Terus terang cakap, pada mulanya aku nak boikot filem IAD ni.
Sebab?
Sebab Fazura digantikan oleh Lisa yang kayu. Boleh??
Kenapa Faz tolak berlakon IAD? Kerana prinsip mahu berlakon yang tiada adegan sentuhan. Katanya~ Atau mungkin Faz pernah membawa watak gadis blogger menerusi filem Kayangan yang flop! Ops.. klisenya.
Tambahan pula..bila tengok trailer di atas. Rasa teruja tu tak datang menjelma. Namun, atas faktor Bernard Chauly dan skrip Rafidah Abdullah (yang meletup kebabom dengan G&G, Pisau Cukur) serta faktor Red Com. atau Red Film (yang terbitkan Kami The Movie, Songlap, Ghost, Oh, My English!), maka aku korbankan RM 8. Haha
Dan setelah menonton.. ternyata RM 8 itu amat berbaloi. Dan ada faktor ekstra yang menarik perhatian aku.
1) Beto Kusyairy - ternyata orang yang memakai maskot Along selama ini (eh, apa cerita CT Sifir dll) mempunyai aura dan daya tarikan. Ikatan kimia bersama Lisa juga begitu menjadi dan meyakinkan. Dan Beto juga agak komikal! Jangan biadap~
2) Lisa Surihani - Graf prestasi lakonan Lisa meningkat daripada 1 filem ke 1 filem. Biarpun Lagenda Budak Setan prestasinya memberansangkan (sampai menang anugerah), seterusnya watak antagonis dalam Ombak Rindu, dan kini gadis kolej yang cheeky. Ada hikmahnya Lisa gantikan Faz sebab watak Dian ni masih muda dan lurus. Melaram pun ..ops~ sangat. Tapi pandai masak ok. Rasa nak makan sama-sama mereka.
Cuba bayangkan Faz bawa watak gadis kolej dan bermanja dengan Tomok.. Euw.. Kan? Namun, tak dinafikan, pada mulanya aku sukar mengikis "bayangan" lakonan Faz membawa watak Dian, namun setelah pertengahan cerita, terutama klimaksnya... (yang ada lagu Patah 1000), Lisa dan Fazura berada di kelas masing-masing.
Fazura satu-satunya pelakon yang berjaya membawakan watak gedik dan orang suka (tak meluat kaedahnya). Kira watak gedik yang ada class~ Dan Lisa membawa watak Dian dengan gaya tersendiri juga. Ternyata Bernard mencorakkan Lisa dengan berjaya melalui gandingan kedua ini. Kali pertama Bernard mengarah Lisa menerusi filem pendek Goodbye Boys (bersama Razif, Nas-T dll)
3) Sinematografi - 100% dijalankan di Istanbul. Tapi sayang..keindahan sebenar Istanbul tak fully utilized. Tak puas ok. Kalau setakat berlakon dalam bilik..dalam rumah..baik buat di Malaysia sahaja. Hehe~
4) Jalan cerita - Yang negatifnya.. seolah-olah menggalakkan bersekedudukan. Tapi cuba fahami situasi Dian. Dan realitinya..inilah yang berlaku di kalangan anak Malaysia di luar negara. Pernah tengok drama Cinta Antara Benua (terbitan Kuasatek..satu lagi Penerbit yang hebat tapi sudah perlahan) tak? Sama juga kesnya. Yang penting.. budak Medic punya mulut memang takde insuran. Jalang! Hee :P
Dan ada kejutan ataupun twist di akhir cerita dan aku suka! Contohnya.. isu gay. Kalau tengok trailer di atas, aku ingatkan Azad (Tomok) yang ada "kekasih gelap" ria. Tapi sebaliknya. Begitu juga cara nak promosi penaja "maggi asam laksa" sangat unik, bijak dan berhemah tinggi..
5) Pemilihan lagu latar kena dengan tempat dan suasana. Terutama lagu Patah 1000 dan juga Aku Datang... Cuma kalau ada Terukir Di Bintang mungkin lagi best kan. Klasik sangat!
6) Pelakon ekstra - Terutama pelakon Turki. Dan tiada lagi watak cameo. Macam Rafidah jadi pekerja spa ke..hehe. Farid Ramlee juga yang overshadow Aizat ok. Huhu.
Yang kurang berkesan?? Tapi tidak sampai mencacatkan cerita. Aizat kali pertama berlakon. Tomok ada sedikit kematangan. Boleh dipertingkatkan jika peluang sewajarnya diberikan.
Apa-apa pun.. sekali lagi watak Harris akan menjadi fenomena.
TT: Wah, dah lama tak buat rebiu filem gamaknya. Kali terakhir filem Bunohan rasanya.
XOXO
TT
Published~
No comments:
Post a Comment