Hebahan

Sunday, December 19, 2010

Edisi Khas suatu ketika : Lagu menjadi TOP sekejap :P

Baru bawa keluar dari Cold Storage. Ingat tak lagu era 90-an dan awal 2000? Ada penyanyi yang muncul satu,dua album. Glamor dengan satu lagu saja, lepas tu terus sepi. Senyap terus. Entah ke mana-mana mereka agaknya waktu ini.Tapi masih ada sebahagian mereka yang aktif lagi.

Apa-apapun, lagu mereka ni memang IN waktu dulu, terutama segmen Pilihan Bersama, Radio Muzik, stesen muzik anda! Kata kuncinya seterusnya, Spektra dan drama HVD :P Kalau perasan, ada yang nak tiru suara Siti, Fauziah Latif, Ramlah Ram, Ella, Nora dan Ziana Zain yang sememangnya zaman mereka TOP!

Lagu kegemaran tukang tulis adalah tiga lagu yang teratas :) Lebih ke bawah lebih rumit untuk diingati siapakah penyanyinya. selamat bergoogle & berkenalan. Gunakan terowong masa :P

Susan Lankaster - Bukan Sekadar Lakonan (lagu M.Nasir kot)



Wan Hardiah - Seindah Janji (lagu tema drama Spektra dulu-dulu)



Abot - Kasih-Mu (lagu ketuhanan yang best)



Haleeda - Setia Kasih



Mac Rahayu - Kita Ditakdirkan Bersama



Haslinda - Sehati Dan Sejiwa



Ashira - Di Ombak Resah



Ety Farhana - Rasa Cinta



Feeza - Ungkapan Kata Bernafas Cinta



Ayati Tasrip - Khazanah Dari Malaya



Krisya - Gemersik



Noreen Noor - Siang Terbayang Malam Merindu



Izzla - Kukunci Rindu Buatmu



Lyana - Hangatnya Cinta



Martini Kamsah - Menyintaimu Selamanya



Wohnen - Madah Terakhir (khas buat my best friend, Shah AJ & Rahman ;P)



Zenorita - Kumengharap



Klik sini kalau anda berani :P

Mungkin boleh vote lagu mana anda suka? Haha. Akan datang? Edisi khas penyanyi lelaki pula. Tunggu~ Very the Sinar.FM kan? Ke ala-ala Klasik nasional?

Thursday, December 16, 2010

Lagu Menjadi Disember ini

Nah! Ini dia lagu terkini dalam koleksi library MP3 tukang tulis. Sedap & enak didengar kala bosan dengan seleksi lagu-lagu di radio yang klise, terutama radio...... (anda isi sendiri ruang kosong itu :P)

 
Padi - Sahabat Selamanya (OST Upin Ipin)
Randy Pangalia - Lewat Semesta
Aidil ft. Hafiz Hamidun - Kuyakin Berlaku
Sheila On 7 - Hari Bersamanya
Shahnon Shah - Marilah Berhajat
Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)
KT Tunstall - (Still A) Weirdo






Linkin Park - Iridescent
Breakfast band - Hentikan
KT Tunstall - (Still A) Weirdo
6ixth Sense - Sepi
7-Collartshirt - Jangan Tinggaldaku
Maher Zain - Never Forget (ft. Mesut Kurtis)
Far East Movement - Like a G6
Katherine Mcphee Duet with Zachary Levi - Terrified

Saturday, December 11, 2010

Anjakan Paradigma

HIJRAH! Kalimah Arab. Kata dasarnya HA-JA-RA. Maknanya anjak.


Ayuh kita beranjak. Melakukan transformasi ke atas diri sendiri. Anjakan paradigma.


Moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah :)

5 hari pertama di Tahun Baru. Buku amalan kita sudah berganti. Sudah terpalit dosakah? Sudah tercatit amalan ke neraka kah?



Salam Maal Hijrah 1432 :)

Thursday, December 2, 2010

CDC November

November rain stopped. Now comes december..& of course 2011 is around the corner! Ketika musim tengkujuh melanda negara, banyak juga isu hangat tak terkata. Nah layan saja apa yang meningkatkan suhu darjah celcius. Makin bawah, makin hangat membara~

1. Proton Inspira. 


Dulu ada Kancil dan Kelisa, sekarang berganti dengan Viva. Dulu ada Proton Wira dan Gen2, sekarang Proton Persona ambil alih. Dulu ada Proton Waja, maka sekarang giliran Proton Inspira muncul. Rekabentuk ala-ala Mitsubishi Lancer gitu!

Harga standard di semenanjung Malaysia;
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999


Tukang Tulis - Nak tunggu kereta apa pulak akan ganti Proton Juara yang macam kotak bentuknya :) Maklumat lanjut klik di sini.


2. Sebastian Vettel

Masih lagi pasal kereta, tapi kali ni bab pemandunya pula.

Pemuda Jerman dari pasukan Red Bull kini telah merangkul johan keseluruhan perlumbaan kereta Formula 1 sekaligus mencatat sejarah selaku pemandu paling muda ketika usianya 23 tahun 133 hari lebih muda daripada Lewis Hamilton yang menjadi juara ketika usianya 23 tahun 301 hari. Itulah dia, Sebastian Vettel.

Tukang Tulis - Fastabiqul khairaat~ (Maka berlumba-lumbalah melakukan kebaikan :)

3. Sukan Asia Guangzhou 2010



Berlumba-lumba mengumpul ingat emas terbanyak. Alhamdulillah kontijen negara berjaya mencapai matlamat mengutip 9 pingat emas. Penyumbang utamanya, Skuasy yang membolot 3 emas. Manakala Bowling dan Karate masing-masing 2 emas. Emas lain daripada sukan Wushu, dan Berbasikal.

Yang menarik, kita mendominasi sukan skuasy dan berjaya menyaksikan kebangkitan sukan hoki, bola sepak dan terjun, manakala kemerosotan sukan badminton, olahraga dan sepak takraw agak ketara. Aapa-apapun tahniah kepada skuad negara. Majulah sukan untuk negara.

Tukang tulis - Cuba tengok pemenang pingat emas...dan cuba bayangkan orang Melayu saja yang tinggal di Malaysia, di sebalik ketuanan Melayu. Kita mampu??

4. Nor Shahrul Idlan Talaha


Setelah penat kumpul pingat, maka kita bagilah penganugerahan sebagai tanda penghargaan. Reputasi juara Piala Malaysia musim ini, Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak tanah air semakin kukuh apabila mendominasi empat daripada sembilan kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 100Plus-FAM.

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha paling mencuri tumpuan selepas dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2010 selain turut merangkul penyerang terbaik menewaskan pencabar terdekat yang merupakan penjaring gol terbanyak Liga Super, Mohamad Ashaari Samsudin dari Terengganu.

Anak jati Besut, Terengganu itu berjaya meraih RM 3,000 selaku Pemain Paling Bernilai dan RM500 untuk kategori penyerang terbaik selain menerima trofi daripada 100Plus selaku penaja utama.

Selain Norshahrul, Kelantan turut berbangga apabila penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemenang dalam dua kategori iaitu penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik.

Mastermind Kelantan, B. Sathianathan melengkapkan penguasaan skuad The Red Warriors selepas dinobatkan sebagai jurulatih terbaik mengatasi K. Devan, E. Elavarasan, Gary Phillip dan Ahmad Yusoff.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, James Teo dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Hamidin Mohd.Amin
Tukang Tulis - Pertembungan El Clasico di Nou Camp menyaksikan kekalahan besar yang pertama buat Jose Mourinho, pengendali Real Madrid. Kalah 5-0 pulak tu

5. Aung San Suu Kyi


kebebasan anugerah paling tak ternilai harganya!Setelah hampir 20 tahun dikenakan tahanan dalam rumah sejak tahun 1990, akhirnya.. pejuang pro-demokrasi (ahli politik pembangkang di Myanmar) telah dibebaskan.oleh junta tentera Myanmar.

Tukang Tulis - Korea sesama Korea (utara dan selatan) pun berperang. Adakah ini 'agenda' Perang Dunia ketiga? Masya allah!

6. Pilihanraya kecil BN-PR ; 5-7

Demokrasi! Demo kasi gapo? BN berjaya merapatkan jurang setelah 2 lagi pilihanraya kecil (PRK) diadakan melibatkan Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas. BN berjaya merapatkan jurang defisit. Tahniah kepada yang menang. Boleh dah tu nak bubar Parlimen. Tak sabar nak mengundi ni. Kan, sokongan rakyat sudah kembali..katanya. Kan dah menang 2-0!



Tukang Tulis - Kedah teruk dilanda banjir tahun ini. Adakh ini bala dari tuhan? Itu sudah jadi ketentuannya. Tiada daya dan kudrat melawan. Sebab tu MB Kedah melenting dengan RTM dan TV3 serta Utusan Meloya.
7. Anak-anak kita : UPSR & Pendidikan Kesihatan Reproduktif & Sosial (PKRS)

Anak-anak kita? Ya.. mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi bagi mereka yang jarak usianya sebaya aku! Memanglah sekarang ni adik-adik kita yang bersorak sakan, menangis sedu sedan setelah keputusan UPSR diumumkan. Pencapaian terbaik semenjak PPSMI dijalankan. Maka, perlukah PPSMI dimansuhkan??

Alih-alih, isu subjek kontroversi, Pendidikan Seks menjadi lebih hangat gara-gara subjek baru akan diperkenalkan yakni Pendidikan Kesihatan Reproduktif & Sosial (PKRS). Adakah itu penyelesaiannya bagi mebendung gejala sosial daripada lebih parah dan melarat??


Mengapa tidak kembali saja ke jalan agama yang lurus. Islam sendiri mengajar anak-anak kita apa itu hadas besar dan bagaimana cara menyucikannya. Secara tak langsung dah cover topik haidh, nifas,air mani dan yang sewaktu dengannya secara halus dan tersembunyi. Itu belum buka lagi bab munakahat. Agama tak pernah terpisah daripada ilmu yang Allah kurnia!

Tukang Tulis - Apa cerita Sekolah Harapan di Melaka ya? dengar-dengar dapat sambutan juga terutama daripada ibu bapa di kota besar. Kan? Dan.. sekalung tahniah buat satu-satunya adik perempuan TT, Sufia yang berjaya dapat 5A!

8. Kuda Trojan - Zaid Ibrahim

Itulah istilah atau simpulan bahasa baru yang disandarkan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang baru setahun jagung dalam PKR namun berlainan ideologi. Ala-ala KJ dalam UMNO lah. Akhirnya pasrah, menarik diri daripada merebut jawatan No. 2 parti, dan nekad keluar dan lepaskan semua jawatan. Siap nak tubuh parti baru lagi. Kau mampo??

Tukang Tulis - Akhirnya Azmin Ali juga jadi orang nombor 2 PKR! Ada aku kesah??? kata adiknya si Azwan Ali :P

9. Sengketa Natrah! - vice versa


Nampak gayanya sengketa bukan sekadar di atas pentas. Persengketaan telah terheret ke dunia realiti antara pengarah prolifik Erma dan penulis bukunya.Fatini Yaacob. Erma siap nak tarik diri daripada menduduki kerusi pengarah Natrah2, gara-gara Fatini berminat nak bagi KRU filemkan Natrah!

Tukang Tulis - Suka karya Erma yang terkini, (Saham Neraka, Sabar, Air Mata Nursalina dan juga Karma Salina) Wah! 2 Alam meletop dapat 20 juta sen = RM200K je kot?

10. Kantoi!

Ada 3 segmen kantoi yang melibatkan 3 nama, 'dr' Fazley, 'datuk'AC Konsotium & 'ankel' Seekers bersama kerabat. Tak berani nak elaborate lebih-lebih takut terbubuh aji-no-moto! Anda Google sendiri dan temui jawapannya. Dekat forum CARI pun bersepah cerita depa. 

 
Tukang Tulis - Inilah rangkuman berita berturut-turut yang paling hangat menjelang tahun baru 2011. Ni tak masuk lagi berita mamat Exist kena tangkap polis. Macam-macam hal...

Tuesday, November 30, 2010

Memori di Call Centre

Sedia maklum, aku pernah bergelar agen perkhidmatan pelanggan, customer service. Kerja buat call. Berikut istilah-istilah yang telah aku lupakan setelah 4 bulan bersara dari dunia yang penuh manipulasi :

VADS - value added data services

CCD - customer care department

CPC - Central Processing Centre

Multi-tasking

Buddy session

OJA - on job assessment

TL - team leader

OM - operation manager

Configure e-mail

Avaya (selalu hang) - Trecker - Productivity

Manual In - RTFM

PRB - paid rest break

POT - paid off time

Aging 150 days

K-base (C-nergy) - Webstar - SAMS - MCMB - Session DB -  MIPS

iCare, iCare Prime, iComs

Tollgate - BMS

RNA - ringing no answer - 3rd attempt - VCI matched - sent sms via Infoblast - case closed

Pending despatch, pending verify, pending assign, due date, assigned

CKC - cable kena curi

Assign back

create TT- (trouble ticket), 2nd TT & ...

Docket - RCC, LMG - FMCC

PPOE / PPOA

Account TOS - TMPoint

Plotter - Ping address

DSL blinking/ stable / off

Slow connection

Cannot login / Connected but cannot browse/

Intermittent/frequent disconnection

SD - service delivery

AWOL - absence without leave

DRF!

Dial 100

Close report, by cpc_akim xOxO

Kenangan Di Pusat Sains Negara - Bahagian 3

Ada 3 projek besar sepanjang 3 bulan aku di sana meraih pengalaman, menambah pengetahuan. Projek tersebut ialah Energy Month, Science Kids dan Persidangan Negara NAM. Sementelah membuat Science Show merupakan tugasan wajib bagi setiap sukarelawan, maka rutin harian aku digunakan sepenuhnya bagi menmpertingkat dan memajukan diri.

Kemahiran berkomunikasi terutama bab speaking boleh dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Manakala kepakaran ketika on stage juga boleh digilap sebaik mungkin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.




Sekarang yang tinggal hanya kenangan. Beberapa keping gambar yang bisa menggamit memori, moga tak pudar dari ingatan. Termasuklah kesempatan bersama Pleo, si robot dinosaur, dari Jepun yang harganya beribu ringgit.




Apa-apapun, hidup perlu diteruskan. Kalau ikutkan hati, aku mahu saja terus berkhidmat di PSN, tetapi selaku manusia biasa, kita ada kehidupan tersendiri. Masing-masing ada kisah & tanggungjawab. Just go with the flow~

Tuesday, November 23, 2010

Keputusannya ialah...


Rasanya semua dah tahu, lagu mana layak ke Final AJL 25 pada 9 Januari 2011 nanti. Siapa bakal menjadi juara? Pastinya bukan Aizat dan Adibah Noor yang telahpun tersingkir. Komen Tukang Tulis? Klise~ Semua finalis tahun lepas dapat bertanding balik, kecuali Shahir, Adira & Ana Raffali. Masih ralat sebab kedua-dua lagu Mirwana yang best (di radio & persembahan semi) kandas. Paling tidak bagilah lagu Manifestasi Cinta kan?? Entah apa-apa jurinya. Ekstravaganza pun boleh masuk.. 

Dan ini dia 12 lagu pilihan TT :

1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
2. Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
5. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

6. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
7. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
8. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
9. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
10. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
12. Pelita – A.P.I / Loque / Loque

Yang betul? Hanya 7/12. Maka terslit lagu macam Noktah Cinta, Ku Ada Kamu, Ekstravaganza, Jahat, Cinta Sempurna, Hanyut dan Berlari.

Juara Lagu ? Tolong Ingatkan Aku, Sofea Jane Drama King! 

p/s: Shout!Awards ataupun orang kampung kata Syok!award telahpun berlalu. Klik sini keputusan penuh pemenangnya. Kredit buat Budiey :)

Info 7AMBAHAN : Ingat kata kuncinya, DUA!

1. DUA finalis, gadis dari Sabah, Stacy & Adira.
2. DUA lagu ciptaan sepenuhnya (komposer/lirik/penyanyi) daripada DUA finalis wanita beraliran indie, Yuna & Ana Raffali
3. DUA wakil AF8, Shahir & Adira.
4. Penyertaan kali keDUA buat MUH+Azlan,Yuna, Bunkface, Tomok, Black dan Hafiz
5. Penyertaan kali keDUA berturut-turut buat Yuna, Black, Tomok, Bunkface & Hafiz.
6. DUA bekas juara, Adibah Noor & Aizat, juara bertahan tersingkir di peringkat separuh akhir.
7. AJL-25 menampilkan DUA persembahan Faizal Tahir, Noh Hujan serta Black