Hebahan

Tuesday, December 29, 2009

Status : Orang BARU di tempat asing ATAU Orang asing di tempat BARU ??

Seperti yang dijangka. Hidup mewah seperti golongan elit boleh buat rasa perit... pedih menikam jiwa. Kediaman mereka mewah, cuma diam yang aku mampu. Duduk diam-diam mendiami sebuah bilik yang terletak di celahan tingkat-tingkat pangsapuri. Aku di tengah-tengahnya; tingkat 17 daripada 26 tingkat.

Dari tingkap bilik, sudah nampak lebuhraya yang sentiasa sibuk tak kira siang atau malam. Aneh~ Kuala Lumpur memang tak pernah mati.. tak pernah sunyi! Macam-macam jenis nama hi-way ada. Kerinchi Link (Sprint), LDP, PLUS, MEX dll. Tak hafal lah. Yang penting tahu jalannya saja. Jangan sesuka hati masuk hi-way. Guna hi-way dengan bijak! Di mana ada kemahuan, di situ ada hi-way~ hahaha

Aku tiba-tiba teringat peristiwa satu petang di PTGC, Rawang. Ketika aku sedang menikmati makan malam lebih kurang pukul 7, aku ternampak kelibat seorang pelayan wanita bertanya kepada salah seorang pelanggan yang datang. Mungkin sekadar minta pesanan (makanan atau minuman) kot..

Alih-alih, pelayan wanita tersebut lalu di hadapan aku dan dengan penuh keyakinan melaungkan ayat ini kepada rakan sekerja di seberang sana.

"Teh tarik satu... Calsberg satu!"

Wah! Aneh sungguh.. perkataan ini sungguh asing di telinga aku.

"Apa dia??" tanya rakannya sekali lagi. Mungkin buat-buat tak dengar atau kurang jelas.

"Teh tarik satu... Calsberg satu!"

Aduhai~ yang pasti wanita itu wanita Melayu beragama Islam, cuma tidak bertudung. Itu saja. Selang 5-10 minit kemudian, "hidangan" tersebut siap! Kalau boleh mahu saja aku snap saja apa yang berada atas dulang itu.

Pelayan wanita itu seperti biasa saja. Tanpa ralat, tanpa rasa bersalah. Macam tiada perkara pelik yang berlaku.

Ah, persetankan saja rasa itu! Nyah kau dari sini...

Masih lagi peristiwa di PTGC. Di sana aku menginap di sebuah apartment kira-kira 2 bulan. Nak tahu nombor rumah aku??

E-0-3A.

Pada hari pertama, aku tersalah masuk rumah. Buang huruf A di atas. Aku TERmasuk rumah E-0-3. Kawan aku bilik E-3A-3A-3A. Baru aku perasan.. 3A = 4! Sepatutnya bilik aku E-0-4!

Feng Shui orang Cina tak suka angka 4. Si! Makna bagi mereka MATI! So what?? Masa semester pertama aku di UPM dulu, aku tinggal di Kolej 10, dan bilik aku 444! Si-si-si! Mati kah?? Haha. Hakikatnya, pointer terbaik yang pernah aku dapat sewaktu aku tinggal di bilik 444! Pointer atas 3 beb! Sem lain, duduk bilik lain, pointer pun lain. Siap repeat satu subjek tu masuk kali keTIGA baru LULUS!

Obseskah mereka mengelakkan nombor 4 sehingga ini yang terjadi...


Kelakar kan?? Takut sangat~

Sambung lagi cerita. Cerita menjadi terasing seketika di tempat asing. Semenjak tinggal di kawasan elit Damansara, ada banyak pusat membeli belah yang aku telah jelajah sampai pernah sesat dibuatnya. Kata seorang kenalan, di sini ada banyak pilihan kalau minat tengok wayang. One Utama(OU) saja ada GSC dan TGV. Kalau nak try dekat The Curve, ada Cineleisure. Sebelahnya ada Ikea dan Ikano(oh, lain rupanya). Sebelah tu Tesco Mutiara Damansara (takde wayang, tapi ATM CIMB ada di situ.. mudah saja). Nak rasakan kelainan? Jenguklah Tropicana City Mall!


Hah?? Apa?? Tropicana City Mall. Aduhai.. nama yang jauh ke hadapan. Ada satu nama di sini. Tropicana Indah! Wah... wah... nama tidak mahu kalah! OK lah. Sebab ia merupakan tempat membeli belah yang besar, maka namanya pun kena bunyi gah! Begitukah kaedahnya??


Jadi segala-galanya tidak mahu kalah. Ambil contoh KLCC, di Tingkat 1, ada tandas yang dikenakan bayaran sebanyak RM 2! Haha. Kelakar. Kebetulan keluarga kami mengalami sendiri peristiwa ini. Alang-alang bawa saudara-mara dari KB ke sini. Tiba-tiba salah seorang mahu qada' hajat atau lebih tepat buang air besar!

Maka, tanpa disedari, dalam keadaan tergesa-gesa, tandas RM 2 itu menjadi pilihan.. pujaan hati. RM 2 tu sudah nampak murah kerana hajat itu lebih diutamakan. Siap ada orang buka pintu lagi, dan sememangnya tandas itu amat bersih sekali. Sangat selesa dan nyaman. Buang air dengan tenang. Berbaloikah RM 2?? Hahaha.

Jangan main-main. Banyak sebenarnya tandas yang tidak mesra pengguna, dan tidak sensitif dengan umat Islam. Kita selalu bersuci atau beristinjak dengan AIR. Kan?? Bukan dengan BATU atau KERTAS TISU seperti orang itu... yang tidak cebok. Sanggup gonyoh dengan batu??


Memang tak salah, boleh bersuci dengan tisu, tetapi perasaan kita tak sama kan?? Rasa macam nak balik rumah, berak puas-puas. Benar, buruk mana rumah kita, kecik mana rumah kita, itulah tempat terbaik untuk kita tidur dengan lena, bermandi-manda dengan riang gumbira. Kan?? Haha.

Maka, di sesetengah tandas, inilah yang berlaku.


Nampak sempurna, tapi TIADA AIR atau lebih tepat lagi, tiada paip getah atau medium yang boleh menyalurkan air. Jadi, cara paling selamat kalau mahu buang air besar, cari tandas duduk, bukan cangkung. Sebabnya, anda perhatikan sendiri.


Ada lagi kisahnya. Perasan tak kadang-kadang dalam tandas lelaki ada pekerja wanita? Tak kira lah minah indon ke, makcik tua ke, atau sesiapa asalkan jantinanya berbeza. Wajarkah?? Kalau tandas perempuan orang lelaki tak boleh masuk, begitulah sebaliknya yang sepatutnya. Kan??

Ah, cukup sudah bicara pasal jamban. Walaupun rasa geli, tetapi inilah realiti yang berlaku. Ada orang bagi tips, kalau nak tahu seseorang itu pembersih, rajin kemas rumah atau tidak, masuk saja jambannya. Dan anda ketemu jawapannya.


Kita tamatkan cerita ini di sini. Ini apa yang berlaku di sekitar Lembah Klang. Elit kononnya seperti Damansara, PJ, Hartamas dll. Bagaimana pula kehidupan di tempat yang lebih urban umpama Tokyo, New York dll. Adakah jati diri kita akan hilang ditenggelami kemodenan??

Jadilah seperti ikan-ikan di lautan, walaupun berada di dasar lautan, tetapi isinya tetap tidak masin semasin air laut. Itulah tanda jati dirinya. Renungan bersama...

No comments:

Post a Comment