wali dan saksi itulah kemuncak meraikan percintaan.
Buat apa bercinta bagai nak rak tapi akhirnya... tidak terikat kan?? Tak mendirikan rumahtangga. Rumah & Tangga lambang sebuah keluarga yang tinggal di dalamnya. Rumah & Tangga, itu entri kali ini. Ada segelintir masyarakat yang suka jaga tepi kain sendiri tanpa menyedari kain sendiri telahpun terselak. Buat malu saja. Orang lain bina rumahtangga, kita pun nak bina rumahtangga juga. Apa niatnya? Terpulang kepada diri masing-masing.
Kalau niatnya baik, maka rumah & tangga yang dibina itu dibina dengan aman harmoni. Sekejap saja projek perumahan tu siap dan ada penghuninya. Bukan macam setengah projek perumahan yang terbengkalai tak siap-siap sampai sudah. Segalanya terpulang kepada niat masing-masing. Nak menunjuk-nunjuk, majlis megah, penuh tajaan sini-sana tetapi kalau kebahagiaan tu tak kekal tak guna juga ya.

Rumah
Rumah - tempat kita berlindung dari panas dan hujan. Kita beristeri rehat. Ops, beristirehat :) Tenangkan fikiran...lupakan bebanan kerja yang mengusutkan. Rumahku syurgaku... kerana semua isi & penghuni di dalamnya tunduk kepada kebesaran-Nya. Benarkah? Semuanya bergantung kepada ketua kepada rumah itu iaitu suami.
Semuanya bergantung kepada "kaki suami". Jika suami sendiri ada kaki-kaki berbau.. kaki botol.. kaki judi..kaki perempuan... kaki pukul dan sebagainya, maka rumah itu takkan aman. Sebaliknya, jika suami itu kaki surau, kaki masjid, kaki sembahyang, kaki usrah, mungkin suasananya berbeza.
Namun siapalah kita untuk menilai sesebuah rumah yang hanya dilihat dari luaran saja. Rumah besar belum tentu bahagia isi di dalamnya. Rumah banglo 3 tingkat sekalipun belum tentu mewah dengan kasih sayang. Hatta rumah kayu yang serba daif sekalipun,kita tak layak mengatakan penghuni rumahnya tidak bahagia. Manakan tahu, mereka mewah dan kaya dengan kasih sayang. Kan?? Tapi kalau rumah besar, dan penghuninya bahagia, alangkah bertuahnya kalau kitalah orangnya kan??
Ada sepotong hadith daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad sallahu a'laihi wasallam bersabda yang bermaksud “Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi sebenar-benar kaya adalah Kaya Jiwa.” - Hadith Shahih Al-Bukhary dan Muslim
Jiwa kita yang kaya. Bukan kaya material semata-mata. Hati kita hidup..ada jiwa. Tahu menilai, yang mana intan, yang mana kaca. Kenal halal, haram. Berebut-rebut mengejar pahala, mengelakkan diri daripada dosa. Menyeru kebaikan, amar makruf. Nahi munkar, mencegah kemungkaran.
Buat apa kalau harta melimpah-ruah, tapi rumahnya sunyi. Tiada tangis tawa anak-anak kecil. sebagai penyejuk mata. Berbeza dengan orang yang rumahnya agak kecil dan tak cukup ruang untuk anak-anak bebas berlari. Itulah rezeki Allah. Skop rezeki yang lebih luas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Tangga
Kenapa rumah dan tangga?? Rumah dan tiang?? Tiang kan sendi yang mendirikan rumah tersebut. Tangga.. sebab kita menilai sesebuah rumah dari luaran. Kita tak tahu apa yang berkocak di dalamnya. Setiap rumah pasti ada geloranya. Ada krisisnya. Bezanya kecil atau besar. Rasionalnya cara kita menangani "ombak besar" itu.
Dari tangga rumah.. kita menuju ke pintu rumah. Kita sebagai tetamu, dijemput masuk melalui muka pintu. Pernah dengar pantang larang orang tua, anak gadis dilarang duduk depan tangga, nanti tak laku. Ya lah! Tak eksklusiflah tayang depan orang lalu-lalang. Itulah indahnya Islam, menyuruh aurat dipertontonkan hanya di depan suami sahaja.
Ada peribahasa Melayu, melepaskan batok di tangga. Sebab rumah orang dulu-dulu, kena basuh kaki sebelum naik ke atas rumah. Selalunya air itu di dalam tempayan, dan kita akan menggunakan batok untuk membasuh kaki kita. Bukan guna gayung ya! Dan bukan juga batuk sakit tekak itu. Setelah kaki dicuci kita akan melepaskan batok dengan penuh konfiden dan adakalanya sambil lewa.
Namun janganlah kita membina rumahtangga umpama melepaskan batok di tangga. Tanggungjawab wajib dilaksanakan, bukan sekadar di pinggiran. Dan setelah kita masuk rumah orang selaku tetamu, ingat adab kita berkunjung ke rumah orang, mata kita janganlah melilau ke sini sana macam nak buat perbandingan dengan rumah sendiri. Oh, rumah dia ni ada benda ni, rumah aku punya lagi besar..dan macam-macm getus hati lagi. Jangan cemburu.. usah iri hati.. campak rasa cemburu. Belajarlah hidup berjiran, bermasyarakat dengan betul.
Simbolik kepada tangga, kita akan menaiki anak tangga menuju ke atas. Begitulah sepatutnya graf kebahagiaan, kemesraan, dan kasih sayang. Makin meningkat dari semasa ke semasa. Daripada hidup berdua, mungkin jadi bertiga, berempat atau berlima. Kita akan terus menyayangi pasangan kita dalam apa jua keadaan.
Bukan ketika muda sahaja, sebab bila waktu tua tiba, kecantikan akan luntur pudar, dan juga kesihatan akan ada keterbatasannya.Belajarlah menyayangi pasangan dan anak-anak tanpa syarat. Bukan sebab dia cantik, dia baik, dia pandai memasak dan sebagainya. Tetapi dialah pasangan sehidup semati kita.
Tangga juga simbolik kepada penghubung atau jambatan antara 2 hati. Seorang di atas, bertemu di bawah. 2 hati bersatu. Jodoh di seberang sana, bertemu cinta di seberang sini. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jua. Penyatuan dua jiwa, diikat dengan tali perkahwinan yang sah, bersama restu orang tua, insya allah mudah-mudahan rumahtangga yang dibina diberkati Allah kekal bahagia dunia akhirat. Itulah harapan dan doaku buat kesekian kalinya. Amin.
No comments:
Post a Comment