Hebahan

Friday, November 30, 2012

Bola itu bulat




Bola itu bulat
Benarkah?
?

Bola itu bulat
Macam roda
Ada naik turun
Ada pemenang, ada yang kalah
Adatlah!
Namapun pertandingan
Terimalah hakikat
Kalau tiada bakat!

Bola itu bulat
Tak terjangka geraknya
Melambung..
Kena kepung
Buka pekung
Kalah jadi abu
Menang jadi arang
Seri jarang-jarang

Bola itu bulat?
Eh, bukan sfera ke?
Macam bumi...
Tempat kita berpijak
Tanah tumpah darah
Langit tidak rendah
Tinggi.. tangan tak capai
Akal tak sampai

Bola itu bulat
Ya ke?
Tipulah.. Bias!
Biasalah..terbias
Pengadil bukannya hakim
Adil belum tentu telus
Biarpun tangis dalam tawa
Adil persis taqwa

Bola itu bulat
Punya ilmu yang tak lut
Semua berebut..bergelut
Disepak.. dirembat.. diterjah
Ditangkap kemas.. Dihantar kesemua arah
Akhirnya megah atau termengah berpenat lelah
Selagi belum ditiup wisel penamat
Keputusan masih belum muktamad

Bola itu bulat
Tidak bujur
Bujur itu telur
Macam bola ragbi
Tiada buah mujur
Bukan istilah jumhur
Strategi mesti luhur
Eksperimen lebih masyhur

Bola itu bulat
Poyo kan?
Apa maksud poyo?
Pasal orang yang over
Melebih-lebih pulak
Sokong sampai goyah
Kutuk sampai rebah
Akhirnya resah gelisah

Bola itu bulat
Noktah.
.
.
.
p/s : Selamat berjuang Harimau Malaya

Monday, November 26, 2012

Keputusan anugerah-anugerah ...dan finalis AJL 27

Ada 2 anugerah yang berlangsung 2 minggu berturut-turut. AIM 19 dan juga Shout! Awards 2012 (penganjuran kali ketiga..kali pertama TT pergi di Bukit Jalil. Haha). Dan berikut merupakan keputusan penuh. Pemenangnya terdiri seperti berikut

Artis Baru Terbaik - Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Jaclyn Victor (Counting Days)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Forteen (Seperti Dulu)
Kulit Album Terbaik - Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
Rakaman Album Terbaik - Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
Video Muzik Terbaik - Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

Lagu Pop Etnik Terbaik - Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
Lagu Nasyid Terbaik - Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
Lagu Rock Terbaik - Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
Lagu Hip Hop Terbaik -Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs) – Jamal Abdillah & Malique
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days (Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
Lagu B. Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara -Sudah Cukup Sudah (Nirwana)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)

Album Terbaik - SalamMusik (Salam – SalamMusik)
Anugerah Kembara - Mizz Nina
Anugerah Sri Wirama - Alleycats
Lagu Terbaik - Patah Seribu (Shila Amzah)
_________________________________________________________________________________

Selanjutnya..pemenang bagi Shout! Awards 2012 (yang banyak menjerit di tepian "pantai" Sunway ittew)

ULTIMATE SHOUT AWARD 2012: KRU

MUSIC
Rockstar Award – BUNKFACE

Popstar Award – YUNA

Power Vocal – SHILA AMZAH

Break Out Award (Best New Act) – MASSACRE CONSPIRACY

Music Video Award – MIZZ NINA – WITH YOU

TV & FILM
Best on Screen Chemistry Award – JOHAN & ZIZAN (RAJA LAWAK 6)

Fresh TV Series Award – VERSUS

Breakthrough Local Feature Award – SONGLAP

Favourite TV Program Award – SHOWDOWN 2012

Favourite TV Personality Award – ZIZAN RAZAK (RAJA LAWAK 6)

RADIO
Coolest Radio Announcer Award – HUNNY MADU (FLY FM MALAYSIA’S HOTTEST MUSIC)

Favourite Radio Show Award – TOP 5 PANGGILAN HANGIT

WORKS
Hot Chick Award – NORA DANISH

Hot Guy Award – AARON AZIZ

SOCIAL MEDIA
Wired Celebrity Award – YUNA @yunamusic

Shout! Aloud Award – MATLUTFI90 (yeah! wakilnya tak sambut salam siti salehahahaha)

_________________________________________________________________________

DAN... dalam waktu yang sama.. 12 finalis AJL27 telah diketahui. Lagu-lagu tersebut seperti berikut:


Idola
Anak Kampung
Terukir Di Bintang
Patah 1000 (1000 years wannabe.. bak kata Wan MS)


4 lagu di atas ramalan TT akan menang besar. Bersaing sengit. Dan lagu yang melengkapkan kuota seperti berikut:

" Kuakui Lagu Ombak Rindu Tanpamu. Andaiku Bercinta Lagi Pelangi Senja Simetri Teman Pengganti "

Dan.. lagu yang kurang bernasib baik " Watak Cerita dia.. Tapi bagaimana.. Harapan Biar sampai ke bintang "

SEPULUH  Trivia lain:

i. Hanya Audi Mok ada 2 lagu. Yang lain 1 lagu seorang.

ii. 2 band - Azlan & Mojo (eh, Bedroom Sanctuary tu band juga ke... ONE boyband kaedahnya walaupun ada Mimi) hehe. 2 penyanyi solo lelaki, Hafiz & Amir Jahari.

iii. Lagu duet atau featuring ada 4. Teman Pengganti, Anak Kampung, Ombak Rindu & Simetri.

iv. Penyanyi wanita pula ada 4; Stacy, Adira, Yuna, Shila Amzah.

v. Akhirnya Hazama & ONE ke pentas final AJL setelah tak jemu-jemu mencuba

vi. Hafiz, Yuna dan Stacy masuk final AJL tahun keempat berturut-turut. Amy Search, Stacy & Black buat come-back.

vii. Percubaan kali pertama Jimmy Palikat, Amir Jahari, Bedroom Sanctury, Mojo, dan RJ (pengganti Malique) telah membawa mereka ke pentas final AJL.

viii. Shila Amzah, Yuna, JP, Bedroom Sanctuary, Amir Jahri, Edry (bolehlah..sebab line-up Mojo) mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri sepenuhnya.

ix. Vokal Terbaik : Persaingan antara Shila Amzah, Yuna, Azlan & Hafiz. Mampukah Hafiz menjulang buat kali ketiga berturut-turut?

x. Kali pertama lagu genre hip hop berjaya masuk final. 2 lagu sekaligus, Teman Pengganti & Anak Kampung. Sayang Kak Melah & Sleeq tak masuk kan?

Sekian. Adios~ 6 Januari 2013...kemuncaknya!

Friday, November 23, 2012

Sesak atau sesat?

Apa itu kesesakan? Crowded or congested? Sesak dengan lautan manusia? 

Susah nak menaakul biarpun subtopik Penaakulan Mantik sudah khatam.

Bukan? 


Kerana apa? Mengejar dunia atau akhirat?

Sesatkah kita? Atau kitalah sasaran peluru sesat..

Bersyukur dengan apa yang kita miliki.. dan banyakkan menyumbang ke arah kebaikan..

Biar gambar di bawah menceritakan segalanya..

Biarkan lensa itu merakam momen yang menjadikan kita manusia yang berakal...

Renung-renungkan dan jom sama-sama beramal.

Kita di sebelah mana... di dalam gambar mana?











Thursday, November 22, 2012

Video Muzik - Ajari Aku (Anuar Zain)



Video muzik yang menarik. Siap ada ND dan Datuk Rahim Razali lagi. Juga..ada sambungan pula tu. Sempurnakan Aku.. Tunggu~

Dan layan lagu sentimental dendangan Anuar Zain ini. Cuma ini adalah versi Anuar. Nyanyian asal oleh Adrian Martadinata. Klik sini. 

Istanbul Aku Datang (IAD)



Terus terang cakap, pada mulanya aku nak boikot filem IAD ni.

Sebab?

Sebab Fazura digantikan oleh Lisa yang kayu. Boleh??

Kenapa Faz tolak berlakon IAD? Kerana prinsip mahu berlakon yang tiada adegan sentuhan. Katanya~ Atau mungkin Faz pernah membawa watak gadis blogger menerusi filem Kayangan yang flop! Ops.. klisenya.

Tambahan pula..bila tengok trailer di atas. Rasa teruja tu tak datang menjelma. Namun, atas faktor Bernard Chauly dan skrip Rafidah Abdullah (yang meletup kebabom dengan G&G, Pisau Cukur) serta faktor Red Com. atau Red Film (yang terbitkan Kami The Movie, Songlap, Ghost, Oh, My English!), maka aku korbankan RM 8. Haha

Dan setelah menonton.. ternyata RM 8 itu amat berbaloi. Dan ada faktor ekstra yang menarik perhatian aku.

1) Beto Kusyairy - ternyata orang yang memakai maskot Along selama ini (eh, apa cerita CT Sifir dll) mempunyai aura dan daya tarikan. Ikatan kimia bersama Lisa juga begitu menjadi dan meyakinkan. Dan Beto juga agak komikal! Jangan biadap~


2) Lisa Surihani - Graf prestasi lakonan Lisa meningkat daripada 1 filem ke 1 filem. Biarpun Lagenda Budak Setan prestasinya memberansangkan (sampai menang anugerah), seterusnya watak antagonis dalam Ombak Rindu, dan kini gadis kolej yang cheeky. Ada hikmahnya Lisa gantikan Faz sebab watak Dian ni masih muda dan lurus. Melaram pun ..ops~ sangat. Tapi pandai masak ok. Rasa nak makan sama-sama mereka.


Cuba bayangkan Faz bawa watak gadis kolej dan bermanja dengan Tomok.. Euw.. Kan? Namun, tak dinafikan, pada mulanya aku sukar mengikis "bayangan" lakonan Faz membawa watak Dian, namun setelah pertengahan cerita, terutama klimaksnya... (yang ada lagu Patah 1000), Lisa dan Fazura berada di kelas masing-masing.

Fazura satu-satunya pelakon yang berjaya membawakan watak gedik dan orang suka (tak meluat kaedahnya). Kira watak gedik yang ada class~ Dan Lisa membawa watak Dian dengan gaya tersendiri juga. Ternyata Bernard mencorakkan Lisa dengan berjaya melalui gandingan kedua ini. Kali pertama Bernard mengarah Lisa menerusi filem pendek Goodbye Boys (bersama Razif, Nas-T dll)

3) Sinematografi - 100% dijalankan di Istanbul. Tapi sayang..keindahan sebenar Istanbul tak fully utilized. Tak puas ok. Kalau setakat berlakon dalam bilik..dalam rumah..baik buat di Malaysia sahaja. Hehe~



4) Jalan cerita - Yang negatifnya.. seolah-olah menggalakkan bersekedudukan. Tapi cuba fahami situasi Dian. Dan realitinya..inilah yang berlaku di kalangan anak Malaysia di luar negara. Pernah tengok drama Cinta Antara Benua (terbitan Kuasatek..satu lagi Penerbit yang hebat tapi sudah perlahan) tak? Sama juga kesnya. Yang penting.. budak Medic punya mulut memang takde insuran. Jalang! Hee :P

Dan ada kejutan ataupun twist di akhir cerita dan aku suka! Contohnya.. isu gay. Kalau tengok trailer di atas, aku ingatkan Azad (Tomok) yang ada "kekasih gelap" ria. Tapi sebaliknya. Begitu juga cara nak promosi penaja "maggi asam laksa" sangat unik, bijak dan berhemah tinggi..

5) Pemilihan lagu latar kena dengan tempat dan suasana. Terutama lagu Patah 1000 dan juga Aku Datang... Cuma kalau ada Terukir Di Bintang mungkin lagi best kan. Klasik sangat!

6) Pelakon ekstra - Terutama pelakon Turki. Dan tiada lagi watak cameo. Macam Rafidah jadi pekerja spa ke..hehe. Farid Ramlee juga yang overshadow Aizat ok. Huhu.

Yang kurang berkesan?? Tapi tidak sampai mencacatkan cerita. Aizat kali pertama berlakon. Tomok ada sedikit kematangan. Boleh dipertingkatkan jika peluang sewajarnya diberikan.

Apa-apa pun.. sekali lagi watak Harris akan menjadi fenomena.

TT: Wah, dah lama tak buat rebiu filem gamaknya. Kali terakhir filem Bunohan rasanya.


XOXO

TT

Published~

Tuesday, November 20, 2012

Makna Bacaan Solat



Video yang menarik untuk dihayati bersama. Apa makna kita bersolat selama ini??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 15, 2012

LLJ November 2012

Randy Pangalila - Everything I Need(OST Dalam Hati Ada Taman)
Ramlah Ram ft. Caprice - 5 Minit
Jamal Abdillah - Bahagia Sementara
Malique ft. Lah - Cuba Lagi
Najwa Latif ft. Upin Ipin - Terima Kasih Cikgu
Vic Teo - Kembali
Fazley Yacob - Maaf Ku Mencintaimu
Niskala - Terbiasa
Burn - Boboiboy (OST Boboiboy)
Hana Aziz - Bersedia(OST Boboiboy)
Kilafairy - Pasti
Salam Musik - Lupakan Semalam
The Vella - Mengejar Mimpi
Salam Musik ft. Altimet - Alamak
Niskala - Wanita