1. Bola Sepak Malaysia
Sukan nombor 1 Malaysia? Ya. Kita bersatu bila bab bola ni. Tanpa fahaman politik, warna suku bangsa, kita 1 Malaysia merealisasikannya. Penyokong Malaysia pemain ke-12 di atas padang. Setelah menunjukkan tanda kebangkitan ketika memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA di Laos. Seterusnya layak pusingan kedua Sukan Asia, pernah menumpaskan skuad Korea Selatan. Dan kini, merangkul Piala Suzuki AFF.
Tukang tulis : 100% buatan Malaysia. Tabik spring~
2. Kelantan
Negeri ini memang hangat sepanjang 2010. Piala Malaysia Edisi ke-44 dibawa balik ke Kelantan, hadiah kepada Sultan baru, Sultan Muhammad ke-V. Dan ia juga boleh diangap sempena 20 tahun pemerintahan kerajaan PAS. Seterusnya dengan PRK Galas yang berpihak kepada BN. Tak cukup itu, Piala Emas Raja-Raja pun Kelantan sapu. Dan kerajaan negeri memperkenalkan dinar emas untuk dimiliki dan digunakan rakyat.
Tukang tulis : Negeri Che Siti Wan Kembang, tanah serendah, sekebun bunga ~
3. Pembunuhan Kejam Sosilawati
Usahawanita kosmetik ini telah menggemparkan 1 Malaysia menjelang Aidilfitri. Bermula dengan misteri kehilangannya dan seterusnya bertukar menajdi tragedi berdarah. Beliau telah dibunuh bersama 3 yang lain. Dan abu mayat mereka dibakar, dibuang ke dalam sungai.
Tukang tulis: Moga tiada lagi pembunuhan tragis sebegini
4. Skandal Ariel Peterpan-Luna Maya-Cut Tari
Inilah berita yang meranapkan impian, memusnahkan masa depan penyanyi dan komposer berbakat ini. Gara-gara tersebarnya video klip "aksi" bersama 2 wanita itu menyebabkan Ariel merengkok di dalam penjara. Dengar kata pendakwaan tidak dapat dilakukan, maka Ariel boleh dibebaskan. Kes masih berjalan hingga ke hari ini.
Tukang tulis: Ariel satu penjara dengan Imam Abu Bakar Bashir, yang dituduh pengganas
5. Wikileaks
Sebelum ini orang hanya tahu Wikipedia. tapi ini Wikileaks. Leaks maksudnya bocor. Banyak maklumat dan rahsia sulit negara mahupun individu berpengaruh telah didedahkan. Umpama surat beracun. Negara dan individu yang terbabit secara tidak langsung semakin hur-hara dibuatnya.
Tukang tulis : Kalau kita tahu "rahsia" hari kematian kita...?
6. Piala Dunia Afrika 2010
Boleh dikatakan salah satu penganjuran terbaik. Afrika Selatan telah memperkenalkan vuvuzela, bola jabulani dan juga personaliti psikik, milik paul, sotong kurita. sepanyol akhirnya merangkul juara setelah mengatasi Belanda sekaligus mengukuhkan cengkaman mereka di persada bola sepak Eropah.
Tukang tulis : Tahun 2018, Russia pulak tuan rumah. 2022, Qatar!
7. Fenomena Adamaya
Jika tahun lepas, fenomena Nur Kasih. Kini giliran Adamaya. Lisa Surihani semakin mendapat tempat. Adik Mia Sara juga semakin terkenal. Mungkin jalan ceritanya yang persis cerita Korea (adaptasi filem I'm Not Single), di samping kekacakan heronya, Adam lakonan Sein membuatkan ramai terpaut dan melekat di kaca TV. Sein juga kembali bujang, setelah berpisah dengan isterinya, Nana.
Tukang Tulis : Al-fatihah kepada arwah Faizal Yusop (Dani)
8.Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Beliau dipilih antara ketua bank pusat terbaik dunia 2010. Kejayaan Zeti yang dipilih sebagai antara tujuh ketua bank pusat terbaik dunia oleh majalah kewangan dunia, Global Finance. Beliau juga menerima Tokoh Maal Hijrah 1432
Tukang tulis : Nak tahu perkembangan dinar emas di Kelantan. Dengarnya menguntungkan. Tun Dr M siap puji lagi siapa yang simpan emas.
9. Sinar FM radio nombor satu Malaysia 2010Tiada syak. Tiada ragu lagi. Inilah dia radio nombor 1 di Malaysia sepanjang tahun 2010. I follow~
Tukang tulis : Cukup-cukuplah pasang lagu dari seberang tu. Klise~
10. Imam Muda
Inilah rancangan realiti paling berkualiti sepanjang tahun 2010. Lahir ikon baru yang mengubah dimensi dan persepsi terhadap tugas seorang imam!
Tukang tulis : Dengar kata, Kursus Kahwin akan datang khabarnya ala-ala kem ibadah. Misi mencari imam... kemudi rumahtangga.
Yang imam muda tu, dah sunat ka. Akil baliq dah.
ReplyDeleteabdmalayan>haha..sudah tentu. gambar itu sekadar metafora :)
ReplyDelete