Hebahan

Friday, April 1, 2011

CDC MAC 2011

1. Tsunami Jepun


Jumlah korbannya melebihi 10,000 nyawa. Dengan kekuatan 9 skala richter itu ratusan ribu lagi mangsa yang terselamat masih tinggal di khemah-khemah dengan 660,000 keluarga tidak mendapat bekalan air bersih dan lebih 209,000 tidak mendapat bekalan elektrik.Polis Jepun juga melaporkan sebanyak 17,400 lagi masih hilang.





Tukang Tulis : Boleh pulak Berita Harian dan Fizz Fairuz buat lawak. Wanita nombor 1 pun sama.

2. DUN Sarawak bubar! 

Maka.. segala kisah bermula. Kali ni, video seks yang dikatakan mirip DSAI pula. Apa ke hal? Sudah dicop "al-juburi" kini dituduh main 'belah depan' pula. Pelacur dari China pula tu. Aduhai~ politik tanahairku.. Konspirasi atau Realiti? Fitnah atau Hakiki?



Tukang Tulis : Datuk T itu trio; 3 individu. Mampu tak overshadow kontroversi pakaian 'sisi tepi' Miera Leyana? Siapakah?

3. Anugerah Sukan

Anugerah Sukan Negara, Olahragawan Kebangsaan milik pelumba basikal Kebangsaan kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang dan Olahragawati Kebangsaan diraih Datuk Nicol David. Pasukan Lelaki Kebangsaan dimiliki pasukan Hoki Kebangsaan, manakala skuad Skuasy wanita  merangkul Pasukan Wanita Kebangsaan. Keputusan lain klik sini.


Anugerah SAM ? Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2010 dianugerahkan kepada atlet terjun negara, Pandelela Rinong. Tahniah!


 
Tukang Tulis : ABP?? Mungkinkah milik Shaheizy Sam.

4. Pecerobohan!


USA, Perancis, Inggeris menangguk di air keruh. Tiba-tiba nak serang Libya kan. Motif?? Apa lagi kalau bukan sebab minyak. Naik minyak dibuatnya. Memang rakyat yang jadi mangsa apabila ada pihak yang mengambil kesempatan. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk tersepit mati di tengah-tengah.


Tukang Tulis : Kecelaruan identiti ... dalam Botol. Apa cerita ? Selang seminggu filem Melayu silih berganti masuk panggung. Bila agaknya giliran filem kemanusiaan macam Qaisy & Laila?

5. Pemidato hebat

Peserta Turki, Halil Ibrahim dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Peserta dari Malaysia, Amirrudin Abd. Rahman pula muncul juara kategori nusantara pada pertandingan peringkat akhir yang melibatkan lapan peserta.

Rancangan Adik-adikku musim 2, telah menobatkan adik Muhammad Amirul Munir Azlin selaku juara.




Tukang Tulis : Emm.. tahniah kepada Ahmad Izham Omar, memangku CEO Media Prima, sebab Datuk Seri Farid Ridzuan dipinjamkan ke kerajaan. Gara-gara Adik-adikku yang telah kacau daun slot Trilogi Cinta, rating sudah naikkah? RTM oh RTM~
 
6. JUARA

Juara Akademi Al-quran 5 (AQ5), Mohd Syahriansyah Apin dari Sabah.

 
Man, Juara Raja Lawak 5. Walaupun R2, yang konsisten sepanjang pertandingan, namun tuah milik seorang posmen, Abdul Rahman Kassim, 33 atau Man yang begitu menjadi di malam akhir. Tepat sekali pilihan penonton. 


 

Juara All England, Datuk Lee Chong Wei selama dua tahun berturut-turut biarpun tanpa Misbun. Yang penting, kalahkan Lin Dan Ya. Straight set!


Tukang Tulis : Tahniah kepada adik-adik yang baru ambil keputusan SPM. Teruskan perjuangan, jalan terus pandang ke hadapan.

7. PRK Kerdau & Merlimau

Semua dah tahu keputusan mutakhir. Momentum BN amat baik 4 'perlawanan' terakhir. PAS sudah kalah 3 kali berturut-turut. Keputusan terkini, agregat, 8-8. Adakah PRK ke-17 akan menyusul??


 


Tukang Tulis:  Interlok akhirnya dipinda.  Cik Puan Elia Suhana Ahmad, masih isteri kedua kepada ayahanda Sultan Kelantan. Maka, musim baru F1 pun bermula

8. Elizabeth Taylor

Primadona klasik ini akhirnya pergi. Mendiang telah meninggal pada tarikh 23 Mac 2011. Watak Cleopatra yang menjadi "trend setter" waktu itu hanya tinggal sejarah.

Tukang Tulis : Takziah kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong atas kemangkatan bonda baginda. Juga kepada Tun Dr Siti Hasmah atas kematian kakaknya, juga kakak ipar kepada Tun M.

9. Biodiesel B5

Inilah alternatif kepada minyak petrol dan diesel. Minyak kelapa sawit, Biodiesel B5.  Ada potensi besar digunakan secara meluas bermula Jun 2011 nanti.


Tukang Tulis : Harga getah pun ada naik turunnya. Masa orang kampung rajin, turunlah ia. Jangan berduka cita,usah bermuram durja sampai tahap tertekan nak bunuh diri. Macam kes di KB Mall. Sekali lagi gempar. Dulu ada kereta jatuh dari atas dan membunuh pelajar. Kini cubaan bunuh diri pula.



10. Alain Robert & Burj Khalifa.




"Spiderman" yang pernah menggegarkan satu KL gara-gara memanjat KLCC kini berjaya buat rekod baru. Memanjat Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia. Dubai pula kecoh!




Tukang Tulis : Kecoh juga bila tarian "Poco-poco" dan abjad T kecil, t diharamkan?

No comments:

Post a Comment