Dah lama tak buat entri pasal science fact kan?
Ini adalah science fact terbaru.. 8 Jun hari tu bersamaan hari Jumaat telah dikongsikan bersama seluruh warga & staf Petrosains. YM CEO turut menykasikannya ya. Dan ini merupakan busking yang boleh dijadikan identiti ataupun brand Petrosains. Bukan lagi main pistol & angka 4! Soalannya dibuka.. kenapa kita pakai cincin di jari manis??
Pertama, rapatkan tapak tangan anda (berhadapan), bengkokkan jari tengah ke dalam seperti gambar di bawah. Pastikan jari-jari lain rapat melekap.
Ini adalah science fact terbaru.. 8 Jun hari tu bersamaan hari Jumaat telah dikongsikan bersama seluruh warga & staf Petrosains. YM CEO turut menykasikannya ya. Dan ini merupakan busking yang boleh dijadikan identiti ataupun brand Petrosains. Bukan lagi main pistol & angka 4! Soalannya dibuka.. kenapa kita pakai cincin di jari manis??
Pertama, rapatkan tapak tangan anda (berhadapan), bengkokkan jari tengah ke dalam seperti gambar di bawah. Pastikan jari-jari lain rapat melekap.
Sekarang, cuba untuk pisahkan ibu jari anda, dan pasti anda berupaya melakukannya. Sebenarnya, ibu jari mewakili ibu bapa dan kita akan terpisah dengan mereka kerana ibu bapa kita tidak ditakdirkan untuk hidup bersama sepanjang hayat kita dan lambat laun salah seorang daripada mereka yang akan pergi terlebih dahulu.
Sila rapatkan kembali ibu jari anda seperti sebelum ini dan cuba pisahkan jari telunjuk anda (yang mewakili adik-beradik). Kita juga akan terpisah dengan adik beradik kerana mereka juga akan mempunyai keluarga mereka sendiri dan perlu menjalani kehidupan secara berasingan.
Kini rapatkan kesemua jari dan kali ini cuba pisahkan jari kelinking anda (yang mewakili anak-anak). Kita juga akan terpisah dengan anak-anak sebab mereka akan membesar, belajar, bekerja, berkahwin dan ada hidup sendiri.
Cabarannya ialah.. siapa mampu pisahkan jari manis apabila kita rapatkan kembali kesemua jari-jemari? Jawapannya anda TIDAK AKAN MAMPU pisahkan jari manis (yang mewakili pasangan hidup anda). Anda akan terkejut melihat bahawa anda memang TIDAK BOLEH pisahkannya kerana suami & isteri saling memerlukan dan ikatan itu diharapkan kekal sepanjang hayat!!
Maka, sebab itu cincin disarungkan di jari manis simbolik penyatuan dua hati agar teguh selamanya tidak terpisah. Awww~! So sweeet~ Sila tengok video ini.
Itu merupakan analogi mengapa jari manis dijadikan "tanda". Ada sebab lainkah? Sebab yang lebih saintifik? Maknanya.. penjelasan yang kurang romantis! Baiklah secara anatominya, semua jari mempunyai dua extensor tendon, manakala jari manis mempunyai hanya satu.
Kesemua empat jari mempunyai extensor digitorum communis yang meluruskan jari. Jari kelinking mempunyai extensor digitorum minimis dan jari telunjuk mempunyai extensor indicis proprius. Jadi apa itu tendon? Tendon merupakan sejenis tisu yang menyambung otot dan tulang.
Fakta-fakta sains yang lain melibatkan jari manis~
- Nisbah antara jari telunjuk dan jari manis dipercayai ada kaitan dengan pendedahan kepada testosteron di dalam rahim. Secara purata, lelaki cenderung untuk mempunyai jari manis yang lebih panjang dan wanita sebaliknya.
- Saintis di University of Bath mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai jari manis yang lebih panjang lebih baik 'bermain' dengan nombor berasaskan mata pelajaran seperti matematik dan fizik, yang merupakan subjek kegemaran lelaki secara tradisinya.
TT - Ni semua gara-gara tertengok drama Cerekarama, Mencintaimu lakonan hebat Eman Manan dan Sharifah Amani. Cinta jari manis~
No comments:
Post a Comment