Hebahan

Thursday, March 31, 2011

Terkini di Petrosains

Ramai telah sedia maklum, aku kini bekerja di Petrosains. Petrosains anak syarikat Petronas yang bukan bersumberkan keuntungan atau istilah Inggerisnya, non-profit company. Maka, kami ada sedikit perbezaan dengan mereka yang bekerja secara langsung dengan Petronas.

Tak masyuk macam mereka, tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya, ada gaji tetap. Datang kerja tiada istilah tergesa-gesa nak punch card. Cuti tahunan ada. EPF dipotong. Ada panel klinik untuk diri sendiri, isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Nak apa lagi?? Syukur.. alhamdulillah :)

Satu lagi perkara yang menarik, Petrosains juga yang menguruskan hal ehwal pelawat yang mahu melawat menara berkembar. Berada di tengah-tengah jejantas, aras 41. Dan kini berpeluang naik ke atas yakni sehingga tingkat 86 (buat masa ini, akan datang sampai tingkat 83 sahaja). 

Bezanya, dulu naik ke atas jejantas udara atau skybridge secara percuma, namun bermula Oktober 2010 sudah ada bayaran. Walaupun staff boleh naik secara percuma, tapi bukan sesuka hati, sewenang-wenangnya kita boleh naik ke atas kerana sekuriti amat ketat dan terkawal.
Kita tengok saja apa-apa yang boleh dilayan di sini.

 

Itu dia lif untuk naik ke atas. 1 saat, 1 aras. Laju tak? Nak naik ke tingkat 86, kena berhenti aras 83 dulu. Lepas tu baru ada lif ke tingkat 86. Apa yang menarik di atas?? Saujana mata memandang. Nampak satu KL. Batu Caves punya 'patung emas' pun boleh diskodeng dari jauh. Yang paling class, adalah tandasnya. Haha.

 

Eh, terjumpa lagi budak Taiwan ni. Mati-mati aku ingat dari Korea, rupanya setelah borak dengan ibunya, mereka dari Taiwan rupanya. Comelkan?? Emm.. apa lagi yang menarik di Petrosains? Oh, aktiviti untuk staff. Ada hari keluarga sempena ulangtahun Petrosains yang ke-12. Siap ada pengumuman daripada CEO mengenai remuneration. Alhamdulillah...~

Ada perlawanan sukan antara rumah. Aku rumah MERAH. Ada sukan seperti bola sepak, futsal, ping pong, dart, bola tampar, badminton dan tarik tali. Aku nak sangat masuk ping pong tapi tempat terhad. Maka aku masuk saja bowling dan futsal. Tak sangka betul, masuk Futsal, dan dapat EMAS! (Kau mampu?? Haha :)


No comments:

Post a Comment