Hebahan

Thursday, March 31, 2011

Terkini di Petrosains

Ramai telah sedia maklum, aku kini bekerja di Petrosains. Petrosains anak syarikat Petronas yang bukan bersumberkan keuntungan atau istilah Inggerisnya, non-profit company. Maka, kami ada sedikit perbezaan dengan mereka yang bekerja secara langsung dengan Petronas.

Tak masyuk macam mereka, tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya, ada gaji tetap. Datang kerja tiada istilah tergesa-gesa nak punch card. Cuti tahunan ada. EPF dipotong. Ada panel klinik untuk diri sendiri, isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Nak apa lagi?? Syukur.. alhamdulillah :)

Satu lagi perkara yang menarik, Petrosains juga yang menguruskan hal ehwal pelawat yang mahu melawat menara berkembar. Berada di tengah-tengah jejantas, aras 41. Dan kini berpeluang naik ke atas yakni sehingga tingkat 86 (buat masa ini, akan datang sampai tingkat 83 sahaja). 

Bezanya, dulu naik ke atas jejantas udara atau skybridge secara percuma, namun bermula Oktober 2010 sudah ada bayaran. Walaupun staff boleh naik secara percuma, tapi bukan sesuka hati, sewenang-wenangnya kita boleh naik ke atas kerana sekuriti amat ketat dan terkawal.
Kita tengok saja apa-apa yang boleh dilayan di sini.

 

Itu dia lif untuk naik ke atas. 1 saat, 1 aras. Laju tak? Nak naik ke tingkat 86, kena berhenti aras 83 dulu. Lepas tu baru ada lif ke tingkat 86. Apa yang menarik di atas?? Saujana mata memandang. Nampak satu KL. Batu Caves punya 'patung emas' pun boleh diskodeng dari jauh. Yang paling class, adalah tandasnya. Haha.

 

Eh, terjumpa lagi budak Taiwan ni. Mati-mati aku ingat dari Korea, rupanya setelah borak dengan ibunya, mereka dari Taiwan rupanya. Comelkan?? Emm.. apa lagi yang menarik di Petrosains? Oh, aktiviti untuk staff. Ada hari keluarga sempena ulangtahun Petrosains yang ke-12. Siap ada pengumuman daripada CEO mengenai remuneration. Alhamdulillah...~

Ada perlawanan sukan antara rumah. Aku rumah MERAH. Ada sukan seperti bola sepak, futsal, ping pong, dart, bola tampar, badminton dan tarik tali. Aku nak sangat masuk ping pong tapi tempat terhad. Maka aku masuk saja bowling dan futsal. Tak sangka betul, masuk Futsal, dan dapat EMAS! (Kau mampu?? Haha :)


Wednesday, March 30, 2011

PSN - Permulaan Sebuah Nama

Tempat jatuh.. lagikan dikenang. Inikan pula... tempat bermain. Inikan pula tempat yang memberi banyak kenangan. Walaupun aku pernah berkhidmat di sini selama 3 bulan selaku sukarelawan, namun bermula dari sinilah aku mengembangkan kareer aku. Terima kasih atas peluang yang diberikan.. wahai Pusat Sains Negara :)

Aku kembali jejakkan kaki ke PSN. Bukan seorang diri, tetapi berdua. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan isteri tersayang. Sampai saja pintu masuk, Kak Ita yang jaga kaunter terus bagi diskaun. Patut dapat tiket persuma kan?? :P

Lepas tu, pusing-pusing satu PSN, yang bertemakan Dino's Alive. Kita layan saja gambar-gambar yang berjaya ditangkap lensa kamera isteriku ini. Yang penting, sempat jumpa Dolah dan Encik Aziz. Rindu dekat korang. Emm, tahniah untuk En. Aziz yang akan kahwin nanti :) Itu dia .. gambar mereka buat Science Show. Suatu ketika, aku pernah berada di situ, dan kini.. masih lagi, cuma bukan lagi di PSN.

Tapi segalanya bermula di sini. Permulaan sebuah nama. Nama yang menjadi 'tanda' seorang manusia, seorang hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang abang.. dan macam-macam lagi nama dan gelaran. Terima kasih~














Kisah Murah Rezeqi 5


Ini kisah paling ringkas dan padat. Baru saja berlaku dalam masa terdekat ini. 


Pertama, first and foremost, Mama lulus ujian PTK. Alhamdulillah, rezeki Mama di hujung usia emas perkhidmatan bersama kerajaan. Ingat lagi, tajuk public speaking Mama, Health is wealth.. sampai terbelit-belit lidah mempraktisnya. Syukur~ Paling tidak, kalau tak naik pangkat pun, ada anjakan gaji :)


Kedua, ingatkan adik bongsu aku, Sufia tak dapat sekolah asrama walaupun dapat 5A dalam UPSR dan aktif sampai merangkul Olahragawati sekolah dua tahun berturut-turut. (Wah, adiknya Olahragawati, abangnya??). Alahmdulillah, walaupun SBP gagal setelah rayuan dibuat, akhirnya MRSM Alor Gajah memberi peluang kepada adik kesayanganku ini. Belajar betul-betul adik Ya :)


Ketiga, last but not least, walaupun aku baru masuk 5 bulan bekerja di Petrosains, tapi staff baru macam aku dah dapat bonus. Bukan bonus tahunan (selalunya mnjelang Aidilfiti baru dapat)bukan elaun bulanan, tetapi gaji pokok ada increment. Berapa peratus? Tak penting, sebab dapat kenaikan pun dah syukur. Tambah-tambah lagi pekerja baru macam aku. Jangan banyak bunyi. Tadah tangan, bersyukur~

Kisah Murah Rezeqi 4

Entri ini adalah rentetan kepada entri lepas, Kisah Murah Rezeqi 3 .

Alhamdulillah.. syukur kepada-Mu Ya Allah. Aku kini sudah berkeluarga, berkerjaya. Moga aku lebih tenang hendaknya. Lebih-lebih lagi, isteriku yang telah hamil berjaya di dalam proses pertukarannya. Kini, isteriku mengajar di SMK Cyberjaya. Tamat sudah hubungan perkahwinan jarak jauh. Fuhhh~

Bila dikenang balik, sebelum dapat kata putus samada proses pertukaran itu berjaya atau tidak, kami telah bersedia dengan beberapa plan kontigensi. Salah satu daripadanya termasuklah persiapan menyambut "orang baru". Kelahiran yang ditunggu-tungu.

Jadi, kami belilah apa-apa yang patut. Beli sepasang dua.. baju "budak kecik". Sebab orang-orang tua pesan, jangan over-excited sangat bab-bab membeli-belah perkara yang tak tentu lagi. Sebab perjalanan masih jauh lagi sebelum bergelar bapa. Kan?? Maka, sepasang dua baju "budak kecik" relevan dalam konteks ini.

Kami shopping di Jusco Equine. Sebelum sampai rumah, bakal ummi 'mengidam' goreng pisang. Dan, secara kebetulan kami singgah betul-betul depan sebuah stesen minyak Shell yang ada belon bagai. Oh, stesen minyak yang baru beroperasi rupanya. Dan...


Kami merupakan pelanggan pertama yang merasmikan stesen minyak mereka. Oh, bertuah kah? Tuah tak tuah dapat hamper macam ni 'bodoh-bodoh'. Free-free saja. Apa-apapun, ALHAMDULILLAH :) Tak pernah lagi sepanjang hidup aku rasa bertuah. Memang tak pernah sangkut kalau ada sessi cabutan nombor bertuah. Mimpikah aku?? Huhu.


Nah! Bolehlah juga hamper ala-ala. Kita sambung lagi kisah murah rezeqi ini. Disebabkan rezeqi kami berambah murah semenjak berkahwin ni, maka timbul satu persoalan dan harapan. Harap-harap jangan cepat lupa diri. Ingat-ingat juga rumput tempat berpijak. Dan persoalannya, bagaimanakah kita mahu menzahirkan rasa kesyukuran itu?? Teet~ Jawapannya, aku mesti buat infaq. Yakni menafkahkan sebahagian harta. Atau istilah yang lebih tepat lagi, mengeluarkan zakat.


Maka, akupun pergi ke PPZ, Pusat Pungutan Zakat untuk mengetahui status sebenar. Berapa yang patut ditambah, ditolak sebelum zakat dikeluarkan, sebelum aku terlambat menunaikannya. Nanti rasa terbeban pulak kalau lambat bayar zakat. Keputusannya, setelah gaji pokok ditambah dengan elaun-elaun tambahan, ditolak dengan perbelanjaan harian untuk diri, suami (menanggung isteri, kalau ada anak nanti kena tolak juga, RM1000/orang), ditolak lagi berapa kita bagi dekat orang tua, tabung haji, dan juga cukai pendapatan, maka aku masih belum layak keluarkan zakat buat masa ini.

Tergamam seketika.. Tapi dalam masa yang sama bersyukur. Bukan bersyukur sebab tak payah bayar zakat, tapi bersyukur dikategorikan golongan sederhana. Bukannya kaya raya tahap gaban, tapi tak susah sangat  tahap cipan sampai kategori layak menerima zakat. Apa-apapun, ingatlah, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima.



Perhatian - sepatutnya rezeki bukan rezqi..tetapi sengaja dibiarkan ejaan sebegitu simbolik murahnya rezeki. Lagipun ejaan arabnya huruf Qaf, bukan Kaf.