Hebahan

Thursday, December 2, 2010

CDC November

November rain stopped. Now comes december..& of course 2011 is around the corner! Ketika musim tengkujuh melanda negara, banyak juga isu hangat tak terkata. Nah layan saja apa yang meningkatkan suhu darjah celcius. Makin bawah, makin hangat membara~

1. Proton Inspira. 


Dulu ada Kancil dan Kelisa, sekarang berganti dengan Viva. Dulu ada Proton Wira dan Gen2, sekarang Proton Persona ambil alih. Dulu ada Proton Waja, maka sekarang giliran Proton Inspira muncul. Rekabentuk ala-ala Mitsubishi Lancer gitu!

Harga standard di semenanjung Malaysia;
Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999


Tukang Tulis - Nak tunggu kereta apa pulak akan ganti Proton Juara yang macam kotak bentuknya :) Maklumat lanjut klik di sini.


2. Sebastian Vettel

Masih lagi pasal kereta, tapi kali ni bab pemandunya pula.

Pemuda Jerman dari pasukan Red Bull kini telah merangkul johan keseluruhan perlumbaan kereta Formula 1 sekaligus mencatat sejarah selaku pemandu paling muda ketika usianya 23 tahun 133 hari lebih muda daripada Lewis Hamilton yang menjadi juara ketika usianya 23 tahun 301 hari. Itulah dia, Sebastian Vettel.

Tukang Tulis - Fastabiqul khairaat~ (Maka berlumba-lumbalah melakukan kebaikan :)

3. Sukan Asia Guangzhou 2010



Berlumba-lumba mengumpul ingat emas terbanyak. Alhamdulillah kontijen negara berjaya mencapai matlamat mengutip 9 pingat emas. Penyumbang utamanya, Skuasy yang membolot 3 emas. Manakala Bowling dan Karate masing-masing 2 emas. Emas lain daripada sukan Wushu, dan Berbasikal.

Yang menarik, kita mendominasi sukan skuasy dan berjaya menyaksikan kebangkitan sukan hoki, bola sepak dan terjun, manakala kemerosotan sukan badminton, olahraga dan sepak takraw agak ketara. Aapa-apapun tahniah kepada skuad negara. Majulah sukan untuk negara.

Tukang tulis - Cuba tengok pemenang pingat emas...dan cuba bayangkan orang Melayu saja yang tinggal di Malaysia, di sebalik ketuanan Melayu. Kita mampu??

4. Nor Shahrul Idlan Talaha


Setelah penat kumpul pingat, maka kita bagilah penganugerahan sebagai tanda penghargaan. Reputasi juara Piala Malaysia musim ini, Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak tanah air semakin kukuh apabila mendominasi empat daripada sembilan kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 100Plus-FAM.

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha paling mencuri tumpuan selepas dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2010 selain turut merangkul penyerang terbaik menewaskan pencabar terdekat yang merupakan penjaring gol terbanyak Liga Super, Mohamad Ashaari Samsudin dari Terengganu.

Anak jati Besut, Terengganu itu berjaya meraih RM 3,000 selaku Pemain Paling Bernilai dan RM500 untuk kategori penyerang terbaik selain menerima trofi daripada 100Plus selaku penaja utama.

Selain Norshahrul, Kelantan turut berbangga apabila penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemenang dalam dua kategori iaitu penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik.

Mastermind Kelantan, B. Sathianathan melengkapkan penguasaan skuad The Red Warriors selepas dinobatkan sebagai jurulatih terbaik mengatasi K. Devan, E. Elavarasan, Gary Phillip dan Ahmad Yusoff.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, James Teo dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Hamidin Mohd.Amin
Tukang Tulis - Pertembungan El Clasico di Nou Camp menyaksikan kekalahan besar yang pertama buat Jose Mourinho, pengendali Real Madrid. Kalah 5-0 pulak tu

5. Aung San Suu Kyi


kebebasan anugerah paling tak ternilai harganya!Setelah hampir 20 tahun dikenakan tahanan dalam rumah sejak tahun 1990, akhirnya.. pejuang pro-demokrasi (ahli politik pembangkang di Myanmar) telah dibebaskan.oleh junta tentera Myanmar.

Tukang Tulis - Korea sesama Korea (utara dan selatan) pun berperang. Adakah ini 'agenda' Perang Dunia ketiga? Masya allah!

6. Pilihanraya kecil BN-PR ; 5-7

Demokrasi! Demo kasi gapo? BN berjaya merapatkan jurang setelah 2 lagi pilihanraya kecil (PRK) diadakan melibatkan Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas. BN berjaya merapatkan jurang defisit. Tahniah kepada yang menang. Boleh dah tu nak bubar Parlimen. Tak sabar nak mengundi ni. Kan, sokongan rakyat sudah kembali..katanya. Kan dah menang 2-0!



Tukang Tulis - Kedah teruk dilanda banjir tahun ini. Adakh ini bala dari tuhan? Itu sudah jadi ketentuannya. Tiada daya dan kudrat melawan. Sebab tu MB Kedah melenting dengan RTM dan TV3 serta Utusan Meloya.
7. Anak-anak kita : UPSR & Pendidikan Kesihatan Reproduktif & Sosial (PKRS)

Anak-anak kita? Ya.. mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi bagi mereka yang jarak usianya sebaya aku! Memanglah sekarang ni adik-adik kita yang bersorak sakan, menangis sedu sedan setelah keputusan UPSR diumumkan. Pencapaian terbaik semenjak PPSMI dijalankan. Maka, perlukah PPSMI dimansuhkan??

Alih-alih, isu subjek kontroversi, Pendidikan Seks menjadi lebih hangat gara-gara subjek baru akan diperkenalkan yakni Pendidikan Kesihatan Reproduktif & Sosial (PKRS). Adakah itu penyelesaiannya bagi mebendung gejala sosial daripada lebih parah dan melarat??


Mengapa tidak kembali saja ke jalan agama yang lurus. Islam sendiri mengajar anak-anak kita apa itu hadas besar dan bagaimana cara menyucikannya. Secara tak langsung dah cover topik haidh, nifas,air mani dan yang sewaktu dengannya secara halus dan tersembunyi. Itu belum buka lagi bab munakahat. Agama tak pernah terpisah daripada ilmu yang Allah kurnia!

Tukang Tulis - Apa cerita Sekolah Harapan di Melaka ya? dengar-dengar dapat sambutan juga terutama daripada ibu bapa di kota besar. Kan? Dan.. sekalung tahniah buat satu-satunya adik perempuan TT, Sufia yang berjaya dapat 5A!

8. Kuda Trojan - Zaid Ibrahim

Itulah istilah atau simpulan bahasa baru yang disandarkan kepada Datuk Zaid Ibrahim yang baru setahun jagung dalam PKR namun berlainan ideologi. Ala-ala KJ dalam UMNO lah. Akhirnya pasrah, menarik diri daripada merebut jawatan No. 2 parti, dan nekad keluar dan lepaskan semua jawatan. Siap nak tubuh parti baru lagi. Kau mampo??

Tukang Tulis - Akhirnya Azmin Ali juga jadi orang nombor 2 PKR! Ada aku kesah??? kata adiknya si Azwan Ali :P

9. Sengketa Natrah! - vice versa


Nampak gayanya sengketa bukan sekadar di atas pentas. Persengketaan telah terheret ke dunia realiti antara pengarah prolifik Erma dan penulis bukunya.Fatini Yaacob. Erma siap nak tarik diri daripada menduduki kerusi pengarah Natrah2, gara-gara Fatini berminat nak bagi KRU filemkan Natrah!

Tukang Tulis - Suka karya Erma yang terkini, (Saham Neraka, Sabar, Air Mata Nursalina dan juga Karma Salina) Wah! 2 Alam meletop dapat 20 juta sen = RM200K je kot?

10. Kantoi!

Ada 3 segmen kantoi yang melibatkan 3 nama, 'dr' Fazley, 'datuk'AC Konsotium & 'ankel' Seekers bersama kerabat. Tak berani nak elaborate lebih-lebih takut terbubuh aji-no-moto! Anda Google sendiri dan temui jawapannya. Dekat forum CARI pun bersepah cerita depa. 

 
Tukang Tulis - Inilah rangkuman berita berturut-turut yang paling hangat menjelang tahun baru 2011. Ni tak masuk lagi berita mamat Exist kena tangkap polis. Macam-macam hal...

1 comment:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

    ReplyDelete