Hebahan

Sunday, June 24, 2012

Mural bergerak (video) di dinding






Sempena World Gas Conference 2012 yang berlangsung di KL Mei baru-baru ini merupakan titik tolak kepada sebuah penganjuran yang gah.

Selaku tuan rumah & bertempat di KLCC, yakni lokasi yang lebih khusus Petrosains & Esplanade@KLCC ternyata ia memukau mata delegasi dari seluruh dunia.

Jom kita jamu mata..apa yang telah dihidangkan. Tayangan video bergerak di atas dinding Suria KLCC selaku layarnya. (perhatian..ini adalah cubaan kemaskini blog menerusi blogger-droid). Ok lah tu kan...senget & telengkan kepala uols.. :b Sengaja.. walaupun sebenarnya tak tahu nak betulkan!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 23, 2012

MISI SI TUKANG TULIS

Hadirnya dari hati
Bukan simpati
Lahirnya dari jiwa
Bukan kecewa

Sekadar memerhati
Selama ini..
Mata kepala bersaksi

c/o
Dunia yang tertawa
Tersenyum..
Menangis..
Terhibur...
Dunia terpedaya..
Tertipu..
Ternoda.. 
Dunia terpesona..

Akasnya yang terjadi
Itu hakiki
Ironi yang berlaku
Semuanya palsu

Takut bayang sendiri
Berdepan mentari
Berlari bersembunyi
Dijejaki

Ulang c/o
Dunia yang tertawa
Tersenyum..
Menangis..
Terhibur...
Dunia terpedaya..
Tertipu..
Ternoda.. 
Dunia terpesona..

Bridge:
Tulis cerita dunia
Dunia yang derita
Misi mencari.. resolusi

Ulang c/o
Dunia yang tertawa
Tersenyum..
Menangis..
Terhibur...
Dunia terpedaya..
Tertipu..
Ternoda.. 
Dunia mempesona..


p/s - Yes! This is really a song fully composed by me. I need music arranger.. Wan MS?

Friday, June 22, 2012

Twitter = Trending!

Lewat kebelakangan ini.. aku semakin aktif bertwitter ataupun twit. Bukan sebab dah ada semakfon ataupun sekadar ikut trend kononnya. Sebabnya.. MUDAH! Micro blogging katakan. Buktinya.. seperti di bawah! Dengan adanya akaun Instgram suatu hari nanti.. ianya pasti lebih menarik!


Laa.. patutlah payah nak tengok blog Hitam Putih Kehidupan ini sentiasa dikemaskini.. ada alternatif rupanya!

Taklah.. Mana ada!

Setelah lebih 3 tahun menjadi wartawan indie aka blogger ni.. mana mungkin blog ini dilupakan sebegitu saja. Blog ni dah macam baby..sentiasa ada perkembangan dan tumbesaran! Lagipun, aku mula menulis ketika bujang trang tang tang. Sekarang? Dah beranak-pinak. Nak masuk dua dah kot...

Jadi.. apa kes? Mengapakah tiba-tiba nak promot twitter bagai nih? Seronok warga twitterian & twitter jaya! Ok lah.. sebab utama aku lebih aktif bertwit sebab ofis dah blok FB & Youtube! Kadang-kadang tu.. bosan ya amat. Maka, Twitter lah satu-satunya pilihan terbaik selain daripada forum Cari, Mudah.my, Mstar online dan blog gossip (BN, RK, OB dll). Haha. Amboi amboi~

Aplikasi Twitter merupakan suatu terapi dalam bentuk 'royanan'. Orang takkan peduli atau ambik port dengan status yang kita update. Orang takkan meluat, samada kemaskini pasal makan ke, sakit ke, nak ke jamban ke.. yang merapu, merepek dan meroyan. Itulah hiburan yang sebenar. Sama juga ada follower ke tak ramai ke. Dah elok-elok follow lepas tu unfollow sebab bersepah TL ke.. tak jadi hal lah!

Berbeza dengan Facebook. Setiap kali kita update (terutama check in) pasti ada saja omel atau komentar. Paling tiidak pun komen klik butang "like". Dan adakalanya boleh makan hati kalau ada komen yang menyakitkan hati bukan? Tambah-tambah isu unfriend, kena removed atau kena blocked! Mengamuks~

Apa lagi yang best pasal twitter??

Emm.. #


YA! Hatch tag, # inilah yang membuatkan twitter lebih menarik. Dia dah macam belek berita atau helaian buku dan adakalanya boleh jadi majalah hiburan tak semena-mena. Jadi buku sejarah ataupun catatan diari hari ini pun boleh.

Tajuknya terbuka dan pelik-pelik adakalanya. Contohnya.. Rosmah Gangster, Ganti Filem Dengan Rosmah, Ganti Lagu Dengan Jamban, Cakoi, dan macam-macam lah. Yang peliknya.. tajuk itu boleh jadi trending. TTWW pulak tu.

Trending ni kira perkara paling top ditweet kan.. Dulu pernah ada perang twit ketika sukan bola sepak Malaysia menentang Indonesia. Dan trending ni tak kira tajuk, topik atau individu. Berikut mereka (individu) yang pernah menjadi trending; Zed Zaidi, Shakir Ali, Zayn Malik, Karl Shafek, Faizal Tahir, Ziana Zain dan ramai lagi.

Trending ni bergantung kepada setting yang kita tentukan samada worldwide,dalam Malaysia atau hanya apa yang ditweet di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Dewasa ini.. rakyat Malaysia semakin ramai yang celik IT. Justeru... hairan juga macam mana sesetengah topik lokal boleh capai tahap TTWW. 

Sekejap-sekejap... Apa itu?? TTWW? Top trending world wide! Kot~ Haha.. Agak-agak je. Banyak sangat short form bagai nih. TL = time line.. RT = retweet.. DP = display picture & DM = direct message. Adoyai.. macam-macam ado~

Apa-apapun.. cari titik persamaan atau titik perubahan??

MAKAM

WAS IT A CAR OR A CAT I SAW

MALAM

TAMAT


Pantun dulu,

Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Pantun milenium,

Kerana jari hati terluka
Kerana burung masuk neraka


'Burung' yang boleh membawa kita ke syurga atau neraka Allah swt. Tweetlah dengan hikmah!

p/s: Tontonilah Imam Muda 3! Ada imam di kalangan kita :)


Wednesday, June 20, 2012

Rasa yang berbeza ~

Beza.. memang berbeza. Ini bukan iklan Sen Heng!

Lain.. memang lain daripada yang lain. Luar biasa. Di luar kotak pemikiran... Lakaran minda. Ukiran jiwa. Pesona mata. Permintaan hati... Konon lah...

Sebenarnya.. aku baru sahaja kehilangan.. kerana kealpaan. Hilang apa? Hilang dompet! Amat menyusahkan diri. Dompetku dicopet. Ketika destinasi pulang ke rumah..memang tak sedar!

Memang menyusahkan diri.. sebab semuanya ada di situ. Ibarat nyawa.. Segala macam kad bernilai ada di dalamnya. Kad pengenalan, lesen memandu, road tax Panda pun ada dalam tu juga, kad TnG (haha). Cuma.. aku bernasib baik.. sebab sempat asingkan kad bank siap-siap ke dalam beg lain. Macam tahu-tahu je kan...

Apa rasanya.. bila berjalan di atas muka bumi Malaysia tanpa IC yang sah. Rasanya lebih dahsyat daripada menjadi PATI! Hati-hati.. jaga-jaga... ada yang memerhati~ Galaksi Kiah Propa sangat!

Oklah.. seterusnya proses membuat permohonan baru IC memang menguji kesabaran. Mencabar dari sudut masa. Menunggu giliran.. menanti ketibaan... memang memenatkan! Tapi berkat kesabaran.. Alhamdulillah! Selesai sudah. Renew lesen sampai birthday ke-30 tahun 2014! Cuma Mykad tak siap jugak~ Adoi nyer pun...

Seterusnya.. apa rasa?? Apa rasa ya?

Apa rasanya bila benda yang dah lama kita impikan menjadi kenyataan. Ia menjadi milik kita! Ini dia..

 

Terima kasih buat isteriku yang memahami hasrat hati dan beliau sendiri yang memilih warna ini. Secara rasminya aku bergelar pengguna telefon bimbit pintar ataupun smartphone. Setelah ragu-ragu tak tahu pilih yang mana satu.. Antara iPhone, HTC, BBM dan Samsung.. akhirnya Note menjadi nota kata!

Sempena dapat bonus.. Dah reserve untuk Aidilfitri. Mama dan isteri sudah dapat bahagian masing-masing. Adik Ya pun dah dapat hadiah. Maka Samsung Galaxie Note menjadi reward buat diri sendiri setelah setahun lebih bekerja keras. Biar nampak bendanya di depan mata. Nah~ moga lena tidurku..huhu

Memang agak "darat" bila pertama kali "memetik" segala aplikasi yang ada. Mat Blurrr habis lah. Sebab memang tak tahu apa-apa pasal WhatsApp segala bagai nih! Proses pembelajaran, penyesuaian dan aplikasi akan meningkat dari semasa ke semasa. Sehingga saat ini, sudah semakin cekap okay~ Terima kasih daun keladi kepada penunjuk ajar, pemudah cara Farhan Kechik, Idaxu, Bazz & Kak Hani.

Wah, lepas ni sentiasa on9 24/7 lah gamaknya. Dah ambik data plan Selkom. Dengan kemudahan Unifai di rumah lagi. Astero PiVi-R lagi.. ALHAMDULILLAH.. syukur atas nikmat-Mu Ya Allah. Kau jauhkan diriku dan keluargaku daripada kufur.

Apakah signifikasinya setelah pemilikan henfon canggih itu?? Adakah akan lebih aktif berTWITTER @misitukangtulis ?? Memandangkan segalanya kini di hujung jari. Bakal mendaftar akaun INSTAGRAM kah?? Sebab Twit & Instagram ini kategori microblogger! Memudahkan dan amat mesra pengguna! Boleh link terus kepada akaun Fesbuk~


Maka, persoalan ini menjelma... Adakah rutin bulanan aku bertukang tulis di dalam blog ini akan terus dilupakan???

No! Tidak! Hitam Putih Kehidupan.. misisitukngtulis akan terus bernafas insya allah.. walau apa jua keadaan, pendek, panjang, ringkas atau padat entrinya.. 11 entri setiap bulan akan diterbitkan seperti yng diharap dan dijanjikan..

Mungkin berblog menerusi blog-droid. Sambil menunggu di atas tren.. boleh berblog. Misi si tukang tulis sangat! Class~ Menjayakan misi mengikut arus dan rentk terkini mungkin??

Bertabahlah....~ Berusahalah... ~ Bertawakkallah... ~

Tuesday, June 19, 2012

Kenapa cincin dipakai di jari manis?

Dah lama tak buat entri pasal science fact kan?

Ini adalah science fact terbaru.. 8 Jun hari tu bersamaan hari Jumaat telah dikongsikan bersama seluruh warga & staf Petrosains. YM CEO turut menykasikannya ya. Dan ini merupakan busking yang boleh dijadikan identiti ataupun brand Petrosains. Bukan lagi main pistol & angka 4! Soalannya dibuka.. kenapa kita pakai cincin di jari manis??

Pertama, rapatkan tapak tangan anda (berhadapan), bengkokkan jari tengah ke dalam seperti gambar di bawah. Pastikan jari-jari lain rapat melekap.


Sekarang, cuba untuk pisahkan ibu jari anda, dan pasti anda berupaya melakukannya. Sebenarnya, ibu jari mewakili ibu bapa dan kita akan terpisah dengan mereka kerana ibu bapa kita tidak ditakdirkan untuk hidup bersama sepanjang hayat kita dan lambat laun salah seorang daripada mereka yang akan pergi terlebih dahulu.

Sila rapatkan kembali ibu jari anda seperti sebelum ini dan cuba pisahkan jari telunjuk anda (yang mewakili adik-beradik). Kita juga akan terpisah dengan adik beradik kerana mereka juga akan mempunyai keluarga mereka sendiri dan perlu menjalani kehidupan secara berasingan.

Kini rapatkan kesemua jari dan kali ini cuba pisahkan jari kelinking anda (yang mewakili anak-anak). Kita juga akan terpisah dengan anak-anak sebab mereka akan membesar, belajar, bekerja, berkahwin dan ada hidup sendiri.

Cabarannya ialah.. siapa mampu pisahkan jari manis apabila kita rapatkan kembali kesemua jari-jemari? Jawapannya anda TIDAK AKAN MAMPU pisahkan jari manis (yang mewakili pasangan hidup anda). Anda akan terkejut melihat bahawa anda memang TIDAK BOLEH pisahkannya kerana suami & isteri saling memerlukan dan ikatan itu diharapkan kekal sepanjang hayat!! 


Maka, sebab itu cincin disarungkan di jari manis simbolik penyatuan dua hati agar teguh selamanya tidak terpisah. Awww~! So sweeet~ Sila tengok video ini. 

Itu merupakan analogi mengapa jari manis dijadikan "tanda". Ada sebab lainkah? Sebab yang lebih saintifik? Maknanya.. penjelasan yang kurang romantis! Baiklah secara anatominya, semua jari mempunyai dua extensor tendon, manakala jari manis mempunyai hanya satu.

Kesemua empat jari mempunyai extensor  digitorum communis yang meluruskan jari. Jari kelinking mempunyai extensor digitorum minimis dan jari telunjuk mempunyai extensor indicis proprius. Jadi apa itu tendon? Tendon merupakan sejenis tisu yang menyambung otot dan tulang.


Fakta-fakta sains yang lain melibatkan jari manis~
  • Nisbah antara jari telunjuk dan jari manis dipercayai ada kaitan dengan pendedahan kepada testosteron di dalam rahim. Secara purata, lelaki cenderung untuk mempunyai jari manis yang lebih panjang dan wanita sebaliknya.   
  • Saintis di University of Bath mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai jari manis yang lebih panjang lebih baik 'bermain' dengan nombor berasaskan mata pelajaran seperti matematik dan fizik, yang merupakan subjek kegemaran lelaki secara tradisinya. 

TT - Ni semua gara-gara tertengok drama Cerekarama, Mencintaimu lakonan hebat Eman Manan dan Sharifah Amani. Cinta jari manis~

Monday, June 18, 2012

Promo lagu

Perhatian! Ini merupakan lagu promo sahaja. Publisiti dibuat secara percuma. Sebab kita bergerak bebas. Tak terikat tanpa label. Dan TT memang faham karenah birokrasi radio swasta yang menyalahkan pendengar atau peminat sebab tak request lagu. Hello.. macam mana orang nak request kalau tak pernah dengar kan?

Apo-apo je lah. Dan TT amat memahami situasi sebegini sebab TT pun wartawan bebas ataupun indie blogger. Nah.. terimalah lagu pertama. Kerna ku tlah jatuh dendangan Nurhairy Abdul Rahman. Hairy ni kira kawanlah.. sama-sama bekerja di KLCC..dan memang beliau kaki jamming. Dan dalam banyak-banyak lagu.. lagu ini TT paling gemar.

Klik sini. Nurhairy Abd Rahman merupakan adik kepada Zaidi Rahman, pencipta lagu Ombak Rindu dan beberapa OST filem Osman Ali. Hairy kini telahpun menubuhkan kumpulan Vella dan bernaung di bawah syrikat NAR kalau tak silap. Moga beliau terus sukses.

Dan satu lagu lagi daripada kumpulan The Pangkren bersama Dendanganku. Uniknya.. kumpulan ini hanya seorang saja line-upnya. Kira one man band lah ni iaitu Hisham Mashor. Vokal yang klasik. Mana ada can dengar kat radio. Layaaan~




TT : Sesiapa yang mahukan promo karya masing-masing dalam blog ini boleh menghubungi TT secara terus. Okay~ FOC (tapi dengan syarat lagunya uniklah ek)

Friday, June 15, 2012

LLJ Jun 2012

Untuk kesekian kalinya... berikut 15 lagu baru yang menjadi-jadi lewat kebelakangan ini menerusi halwa telinga tukang tulis. Layan~

Hujan - Ke Selatan
Black & Parallax - Aku Versus Kamu
Sofazr - Berakhir
6ixth Sense - Hossi
Go Gerilla - Hadiah
Fiq & Jinbara - Milik Siapakah Gadis Ini
Haiza - Semalam
Faizal Tahir - Go Malaysia Go (GMG)
Hazama -  Majnun
Misha Omar - Angin Syurga
Shahir - Aku Yang Berdosa
Toi - Lalilala
Sami Yusuf feat. Siti Nurhaliza - Came To Me
Ainan Tasneem - Aku Suka Dia
Sam Kuman - Infestasi