Hebahan

Thursday, March 31, 2011

Aku & kamu.. isteriku :)

Memang begitu banyak kenangan telah kami berdua ciptakan. Tak kira kenangan manis, pahit, kelat, masam dan apa jua rasa, kamulah momen terindah di dalam hidupku. Aku tak peduli, sesibuk mana tugasan harian, sebeban mana sekalipun, pasti ada sedikit ruang bagi kita luangkan masa berkualiti bersama-sama.

I-City Shah Alam...


Melaka...


Dan kini.. Putrajaya, sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2011.





















Tak kira di mana jua kita berada sayang, kamu satu-satunya yang beraja di mata, bertakhta di hati. Sama-sama kita cipta bahagia kerana-Nya. Terima kasih kerana menjadi suri di hati, isteri yang sentiasa menyokong suami di belakang, teman rapat yang setia di sisi, dan bakal menjadi ibu kepada zuriat kita di hadapan. Dan semenjak hadirmu, Panda juga tidak keseorangan lagi :)

No comments:

Post a Comment