Hebahan

Saturday, May 26, 2012

Unwind ... Chillex~

Unwind? Jom kita tenangkan fikiran! Penat kan bekerja? Kerja tak pernah habis. Kalau nak ikut arus dunia.. memang tak terkejar. Namun demikian.. inilah panorama yang dilalui saban hari sepanjang hariku berkhidmat di Petrosains. Banyak gambar yang ditangkap "red handed" ataupun on the spot. Chill + Rilex = Chillex~

Tetapi, dek keterbatasan waktu (cewah... padahal tak mampu memiliki smartphone untuk update selalu :P), maka inilah hasilnya secara lum sum~ Pandanglah.. lihatlah.. tengoklah... renungkanlah! Pasti ada benda yang mengusik jiwa~ Bermula dari Putrajaya... sampai ke tempat kerja di KLCC + juga sekelilingnya :)















Dan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, tempat cari makan ramai "orang luar negara". Walaupun ramai yang masih menanam anggur secara berhormat, Kuala Lumpur tetap pilihan ramai manusia yang mahu meneruskan kehidupan~




























Cantik bukan lukisan yang menghiasi kotaraya Kuala Lumpur. Sesiapa naik Putra dari KL Sentral ke Masjid Jamek pasti perasan pemandangan sebegitu. Teringat zaman sekolah... Lukis mural di dinding sekolah. Kalau tak pun.. sertai pertandingan melukis poster!


 

  
TT : Memang tak pernah memenangi mana-mana pertandingan mewarna (termasuk saguhati) dari dulu sampai la ni!

p/s : Amatur sangat kan.. foto-foto tersebut! :b

Friday, May 25, 2012

SUDAH ~




Sudah!
Hentikan kegilaan itu
Ghairah mengikut hawa 
Ralit menurut nafsu
Kelak kecewa, lesu menghampiri
Mati hati tiada sekati
Harga diri tidak sebati
Jika maruah letak di kaki

Sudahlah sudah
Menghukum diri, mengundang padah
Gelojak nafsu terburu-buru
Gelodak jiwa rakus cemburu
Muda bukan bererti mentah
Tua belum tentu matang
Pahala tak genap usia
Dosa tidak terkira


Sudahlah...
Jangan mengungkit perkara sulit
Hal berbangkit pasti berjangkit
Rasa sakit bertambah perit
Jika terbongkar semua, terdedah segala
Onar mencemar duli
Khilaf memualkan sakti
Hari perawan memalukan diri


Tak sudah-sudah..
Mengundang musibah!
Tidak belajar rasa bersalah
Penyakit hati kian kronik~
Rawan... hilang pedoman
Selesaikan dengan tonik iman
Leraikan melalui teknik taqwa
Moga terhenti igauan yang menghantui

Sudah-sudahlah
Lupakan zaman kelam, lepaskan kisah silam
Silau zaman lampau 
Kemarau di hati... gersang tiada penghuni
Sunyi sepi mahu berteman 
Tapi malu melampau-lampau
Malu-malu kucing bukan alim kucing
Ajak-ajak ayam ke syurga
Tidur-tidur ayam dalam neraka
Tamatkan riwayat bendasing durjana


Sudah
Yang sudah itu cukup sudah
Tak perlu dikenangi mahupun ditangisi
Orak langkah, usah toleh kembali
Cukup saja sampai di sini
Padamkan saja ruangan ini
Aku tak mahu menulis lagi
Noktah


Terjawab di akhir musim

Apakah??

Inilah jawapan & kesimpulannya.. Yang kalah tak jadi abu, yang menang tak jadi arang pun. Namun jurangnya ternyata amat mendalam. Cuba bandingkan.. antara liga bola sepak yang popular dan kurang popular.


Liga Inggeris (BPL)


Juaranya ditentukan melalui beza jaringan buat pertama kali. Musim 2011/12 antara musim terbaik setakat ini. Manchester City selaku juara menjaringkan 93 gol. Bolos paling banyak milik pasukan Wolverhampton yang melepaskan 82 gol. Aston Villa paling banyak seri sebanyak 17 kali.

Liga Sepanyol (La Liga) & Liga Itali (Serie A)


La Liga dijuarai Real Madrid yang merampas daripada Barcelona. Liga ini hanya didominasi oleh dua pasukan el-classico ini sahaja. Real Madrid dapat 100 mata dengan 121 jaringan, diekori rapat Barcelona dengan 91 mata berserta 114 gol terhasil. Namun, Valencia di tangga ketiga cuma 61 mata. (Kalau masuk BPL kedudukan nombor 7)

Manakala Serie A pula menyaksikan Juventus kebal sepanjang musim (tak pernah kalah macam Arsenal 2003/04dulu). Dengan 84 mata dan hanya 68 jaringan terhasil. Cuba klik sini pula.. untuk lihat Liga Jerman (Bundesliga) & buat perbandingan sendiri!

Sementara itu Chelsea sah menjuarai Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab bola sepak mereka. Manakala Piala Europa League menjadi milik Atletico Madrid yang telah mengalahkan Athletic de Bilbao, 3-0. Kelab La Liga mendominasi saingan ini.

Dalam waktu yang sama, pasukan Southampton, Reading & West Ham akan kembali beraksi di BPL. Dan di Malaysia, Kelantan The Red Warriors mencatat sejarah setelah mara ke peringkat suku akhir (8 terbaik) piala AFC setelah menumpaskan pasukan tetangga, Terengganu!


Cerita panas yang lain mengenai bola sepak? Pastinya mengenai perpindahan/pembelian pemain. Adakah Manchester City akan berjaya mendapatkan Robin Van Persie? Ini dia komen ahli keluarga RVP.



Dan sama-sama kita tunggu.. Euro 2012, Jun nanti.

Monday, May 21, 2012

3 ROBERTOs

Masih ingat lagi tak? Zaman kegemilngan orang bernama Michael!

Michael Jackson, Michael Jordan, Michael Chang, Michael Schumacher (dan Michael Scoffield!! Haha).

Kesemua Michael itu berjaya dalam bidang masing-masing. Pentas hiburan, bola keranjang, tenis dan lumba kereta. Kali ini, TT ingin mengupas kejayaan 3 orang yang bernama Roberto yang menempa kejayaan dalam bidang yang sama iaitu melalui sukan bola sepak liga Inggeris!

Siapakah??


Pertama, Roberto Mancini, pengurus Manchester City yang baru sahaja merangkul kejuaraan liga bola sepak Inggeris melalui kelebihan jaringan. Perlawanan akhir yang dramatik pada momen 5 minit terakhir. Lagipun.. kalau kes seperti ini berlaku dalam La Liga, kelebihan gol tak diambil kira. Tetapi melihat rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan yang sama mata itu. Ternyata Manchester City telah memenangi kedua-dua perlawanan 6-1 dan 1-0.

Ah, bola sepak memang kejam! Selalunya kejayaan diharapkan melalui kemenangan besar, akan tetapi jika menang tipis 1-0 pada minit-minit kecederaan sekalipun, mendapat sepakan penalti ke.. atau peraturan memiliki kelebihan gol di pihak lawan hatta melalui lambungan duit sekalipun (el-classico Futsal VAD), menang tetap menang!


Kedua, Roberto Di Matteo, pemangku pengurus Chelsea yang menggantikan Andre Villas Boas(AVB) yang telah memenangi 2 piala; Piala FA dan akhirnya... Piala Champions League menjadi milik Chelsea selepas menumpaskan Bayern Munich melalui sepakan penalti di gelanggang lawan.

Drogba dan Peter Chech merupakan punca kemenangan. Ternyata tuah Chelsea terletak di tangan pemangku pengurus yang dipecat seperti kes. 4 tahun lepas, di mana Chelsea merupakan finalis di bawah kendalian Avram Grant yang menyaksikan mereka tewas juga melalui sepakan penalti Terry yang tergelincir.


Dan ketiga, Roberto Martinez, pengurus Wigan yang berjaya menyelamatkan Wigan daripada tersingkir ke  liga bawahan. Di ambang penyingkiran itu.. ketika jelas mereka ketinggalan banyak mata, namun kemenangan demi kemenangan yang diraih (termasuk menewaskan pasukan gergasi MU, Arsenal, Liverpool dan Newcastle), Wigan bukan sahaja selamat malah selamat daripada zon Bottom 5!

Apakah rahsia kejayaan mereka? Mudah sahaja~ TRUST! Keep faith in HIM! Dan apakah perbezaan antara mereka bertiga? Mancini akan kekal dengan jawatannya. Martinez kini menjadi rebutan Liverpool khabarnya. Manakala status Di Matteo masih tergantung buat masa ini.. walaupun.. berjaya merangkul piala idaman Abramovich (yang menjadi punca The Special One, Jose Mourinho tersingkir..)

Akhir kata.. Roberto yang menjadi taruhan. Bukannya Fernando mahupun Alejandro. Lady Gagal~