Hebahan

Sunday, January 30, 2011

Google - 10 nama paling dicari sepanjang 2010


GOOGLE! Dulu, masa mula-mula berjinak-jinak dengan IT, aku paling suka Yahoo! Buat e-mel pun e-mel Yahoo! Yahoo! Seronoknya ada e-mel. Tapi, situasi sudah berubah 360 darjah. Muncul ejen pencarian baru yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Itulah dia penangan Google. Google Malaysia telah dibuka cawangannya di Kuala Lumpur. Sebut pasal Google, ia merupakan salah satu ejen penyelesaian masalah. Jika kita tak tahu bagaimana mahu baiki PC, taip saja "how to repair PC" contohnya, sekali klik saja, bermacam-macam pilihan ada.

Anda tak kenal siapa itu Paul the Octopus? Google saja.. Maka berderet-deretlah maklumat mengenainya. Sepanjang tahun 2010, ada beberapa nama yang digoogle oleh rakyat Malaysia. Mengikut rekod, 10 individu paling dicari dalam Google Malaysia seperti berikut :

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)


Siapakah Hanis Zalikha?? Paul Tan?? Anda Google sendiri.. ketemui jawapannya. Siapakah individu paling dicari bagi tahun 2011?? Kita tunggu~ Mahu berspekulasi?? Aku mahu senaraikan HANA TAJIMA.  NEELOFA MOHD NOOR dan SYAKILA NISHA JAHANGIR KHAN. Siapakah?? Google lah sendiri.

INSHA ALLAH - Malay version by MAHER ZAIN

Akhirnya...

Nah~ Insha Allah oleh Maher Zain sendiri. Bukan suara orang lain yang mengada-ngada. Haha. Subhanallah, sedap betul suara Maher Zain ni. Sebutan.. makhraj sebiji macam orang Melayu. Tahniah, artis bertaraf antarabangsa seperti beliau menggunakan BAHASA MELAYU! Tabik spring~ Salute~

 Andainya kau berasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamammu
Insha allah 3x
Ada jalannya
Insha Allah 3x
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamammu
Insha allah 3x
Ada jalannya
Insha Allah 3x
Ada jalannya

Bridge:

Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin pada-Nya, panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Bimbinglah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Ke jalan yang benar 3x

Insha allah 3x
Ada jalannya
Insha Allah 3x
Ada jalannya

p/s: Back-up vokal suara Inteam ek? Tahniah!


Saturday, January 22, 2011

BOX OFFICE



Box-Office? Apakah? Oh.. istilah yang digunakan bagi kutipan yang 'pecah panggung'. Apa makna pecah panggung pula? Kiranya orang ramai kasi panggung pecahlah macam tu. Berasak-asak, bergasak dan menapak menonton wayang. Boleh? Penerbit senyum sampai telinga, untung berjuta-juta. Pengarah dipuji melangit sebab mampu hasilkan filem yang kena dengan citarasa penonton. Pelakon pula akan jadi rebutan bagi filem-filem yang akan datang, tak kira sequel atau filem berlainan.


Soalannya?? Adakah filem yang popular, sebab mencapai tahap box-office itu filem yang terbaik? Terbaik dari segi penyampaian mesej, nilai seni dan estetika, mahupun sinematografi yang indah nian atau sekadar "terbaik dari ladang", umpama jaguh kampung yangs sekadar gah di tempat sendiri. Ayuh kita lihat, sepanjang 2010, filem-filem yang telah ditayangkan bersama jumlah kutipannya.



1.     Adnan Sempit
    KOMEDI / DRAMA     1.50 juta     14.01.2010     7.66 juta /61 pawagam

2.     2 Hati 1 Jiwa
    DRAMA     0.98 juta     28.01.2010     0.40 juta /44 pawagam

3.     Lu Pikirlah Sendiri The Movie
    KOMEDI     1.73 juta     11.02.2010     2.15 juta/49 pawagam

4.     Niyang Rapik
    SERAM     1.64 juta     25.02.2010     3.72 juta/60 pawagam

5.     V3: Samseng Jalanan
    AKSI     1.72 juta     11.03.2010     3.88 juta/ 62 pawagam

6.     KL Drift 2
    AKSI     1.92 juta     25.03.2010     5.67 juta/ 65 pawagam

7.     Semerah Cinta Stilleto
    AKSI     1.50 juta     08.04.2010     2.13 juta/53 pawagam

8.     Hooperz
    KOMEDI     1.27 juta     22.04.2010     0.29 juta/42 pawagam

9.     Belukar
    AKSI / DRAMA / CINTA     2.10 juta     06.05.2010     0.30 juta /40 pawagam

10.     Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami
    KOMEDI / CINTA     0.98 juta     20.05.2010     0.56 juta/48 pawagam

11.     Lagenda Budak Setan
    DRAMA / CINTA     1.36 juta     03.06.2010     4.28 juta /51 pawagam

12.     Kecoh Betul
    AKSI / KOMEDI     1.85 juta     03.06.2010     2.03 juta/ 53 pawagam

13.     Kapoww!!
    AKSI / KOMEDI     1.98 juta     17.06.2010     0.27 juta /42 pawagam

14.     Zoo
    AKSI / KOMEDI         01.07.2010     2.17 juta/60 pawagam

15.     Mantra
    SERAM     1.82 juta     15.07.2010     2.74 juta/61 pawagam

16.     Senario Asam Garam
    KOMEDI / CINTA     1.70 juta     09.09.2010     2.47 juta/60 pawagam

17.     4 Madu
    KOMEDI / CINTA         09.09.2010     1.82 juta/ 64 pawagam

18.     Magika
    MUZIKAL / FANTASI     2.40 juta     23.092010     3.14 juta/60 pawagam

19.     Jangan Pandang Belakang Congkak 2
    KOMEDI / SERAM     1.80 juta     07.10.2010     4.23 juta/56 pawagam

20.     Cuti-Cuti Cinta
    AKSI / DRAMA / CINTA     1.20 juta     21.10.2010     3.17 juta/57 pawagam

21.     Estet
    AKSI / KOMEDI     1.97 juta     04.11.2010     0.35 juta/47 pawagam

22.     Crayon
    DRAMA     1.31 juta     11.11.2010     0.053 juta /25 pawagam

23.     2 Alam
    DRAMA     1.51 juta     18.11.2010     0.44 juta/83 pawagam

24.     Ngangkung
    KOMEDI / SERAM     1.82 juta     25.11.2010     8.18 juta */ 59 pawagam

25.     Aku Tak Bodoh
    KOMEDI / KELUARGA     1.62 juta     02.12.2010     0.74 juta /58 pawagam

26.     Hantu Kak Limah Balik Rumah
    KOMEDI / SERAM / MISTERI     1.42 juta     09.12.2010     7.74 juta */39 pawagam

27.     Aku Masih Dara
    CINTA     1.50 juta     09.12.2010     2.05 juta /56 pawagam

28.     Janin
    SERAM     1.54 juta     23.12.2010     1.42 juta /52 pawagam

29.     Damping Malam
        1.82 juta     30.12.2010     1.65 juta */62 pawagam

*Kutipan terkini sehingga 19 Januari 2011
Dikemaskini Pada 19/01/11 11:05 AM (Sumber: FINAS)

Jadi, kalau disenaraikan 5 filem paling laris berdasarkan kutipan :

Ngangkung - 8.18 juta 0.14 juta/pawagam
Hantu Kak Limah Balik Rumah - 7.74 juta 0.2 juta/pawagam
Adnan Sempit - 7.66 juta 0.13juta/pawagam
Evolusi KL Drift 2 -  5.67 juta 0.09 juta/pawagam
Lagenda Budak Setan - 4.28 juta 0.08 juta/pawagam

Dan, kalau disenaraikan 5 filem paling laris berdasarkan kutipan/pawagam:

Hantu Kak Limah Balik Rumah - 0.2 juta/pawagam
Ngangkung - 0.14 juta/pawagam
Adnan Sempit - 0.13juta/pawagam
Evolusi KL Drift 2 -  0.09 juta/pawagam
Lagenda Budak Setan - 0.08 juta/pawagam

Kalau disenaraikan pula 5 filem tidak untung berdasarkan kutipan :

Crayon
Hooperz
Kapoow!
Belukar
Estet

Jika disenaraikan filem yang laris dan menang anugerah (FFM/ASK) - sebab selalunya Filem Terbaik tak boleh jual :

Magika
Papadom
KL Menjerit
Cinta
Pontianak Harum Sundal Malam 2
Evolusi KL Drift 2
Soal Hati

Contoh filem kurang mendapat sambutan tapi menyerlah di anugerah (FFM/ASK) :

Paloh
Muallaf
Wayang 
Jogho
Kala Malam Bulan Mengambang
Sayang Salmah
Belukar


* Filem Crayon, Ngangkung, Aku Tak Bodoh, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Aku Masih Dara ?, Damping Malam, Janin bertanding FFM akan datang. Estet tak masuk ASK lagi. Dan ini pula 20 filem paling laku dalam sejarah industri perfileman tanahair :

1. Ngangkung/ MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 8.12j (2010)
2. Adnan Sempit/ MIG PRODUCTION SDN.BHD.- 7.66j (2010)
3. Hantu Kak Limah Balik Rumah/ TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.- 6.89j (2010)
4. Lagi-lagi Senario/ GRAND BRILLIANCE SDN.BHD - 6.33j (2001)
5. Geng : Pengembaraan Bermula/ LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. - 6.20j (2009)
6. Sembilu 2/ SKOP PRODUCTION SDN. BHD.- 6.10j (1995)
7. Jangan Pandang Belakang Congkak/ MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 6.09j (2009)
8. Jangan Pandang Belakang/MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 5.78j (2007)
9. KL Drift 2/SKOP PRODUCTION SDN. BHD.  -  5.67j (2010)
10.Cicakman/KRU COMMUNICATION SDN.BHD.  - 5.15j (2006)
11.Maria Mariana/SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 4.72j (1996)
12.Duyung/KRU COMMUNICATION SDN.BHD. - 4.67j (2008)
13.Senario The Movie/GRAND BRILLIANCE SDN.BHD - 4.58j (1999)
14.Gerak Khas The Movie/SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 4.40j (2001)
15.Sembilu/SKOP PRODUCTION SDN. BHD.- 4.39j (1994)
16.Senario Lagi/GRAND BRILLIANCE SDN.BHD  -   4.37j  (2000)
17.Lagenda Budak Setan/ASTRO SHAW SDN. BHD. -  4.28j (2010)
18.Senario The Movie : Episod 1/MIG PRODUCTION SDN.BHD. -  4.26j (2008)
19.Jangan Pandang Belakang Congkak 2/MIG PRODUCTION SDN BHD  - 4.23j (2010)
20.Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam/SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 4.14j (2009)

Dapat disimpulkan bahawa genre komedi (4 tempat teratas), seram, dan aksi merupakan genre filem yang boleh 'buat duit'. Dan harus diingatkan harga tiket wayang ketika tahun 90-an kira-kira RM 5 atau lebih murah. Jadi bayangkan volume penonton yang berkunjng. Emm, nasib baik filem Razak Mohaideen tak tersenarai di situ. Eh, ada jugalah.. Duyung :P

Ada 3 filem Shaheizy Sam (Adnan Sempit,Ngangkung & Jangan Pandang Belakang Congkak), 4 filem Awie (Sembilu, Sembilu 2, Hantu Kak Limah Balik Rumah & Duyung) dan 5 filem lakonan Apek (Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-lagi Senario, Duyung, Cicakman) paling banyak tersenarai di atas. Heroin pula milik Intan Ladyana? (2 filem, Jangan Pandang Belakang, Adnan Sempit), Erra Fazira (Gerak Khas The Movie, Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana) Penerbit, MIG dan Skop Production merupakan gergasi perfileman kaut paling banyak keuntungan.

Dan ini pula filem-filem yang bakal muncul pada suku pertama tahun 2011:

1.     Khurafat - 13.01.2011        
2.     HAQ - 27.01.2011        
3.     Sini Ada Hantu - 10.02.2011        
4.     Kembar Siang - 1.64 juta     24.02.2011        
5.     Hikayat Merong Mahawangsa - 10.03.2011        
6.     Ratu The Movie - 17.03.2011        
7.     Cun - 31.03.2011        
8.     Di Larang Masuk - 1.10 juta     07.04.2011        
9.     Senjakala - 14.04.2011        
10.    ... Dalam Botol - 24.03.2011

Saturday, January 15, 2011

Lagu Menjadi Januari ini...

Inilah lagu-lagu yang merasmikan tahun 2011. 15 lagu-lagu yang menjadi pilihan Tukang Tulis :)



Julfekar - Melakar Rindu (OST Trilogi Cinta)



CTKD - Dalam Diamku (OST Trilogi Cinta)



Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull - Kubersaksi



Adira - Ilusi



Mawi -Menanti Hikmah



Malique feat Rabbani - Perang Dah Tamat

Azlan & The Typewriter - Ada Jiwa
Taxi - Angkubah
Hafiz - Awan Nano
Kotarayaku - Altimet feat Noh Hujan
Ning Baizura - Raksasa
Mirwana - Jauh
Akim - Janji



Hafiz, Aril, Akim & Anith - Kau Ku Temu (OST Kau & Aku 2)



6ixth Sense - Cinta Matiku (OST Hani)

Wednesday, January 12, 2011

Top 5 ABP 2010



Senarai penuh Top 5 untuk kategori-kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah (yang dibold adalah pilihan Tukang Tulis):

Pengacara TV Lelaki Popular

1. Ally Iskandar

2. Awal Ashaari

3. Aznil Nawawi

4. Jimmy Shanley

5. Zizan

Kejutan: Awal tercalon kali pertama

Tercicir: AC


Pengacara TV Wanita Popular

1. Cheryl Samad

2. Farah Fauzana

3. Nurul Syuhada

4. Raja Azura

5. Sharifah Shahira

Kejutan: -

Tercicir: Linda Onn (sebab takde rancangan kot), Sarimah


Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Aznil Nawawi (Era)

2. Faizal Ismail (Hot)

3. Halim Othman (Suria)

4. Kieran (Hot)

5. Saleh Yaakob (Sinar)

Kejutan: Abg Jem@ SY tercalon kali pertama

Tercicir: AG


Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana (Sinar)

2. Farah Fauzana (Hot)

3. Linda Onn (Suria)

4. Raja Azura (Sinar)

5. Sharifah Aleya (Hot)

Kejutan: K.E tercalon kali pertama

Tercicir: Nana


Artis Komedi Lelaki Popular

1. Along

2. Angah

3. Johan

4. Nabil

5. Zizan

Kejutan: Johan, Along, Angah tercalon kali pertama

Tercicir: Apek


Artis Komedi Wanita Popular

1. Didie Alias

2. Kenchana Dewi

3. Norkhiriah

4. Raja Azura

5. Sharifah Shahera

Kejutan: -

Tercicir: -


Artis Baru Lelaki Popular

1. Daus

2. Maulana

3. Sharnaz Ahmad

4. Shah Jazlee

5. Shahir

Kejutan: Sharnaz Ahmad (cerita Dottie melonjakkan namanya)

Tercicir:Sabhi Sadhi (lagu Nadiku)


Artis Baru Wanita Popular

1. Adira

2. Ana Raffali

3. Mizz Nina

4. Dottie

5. Nurul Elfira loy

Kejutan: Dottie! (Berbakat Dottie ni)

Tercicir: -


Kumpulan Nasyid Popular

1. Hijaz

2. In Team

3. Mirwana

4. Rabani

5. Raihan

Kejutan: -

Tercicir: -


Duo & Berkumpulan Popular

1. 6ixth Sense

2. Suhaimi Meor Hassan & Ana Raffali

3. Bunkface

4. Meet uncle hussin

5. Azlan & The Typewriter

Kejutan: -

Tercicir: Hujan


Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat

2. Anuar Zain

3. Black

4. Faizal Tahir

5. Shahir

Kejutan: -

Tercicir: Akim, Tomok, Mawi!


Penyanyi Wanita Popular

1. Adira

2. Alyah

3. Ana Raffali

4. Stacy

5. Yuna

Kejutan: -

Tercicir: Mizz Nina


Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz

2. Bront Palare

3. Remy Ishak

4. Syamsul Yusof

5. Shaheizy Sam

Kejutan: Sam tercalon kali pertama

Tercicir: Afdlin Shauki, Farid Kamil, Awie


Pelakon Filem Wanita Popular

1. Diana Danielle

2. Lisa Surihani

3. Liana Jasmay

4. Maya Karin

5. Scha al yahya

Kejutan: -

Tercicir: Fazura, Sharifah Amani


Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz

2. Ady Putra

3. Fizz Fairuz

4. Remy Ishak

5. Shaheizy Sam

Kejutan: Sam tercalon kali pertama

Tercicir: Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Fahrin Ahmad, Iqram Dinzly, Sein (Adamaya)


Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha

2. Norkhiriah

3. Lisa Surihani

4. Scha al yahya

5. Tiz Zaqyah

Kejutan: FS masih tercalon (nak kena boo lagi ke?)

Tercicir: Eira Syazira, Rozita Che Wan, Eja


ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR?? 3 NAMA bermain di minda ini; Shaheizy Sam, Lisa Surihani atau Zizan!

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 - Masih ada prestij ~

Kerap kali kita dimomokkan bahawa sesuatu anugerah itu berprestij, hebat, spektakular dan sebagainya. Namun, sejauh manakah kehebatannya?? Adakah sekadar omongan kosong, umpama tin kosong yang begitu kuat bunyinya.

Atau adakah anugerah itu sekadar syok sendiri atau di mana kesudahannya anugerah itu umpama rumah yang sudah siap tetapi pahatnya masih berbunyi! Kali ini merupakan penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-25. Ada desas-desus mengatakan bahawa anugerah itu hanya memfokuskan "anak emas" ataupun menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja. Namun, ternyata sejurus berakhirnya AJL-25, segala jangkaan, ramalan dan telahan pihak terbabit meleset sama sekali.

Sekaligus, wujud pula persepsi baru. Reaksi yang berbeza apabila calon "underdog" diangkat selaku juara baru. AJL sudah diberi jolokan baru, Anugerah Juara Lain. Variasi ekspresi telah disuarakan, ada yang bersetuju memukul canang setelah juara baru dinobatkan. Tidak kurang pula yang tegar dan defensif dengan opsyen masing-masing.

Nah~ Terimalah saja. Nama Ana Raffali terpahat selaku pemenang Anugerah Juara Lagu edisi ke-25. Selaku penyanyi, komposer dan penulis lirik, ternyata AJL masih mengekalkan prestijnya apabila KOMPOSER diangkat selaku pemenang.

Memang itulah objektif asal Anugerah Juara Lagu. Bukan mahu melahirkan penyanyi atau penghibur yang hebat, sebaliknya komposer yang kreatif dan kritis gubahannya. Liriknya yang bukan sekadar puitis tetapi berbekas di jiwa. Lalu, adunan akhirnya barulah terletak sepenuhnya di atas bahu penyampai yakni penyanyi atau pelantun lagu tersebut.

Tolong Ingatkan Aku.. terukir selaku Juara AJL25. Turut terkena tempiasnya ialah orang yang bertanggungjawab membawa Ana Raffali ke kancah mainstream. Tidak lain tidak bukan Aidit Alfian orangnya. Suatu ketika, Keliru karya Aidit juga pernah menimbulkan kontroversi ketika muncul juara AJL17. Salah seorang juri, Habsah Hassan sendiri mendedahkan beliau tak memilih Keliru selaku juara. Kali ini, juri sebulat suara rasanya. Tiada pertikaian. Penonton yang membuat penilaian berbeza. Hanya jauhari yang mengenal manikam~

Cuba bayangkan kalau Faizal Tahir menang, pasti ada cakap belakang mengatakan Faizal menang atas tiket "anak emas" Media Prima. Kalau Black menang pula pasti dituduh selaku Juara Mentor yang dilahirkan TV3. Alih-alih, nama Hafiz, Juara AF7 yang menang Anugerah Vokal Terbaik. Ana Raffali, pejuang muzik indie pula juara keseluruhan sebagai indikasi bahawa AJL berada di landasan tepat menuju transisi yang lebih dinamik.

Ayuh, kita imbas semula AJL-25 yang berlangsung malam tadi. Pembukaanya dengan mengimbas Juara Lagu pertama, Sekadar di Pinggiran dendangan Fran, seterusnya lagu-lagu yang mewakili setiap kategori, Pop Rock (Tanya Sama Itu Hud Hud), Balada (Pada Syurga Di Wajahmu) dan Irama Malaysia (Ghazal Untuk Rabiah) yang telah dijulang selaku juara buat kali pertama kategori masing-masing.

Imbasan memori itu seakan-akan membuka mood penonton yang mula meletakkan harapan supaya penganjuran ke-25 ini bersifat lebih matang seiring dengan angkanya setaraf jubli perak. Seterusnya peserta mula bergilir melakukan persembahan sebagaimana urutan berikut:

1. Cinta Sempurna - Yuna (Ciptaan Yuna sepenuhnya)

Sayang sekali, lagu ini sebagai pembuka. Kalau tak pasti jadi pencabar utama. Vokal Yuna ampuh diiringi piano(keyborad) yang 'lebih besar'.

2. Berlari  - Tomok (Ciptaan Tomok & Shazee Ishak/ Tomok),

Lebih matang. Tomok berjaya menyerlahkan sisi kematangan di dalam persembahannya. Masih ingat tahun lepas? Ala-ala video klip 80-an atau 90-an. Nah, kali ini Tomok bukan sekadar Berlari malah Menari! Transformasi berjaya.

3. Pelita (A.P.I/ Loque),

Angkatan Pemuda Indie (API), gabungan beberapa kumpulan indie. Vokal Lan dan Noh di tahap optimum. Cuma tiada faktor-X!

4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir (Ciptaan Edry Abdul Halim),

Jika tahun lepas, persembahan Tomok ala-ala 80-an, 90-an. Kali ini milik Shahir apabila persembahan dimulakan dengan puisi. Dan tirai ala-ala Zaiton Sameon. Berbaloikah penampar Nasha Aziz??

5. Drama King - Meet Uncle Hussain & Black (Ciptaan Taja/ Tun Teja),

Nasib baik rendisi kali ini lebih mantap berbanding Separuh Akhir. Imitasi berlaku. Dejavu dirasakan apabila topeng badut trademark MUH digayakan.

6. Noktah Cinta -Hafiz (Ciptaan Ajai/ Sheikh Qalam),

Vokalnya jelas, lunak. Bulat sebutannya. Sebenarnya aku sudah beberapa kali mendengar Hafiz menyanyikan lagu ini secara langsung. Graf naik mendadak apabila ada elemen kejutan atau gimik kena tembak dilakonkan.

7. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali (Ciptaan Ana Raffali sepenuhnya).

Lagu ini kuat dari sudut liriknya yang ada penceritaan. Bak kata pengacara, lagu ini lagu cinta yang mahu mengingatkan pasangan yang sedang hangat bercinta. Bukan sebab terlalu asyik bercinta, atau kecewa sebab pasangan curang lalu berpisah. Dimulakan dengan gesekan celo oleh Raja Nazrin. Muzik ala-ala Jewel ada, ala-ala Taylor Swift atau Miley Cyrus, ditambah dengan lakonan dramatik Zahiril Adzim yang turut berlakon video klip lagu ini, sudah pasti lagu ini ada kelas tersendiri.



8. Selamat Malam - Faizal Tahir (Ciptaan Audi Mok/ Faizal Tahir),

Macam filem Cinta. Ada 5 kisah dalam satu filem. Kali ini ada 3 kisah dalam satu lagu. Ternyata FT pukul habis peserta lain bila tiba bab persembahan atau on stage! All out habis. Jika ini pertandingan mencari penyanyi atau penghibur terbaik, beliaulah orang yang paling layak.

9. Ku Ada Kamu - Adira (Ciptaan Edry Abdul Halim),

Kalaulah Adira menyanyi atas buaian sampai habis?? Pasti akan diingati. Macam Ning pakai kain batik sewaktu mengalunkan Awan Yang Terpilu dulu~

10. Extravaganza - Bunkface (Ciptaan Sam Bunkface/ Bunkface),

Sorry to say, tukar TV 1. Tengok drama Trilogi Cinta. Lagi best. Macam mana boleh masuk akhir, patutnya Mirwana,Fiq!

11. Sofea Jane - Black (Ciptaan Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril),

Nasib baik sempat tengok. Mungkin lagu ni persis lagu Indonesia. Ingatkan ada kejutan atau sesuatu di luar jangka.

12. Hanyut - Faizal Tahir (Ciptaan Audi Mok/ Faizal Tahir),

Wow! "Speeches" Jatuh dalam air. Lemas! Hanyut kah?? Haha

13. Jahat - Stacy (Ciptaan Edry Abdul Halim) 

Sudah dapat dijangka. Apa lagi mampu dilakukannya selain menari sambil menyanyi. Eh, menyanyi sambil menari. Sama saja!

14. Mencari Konklusi - Hujan (Ciptaan Noh Hujan).

Kalaulah lagu Kau Harus Ada yang masuk...Mahukan Selamat Malam sebagai penutup!

Penutup 3 diva sementara menunggu keputusan dianggap "mengisi kekosongan". Apa makna kejuaraan, belajar daripada mereka. Kak Pah serba merah, tahu sedikit makna bertudung. Berbanding Siti, yang hanya ada skaf menutup helaian rambut. Namun, tak dinafikan vokalnya masih mantap biarpun kini persis Saerah.

Akak Ziana kita? Class kau Maria eh Ziana. Cuma dengar khabar, Ziana nombor 2 telah berjaya curi limelight. Overshadow semua yang beraksi kot? Ternyata ramalan aku agak tepat. 4/5 betul. sepertimana ramalan aku di entri sudah.(klik sini). Perlu diingatkan, sebelum AJL25 bermula, kesemua 14 lagu telah dinilai oleh juri samada dari sudut komposisi lagu, susunan muzik, dan juga lirik. Persembahan di malam kemuncak hanya memberi markah selebihnya.

Kalau diikutkan, ketika AIM 17 bagi kategori Lagu Rock Terbaik, calon-calonnya ialah Drama King, Mencari Konklusi, Bencinta, Kelibat Si Penyair dan Situasi. Pemenangnya? Bunkface, Situasi! Lagu Terbaik milik Dan Sebenarnya ya. Walaupun album Faizal Tahir, Adrenalin menang album Terbaik, tetapi lagu Hanyut dan Selamat Malam tak tercalon langsung bagi kategori lagu terbaik. Tak percaya? Klik sini.

Justifikasinya, panel juri AIM dan AJL berbeza sama sekali. Maka, tak mustahil lagu Tolong Ingatkan Aku boleh dicalonkan sekali lagi bagi kategori Lagu Terbaik AIM 18. Dan pencabar terkuatnya sudah tentu lagu berhantu Aizat, Sungai Lui. Tunggu saja AIM yang bakal berlangsung Oktober atau November 2011 nanti.

Trivia:
  • Jika tahun lepas, trend bawa segerombolan penari begitu ketara ketika AJL24. Namun kali ini trend berubah 360 darjah. AJL25 lebih banyak membawa elemen dramatik, dan ala-ala teater muzikal. Siap dengan props segala.
  • Dimulakan dengan A.P.I, dengan imej celoreng pasca peperangan. Seterusnya, Shahir yang kena penampar Nasha Aziz. Hafiz pula adegan kena tembak. Ana Raffali membawakan Zahiril Adzim menjayakan teater muzikalnya. MUH dengan topeng "badut" keramat mereka. Adira dengan buaiannya. Dan paling mencuri tumpuan sudah tentu pemenang Persembahan Terbaik, Faizal Tahir.
  • Ana Raffali menggunakan props penjara atau sangkar. Begitu juga Faizal bagi lagu Hanyut.
  • Ketika Noorkhiriah tampil ketika persembahan Faizal (Selamat Malam), filem Papadom lakonan beliau ditayangkan di Astro
  • Khabarnya Vanida Imran turut terlibat di dalam salah satu persembahan AJL25 tetapi langsung tak terperasan kelibatnya
  • Hafiz melakonkan semula babak "Video Klip" Noktah Cinta. Begitu juga Ana Raffali menampilkan Zahiril Adzim sekali lagi selaku heronya.
  • Adegan tukar-tukar baju melibatkan Ana Raffali (persalinan putih ke merah) dan juga Hafiz (adegan buang kain tukar persalinan putih)
  • Modal utama 3 pengacara, FBI, Cheryl, dan Ally ialah sindir-menyindir dan broken English. Buat masa ni masih relevan, tetapi untuk jangka masa panjang? Fikirkan!
  • Music Mapping menjadi tema yang dipilih dalam meneruskan kelangsungan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 kali ini, bertujuan menterjemahkan transisi dan perjalanan muzik di negara kita sejak dulu hingga sekarang.
  • Barisan juri profesional untuk AJL25 daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M Nasir sebagai Ketua Juri; Habsah Hassan; Hasridz Murshim Hashim (Acis); Mohd Azhar Abu Bakar (Azmeer); Suhaimi Abdul Rahman (Amy Search); Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) dan Andy Flop Poppy.
  • Ada orang pertikai penglibatan M.Nasir sebab bekas Juara. (hello, tahun lepas pun Siti jadi juri). Dan juga Andy Flop Poppy sebab terlibat dalam pembikinan album Ana Raffali. (habis tu ada 6 orang lagi juri, takkan semua ada kepentingan memenangkan Ana Raffali)
  • Terimalah hakikat rezeki berpihak kepada Ana Raffali yang memenangi RM 35 ribu :)
  • Apa-apapun, pentas memang vogue de vass!

Saturday, January 8, 2011

Pelaburan berbaloi ??

Topik bola lagi. Ya! Maklumlah.. perlawanan liga domestik negara Eropah telahpun berada di pertengahan musim. Sudahpun separuh perjalanan. Sudah masuk pusingan kedua bagi musim 2010/11. Persoalannya ialah, berbaloikah pembelian yang telah dibuat ketika awal musim baru-baru ini.

Ayuh kita senaraikan pembelian yang paling berbaloi sehingga pembelian yang agak merugikan. Berikut merupakan nama-nama besar yang menjadi tumpuan dan juga nama-nama kecil yang kini mencuri tumpuan setelah berada di kelab baru. Segalanya baru, pengurusan baru, gandingan baru. Kita mulakan dengan pembelian paling berbaloi. Makin ke bawah makin merugikan~


Tottenham - Rafael Van de Vaart - 15 kali diturunkan 9 gol dijaringkan, 5 kali bantu buat gol

Inter Milan - Zlatan Ibrahimovic- 16 kali diturunkan, 9 gol dijaringkan 7 kali bantu buat gol

Barcelona - David Villa - 16 kali diturunkan, 11 gol dijaringkan, 5 kali bantu buat gol

Manchester City - Mario Balotelli 9 kali diturunkan, 5 gol dijaringkan, tidak bantu buat gol

Manchester United - Javier Hernandez Games 14 kali diturunkan, 6 gol dijaringkan, 1 kali bantu buat gol

AC Milan - Robinho - 16 kali diturunkan, 6 gol dijaringkan,tidak bantu buat gol

Real Madrid -  Mesut Ozil - 17 kali diturunkan, 5 gol dijaringkan, 6 kali bantu buat gol

Real Madrid - Angel De Maria - 17 kali diturunkan, 5 gol dijaringkan, 5kali bantu buat gol

Schalke 04 - Raul Gonzalez -17 kali diturunkan, 9 gol dijaringkan, 1 kali bantu buat gol


Schalke 04 - Klaas Jan Huntelaar - 15 kali diturunkan, 7 gol dijaringkan, 1 kali bantu buat gol

West Bromwich - Peter Odemwingie - 16 kali diturunkan, 6 gol dijaringkan, 2 kali bantu buat gol

Arsenal - Marouane Chamakh 19 kali diturunkan, 7 gol dijaringkan, 2 kali bantu buat gol


Sunderland - Asamoah Gyan - 18 kali diturunkan, 6 gol dijaringkan, 2 kali bantu buat gol

West Ham - Fredrick Piquionne - 22 kali diturunkan, 5 gol dijaringkan, 2 kali bantu buat gol


Manchester City - Yaya Toure - 20 kali diturunkan, 3 gol dijaringkan, 2  kali bantu buat gol

Manchester City  - David Silva 20 kali diturunkan, 1 gol dijaringkan, 3  kali bantu buat gol


Chelsea - Ramires - 17 kali diturunkan, 0 gol dijaringkan,tidak bantu buat gol

Tottenham - William Gallas - 13 kali diturunkan, 0 gol dijaringkan,tidak bantu buat gol

Real Madrid -Sami Khedira - 16 kali diturunkan, 0 gol dijaringkan, tidak bantu buat gol


Liverpool - Milan Jovanovic 8 kali diturunkan, 0 gol dijaringkan,tidak bantu buat gol

Dan pastinya, semua orang juga tertunggu-tunggu juga pemindahan Januari atau January transfer. Arsene Wenger pernah membuktikan pelaburan mendapatkan Andrei Arshavin amat berbaloi. Man City sudah mendapatkan penyerang Bosnia, Edin Dzeko berusia 24 tahun dari kelab Wolfsburg
Benarkah penjaga gol Kelantan dan Malaysia, Khairl Fahmi Che Mat diintai Manchester United?? TEET~ Haha.. ada sumber mengatakan itu hanya cerita rekaan nak menyedapkan cerita. Apa-apa pun wa tabik lu Apex~ 


Tok Guru nok buwi demo rumoh tu. Bangat-bangat la wat bekwoh~
Tukang Tulis : Jangan lupa kita ikuti bersama-sama dan memeriahkan Liga Super Malaysia yang akan memulakan musim baru tidak lama lagi. 

Friday, January 7, 2011

BPL - First XI Muslim :)



Bola.. bola...bola. Bola lagi! Kali ni kita diskus dan kaji perkara yang agak khusus, yakni pemain bola Muslim. Samada Muslim keturunan, atau bertukar agama sebab perkahwinan atau mendapat hidayah. Tetapi, kita hanya fokus kepada BPL (Barclays Premier League) SAHAJA.

Kalau tukang tulis ini pengurus kelab BPL(tak kisah mana-mana), berikut merupakan kesebelasan utama :)



Penjaga Gol:


Ali Al-Habsi - Wigan (Oman), 30 tahun

 
Bek:


Bacary Sagna - Arsenal (France yang juga sepupu kepada Ibrahima Sonko), 28 tahun

Habib Kolo Toure - Manchester City (Ivory Coast), 30 tahun

Younes Kaboul - Tottenham (France), 25 tahun


Pemain Tengah:

Yaya Toure - Manchester City  (Ivory Coast), 28 tahun

Marouane Fellaini - Everton (Belgium), 24 tahun

Samir Nasri - Arsenal (France-keturunan Algeria), 24 tahun

 
Penyerang:

+
Robin van Persie - Arsenal (Belanda), 28 tahun

Salomon Kalou - Chelsea (Ivory Coast), 26 tahun

Marouane Chamakh - Arsenal, (Maghribi, lahir di Perancis), 26 tahun

Nicolas (Bilal) Anelka - Chelsea (France), 32 tahun


Anelka buat umrah?
Franck Ribery dan Halil Altintop juga~
Simpanan:


Asamoah Gyan - Sunderland (Ghana), 26 tahun


Ahmed Al-Muhammady - Sunderland (Egypt), 24 tahun


Leon Osman - Everton (England) 30 tahun
 

Ada lagi pemain BPL yang lain seperti Mohamed Diame -Wigan, 24 tahun, El-Hadji Diouf - Blackburn (Senegal), 30 tahun, Moustapha Salifou - Aston Villa (Togo), 28 tahun, Abdoulaye Faye - Stoke (Senegal), 33 tahun, Habib Beye - Aston Villa (Senegal), 34 tahun dan beberapa nama lagi.

Sejauh mana pegangan mereka terhadap Islam, samada gaya hidup, perkahwinan dan sebagainya tak mampu kita menilai dan melabel mereka. Biarkan malaikat jalankan tugas, dan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Adil mengadilinya. 

Sebenarnya banyak lagi pemain bola Muslim di dalam dan luar BPL. Contohnya, Freddy Kanoute, Franck Ribery, Mesut Ozil, Zinedine Zidane(dah bersara), Karim Benzema, Ahmed Mido Hossam dan ramai lagi. Ada pasangan adik beradik Yaya Toure, Kolo Toure. Hamit Altintop dan Halil Altintop(kembar rasanya).

Selain negara Afrika, Perancis merupakan negara Eropah yang mempunyai ramai pemain bola Muslim manakala kelab paling ramai pemain Muslim ialah kelab Arsenal. Kah?? Kolo Toure dulu pun bekas Arsenal.
Armand Traore pernah bermain bersama Arsenal dipinjamkan ke Juventus. Chelsea ada pemain muda, Nikki Ahamed, Manchester City juga ambil pemian muda bernama Abdisalam Ibrahim,.Kedua-duanya Muslim.

Sunday, January 2, 2011

CDC 2010

Ini dia rangkuman, Carta Darjah Celcius(CDC) bagi tahun 2010. 10 berita terhangat sepanjang tahun

1. Bola Sepak Malaysia


Sukan nombor 1 Malaysia? Ya. Kita bersatu bila bab bola ni. Tanpa fahaman politik, warna suku bangsa, kita 1 Malaysia merealisasikannya. Penyokong Malaysia pemain ke-12 di atas padang. Setelah menunjukkan tanda kebangkitan ketika memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA di Laos. Seterusnya layak pusingan kedua Sukan Asia, pernah menumpaskan skuad Korea Selatan. Dan kini, merangkul Piala Suzuki AFF.


Tukang tulis : 100% buatan Malaysia. Tabik spring~

2. Kelantan


Negeri ini memang hangat sepanjang 2010. Piala Malaysia Edisi ke-44 dibawa balik ke Kelantan, hadiah kepada Sultan baru, Sultan Muhammad ke-V. Dan ia juga boleh diangap sempena 20 tahun pemerintahan kerajaan PAS. Seterusnya dengan PRK Galas yang berpihak kepada BN. Tak cukup itu, Piala Emas Raja-Raja pun Kelantan sapu. Dan kerajaan negeri memperkenalkan dinar emas untuk dimiliki dan digunakan rakyat.



Tukang tulis : Negeri Che Siti Wan Kembang, tanah serendah, sekebun bunga ~

3. Pembunuhan Kejam Sosilawati


Usahawanita kosmetik ini telah menggemparkan 1 Malaysia menjelang Aidilfitri. Bermula dengan misteri kehilangannya dan seterusnya bertukar menajdi tragedi berdarah. Beliau telah dibunuh bersama 3 yang lain. Dan abu mayat mereka dibakar, dibuang ke dalam sungai.

Tukang tulis: Moga tiada lagi pembunuhan tragis sebegini

4. Skandal Ariel Peterpan-Luna Maya-Cut Tari

Inilah berita yang meranapkan impian, memusnahkan masa depan penyanyi dan komposer berbakat ini. Gara-gara tersebarnya video klip "aksi" bersama 2 wanita itu menyebabkan Ariel merengkok di dalam penjara. Dengar kata pendakwaan tidak dapat dilakukan, maka Ariel boleh dibebaskan. Kes masih berjalan hingga ke hari ini.


Tukang tulis: Ariel satu penjara dengan Imam Abu Bakar Bashir, yang dituduh pengganas

5. Wikileaks


Sebelum ini orang hanya tahu Wikipedia. tapi ini Wikileaks. Leaks maksudnya bocor. Banyak maklumat dan rahsia sulit negara mahupun individu berpengaruh telah didedahkan. Umpama surat beracun. Negara dan individu yang terbabit secara tidak langsung semakin hur-hara dibuatnya.

Tukang tulis : Kalau kita tahu "rahsia" hari kematian kita...?




6. Piala Dunia Afrika 2010


Boleh dikatakan salah satu penganjuran terbaik. Afrika Selatan telah memperkenalkan vuvuzela, bola jabulani dan juga personaliti psikik, milik paul, sotong kurita. sepanyol akhirnya merangkul juara setelah mengatasi Belanda sekaligus mengukuhkan cengkaman mereka di persada bola sepak Eropah.

Tukang tulis : Tahun 2018, Russia pulak tuan rumah. 2022, Qatar!

7. Fenomena Adamaya


Jika tahun lepas, fenomena Nur Kasih. Kini giliran Adamaya. Lisa Surihani semakin mendapat tempat. Adik Mia Sara juga semakin terkenal. Mungkin jalan ceritanya yang persis cerita Korea (adaptasi filem I'm Not Single), di samping kekacakan heronya, Adam lakonan Sein membuatkan ramai terpaut dan melekat di kaca TV. Sein juga kembali bujang, setelah berpisah dengan isterinya, Nana.

Tukang Tulis : Al-fatihah kepada arwah Faizal Yusop (Dani)

8.Tan Sri Zeti Akhtar Aziz


Beliau dipilih antara ketua bank pusat terbaik dunia 2010. Kejayaan Zeti yang dipilih sebagai antara tujuh ketua bank pusat terbaik dunia oleh majalah kewangan dunia, Global Finance. Beliau juga menerima Tokoh Maal Hijrah 1432

Tukang tulis : Nak tahu perkembangan dinar emas di Kelantan. Dengarnya menguntungkan. Tun Dr M siap puji lagi siapa yang simpan emas.

9. Sinar FM radio nombor satu Malaysia 2010


Tiada syak. Tiada ragu lagi. Inilah dia radio nombor 1 di Malaysia sepanjang tahun 2010. I follow~ 


Tukang tulis : Cukup-cukuplah pasang lagu dari seberang tu. Klise~

10. Imam Muda


Inilah rancangan realiti paling berkualiti sepanjang tahun 2010. Lahir ikon baru yang mengubah dimensi dan persepsi terhadap tugas seorang imam!

Tukang tulis : Dengar kata, Kursus Kahwin akan datang khabarnya ala-ala kem ibadah. Misi mencari imam... kemudi rumahtangga.