Hebahan

Tuesday, September 28, 2010

HITAM atau PUTIH ?

Hitam atau putih ?

Baik atau jahat ?

Halal atau haram ?

Dosa atau pahala ?

Syurga atau neraka ?

Apa beza baik dan jahat?

Yang halal itu jelas, yang harampun jelas.

Cuma kita yang culas, tak boleh fikir secara waras.

Berfikir.. menilai.. dan membezakan antara dosa dan pahala.

Meniti jalan ke syurga mudah, merintis lorong ke neraka juga senang.

Apa yang tersurat juga tersirat.

Hanya DIA yang tahu.

Bukan kita yang tentukan.

Cewah~ Berpuisikah?? Sekadar menulis. Lewat kebelakangan ini, kecoh SATU MALAYSIA, kejadian tragis. Pembunuhan kejam jutawan kosmetik.

Di Malaysia macam-macam ada;

ada kena kerat 18 (Mangsa - Melayu, Pemangsa - Melayu)
ada pembantu rumah kena dera, rogol (Mangsa - Indonesia, Pemangsa - Malaysia)
ada kena rogol, dibakar (Mangsa - Cina, Pemangsa - Melayu)
ada kena bunuh dan bakar (Mangsa - Melayu dan India, Pemangsa - India)
ada yang kena bom (Mangsa - Mongolia, Pemangsa - ???)

Orang kata, kalau kita mendengar ceramah/tazkirah/nasihat/motivasi atau mana-mana majlis ilmu, JANGAN TENGOK siapa yang bagi ucapan, tetapi LIHATLAH apa yang disampaikannya. Jangan tengok gurunya(sebab mungkin kita tak suka cara atau sikap cikgu itu tetapi, tengoklah apa ilmu yang disampaikan cikgu itu.

Sama juga kes-kes jenayah, jangan melihat siapa yang menjadi penjenayah, sebab kita akan menghukum BANGSA. Kalau pencurinya bangsa India maka kita akan kata semua orang India suka mencuri. Kalau pembunuh itu bangsa Cina, maka kita akan cop orang Cina ni gemar membunuh. Maka boleh tak kita buat kesimpulan kalau perogol itu orang Melayu, maka orang Melayu hobinya merogol??

Tentu tidak benar sama sekali. Di atas muka bumi ini, tak kira di mana jua kita berada, pasti akan ada yang melakukan jenayah hatta negara Islam yang amalkan undang-undang syariah 100% sekalipun. Dan tak kira di mana jua kita berada, pasti ada orang yang faqir, miskin, bukan hanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang sahaja. Jenguk ke bawah Angkasapuri pun banyak setinggan yang kesempitan, dekat Pekan, Pahang pun ada hidup susah. Kan??

Itulah kesimpulannya, jangan mudah membuat rumusan awal. Please do not always jump to conclusion. Plus, dont judge a book by its cover~

Law kaana bainana



Law kaana bainana! Perkataan Arab ini bermaksud, sekiranya Dia ada antara kita? If He amongst us? Siapakah dia? Dialah, junjungan besar, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Manusia paling mulia di atas muka bumi Allah ini. Khairu khalqillah...

Bagindalah kekasih Allah. Setelah lebih 1400 tahun berlalu, cuba bayangkan Baginda hidup di celah masyarakat kita di abad ke-21. Sebagai Rasul.. sebagai imam.. sebagai pemimpin... sebagai qudwah. Cuba bayangkan Baginda ada di antara kita, apa yang kita akan lakukan??

Maksiat berleluasakah? Negara suakakah? Politik puakakah? Jiwa merdekakah? Segalanya pasti jauh berbeza dengan situasi yang kita hadapi sekarang. Bukan? Yang tinggal hanyalah.. Al-quran dan As-Sunnah. Lan tadhillu abadaa~ Takkan sesat selama-lamanya..kata Baginda, andai kita berpegang teguh 2 perkara itu.

Wujudnya rancangan seperti ini merupakan alternatif terbaik kepada rancangan gelak tawa berdekah-dekah, hiburan semata-mata seperti Just For Laugh, Wakenabeb dan macam-macam lagi. Rancangan ini memaparkan video rakaman terhadap apa jua situasi.

Contohnya, orang tua itu sengaja menjatuhkan dompet, naka apa yang akan berlaku sekiranya Rasulallah ada dan masih hidup?? Baginda akan memulangkan dompet itu epada tuannya. Tetapi apa masyarakat/ orang ramai lakukan?? Bagaimana pula sekiranya ada halangan di tengah jalan (selemah-lemah iman ialah membuang duri di tengah jalan) ??

Sayang sekali, hanya video di atas yang ada terjemahan Inggeris. Versi lain 100% Arab. Jom belajar bahasa Arab, bahasa al-Quran, bahasa ahli syurga :)

Monday, September 27, 2010

Maher Zain nak datang Malaysia.

Sangat teruja kan?? Aku lah kot yang over. Apa-apa sajalah. Tengok saja poster ini, dan dapatkan tiket sebelum kehabisan. Siapa cepat dia dapat. OK?


Nak tiket percuma? Tanyalah penganjur. Itulah hidup.. sudah terbiasa diberi percuma dan terbiasa. Tiada langsung semangat menyokong industri atau dalam konteks ini membangunkan agama, sebab sedia maklum, Maher Zain ada perjuangannya sendiri.

Moga duit yang kita sumbangkan melalui tiket itu digunakan di jalan Allah, menyampaikan agama Allah. Insya Allah. Emm..INSHA ALLAH, lagu Maher Zain. Yang penting, akan ada versi BM. Nantikan~

Sunday, September 26, 2010

Cleopatra Stratan !



Ini adalah nama kepada budak perempuan berumur 3 tahun dari Romania. Kecil-kecil cili api. 3 tahun sudah ada album sendiri. Comel~

Benar kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Masa kanak-kanak, umpama mengukir di atas batu, bila dewasa kelak, umpama mengukir di atas air.

Otak kanak-kanak bersih. Suci murni. Tepat sekali sabda Nabi, anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci), maka ibu bapanya yang mencoraknya samada menjadi Muslim, Yahudi, mahupun Majusi.

Analoginya sehelai kertas putih, yang akan diwarnakan. Putih atau hitam? Itu sajakah pilihan yang ada? Tepuk dada~

Tukang tulis seloroh : Pedoman buat bakal-bakal bapa seperti aku. Ops :P Ni semua gara-gara cuti hari Jumaat tengok Nasi Lemak Kopi O, TV9. Terjumpa budak ni.

Wednesday, September 15, 2010

MenJADI pilihan ~

Ya! Carta ini kembali lagi. Berikut merupakan 15 lagu yang menjadi pilihan tukang tulis sempena bulan September dan Syawal. Maka, terselitlah lagu-lagu raya. Yang penting, kali ni 100% buatan Malaysia :)



Aizat - Sungai Lui
Nubhan - Aku Atau Dia
Yuna - Penakut
Adzrin Adzhar - Pujaan Malaya
Malique - Cuba Lagi
Atilia & Monoloque - Kekanda Adinda
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
6ixth Sense - Menyesal
Alyah - Kau Bisu
Black - Berwajah Dua
Adi (Mentor) - Tafsirkan Cinta
Akim, Black, AG - Rindu Yang Telah Pergi
Aril, Hafiz, Ayu (Tini, Anne) - Hanya Kerana Cinta
Raya Oh Yeah - Yuna
Hooray Raya - Aizat

Sunday, September 12, 2010

SALAM AIDILFITRI~ Dulu lain, sekarang lain. Kan??

Sekarang ni ada banyak medium bagi mengekspresi kegirangan dan kehangatan sesuatu sambutan perayaan. Tak payah beli kad raya. Tak perlu tulis tangan. Tak kena beli setem. Dan tak usah ke pejabat pos kerana segalanya berada di hujung jari.

Sekarang ada SMS, e-kad, kad raya atas talian (online), Facebook dan macam-macam lagi. Trend  ini sudah mula menular dan bercambah bagai cendawan yang tumbuh mekar selepas hujan. SAMA TAPI TAK SERUPA! Usaha atau effort seseorang menghantar kad raya menjadi begitu mudah.


Amat mudah dan senang sehingga satu tahap orang yang menerima ucapan raya TAK RASA ISTIMEWA(special). Maka orang yang menghantar pun tak rasa dihargai. Dulu sebelum masuk bulan Ramadhan lagi dah beli kad raya. Masuk pertengahan Ramadhan, kad raya dah sampai di muka rumah. Kadang-kadang tu, tak sabar tunggu posmen.

Sekarang, malam raya baru dapat berduyun-duyun SMS, sampai tak sempat nak jawab. Malam raya bukan kerja MEMFORWARD SMS ya! Banyak kerja lagi. Berpantun bagai nak rak. Bermadah pujangga tapi bukan hasil idea sendiri. Bukan hasil yang asli.

Hakikatnya, memberi dan menerima kad raya menyimpan nostalgia klasik buat kami suami isteri. Sememangnya itulah punca apa yang terjadi hari ini. Kami dulu sekelas dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Lepas tu, masing-masing bawa haluan sendiri. Aku bersekolah di Kota Bharu, dia di Kuala Selangor. Tapi setiap tahun tak pernah lupa hantar kad raya.

Maka, dari situlah terjalinnya hubungan walaupun tak pernah bersua muka. Jauh di mata, bukan di hati. Di sana terkenang , di sini merindu. Cewah~ Tapi kami tak bercinta pun. Jumpa balik pun pada tahun 2004 setelah zaman telefon bimbit menjelajahi kita.


Akhir kata, apapun medium kita ucapkan Selamat Hari Raya, yang penting ialah keikhlasan, dan keterbukaan hati kita memohon ampun maaf dan memaafkan. Tukang tulis dan pasangan, mengucapkan Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Tahun ni tukang tulis beraya di KB, seterusnya ke rumah mertua di Sungai Besar. Tahun lepas raya seorang diri yakni bujang. Tahun ni, sudah berdua, ada pasangan. Mana tahu, ada rezeki raya bertiga tahun hadapan?? Insya allah :)

Tuesday, September 7, 2010

Mood raya??

Sepatutnya... sedih, Ramadhan akan berlalu~ Sempatkah bertemu Ramadhan lagi ??? Kan?? Apa-apa pun kita kena POSITIF! Terus melangkah, mara ke hadapan :)

Ada 3 lagu raya BARU yang menarik dilayan. Tahun lepas ada gandingan Hujan & Raihan. Layan saja. Lagu MUH tu pun tahun lepas punya. Layan saja