Hebahan

Saturday, September 1, 2012

CDC Ogos 2012

Kali ni TT cuba buat edisi CDC paling ringkas dalam sejarah penulisan TT. Berikut 10 berita hangat untuk anda Google sendiri (cari sendiri kesahihannya):

1) BAFIA & 114A
2) Merdeka 55 -  Janji ditepati - Janji Demokrasi
3) Qaryah Ramadhan - Qiam with Me
4) Samsung versus Apple
5) Olimpik London 2012 - 1 Perak, 1 Gangsa
6) BPL bermula - Transfer just end. RVP officially joined MU
7) Piala Malaysia 2012 bermula
8) Ustaz Don kahwin
9) Kematian Neil Armstrong
10) Community Shield - Manchester City

Ekstra trivia : 12 Nama individu/program/produk yang "meletop" Ogos 2012 (ala-ala klu kepada Wajah 2012)

1) Oppa Gangnam Style!
2) Baskin Robbins
3) Pandalela Rinong & Johari Pain - janji dikerati
4) Nur Feetri - sore eyes MC
5) Syafiq Yusof - SAM
6) Ismail Faruqi & Muslim Ahmad
7) 7 Ramadhan
8) Eden Hazard
9) Afiq Azmi
10) Rafizi Ramli
11) www.9gag.com.my
12) IM Jabar

TT - Ini adalah eksperimen/percubaan TT membuat laporan berita ala-ala Tweet or micro blogging! Maka tiada gambar menarik okay! Kalau suka kaedah sebegini.. insya allah akan diaplikasi entri Crta Darjah Celcius (CDC) akan datang! Adios amigos~

Friday, August 31, 2012

55 Tahun Merdeka.. Alhamdulillah!


Alhmdulillah.. 55 tahun sudah negara kita Merdeka? Sejauh manakah makna & pengertian Merdeka dalam negara kita, Malaysia?

Adakah melalui konsep balas budi? Setelah janji diketupati ops (mentang-mentang masih mood raya).. ditepati. (dicapati). Bukan Johari Pain punya janji dikerati anunya ya!

Apa jua tafsiran.. sebagai generasi baru yang lahir pasca Merdeka, kita seharusnya bersyukur mendiami bumi bertuah ini.. dan itulah juga yang mahu kita wariskan kepada generasi akan datang. Kita mahu wariskan keamanan.. keharmonian.. dan kemakmuran.

Kerana kita sebangsa, senegara & sejiwa!


Dan itu tak bermakna semua apa yang diperjuangkan pihak tertentu kita menerima dan memperjungkannya dengan semberono. Kalau betul logo tersebut lebih cantik & kreatif.. maka tak salah bukan? Lagipun negeri kelahiran TT & negeri TT bermastautin secara rasmi menggunakan logo & tema di atas.

Namun... idea mahu tukar Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya merupakan idea bodoh. Ke mana warna biru tanda perpaduan?? Maaf! Memang tak setuju. Dah macam bendera negara republik (Indonesia & Singapura). Semuanya ada kepentingan bukan?

Tapi cuba cari persamaan bendera-bendera berikut : -








Ah, cuba lihat kanak-kanak ini... mereka "buta warna"!

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Sampul duit raya kampeni dah kasi! Tapi duit belum diisi lagi. Tunggu~ Esok sudah mula cuti. Jump lagi Suria KLCC bulan Syawal nanti.


Jadi sebelum lupa atau terlambat.. TT mahu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ini. Kini bilangan pelayar sudah melepasi angka 66666!


Aku akan balik ke Kota Bharu. Bukan dengan kereta tapi melalui jalan udara. Hati-hati di dalam perjalanan tak kira melalui medium apa sekalipun. Senang bukan hidup di Malaysia yang telah Merdeka 55 tahun? Bersyukurlah kita di atas segala nikmat dan kebebasan yang kita miliki untuk beribadat!

Cuba bayangkan nasib saudara seagama kita di negara luar. Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Selatan Filipina dan juga di Arakan, Myanmar. Orang Rohingya merupakan kaum paling tertindas di dunia mengikut maklumat PBB. Mengapakah??


Sekurang-kurangnya di Palestin, Irq, Afghanistan, hatta Selatan Thai dan Kepulauan Mindanao sekalipun ada gerakan-gerakan yang menuntut kebebasan. Ada perjuangan di sana. Tetapi bukan di Arakan. Myanmar sangat mendiskriminasi kaum Rohingya yang dianggap pendatang. Mereka dihalau, dicerca, diseksa dan pelbagai jenis penindasan dikenakan terhadap mereka.

Dan mereka tak mampu berjuang. Mereka tak dapat mengangkat senjata. Waima memiliki parang/pisau juga dianggap pengganas. Sedih bukan? Jadi sempena Ramadhan yang masih berbaki beberapa jam sahaja lagi.. ayuh kita BERINFAQ! Tolong selagi termampu. Sedangkan wanita nombor 1 Turki pun turun padang..ke medan berdarah Arakan..inikan pula...kita!



Wednesday, August 15, 2012

LLJ Ogos 2012

Tanpa buang masa, berikut lagu-lagu baru yang menjadi pilihan TT;

Hafiz - Bahagiamu Derita
The Vella - Menjemputmu Pulang
Hujan - Kembara
Akim ft. Stacy - Kembali
6ixth Sense - Altar Cinta
Black & Malique - Teman Pengganti
Aizat - In My Heart
Amylea, Mira Tilu & Roman - Wujud (OST 7 Ramadhan)
Alief - Maharku Untukmu
Maher Zain - Ku Milikmu
Datuk CT ft. Hafiz - Muara Hati (OST Adam & Hawa)
Ramlah Ram & Ana Syuhada - Takdir Cinta
Nowseaheart - Kurnia
Shahir - Cinta Akan Kembali
Du'a ft. Ust. Amal - Sahaja Aku Mencintaimu

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

HANYUT by U-Wei

Ini dia sebuah lagi filem yang dinanti-nantikan.

Filem arahan U-Wei yang menelan kos 8 juta menampilkan Sofea Jane, Diana Danielle, Adi Putra, Khalid Saleh, Sabri Yunus dan Peter O'Brein selaku watak utama. Bagaimanakah hasilnya? Saksikan trailer berikut :

Sunday, August 12, 2012

Iklan raya Petronas 2012 - The Stranger



Ini pula iklan raya Petronas daripada pembikin iklan Bernas juga. Walaupun tanda dagang Petronas yang sinonim dengan misi atau tema kekeluargaan tidak kelihatan, namun ia jelas membawa misi sejagat.

Lebih menyeluruh dan holistik. Tambahan pula penggambaran dibuat di Uzbekistan. Dan menampilkan Redza Minhat yang sudah buang gigi besi selaku watak utama.

Sejak tahun lalu iklan Petronas lebih menjurus ke arah ciri-ciri profesionalisme. Tahun lepas tema "tangan". Tahun ni tema "penangan" & pengalaman mereka yang bekerja di luar negara. Apa-apapun syabas syarikat Reservoir & pasukan Leo Burnett.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

Iklan raya terbaik 2012

Ya Allah..tersentuh hati melihat iklan ni. Setaraf dengan iklan raya Petronas arahan arwah Yasmin. Sekarang iklan petronas lebih ke arah komersial bukan?

Published with Blogger-droid v2.0.6