Entri ini adalah rentetan kepada entri lepas, Kisah Murah Rezeqi 3 .
Alhamdulillah.. syukur kepada-Mu Ya Allah. Aku kini sudah berkeluarga, berkerjaya. Moga aku lebih tenang hendaknya. Lebih-lebih lagi, isteriku yang telah hamil berjaya di dalam proses pertukarannya. Kini, isteriku mengajar di SMK Cyberjaya. Tamat sudah hubungan perkahwinan jarak jauh. Fuhhh~
Bila dikenang balik, sebelum dapat kata putus samada proses pertukaran itu berjaya atau tidak, kami telah bersedia dengan beberapa plan kontigensi. Salah satu daripadanya termasuklah persiapan menyambut "orang baru". Kelahiran yang ditunggu-tungu.
Jadi, kami belilah apa-apa yang patut. Beli sepasang dua.. baju "budak kecik". Sebab orang-orang tua pesan, jangan over-excited sangat bab-bab membeli-belah perkara yang tak tentu lagi. Sebab perjalanan masih jauh lagi sebelum bergelar bapa. Kan?? Maka, sepasang dua baju "budak kecik" relevan dalam konteks ini.
Kami shopping di Jusco Equine. Sebelum sampai rumah, bakal ummi 'mengidam' goreng pisang. Dan, secara kebetulan kami singgah betul-betul depan sebuah stesen minyak Shell yang ada belon bagai. Oh, stesen minyak yang baru beroperasi rupanya. Dan...
Kami merupakan pelanggan pertama yang merasmikan stesen minyak mereka. Oh, bertuah kah? Tuah tak tuah dapat hamper macam ni 'bodoh-bodoh'. Free-free saja. Apa-apapun, ALHAMDULILLAH :) Tak pernah lagi sepanjang hidup aku rasa bertuah. Memang tak pernah sangkut kalau ada sessi cabutan nombor bertuah. Mimpikah aku?? Huhu.
Nah! Bolehlah juga hamper ala-ala. Kita sambung lagi kisah murah rezeqi ini. Disebabkan rezeqi kami berambah murah semenjak berkahwin ni, maka timbul satu persoalan dan harapan. Harap-harap jangan cepat lupa diri. Ingat-ingat juga rumput tempat berpijak. Dan persoalannya, bagaimanakah kita mahu menzahirkan rasa kesyukuran itu?? Teet~ Jawapannya, aku mesti buat infaq. Yakni menafkahkan sebahagian harta. Atau istilah yang lebih tepat lagi, mengeluarkan zakat.
Maka, akupun pergi ke PPZ, Pusat Pungutan Zakat untuk mengetahui status sebenar. Berapa yang patut ditambah, ditolak sebelum zakat dikeluarkan, sebelum aku terlambat menunaikannya. Nanti rasa terbeban pulak kalau lambat bayar zakat. Keputusannya, setelah gaji pokok ditambah dengan elaun-elaun tambahan, ditolak dengan perbelanjaan harian untuk diri, suami (menanggung isteri, kalau ada anak nanti kena tolak juga, RM1000/orang), ditolak lagi berapa kita bagi dekat orang tua, tabung haji, dan juga cukai pendapatan, maka aku masih belum layak keluarkan zakat buat masa ini.
Tergamam seketika.. Tapi dalam masa yang sama bersyukur. Bukan bersyukur sebab tak payah bayar zakat, tapi bersyukur dikategorikan golongan sederhana. Bukannya kaya raya tahap gaban, tapi tak susah sangat tahap cipan sampai kategori layak menerima zakat. Apa-apapun, ingatlah, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan yang menerima.
No comments:
Post a Comment