Hebahan

Tuesday, September 28, 2010

HITAM atau PUTIH ?

Hitam atau putih ?

Baik atau jahat ?

Halal atau haram ?

Dosa atau pahala ?

Syurga atau neraka ?

Apa beza baik dan jahat?

Yang halal itu jelas, yang harampun jelas.

Cuma kita yang culas, tak boleh fikir secara waras.

Berfikir.. menilai.. dan membezakan antara dosa dan pahala.

Meniti jalan ke syurga mudah, merintis lorong ke neraka juga senang.

Apa yang tersurat juga tersirat.

Hanya DIA yang tahu.

Bukan kita yang tentukan.

Cewah~ Berpuisikah?? Sekadar menulis. Lewat kebelakangan ini, kecoh SATU MALAYSIA, kejadian tragis. Pembunuhan kejam jutawan kosmetik.

Di Malaysia macam-macam ada;

ada kena kerat 18 (Mangsa - Melayu, Pemangsa - Melayu)
ada pembantu rumah kena dera, rogol (Mangsa - Indonesia, Pemangsa - Malaysia)
ada kena rogol, dibakar (Mangsa - Cina, Pemangsa - Melayu)
ada kena bunuh dan bakar (Mangsa - Melayu dan India, Pemangsa - India)
ada yang kena bom (Mangsa - Mongolia, Pemangsa - ???)

Orang kata, kalau kita mendengar ceramah/tazkirah/nasihat/motivasi atau mana-mana majlis ilmu, JANGAN TENGOK siapa yang bagi ucapan, tetapi LIHATLAH apa yang disampaikannya. Jangan tengok gurunya(sebab mungkin kita tak suka cara atau sikap cikgu itu tetapi, tengoklah apa ilmu yang disampaikan cikgu itu.

Sama juga kes-kes jenayah, jangan melihat siapa yang menjadi penjenayah, sebab kita akan menghukum BANGSA. Kalau pencurinya bangsa India maka kita akan kata semua orang India suka mencuri. Kalau pembunuh itu bangsa Cina, maka kita akan cop orang Cina ni gemar membunuh. Maka boleh tak kita buat kesimpulan kalau perogol itu orang Melayu, maka orang Melayu hobinya merogol??

Tentu tidak benar sama sekali. Di atas muka bumi ini, tak kira di mana jua kita berada, pasti akan ada yang melakukan jenayah hatta negara Islam yang amalkan undang-undang syariah 100% sekalipun. Dan tak kira di mana jua kita berada, pasti ada orang yang faqir, miskin, bukan hanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang sahaja. Jenguk ke bawah Angkasapuri pun banyak setinggan yang kesempitan, dekat Pekan, Pahang pun ada hidup susah. Kan??

Itulah kesimpulannya, jangan mudah membuat rumusan awal. Please do not always jump to conclusion. Plus, dont judge a book by its cover~

No comments:

Post a Comment