Agaknya, masih belum terlambat bagi aku untuk mengimbas semula/flashback@recap apa yang telah berlaku sepanjang 2 bulan setengah di Perangsang Templer Golf Club(PTGC), Rawang. Walaupun aku telah berusia 25 tahun, masih banyak lagi benda baru yang aku pelajari di sana.
Usia sesuku abad bukanlah jaminan ilmu Allah itu penuh di dada. Hakikatnya, ilmu yang ada di dada itu umpama sebentuk jarum yang dicelup ke dalam lautan lalu diangkat dan digoncang-goncangkan ia. Sisa-sisa air laut yang melekat itulah ilmu kita, dan ilmu Allah itu umpama lautan yang luas. Betapa kerdilnya kita…
Jauh berjalan luas pemandangan. Luas pemandangan banyak pandangan & pengalaman. Banyak pengalaman yang boleh menjadi pengajaran.Berikut merupakan benda-benda BARU yang baru dipelajari
a) Be professional in whatever situation. Itulah realiti dunia korporat. Macam mana bermasalah & berserabutnya kepala otak, bertindaklah secara professional, bukan secara emosional dan melulu tingkah laku. Aku ambilo contoh ketika ‘syarikat’ kami mengendalikan Talent Day.
Walaupun aku dah bosan jadi MC, tetapi atas desakan kawan-kawan, aku mengalah akhirnya walaupun aku sedaya upaya member peluang kepada orang lain. Sebabnya aku rasa diri aku sudah cukup menonjol di situ. Nampak konfiden berada di depan khalayak, walaupun.. menggigil habis dan cakap orang putih berterabur habis! Tunggang langgang grammar. Aku aktif juga bersukan, aktif juga aktiviti keagamaan dan dalam masa yang sama boleh pulak tonjol bakat nyanyi karaoke. Terima kasih atas kesemua ruang & peluang itu.
Walaupun aku dah bosan jadi MC, tetapi atas desakan kawan-kawan, aku mengalah akhirnya walaupun aku sedaya upaya member peluang kepada orang lain. Sebabnya aku rasa diri aku sudah cukup menonjol di situ. Nampak konfiden berada di depan khalayak, walaupun.. menggigil habis dan cakap orang putih berterabur habis! Tunggang langgang grammar. Aku aktif juga bersukan, aktif juga aktiviti keagamaan dan dalam masa yang sama boleh pulak tonjol bakat nyanyi karaoke. Terima kasih atas kesemua ruang & peluang itu.
b) Learn to say NO!. Suatu pagi Jumaat, seorang rakan, A meminta pertolongan. Katanya, aku memang cekap bab-bab jalan. Nak short-cut ke… long-cut ke… aku tahu. Katanya… Ketika itu, telah berlaku kejadian tanah runtuh di Rawang.
Maka A meminta aku menjadi teman dan penunjuk jalan ke pejabat FAMA di Bandar Baru Selayang, dan secara kebetulan seorang lagi kawan, D, demam teruk. D mahu ke klinik. Maka kami bertiga berangkat menuju ke Selayang. Persoalannya, kami ke sana dengan apa? Kereta A. Siapa yang pandu? Aku! Sebabnya A sakit kaki bermain futsal untuk company petang semalam.
Soalan seterusnya… kereta A itu dipandu secara manual atau automatik?? Secara manual! TEET! Mungkin anda dah dapat agak apa yang berlaku nanti kan?? Sudah bertahun-tahun aku tak bawa kereta manual. Akhirnya… Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat ketika menuju ke Selayang.
Sayang.. seribu kali sayang, ketika perjalanan balik ke Rawang, kami terpaksa meredah kesesakan, dan menaiki jalan berbukit-bukau. Kena pandai main clutch ya! Di sinilah cerita bermula. Musibah tak berlaku. Malang juga tidak berbau, tetapi aku tak terlibat dengan kemalangan nyawa. Kemalangan emosi! Haha.
Beberapa kali enjin kereta TERmati sendiri, gara-gara gagal bermain clutch. D yang demam rasa kebah sudah demamnya. Mimpi ngeri buat mereka. Dan A dengan selamba badaknya mahu menggantikan aku di tempat pemandu. Malunya aku… Huhu. Eh, bukan aku dah cerita ek cerita ini?? Sekali lagi…siaran ulangan! ASTRO sangat~
Moral of the story : Nobody’s perfect. Everybody has his/her own major problems. The difference is how they manage their problems or disadvantages. Next, I must learn HOW to SAY NO! Especially in certain case that will involve our lives~
c) Kegilaan! Sepanjang 2 bulan setengah juga, aku telah ketagih/ addicted dengan 2 benda ini :
Sebelum
Selepas
Kenapa?? Fikirlah sendiri sebabnya~
No comments:
Post a Comment