Hebahan

Friday, March 18, 2011

BUKU bertemu RUAS

Ya! Sekali lagi buku bertemu ruas. Perlawanan yang amat kompetitif. Itulah dia Suku Akhir Kejuaraan Liga UEFA atau Champions League!

Setelah pusingan kedua, seperti di bawah :



Maka, Arsenal sekali lagi berputih mata, ditewaskan Barcelona kali ketiga! Dan sudah tinggal 1 piala harapan sekarang. 3S, yakni, Shaktar, Schalke04 dan Spurs mengisi slot 8 pasukan terbaik Eropah. Dan inilah dia perlawanan Suku Akhir melibatkan pasukan-pasukan terbabit:

 Real Madrid vs Totenham
Chelsea vs Man. Utd
Barcelona vs Shakhtar
Inter vs Schalke

Tukang Tulis: Jom kita buat prediksi, iaitu ramalan pasukan mana ke separuh akhir. Schalke lawan Chelsea. Shakhtar lawan Real Madrid. Final, Schalke dan Shakhtar. Juara, Shakhtar. Har har har..

p/s: Man Juara RL5. Final memang dia best terutama muzikal, tapi konsistensi milik R2

Wednesday, March 16, 2011

Lagu-lagu Jadian (LLJ) MAC 2011

Entri ni ala-ala rebranding. Sebelum ni, CDC (Carta Darjah Celcius), maka kali ni, lagu menjadi telah melalui proses penjenamaan semula. Lagu-lagu jadian. Bunyi macam menakutkan, sebab mungkin lagu-lagu ni ada hantu atau frasa yang lebih tepat, lagu-lagu ini berhantu! Benarkah? Anda hakiminya... Terimalah 15 lagu yang tersenarai kali ini~



Maher Zain - Freedom
Chris Medina - What Are Words
Misha Omar - Berlalu
Nubhan - Beri Rasa




Heliza - Cuma Aku
Shahir - Luar Biasa
Drama - Babak Pertama
Arcade Fire - Ready To Start





Maroon 5 ft Lady Antebellum - Out Of Goodbye
3 Suara (Jac Ning Shila) - Beribu Sesalan
Secondhand serenade - You & I





Ain - Tak Pernah Lepas (OST 7 Lagu)
Han - Mungkin Ada Lagi (OST Trilogi Cinta)
Mawi ft. Jay Jay - Menyesal Tak Berguna
Black - Dewi Aleya

Tuesday, March 1, 2011

CDC Februari 2011

1. Suara Rakyat Suara Keramat




Bermula dari Tunisia, merebak ke Mesir. Kini telah menular di negara Libya dan Yaman pula. Tepat sekali slogan Suara Rakyat Suara Keramat dilaung-laungkan. Desakan supaya Presiden Saleh (Yaman) dan Muammar Gaddafi (Libya) berundur dan meletak jawatan disuarakan.


Tukang Tulis : Tahniah kepada kerajaan negeri Kedah yang menanggung kos menghantar semula anak-anak Kedah yang belajar di Mesir. Lepas ni ada PRK Merlimau dan Kerdau pula.

2. Grammy Awards


Malam bersejarah bagi Arcade Fire, Lady Antebellum dan Lady Gaga. Lain-lain keputusan.




Tukang Tulis : Born This Way persembahan Lady Gaga ada unsur iluminati kah?

3. Oscar Awards


Malam bertuah bagi 3 nama berikut; Natalie Portman, Colin Firth dan Tom Hooper. Keputusan penuh di sini.

Tukang Tulis : Sekali lagi Annette Bening tewas. Ala-ala Mislina Mustapha gitu~

4. Anugerah Seri Angkasa


Anugerah ini diacarakan oleh Afdlin Shauki, Hani Hamid dan Daphnie Dahlia Iking (wah, fasih juga kau punya Bahasa Melayu, bah :) Malam bertuah bagi Elaine Dally, Sarimah dan Eliza Razak. Sebab apa? Baca sini.

Tukang Tulis : Perempuan.. seakan-akan mengulangi sejarah Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan.

5. Juara Pilih Kasih 2


Livonia Ricky, gadis dari Bumi Kenyalang telah dipilih Rosyam Nor selaku Juara Pilih Kasih 2


Tukang Tulis : Iqbal Juara musim pertama senyap sepi... Maka Mentor 5 pun bermula

6. Diskaun Saman Polis 


Potongan diskaun hampir 50 peratus telahpun berakhir semalam (28 Februari 2011). Anda sudah semak dan selesaikan bayaran?? 


Tukang Tulis : PTPTN kalau dah kena banned tak boleh ke luar negara macam FT, AA, MO, PSL dll

7. Carling Cup


Kempunan lagi. Itu istilah yang cukup sesuai bagi pasukan kegemaranku, Arsenal setelah 6 tahun tanpa sebarang piala. Tahniah buat Birmingham City. Ben Foster punca!

Tukang Tulis : Tak sangka juga Gunners boleh kalahkan Barca. Tapi masih ada perlawanan timbal balik di Nou Camp.

8. Dahlia Daphnie Iking


Sah! Daphnie Iking, pengacara NTV7 telah menjadi saudara baru kita. Kini nama Islamnya Dahlia Daphne Eleanor M Iking. Anaknya Isobel Daniella juga mengikut langkah sama. Menurut Daphnie, Isobel juga gemar ikut langkah-langkah mendirikan solat. Orang gaji mereka yang beragama Islam menjadi rujukan. Alhamdulillah. bertambah lagi umat Muhammad.

Tukang Tulis : Apa pula khabar Marion Rose Caunter ya?? Dan khabarnya Nur Aliah Lee kembali mengenakan tudung setelah bersuami baru.

9.Rizal Tisin


Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 yang berlangsung di Korat, Thailand menyaksikan pelumba elit negara, Mohd. Rizal Tisin berjaya meraih pingat emas pertama buat kem Malaysia menerusi acara kegemarannya, 1 kilometer ujian masa lelaki.

Lebih menarik, kejayaan tersebut menyaksikan Rizal kembali menggenggam pingat emas dalam acara yang sama selepas dia ditabalkan juara pada ACC 2008 di Nara, Jepun. Pada edisi 2009 di Banjarmasin, Indonesia, Rizal gagal mempertahankannya selepas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Tukang Tulis : Kesian Azizulhasni Awang kemalangan. Teruk kah?

10. Melodi



Setelah 6 tahun bertahan mengacarkan Melodi, akhirnya Farah Fauzana dan Wahid akan melepaskan jawatan panas itu. Sah! Kini milik Zizan dan Dira. Zizan?? Sesuai~ Dira Abu Zahar, anak bekas Ketua Menteri Melaka ?? Tunggu...


Tukang Tulis : Konsert Maher Zain amat meriah. Buat kali pertama dalam sejarah, satu lagu dinyanyikan sebanyak 3 kali di dalam satu konsert yang sama. Lagu tersebut ialah Insya Allah (versi Melayu)

Monday, February 28, 2011

8 x 3 = ?

Ini bukan masa menghafal sifir ya. Sebab sifir 8 ataupun sifir 3 telahpun dihafal.
Masa untuk merasai 'kesenangan' menghafal sifir telah lama berlalu. Selanjur masa, tanpa disedari, sifir itu sudah dihafal secara tidak langsung. Tak sengaja??

Sudah! Jangan buang masa. Usah berlengah. Aku nak cerita pasal apa kali ini ya? Bukan pasal sifir, tetapi masih berkait dengan nombor. Nak cerita berkenaan angka!

Angka 8 dan 3! Itulah nombor bertuah kali ini. Tiada kaitan dengan hantu nombor ekor dalam cerita Ngangkung, tetapi ada kaitan dengan jumlah kutipannya. Bukan jumlah anak ya :P


8 JUTA! Kita abaikan nombor 2, yakni 2 Alam :P

Lebih 8 juta ringgit telah dikutip oleh 3 filem, yang bergenre seram yang telah ditayangkan kira-kira 3 bulan. Secara kebetulan ketiga-tiga filem ini ditayangkan berturut-turut.

Wah! Mewah dan meriah industri filem tempatan. Kaya betul produser ni. Rakyat Malaysia memang tak lokek berbelanja untuk berhibur menonton wayang. Ada yang siap tengok berulang-ulang kali.


8 x 3 = 24. Senang cerita, hampir 25 juta ringgit telah dibelanjakan rakyat Malaysia dengan membeli tiket wayang cerita seram. Itulah penangan cerita seram. Nampak gayanya bukan Fesbuk saja ada hantu, pawagam-pawagam pun ada hantu, tapi tetap laku, orang tak putus-putus menyerbu.

Tahniah untuk 3 filem ini:


Ngangkung


Hantu Kak Limah Balim Rumah (HKLBR)


Khurafat

Aku dah tengok ketiga-tiganya. Bagi aku, yang terbaik dari sudut jalan cerita, lakonan dan kutipan, tempat pertama,HKLBR, sebab paling mudah, dekat di hati. Lawak, sinikal, saspen, sarkastik,semua rasa ada. Dan yang paling penting, dialognya menjadi sebutan sebab orang ingat. Dahlah beberapa panggung saja yang menayangkan HKLBR, tetapi tetap berjaya box-office.

Macam cerita P.Ramlee, ramai orang ingat dialognya. Nampak gayanya, kita bakor aje.. pelawok-pelawok, khek khek khek, angkat tangan macam saya, Hasan Mutalib, dan banyak lagi adegan meninggalkan kesan di hati penonton, terutama dengan dialek Peraknya.

Tahniah Mamt Khalid, kehampaan Estet berjaya ditebus. Kedua, Khurafat. Khurafat jauh lebih baik daripada Ngangkung (dan juga filem Haq-tuih). Tak salah kalau dikatakan ini filem terbaik Syamsul Yusof. Dengan bajet rendah, sejuta lebih, tetapi pulangannya..??


Plot dan jalan ceritanya menarik, ada twist (walaupun bagi sesetengah orang klise, tapi aku suka!) Dan lakonan yang memberangsangkan terutama Sabrina Ali dan Syamsul sendiri. Sayang sekali Liyana Jasmay agak kurang menyerlah.

Ngangkung?? Malas nak ulas lanjut. Tarikan utamanya sudah tentu Shaheizy Sam. Tak dinafikan ceritanya agak lucu, tapi unsur didaktik dan propagandistik agak membebankan. Moralnya tetap ada tetapi pengajaran secara halus wajar diselitkan secara sindiran dan sinikal umpama tergigit cili padi yang halus, tetapi kesannya...??

Lebih-lebih lagi kalau anda menonton Sini Ada Hantu, 70 peratus kandungan Ngangkung ada diselitkan ketika cerita Hantu Nombor Ekor. Lebih kurang saja ceritanya. Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Tayangan Unggul, Metrowealth dan Skop Production.

Kini setelah menghantui pawagam, ketiga-tiga fielm itu menghantui Astro First! Apakah rasional dan justifikasinya? Boleh untungkah produser? DVD tak jual kah? Dengar cerita DVD asli HKLBR harganya RM10! Tetapi, ada pihak yang sudah menangguk di air keruh ekoran kewujudan Astro First. Pertama, sudah boleh muat turun. Kedua, cetak rompak pun bersepah. Selalunya kena tunggu 2 ke 3 bulan.

Siapa yang untung?? Penonton?? Pelakon?? Produser?? Astro?? Lanun?? Tepuk dada lah...

Hadiah Ulangtahun~

Selamat Ulangtahun Sayang.. dendangan Imran Ajmain seakan-akan kedengaran di gegendang telinga.

Itulah tandanya, ada orang menyayangi dan mencintai aku seadanya. Ulangtahun aku yang ke-27 kali ini hanya disambut bersama orang yang paling rapat dan dekat di hati.

Mama.. Papa.. Adik Yaa dan isteri tercinta. Cukuplah doa-doa yang elok lagi baik telah mereka titipkan. Paling terharu, isteri aku memberikan kejutan yang paling indah dalam hidup ini.


Aduhai~ so sweet sayang. I love you more than you know...

Panda diiktiraf oleh isteriku sebagai 'individu' yang penting dan banyak berjasa di dalam hidup ini. Banyak jasa dan pengorbanan Panda, motor kesayanganku. Terima kasih kepada Kak Ida, kakak iparku yang telah mereka bentuk dan membuat kek ini. Lain kali buat kek bentuk Panda atau motor ya akak...



Kek ni ada 3 lapis. 3 rasa. Strawberi, Keju dan Coklat. Nak tempah tak kek macam ni?? Sila klik sini. Citarasa Ummi bakery. Jangan malu-malu. Boleh beli kek, biskut, buat hiasan hantaran dan macam-macam lagi. Nak belajar buat kek pun boleh dengan Kak Ida.

Dan ini dia sepasang baju ke pejabat tanda cinta daripada isteri tercinta...

Friday, February 25, 2011

2 tahun


Ya! 2 tahun. Bukan umur sesiapa, tetapi usia blog "misi si tukang tulis" ini. 2 tahun aku bertukang dalam menulis. Kemahiran penulisan~ subjek kegemaranku!


Dengan jumlah pembaca mencecah 25K pengunjung, seperti mana yang tertera di sebelah kanan blog ini, selepas trafik. Tapi sudah ditegaskan sejak awal 'kelahiran' blog ini, angka itu bukan matlamat utama. Misi tetap diteruskan. Misi si tukang tulis, bercerita kisah hitam putih kehidupan. Jatuh bangun. Canda tawa. Suka luka duka. Antara dosa dan pahala, syurga dan neraka, semuanya di tangan kita.


Dari pentas politik, ke arena sukan, lalu terjun ke dunia hiburan, bukan sekadar berangan, malah impian mampu menjadi kenyataan, kerana kita insan yang hidup dengan pedoman, punya akal fikiran, punya kemahuan mahupun kebencian.Yang penting, selagi berupaya, aku mahu terus menulis dan menulis. Tanpa rasa jemu. Sehinggalah DIA yang telah menulis sampai bila aku akan terus menulis. Yang tinggal hanyalah sekeping kertas...

27 tahun~

Mungkin kedengaran agak klise di situ. Dejavu juga harus~

Aku SENGAJA menyembunyikan status dan tarikh sebenar hari kelahiranku di FB. Mungkin sudah biasa 'dihujani' dengan ucapan yang lebat di paparan dinding FB oleh sahabat-handai yang berjumlah 1984 orang setakat ini. Wall juga SENGAJA diactivate. Supaya tiada hiasan sebegini :)


SENGAJA! Itulah sebabnya. Atau mungkin faktor usia! Dalam usia 27 tahun, bakal bergelar bapa, mungkin elemen kejutan sudah tak diperlukan lagi. Cukuplah orang yang rapat, dan tersayang mewarnai hari ini. Tak sangka, isteriku yang tercinta pakar juga bab membuat kejutan.

Aku amat terharu. Biarpun hanya sebiji kek daripada isteri. (bagaimana bentuk an hiasannya, tunggu entri akan datang ya) SMS dan ucapan daripada ahli keluarga (termasuk En Zuhair yang ingat hari kelahiranku). Hari ini cukup indah! Teruja, ghairah dan meriah.

ALHAMDULILLAH...

Hari ini sudah 27 tahun aku dibenarkan hidup di muka bumi Allah ini. Sampai bilakah aku akan terus dibenarkan bernafas, dan diberikan hak untuk manjadi khalifah, semuanya aalah ketentuan-Nya.

27 tahun, usia yang matang, sementelah aku akan bergelar ayah. Moga aku mampu menggalas amanah, mendidik diri, isteri dan anak yang bakal lahir nanti. Membimbing mereka ke jalan yang diredhai.

Aku mahu jadi Hamba Allah yang bertaqwa, anak yang soleh, suami mithali, bapa yang bertanggungjawab, pekerja yang telus dan dedikasi. Bunyi klise tapi itulah hakikatnya :)

Harapanku, moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, rezeki lebih murah dan lebih tekun beribadah. Amin~