Hebahan

Monday, December 28, 2009

BARU baca

Selalunya orang yang suka melukis hobinya ialah mengambil gambar. Ambil gambar?? Ada sesetengah orang guna istilah tangkap gambar... ataupun pukul gambar. Dunia fotografi penuh ilusi. Apa saja~

Selalunya juga orang yang suka menulis hobinya ialah membaca. Benarkah?? Aku mengambil contoh diri aku sendiri. Bagi menjayakan misi aku selaku si tukang tulis di blog ini, aku memang banyak membaca. Ya. Banyak membaca; itu saja jawapannya bagi memberi ilham untuk menaip dan bertukang tulis...

Mengapa? Dengan membaca, pengetahuan kita tentang sesuatu akan sentiasa bertambah dan berkembang dari semasa ke semasa. Cuma yang membezakannya ialah sumber bahan bacaan terbabit. Aku lebih banyak membaca material bahasa Melayu berbanding bahasa asing (Inggeris, Arab dll)

Aku banyak melayari internet. Akhbar baca setiap hari tak kira samada media Nasional atau alternatif. Haluan kanan atau kiri. Jika ada sesuatu istilah atau terma yang rumit, kamus dan Google merupakan kawan baik menyelesaikan masalah itu.

Setelah berkursus selama 2 bulan setengah di Rawang baru-baru ini, minat aku terhadap bacaan Inggeris semakin bercambah. Jika kalian yang setia membaca blog ini, pasti anda perasan aku 'membabak' atau 'meroyan' dengan bahasa Inggeris.

Aku tulis entri, review dan mengarang cerita menggunakan bahasa Inggeris 100%. buat kali pertama. Jadi, siapa kata aku anti bahasa penjajah? Aku amat menyokong PPSMI, tetapi apakan daya... kuasa kecil hanya di tangan kita selaku pengundi.

Berbalik kepada entri kali ini, setelah aku menyewa sebuah bilik di Damansara, aku banyak menghabiskan masa juga dengan membaca. Membaca apa? Membaca novel. Ya! Baca novel, tetapi bukan novel Bahasa Melayu yang selalu aku layan seperti karya Ramlee Awang Murshid, Sharifah Abu Salem dll. Sebaliknya novel Inggeris!

Dan kali ini juga buat kali pertama aku membuat ulasan mengenai novel/buku yang aku baca. Sekali DUA novel pulak tu. Mungkin di bilik aku kosong... tiada TV.. tiada PC, jadi apa yang menjadi teman di kala kesunyian?? Novel-novel inilah. Aku amat jarang membaca novel Inggeris. Boleh bilang dengan jari berapa banyak novel BI aku telah habiskan. Mungkin... yang terakhir novel The Pearl yang wajib dibaca ketika SPM dulu???

a) Novel ini mula-mula aku tak minat pun nak baca. Dah banyak kali keluar-masuk kedai buku, terperasan, tapi tiada niat langsung nak membeli apatah lagi nak membeleknya. Akan tetapi, gara-gara buku ini,


Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal, yang menulis novel berkenaan dan kisah hidup beliau banyak dipengaruhi dan diinspirasikan daripada novel John Gray, Men are from Mars, Women are from Venus. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu jodohnya. Amat kena dengan status aku.. hehe =P


John Gray menulis novel motivasi ini ilham daripada kerjayanya selaku seorang doktor dan banyak menyelesaikan masalah rumahtangga kliennya. Kiranya, John Gray merupakan orang tengah ataupun kaunselor rumahtangga terutama bagi pasangan yang berkira-kira mahu bercerai.

Setelah memberi khidmat rundingan, bertukar-tukar pendapat, maka hasilnya amat memberangsangkan. Ada pasangan yang tak jadi bercerai dan jatuh cinta buat kali kedua. Maka, hasil kajian yang melibatkan ribuan responden, maka John Gray menulis novel ini(nak kata bukan novel pun boleh sebab ini merupakan buku motivasi) bagi membolehkan kita mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam.

Tambahan pula dengan status aku selaku tunangan orang yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan, buku ini memang memberi warna, dan banyak membantu aku supaya lebih memahami golongan wanita dengan lebih tepat dan tanpa ralat sekaligus memberikan aku semangat dan kekuatan melayari bahtera kelak.

Novel kedua, tulisan Paulo Coelho, penulis dari Brazil di mana buku hasil tulisannya (yanga asal bahasa Portugis) kini telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan telah terjual serata dunia. Novel ini berkisarkan sebuah PERJALANAN. Masa SPM dulu ingat tak cerita Jangan Bunuh Rama-Rama?? (skrip drama). Lebih kuranglah ceritanya. Macam filem Senario Lagi pun ya. =P

Perjalanan seorang lelaki, Santiago, sang gembala kambing biri-biri yang merantau dan melepasi sempadan negaranya merentasi padang pasir di Egypt demi mengejar mimpinya. Sepanjang perjalanan itu, dia bertemu dengan beberapa watak yang menarik dan memberi inspirasi kepadanya. Aku sebagai pembaca juga turut terbias dan terkesan dengan cerita ini.

Keberanian, kegigihan, semangat yang tak putus, tak kenal erti kalah, sememangnya membakar semangat aku untuk mengetahui kesudahan ceritanya. "Harta Karun" di bawah Piramid yang dikejar berpandukan mimpi itu hanyalah fantasi atau realiti?? Harapan yang tinggal impian?? Semuanya akan terjawab setelah habis menamatkan bacaan novel The Alchemist ini. Siapakah Alchemist??? TEET~ Cari jawapannya di kedai buku berhampiran anda. Nak pinjam dengan gua pun boleh... haha

No comments:

Post a Comment