Kalau lah malang itu boleh dibau... dihidu... maka aku boleh elakkannya daripada berlaku. Justeru, benarlah pepatah malang tak berbau.
Apa yang malang ni? Malang... Bukan gaya orang Terengganu menyebut 'malam' ya. Tetapi, malang merupakan nasib kurang baik, iaitu inilah qada' dan qadar Allah. Percayakan rukun iman yang keenam, Qada' bermaksud ketentuan, dan Qadar bermakna pelaksanaan, maka apa yang telah ditentukan Allah, telahpun dilaksanakan-Nya buat insan kerdil serba daif ini.
Aku manusia... yang sering diuji. Selalu diduga. Apakah kita sentiasa mengingati-Nya setiap masa? Adakah kita bersyukur dengan segala nikmat, dan bersabar dengan segala musibah yang melanda.
Dush~ Sakit juga satu nikmat. Sakit juga merupakan kifarah.. menebus dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Aku sebenarnya bukan bernasib malang, bukan juga bernasib kurang baik, cuma mungkin aku telah tersalah memilih jalan ketika di persimpangan. Mahu ke kiri atau ke kanan?? Putih atau hitam?? Dosa atau pahala?? Syurga atau neraka?? Itulah soalan 'objektif' yang perlu dijawab. Ya atau Tidak?? Orang
puteh kata
close-ended questions.Hidup ini memang banyak pilihan. Bezanya kita bijak atau tidak membuat pilihan. Banyak ruang dan peluang untuk kita ubah diri kita, tetapi mengapa jalan sempit juga yang menjadi pilihan? Adakah minda kita telah disempitkan dengan SATU matlamat??
Terngiang-ngiang di telinga ini, bait-bait lirik lagu Suratan atau kebetulan
"walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati"Al-kisahnya, aku mahu berkahwin, tetapi masih tercari-cari kerjaya yang sesuai, yang kena dengan jiwa. Duit masih belum mencukupi bagi menampung 'belanjawan' untuk hari pernikahan.
Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ (ingat skrip 'astro' ini)
Maka, aku telah 'menyempitkan' fikiran aku dengan SATU matlamat saja, iaitu DUIT. Aku dah tak kisah kerja apa, janji halal, janji dapat duit. Maka aku dengan penuh konfidennya menolak mentah-mentah peluang bekerja dengan VADS (tahun 2008) lalu rela menjadi
research assistant (RA) atau istilah yang lebih tepat
rileks ajer. Konon nak buat Master, alih-alih tak jadi.
Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Mahu cari kerja tetapi masih tak dapat sebab tiada pengalaman, maka aku dihubungi orang
Career Excel yang menawarkan aku menjalani kursus di bawah Khazanah, iaitu program GEMS batch pertama. Tak pasal-pasal, hasil resume yang aku 'campak' ke merata tempat mendapat respon.
Aku mendapat panggilan bekerja secara kontrak(sambilan) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Maka aku menolak mentah-mentah program GEMS itu.
Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Maka, aku mula bekerja di KKM. Gaji memang
mahsyuk. Maka tercapailah matlamat aku mahu kumpul duit untuk kahwin. Alhamdulillah.
Kusangka hujan di tengahari, rupanya hujan di pagi hari lagi. Kontrak aku habis atas sebab-sebab tertentu. Maka, mula meracau~ merayau mencari kerja demi sesuap nasi.
Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Aku sekali lagi mendapat tawaran mengikuti program GEMS, tetapi batch ketiga sudah.
Maka aku mula menjalani hari-hari yang tenang, penuh indah bersama budak-budak GEMS. Seronok bersama Red Spicy, kelas BI dan semua peserta. Habis bahagian pertama, aku akan ditempatkan di sebuah kilang di Kota Damansara selama 6 bulan. Dalam masa yang sama, aku juga mendapat tawaran bekerja dengan JIM (dapat RM 1500 sebulan tu) tetapi gara-gara kononnya aku mahu fikir matlamat jangka masa panjang iaitu DUIT juga, mungkin aku akan diserap bekerja tetap di kilang itu sebagai
engineer dengan gaji yang lebih daripada RM 1500, maka aku menolak JIM mentah-mentah.
Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Aku dengan yakinnya mencari rumah sewa sekitar Damansara secepat mungkin, dan akhirnya dapat sewa bilik di Flora Damansara RM240 sebulan(termasuk bil api+air). Tiba-tiba semangat nak jadi
engineer walaupun masa GEMS menolak, dan menafikan sekeras-kerasnya, mahu kerja
admin katanya. Hakikatnya aku memang tahu aku tak akan dapat jadi engineer. Alih-alih, enjin pun aku tak dapat.
Near saja yang dapat. Dekat saja.
So near yet so far.Rupa-rupanya
company itu, Innopeak langsung tak tahu-menahu akan menerima budak GEMS di tempat mereka. Dalam erti kata yang lain, GEMS Malaysia macam tak buat kerja. Lepas tangan. Innopeak pula terus-terang bahawa mereka tak akan serap kami (5 orang) kalau ya pun
placement(on job training) di situ. Maka sekali lagi guna senapang. Mahu berburu. Tapi bukan masuk hutan, sebaliknya meredah masuk aka walk-in interview saja di mana-mana.
Tetapi aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Aku tak kisah kerja apa, janji halal, janji dapat duit.
Maka aku dipanggil oleh satu syarikat untuk ditemuduga. Di Plaza Sentral, sebelah KL Sentral. Nama syarikat itu, Gorgeous Chain Sdn. Bhd. (nama tak mahu kalah, tapi penipu! Sabar, nak cerita lah ni). Prosedur temuduga berjalan dengan lancar, aku berbahasa Inggeris dengan penuh keyakinan. Memang ramai yang datang untuk temuduga. Tempat temuduga pun banyak macam gambar bawah ni.

Class kan? Selang 2 ke 3 hari, aku dihubungi lagi. Aku BERJAYA. Katanya.. walaupun sekadar HARAPAN PALSU! Rupa-rupanya yang
interview aku hari itu
General Manager, Kak Zura namanya. (Harap muka saja cantik tapi menipu). Aku teringat soalan cepumasnya ketika ditemuduga, apa yang anda tahu pasal syarikat ini, Gorgeous Chain Sdn. Bhd? Aku dah Google sebelum tu, tapi memang TIADA maklumat! Aku mengaku saja lah. Tak sempat.
Katanya, syarikat ini merupakan syarikat kewangan (
financial company) jadi konsultan untuk individu ataupun mana-mana syarikat. Maka aku bertambah yakin, inilah tempatnya aku boleh kembangkan kareer. Aku mula bekerja pada 5 Januari 2010, hari Selasa. Aku dimasukkan ke dalam satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang. Aku, Linda, Lyn, Herman, Ijan dan Lei Fong (yang diminta supaya ada nama English). Kami ada seorang ketua ataupun
Senior manager bernama Puan As. Tapi dia suruh panggil Kak As saja. Sebagai Senior Manager, Kak As ni memang (bajet) baik, nak lunch sama-sama konon, tetapi dia sebenarnya mengawasi pergerakan kami. Apa yang kami bualkan, apa yang kami diskus terutama keraguan kami mengenai 'status' kami.
Pelik! Kami masih tak dapat
offer letter yang menyatakan gaji pokok kami, ada EPF ke tak dan sebagainya. Kena
hold. We have better scheme, katanya. Kami diberi jawatan Admin Executive, tetapi tugasnya ialah membaca graf setiap hari yang ada
sell new, sell closed, buy new, buy close, uptrend, downtrend, sideway yang merepek-repek tiada kaitan langsung dengan kerja Admin! Lepas tu ada satu
monitor tunjuk pergerakan graf, belajar
predict market, kalau naik dapat
profit, turun pun dapat
profit. Two-way market katanya!
Rupa-rupanya Gorgeous Chain merupakan syarikat yang berbisneskan air liur! Buat
foreign exchange ataupun
forex tetapi secara illegal! Patut pun
website tiada. Nak
google pun tak dapat. Diorang ada tunjuk lesen fotostat diorang berdaftar dengan SSM(suruhanjaya syarikat malaysia) tetapi bila aku tanya lesen daripada BNM(Bank Negara Malaysia), terkedu pula mereka. Moga pendedahan ini dapat MEMBANTU mereka yang sedang ditipu dan akan tertipu nanti. Moga-moga, bila anda
google, anda ketemu blog yang mendedahkan penipuan ini.

Inilah pintu masuknya. Passwordnya ialah tekan nombor 1 enam kali. Mereka hanya mahukan investor semata-mata. Setiap hari ada interview di syarikat itu yang berpangkalan di tingkat 18, blok 2A, Plaza Sentral. Mereka hanya mahukan
potential investor. Setiap hari mahu
update perkembangan terkini. Ada tak orang berminat nak invest dalam
forex! Aku pun sedap juga lah goreng si As tu, kata kawan anak Datuk lah, saudara mara kat kampunglah, bajet nak dapat TF! TF tu macam elaun tambahan, umpan baik punyalah kiranya. Kalau anda dapat seorang, anda akan terus dinaikkan pangkat sebagai
Manager. Itu semua penipu.
Si As tu harap saja pakai tudung, tetapi menjatuhkan maruah dan mencalar imej orang bertudung. Kau memang ratu propa. Semua ayat dia setiap hari tertulis dalam skrip.
Scripted! Mereka dah biasa buat kerja ni. Modus operandinya sama. Putar alam saja. Sudah-sudahlah menipu orang. Aku berjaya menarik semua ahli kumpulan aku agar berhenti. Moga-moga mereka yang dapat offer ke syarikat itu dan yang seangkatan dengannya seperti Elegant Destiny(masing-masing nama tak mahu kalah!) di Menara Ambank, Bangsar pun sama. Tunggu masa saja kena
ambush dengan SSM! Kami ada bukti.
Terima kasih tidak terhingga kepada
housemate aku, Pian yang memberi petanda awal aku akan kena tipu. Tidak lupa juga Awin(RS GEMS) dan Suzie(Prime House, GEMS) sekaligus menyuruh aku lari dan daftar diri dengan syarikat Kelly Services.
Sudah! Aku ulang-alik ke sana 8 hari saja. Tiada gaji! Habiskan minyak motor, habiskan duit beli lunch yang mahal, habiskan tenaga. Lei Fong lagi kesian, kena bayar parking RM 48 setiap hari. Banyak lagi bukti penipuan mereka tetapi cukuplah sampai di sini. Aku harap pendedahan ini mampu menyelamatkan mereka daripada terus tertipu. Lagi banyak yang tertipu, maka lebih banyak yang menjadi mangsa seperti aku.
Aku telah menjadi mangsanya. Aku mengaku kalah. Aku pasrah. Tetapi ada aku kisah??
Sebab aku yakin, mudah-mudahan rezeki aku akan bertambah murah. Tak esok, lusa~ Alhamdulillah. Kelly Services mengaturkan temuduga, bertulis dan oral. Dan kini, aku bekerja dengan VADS. 100% syarikat bawah TM. Aku nampak masa depan aku di sini. Aku nampak potensi aku untuk mengembangkan kareer aku di sini. Alhamdulillah. Bila renung-renung balik. Macam putaran roda, aku kembali ke cerita asal tahun 2008.
Kalaulah aku kerja VADS sejak dari awal lagi?? Betul, adakalanya makin jauh kita lari dari sesuatu benda, makin dekat ia menghampiri kita. Percaya tak? Selama mana kita berlari, selagi kita tak berhenti dan berdepan dengannya, ia takkan selesai. Walaupun Amin(contoh) tak suka Matematik, tetapi dapat tawaran universiti belajar Akaun! Walaupun aku tolak VADS mentah-mentah pada awalnya, tetapi aku kini bersama VADS. Walaupun aku menolak GEMS batch pertama, tetapi akhirnya aku join GEMS batch 3. Walaupun aku tak mahu jadi
engineer, tetapi akhirnya aku juga akan menjadi seorang
engineer! Boleh??
Aduhai~ Tak baik mengeluh. Jangan ada perkataan "kalau"! Jangan SEMPITKAN minda dengan SATU matlamat semata-mata iaitu DUIT. BUKA seluas-luasnya peluang dan ruang memperkasakan diri supaya berada di kelas/liga tersendiri. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan. Cukup rasanya sampai di sini. Walaupun aku jarang membuat pilihan yang tepat dalam memilih kareer, tapi besar harapanku agar bakal isteri aku kelak merupakan pilihan TERBAIK. Bawaku terbang merentas Laut Cina Selatan.