Hebahan

Friday, May 25, 2012

Terjawab di akhir musim

Apakah??

Inilah jawapan & kesimpulannya.. Yang kalah tak jadi abu, yang menang tak jadi arang pun. Namun jurangnya ternyata amat mendalam. Cuba bandingkan.. antara liga bola sepak yang popular dan kurang popular.


Liga Inggeris (BPL)


Juaranya ditentukan melalui beza jaringan buat pertama kali. Musim 2011/12 antara musim terbaik setakat ini. Manchester City selaku juara menjaringkan 93 gol. Bolos paling banyak milik pasukan Wolverhampton yang melepaskan 82 gol. Aston Villa paling banyak seri sebanyak 17 kali.

Liga Sepanyol (La Liga) & Liga Itali (Serie A)


La Liga dijuarai Real Madrid yang merampas daripada Barcelona. Liga ini hanya didominasi oleh dua pasukan el-classico ini sahaja. Real Madrid dapat 100 mata dengan 121 jaringan, diekori rapat Barcelona dengan 91 mata berserta 114 gol terhasil. Namun, Valencia di tangga ketiga cuma 61 mata. (Kalau masuk BPL kedudukan nombor 7)

Manakala Serie A pula menyaksikan Juventus kebal sepanjang musim (tak pernah kalah macam Arsenal 2003/04dulu). Dengan 84 mata dan hanya 68 jaringan terhasil. Cuba klik sini pula.. untuk lihat Liga Jerman (Bundesliga) & buat perbandingan sendiri!

Sementara itu Chelsea sah menjuarai Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab bola sepak mereka. Manakala Piala Europa League menjadi milik Atletico Madrid yang telah mengalahkan Athletic de Bilbao, 3-0. Kelab La Liga mendominasi saingan ini.

Dalam waktu yang sama, pasukan Southampton, Reading & West Ham akan kembali beraksi di BPL. Dan di Malaysia, Kelantan The Red Warriors mencatat sejarah setelah mara ke peringkat suku akhir (8 terbaik) piala AFC setelah menumpaskan pasukan tetangga, Terengganu!


Cerita panas yang lain mengenai bola sepak? Pastinya mengenai perpindahan/pembelian pemain. Adakah Manchester City akan berjaya mendapatkan Robin Van Persie? Ini dia komen ahli keluarga RVP.



Dan sama-sama kita tunggu.. Euro 2012, Jun nanti.

Monday, May 21, 2012

3 ROBERTOs

Masih ingat lagi tak? Zaman kegemilngan orang bernama Michael!

Michael Jackson, Michael Jordan, Michael Chang, Michael Schumacher (dan Michael Scoffield!! Haha).

Kesemua Michael itu berjaya dalam bidang masing-masing. Pentas hiburan, bola keranjang, tenis dan lumba kereta. Kali ini, TT ingin mengupas kejayaan 3 orang yang bernama Roberto yang menempa kejayaan dalam bidang yang sama iaitu melalui sukan bola sepak liga Inggeris!

Siapakah??


Pertama, Roberto Mancini, pengurus Manchester City yang baru sahaja merangkul kejuaraan liga bola sepak Inggeris melalui kelebihan jaringan. Perlawanan akhir yang dramatik pada momen 5 minit terakhir. Lagipun.. kalau kes seperti ini berlaku dalam La Liga, kelebihan gol tak diambil kira. Tetapi melihat rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan yang sama mata itu. Ternyata Manchester City telah memenangi kedua-dua perlawanan 6-1 dan 1-0.

Ah, bola sepak memang kejam! Selalunya kejayaan diharapkan melalui kemenangan besar, akan tetapi jika menang tipis 1-0 pada minit-minit kecederaan sekalipun, mendapat sepakan penalti ke.. atau peraturan memiliki kelebihan gol di pihak lawan hatta melalui lambungan duit sekalipun (el-classico Futsal VAD), menang tetap menang!


Kedua, Roberto Di Matteo, pemangku pengurus Chelsea yang menggantikan Andre Villas Boas(AVB) yang telah memenangi 2 piala; Piala FA dan akhirnya... Piala Champions League menjadi milik Chelsea selepas menumpaskan Bayern Munich melalui sepakan penalti di gelanggang lawan.

Drogba dan Peter Chech merupakan punca kemenangan. Ternyata tuah Chelsea terletak di tangan pemangku pengurus yang dipecat seperti kes. 4 tahun lepas, di mana Chelsea merupakan finalis di bawah kendalian Avram Grant yang menyaksikan mereka tewas juga melalui sepakan penalti Terry yang tergelincir.


Dan ketiga, Roberto Martinez, pengurus Wigan yang berjaya menyelamatkan Wigan daripada tersingkir ke  liga bawahan. Di ambang penyingkiran itu.. ketika jelas mereka ketinggalan banyak mata, namun kemenangan demi kemenangan yang diraih (termasuk menewaskan pasukan gergasi MU, Arsenal, Liverpool dan Newcastle), Wigan bukan sahaja selamat malah selamat daripada zon Bottom 5!

Apakah rahsia kejayaan mereka? Mudah sahaja~ TRUST! Keep faith in HIM! Dan apakah perbezaan antara mereka bertiga? Mancini akan kekal dengan jawatannya. Martinez kini menjadi rebutan Liverpool khabarnya. Manakala status Di Matteo masih tergantung buat masa ini.. walaupun.. berjaya merangkul piala idaman Abramovich (yang menjadi punca The Special One, Jose Mourinho tersingkir..)

Akhir kata.. Roberto yang menjadi taruhan. Bukannya Fernando mahupun Alejandro. Lady Gagal~

Tuesday, May 15, 2012

LLJ Mei 2012

Lagu-lagu jadian edisi Mei 2012... sekali lagi menampilkan 15 lagu buatan Malaysia. Nah~

Tomok - Aku Datang (OST Istanbul Aku Datang)
The Azenders - Bebas (OST Jiwa Taiko)
Prema Yin - Superstar
ONE feat. Jimmy Palikat - Anak Kampung
Mojo - Andaiku Bercinta Lagi
Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseaheart - Bebas Palestin
Classmates - Primadunia
Yazer - Raja & Hamba
Zainal Abidin - Kamu
Azlan & The Typewriter - Idola
Malique - Bangun Harimau Bangun
Aizat - Jerrypah
Bunkface - Jatuh
The Junas Monkey - Jadian
Zainal Abidin - Alam

Saturday, May 12, 2012

Debaran di penghujung musim.



Bola sepak Liga Inggeris (BPL/EPL) bagi musim 2011/12 merupakan musim yang penuh debaran. Kerana apa?

Sebab peminat setia BPL terpaksa menunggu sehingga tiupan wisel penamat perlawanan terakhir bagi menentukan beberapa keputusan. Ada beberapa keputusan yang ditunggu-tunggu di samping beberapa fakta kejutan yang menarik sepanjang musim 2011/12 berlangsung.


Juara & Tempat ke-3

Melibatkan persaingan jiran tetangga. 2 pasukan Manchester akan menentukan kejuaraan dan mungkin juara akan ditentukan melalui perbezaan gol buat pertama kalinya.

Kelab Utara London, Arsenal dan Tottenham Hotspurs akan berebut slot automatik ke Champions League. Satu lagi kelab utara London, Chelsea dalam usaha WAJIB MENANG Piala Champions League dan mengharapkan play-off sekaligus meranapkan impian pasukan yang berada di tempat keempat. Jangan dilupakan.. Newcastle United juga bakal menggugat keadaan. Kita tengok.. siapa yang gigit jari kaki nanti~

Satu lagi persaingan jiran tetangga melibatkan kawasan metropolis Merseyside, yakni persaingan antara Everton dan Liverpool. Adakah Everton berjaya mengatasi Liverpool buat pertama kalinya??


Pasukan tersingkir

Musim lepas.. pasukan yang bermula dengan W atau B berpotensi tersingkir. Birmingham, Blackpool dan West Ham tersingkir. Manakala, Wolverhampton, Wigan, Blackburn, Bolton terselamat (klik sini). Kali ini, Wigan berjaya bangkit di akhir musim. Wolverhampton dan Blackburn sah tersingkir. Adakah QPR yang akan menentang Manchester City (yang mahu menang Liga) akan memecah dominasi kelab B-W. Atau Bolton yang akan tersingkir?

Penjaring terbanyak?


Tidak dinafikan.. Robin Van Persie (RVP) merupakan penjaring terbanyak setakat ini (30 gol). Adakah Wayne Rooney dapat memintas 4 gol itu. Dan adakah RVP mampu pecah rekod penjaring terbanyak yang sehingga kini dipegang Christiano Ronaldo 2007/08 & Alan Shearer-95/96 (sebanyak 31 gol)??

Pencapaian terbaik Newbie?

Pasukan yang baru beraksi di Liga BPL, Norwich dan Swansea berada di kedudukan pertengahan Liga. Bukan Bottom 5!

Kejatuhan Liverpool?

Dah macam pasukan Selangor. Bangga dengan pencapaian lalu yang hanya sejarah. Penyokong tegar Kop kata, at least, ada juga 1 piala "mickey mouse". Sah dapat main Liga Europa je pun~ 

Arsenal ada piala ker? Hahahaha

Hitam Putih


Hitam, putih, kelabu ...
Itu pilihan hidup
Jangan mudah keliru
Mata sering menipu

Guna waras fikiran
Bila di persimpangan
Bijak buat pilihan
Kiri atau kanan

c/o Kita bukannya tuhan
Menjatuhkan hukuman
Dengan hanya menilai luaran
Bukan kita yang tentukan
Ke syurga idaman atau neraka balasan
Amal, dosa yang ditimbangkan

Halal ataupun haram
Tuhan telah tentukan
Jelas ataupun culas
Tangan kita tetapkan

Putrajaya, 2009

 

p/s : Serpihan warna pelangi berpunca daripada cahaya putih~

 

Tuesday, May 1, 2012

CDC April 2012

Walaupun April bulan keempat, tetapi angka 3 banyak menjadi kata kunci berita-berita CDC kali ini. Tak percaya? Tengok Top 3 dahulu..

1. Ada 3 demonstrasi

Ya! Ada 3 demonstrasi yang saling berkait satu sama lain. Bukan soal siapa di pihak benar.. siapa yang salah. Siapa pencetus huru-hara, siapa yang memulakan provokasi, dan siapa dalang sebenar di sebalik penganjuran himpunan ini.

Mansuhkan PTPTN - Bersih 3.0 - Anti-Lynas 3.0

Laluan ke Dataran Merdeka melalui KLCC disekat oleh polis. Mereka melencong ke Jalan P.Ramlee


TT : Beberapa jam sebelum Bersih 3.0, nama ini menjadi trending di Twitter, Nayati Shamelin Moodliar. Dan dikhabarkan bahawa Presiden SPR ahli UMNO Ampang. Ah, macam gam...~

2.  Ada 3 nama mencetus kontroversi


Mendahului senarai, Zahida Rafik gara-gara dikatakan terlibat dengan skandal bersama orang kenamaan bertaraf Menteri. Semuanya terbocor gara-gara pemandu peribadinya buka mulut setelah pemandu terbabit didakwa songlap ribuan ringgit. Pecah segala lubang. 

TT : Lebih kurang macam skandal kondo "lembu". Nafi punya nafi.. akhirnya... kita telah lihat sendiri bagaimana kesudahannya.



Seterusnya nama pengacara Melodi, Dira Abu Zahar panas bergelegak gara-gara nak caras princess wannabe nak rebut gelaran Ratu Kasut Tumit Tinggi. Kes "pijak" di disko seperti artikel di atas akhirnya terjawab. Siap ada laporan polis lagi. Tak habis si Dira nak menjawab cerita itu, tak pasal-pasal dikaitkan pula dengan isul minum Clorox. So pathetic~ Dan.. adakah kutipan filem Chow Kit akan terjejas?



TT : Khabarnya Zizan dikejarkan ke hospital kerana masalah keradangan otot. Pulak? Seia sekata Schawal pulak kat Astro. Maka, siapa nak acarakan Melodi ni? Wrap up a.k.a bungkus kah? ~ :P


Dan akhir sekali, nama pelakon kegemaran Osman Ali, Mislina Mustafa juga meletup gara-gara "penampilan" yang luar biasa dan penyertaan dalam kempen #occupy Dataran bagi membantah PTPTN. Khabarnya Mislina sedang menyiapkan tesis pasal orang bergelandangan.. apa yang pelik sangat kan? She is a smart girl.. Budak TKC tu.


TT : Video debat Ambiga vs KJ amat klasik! Ada class~ Apa-apapun.. apabila perseteruan antara Zarina Anjulie & Lufya mahu diperbesarkan gara-gara imitasi... ianya amat memualkan :P

3. Ada 3 lelaki contoh

3 figura ini amat kontra dengan 3 nama di atas. Mereka juga terkenal, tidak terlepas daripada dihina/dicemuh, malah terkena tempias kontroversi yang bukan murahan, sehingga mampu mengangkat nama mereka kepada satu tahap yang membanggakan.

Aaron Aziz


Bapa kepada 3 cahaya mata ini menjadi trending. Apatah lagi setelah memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 2011. Watak seperti Seth, abang Long & Encik Hariz begitu melekat & dekat di hati peminat. Namanya sensasi, dicari gali sehingga isu nama sebenar dalam IC menjadi bahan pelaris akhbar. Bukan setakat itu sahaja, pasal "kuku" yang tak berapa bersih  kemas pun jadi bahan. Nasib badan~

Datuk Seri Tony Fernandez 


Beliau telah memenangi anugerah Masterclass Global CEO of the Year

Tan Sri Annuar Musa


Beliau telah digantung 30 bulan kerana melanggar etika FAM ketika mempersoalkan mutu & kualiti bola sepak Malaysia yang makin merudum. Bukan setakat itu sahaja, beberapa pemain Kelantan (skuad Piala Presiden dihukum kerana status meragukan). Tambah mengejutkan, tiada seorang pun pemain Kelantan disenaraikan Rajagobal untuk bertemu Sri Lanka.

TT : Sewaktu TSAM pegang Menteri Belia & Sukan, Malaysia menang Piala Thomas!

4. Bola Sepak

Ranking pasukan bola sepak Malaysia jatuh merudum. Lagi teruk daripada Bangladesh & Filipina gamaknya. Alasannya.. sebab kurang perlawanan antarabangsa. Nah.. belasah Sri Lanka 6-0.


TT : Piala Axiata - kejohanan Badminton. Garuda cakar Harimau

El-clssico;  Barca-Real

Barcelona jatuh ditimpa tangga. Gelaran juara La Liga terlepas kepada Real Madrid. Pulak tu kalah kepada Chelsea separuh akhir Champions League. Messi tak gol penalti lagi... dan ketinggalan beberapa gol di belakang Ronaldo selaku penjaring terbanyak.



MU-MC, dendam lama masih belum terlunas. Parut lama belum hilang, datang pula luka yang baru ~




Akhirnya.. gol tandukan kapten City, Kompany telah meleburkan harapan MU untuk menjarakkan mata. Bakal juara ditentukan melalui beza jaringan.

TT : MC dan Arsenal (sekali lagi) datang ke Malaysia. Tapi sayang... bulan puasa


Robin Van Persie (Arsenal) merangkul anugerah PFA - Player Of The Year yang sehingga kini menjaringkan 28 gol (Liga sahaja), manakala Kyle Walker (Tottenham), 21 tahun dinobatkan Young Player of the Year. 


TT : Senarai pemenang Anugerah Sukan Astro Arena di sini. Banyak dibolot & digondol oleh pemain bola.

5. Anugerah

Banyak anugerah telah dianjurkan sepanjang April 2012 dan yang paling ketara kemeriahannya sudah tentu
ABPBH 2011. Ada juga penganjuran ulung Anugerah Nasyeed.com (klik enri ini). Dan juga Anugerah Sukan Negara 2011.


Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan 2011 menjadi milik Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong yang naik pentas dan bergambar keseorangan. Datuk LCW tidak hadir atas masalah kesihatan, ada pihak yang kecil hati & melenting. Akhirnya Datuk LCW kalah pusingan Akhir Terbuka India

Pandalela, perenang dari Sarawak yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara individual 100 meter platform kepada negara semasa Sukan Sea ke-26 di Indonesia, November 2011.

Beliau juga meraih pingat perak dalam acara individual 100 meter pada Siri Pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA di Russia dan Sukan Universiti Dunia di Shenzen, China, pingat gangsa dalam acara individual 100 meter pada Siri Kedua Kejohanan Terjun Dunia FINA di Beijing, China dan pingat perak untuk acara 10 meter platform seirama di Sukan Universiti Dunia tahun lalu.

Selain itu, kejayaan buat pertama kali pasukan memanah kebangsaan memenangi pingat emas pertama di Asian Championship tahun lepas melayakkan pasukan itu merangkul Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2011. Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan pula menjadi milik pasukan renang berirama dengan hasil kejayaan mereka memungut emas pada sukan Sea ke-26, Indonesia.

TT : Astro juga menang anugerah Putra Awards.. dapat banyak saluran percuma (lebih 100) selama 10 hari. Dan ini dia senarai penuh keputusan Anugerah Seni Boh Cameron 2012. Klik sini. Tahniah Awie menang dua tahun berturut-turut kategori Pelakon Terbaik - Teater Muzikal.

6.  Bercerai - bergegar arasy Allah

Safee Sali - Sabrina Yusof

Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya. “Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka. “Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.

Rita- Aidil juga makin goyah. Sudah sampai ke kamar mahkamah kemelut rumahtangga mereka.


Terbaru, Sham Kamikaze dikatakan berkahwin dua pula. Kakak kepada Maulana AF9

Apa perkembangan Jimmy? Dengar cerita makin kerap berlakon dan sambung Master di UiTM. Yeah, move on Jimmy!

TT : Gadis melayu buat tarian tiang didenda RM 25. Ironinya.. lelaki pakai serban didenda RM 90!

7. Gempa bumi di Acheh





Dengan gegaran 8.9 pada skala Richter, Acheh sekali lagi dilanda gempa bumi.pada 11 April 2012.Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan Tsunami tidak berlaku. Malaysia terutamanya di pantai barat semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, KLCC pun terasa) merasai gegaran daripada gempa bumi tersebut. Amaran Tsunami di Malaysia juga telah ditarik balik.


TT: Gambar di AEON Seberang Prai, Pulau Pinang.

8. Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya


Upin & Ipin The Musical dipentaskan selama 23 hari. Kini masih lagi dipentaskan sehingga 7 Mei di Istana Budaya pada pukul 8.30 malam dan 3 petang. Upin & Ipin The Musical bermula dengan kisah Puteri Cinonit yang berasal dari dunia lain yang mana dia tidak pernah menikmati perasaan gembira. Apabila melihat dan bertanya kepada cermin sakti mengenai kegembiraan, Upin & Ipin telah menjadi jawapan kepada persoalan Puteri Cinonit itu. Nak tahu kisah lebih lanjut.. saksikan sendiri.


TT : Nanti masuk Astro Box Office tak? Lawak Ke Der ada masuk...  

9. RUU ganti ISA

Sumber 1, 2. Bagaimana pula dengan Akta Himpunan Aman 2011? Dan sempena hari pekerja 2012, PM umumkan gaji minimum RM900 sebulan untuk kakitangan swasta.


TT : Sekarang suka lagu comeback GX4- Kerana Kasihmu. Rupanya terdiri daripada boyband 90-an. Stok bapa orang masing-masing ~

10. Persaingan rancangan realiti


Mania versus Versus


Juara Pilih Kasih 3 - Reen Rahim. Juara PK1, Iqbal jadi pengacara JJCM je~



Manakala rancangan On Air berehat seketika katanya. Mei nanti ada balik. Pak Nil tak larat lah tu. Bagilah orang lain acarakan Maniam eh Mania!

TT: Lagi suka layan drama bersiri Projek Pop, saluran 8TV setiap Ahad.