Hebahan

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


Sampul duit raya kampeni dah kasi! Tapi duit belum diisi lagi. Tunggu~ Esok sudah mula cuti. Jump lagi Suria KLCC bulan Syawal nanti.


Jadi sebelum lupa atau terlambat.. TT mahu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ini. Kini bilangan pelayar sudah melepasi angka 66666!


Aku akan balik ke Kota Bharu. Bukan dengan kereta tapi melalui jalan udara. Hati-hati di dalam perjalanan tak kira melalui medium apa sekalipun. Senang bukan hidup di Malaysia yang telah Merdeka 55 tahun? Bersyukurlah kita di atas segala nikmat dan kebebasan yang kita miliki untuk beribadat!

Cuba bayangkan nasib saudara seagama kita di negara luar. Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thai, Selatan Filipina dan juga di Arakan, Myanmar. Orang Rohingya merupakan kaum paling tertindas di dunia mengikut maklumat PBB. Mengapakah??


Sekurang-kurangnya di Palestin, Irq, Afghanistan, hatta Selatan Thai dan Kepulauan Mindanao sekalipun ada gerakan-gerakan yang menuntut kebebasan. Ada perjuangan di sana. Tetapi bukan di Arakan. Myanmar sangat mendiskriminasi kaum Rohingya yang dianggap pendatang. Mereka dihalau, dicerca, diseksa dan pelbagai jenis penindasan dikenakan terhadap mereka.

Dan mereka tak mampu berjuang. Mereka tak dapat mengangkat senjata. Waima memiliki parang/pisau juga dianggap pengganas. Sedih bukan? Jadi sempena Ramadhan yang masih berbaki beberapa jam sahaja lagi.. ayuh kita BERINFAQ! Tolong selagi termampu. Sedangkan wanita nombor 1 Turki pun turun padang..ke medan berdarah Arakan..inikan pula...kita!



No comments:

Post a Comment