Hebahan

Tuesday, May 1, 2012

CDC April 2012

Walaupun April bulan keempat, tetapi angka 3 banyak menjadi kata kunci berita-berita CDC kali ini. Tak percaya? Tengok Top 3 dahulu..

1. Ada 3 demonstrasi

Ya! Ada 3 demonstrasi yang saling berkait satu sama lain. Bukan soal siapa di pihak benar.. siapa yang salah. Siapa pencetus huru-hara, siapa yang memulakan provokasi, dan siapa dalang sebenar di sebalik penganjuran himpunan ini.

Mansuhkan PTPTN - Bersih 3.0 - Anti-Lynas 3.0

Laluan ke Dataran Merdeka melalui KLCC disekat oleh polis. Mereka melencong ke Jalan P.Ramlee


TT : Beberapa jam sebelum Bersih 3.0, nama ini menjadi trending di Twitter, Nayati Shamelin Moodliar. Dan dikhabarkan bahawa Presiden SPR ahli UMNO Ampang. Ah, macam gam...~

2.  Ada 3 nama mencetus kontroversi


Mendahului senarai, Zahida Rafik gara-gara dikatakan terlibat dengan skandal bersama orang kenamaan bertaraf Menteri. Semuanya terbocor gara-gara pemandu peribadinya buka mulut setelah pemandu terbabit didakwa songlap ribuan ringgit. Pecah segala lubang. 

TT : Lebih kurang macam skandal kondo "lembu". Nafi punya nafi.. akhirnya... kita telah lihat sendiri bagaimana kesudahannya.



Seterusnya nama pengacara Melodi, Dira Abu Zahar panas bergelegak gara-gara nak caras princess wannabe nak rebut gelaran Ratu Kasut Tumit Tinggi. Kes "pijak" di disko seperti artikel di atas akhirnya terjawab. Siap ada laporan polis lagi. Tak habis si Dira nak menjawab cerita itu, tak pasal-pasal dikaitkan pula dengan isul minum Clorox. So pathetic~ Dan.. adakah kutipan filem Chow Kit akan terjejas?



TT : Khabarnya Zizan dikejarkan ke hospital kerana masalah keradangan otot. Pulak? Seia sekata Schawal pulak kat Astro. Maka, siapa nak acarakan Melodi ni? Wrap up a.k.a bungkus kah? ~ :P


Dan akhir sekali, nama pelakon kegemaran Osman Ali, Mislina Mustafa juga meletup gara-gara "penampilan" yang luar biasa dan penyertaan dalam kempen #occupy Dataran bagi membantah PTPTN. Khabarnya Mislina sedang menyiapkan tesis pasal orang bergelandangan.. apa yang pelik sangat kan? She is a smart girl.. Budak TKC tu.


TT : Video debat Ambiga vs KJ amat klasik! Ada class~ Apa-apapun.. apabila perseteruan antara Zarina Anjulie & Lufya mahu diperbesarkan gara-gara imitasi... ianya amat memualkan :P

3. Ada 3 lelaki contoh

3 figura ini amat kontra dengan 3 nama di atas. Mereka juga terkenal, tidak terlepas daripada dihina/dicemuh, malah terkena tempias kontroversi yang bukan murahan, sehingga mampu mengangkat nama mereka kepada satu tahap yang membanggakan.

Aaron Aziz


Bapa kepada 3 cahaya mata ini menjadi trending. Apatah lagi setelah memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 2011. Watak seperti Seth, abang Long & Encik Hariz begitu melekat & dekat di hati peminat. Namanya sensasi, dicari gali sehingga isu nama sebenar dalam IC menjadi bahan pelaris akhbar. Bukan setakat itu sahaja, pasal "kuku" yang tak berapa bersih  kemas pun jadi bahan. Nasib badan~

Datuk Seri Tony Fernandez 


Beliau telah memenangi anugerah Masterclass Global CEO of the Year

Tan Sri Annuar Musa


Beliau telah digantung 30 bulan kerana melanggar etika FAM ketika mempersoalkan mutu & kualiti bola sepak Malaysia yang makin merudum. Bukan setakat itu sahaja, beberapa pemain Kelantan (skuad Piala Presiden dihukum kerana status meragukan). Tambah mengejutkan, tiada seorang pun pemain Kelantan disenaraikan Rajagobal untuk bertemu Sri Lanka.

TT : Sewaktu TSAM pegang Menteri Belia & Sukan, Malaysia menang Piala Thomas!

4. Bola Sepak

Ranking pasukan bola sepak Malaysia jatuh merudum. Lagi teruk daripada Bangladesh & Filipina gamaknya. Alasannya.. sebab kurang perlawanan antarabangsa. Nah.. belasah Sri Lanka 6-0.


TT : Piala Axiata - kejohanan Badminton. Garuda cakar Harimau

El-clssico;  Barca-Real

Barcelona jatuh ditimpa tangga. Gelaran juara La Liga terlepas kepada Real Madrid. Pulak tu kalah kepada Chelsea separuh akhir Champions League. Messi tak gol penalti lagi... dan ketinggalan beberapa gol di belakang Ronaldo selaku penjaring terbanyak.



MU-MC, dendam lama masih belum terlunas. Parut lama belum hilang, datang pula luka yang baru ~




Akhirnya.. gol tandukan kapten City, Kompany telah meleburkan harapan MU untuk menjarakkan mata. Bakal juara ditentukan melalui beza jaringan.

TT : MC dan Arsenal (sekali lagi) datang ke Malaysia. Tapi sayang... bulan puasa


Robin Van Persie (Arsenal) merangkul anugerah PFA - Player Of The Year yang sehingga kini menjaringkan 28 gol (Liga sahaja), manakala Kyle Walker (Tottenham), 21 tahun dinobatkan Young Player of the Year. 


TT : Senarai pemenang Anugerah Sukan Astro Arena di sini. Banyak dibolot & digondol oleh pemain bola.

5. Anugerah

Banyak anugerah telah dianjurkan sepanjang April 2012 dan yang paling ketara kemeriahannya sudah tentu
ABPBH 2011. Ada juga penganjuran ulung Anugerah Nasyeed.com (klik enri ini). Dan juga Anugerah Sukan Negara 2011.


Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan 2011 menjadi milik Datuk Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong yang naik pentas dan bergambar keseorangan. Datuk LCW tidak hadir atas masalah kesihatan, ada pihak yang kecil hati & melenting. Akhirnya Datuk LCW kalah pusingan Akhir Terbuka India

Pandalela, perenang dari Sarawak yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara individual 100 meter platform kepada negara semasa Sukan Sea ke-26 di Indonesia, November 2011.

Beliau juga meraih pingat perak dalam acara individual 100 meter pada Siri Pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA di Russia dan Sukan Universiti Dunia di Shenzen, China, pingat gangsa dalam acara individual 100 meter pada Siri Kedua Kejohanan Terjun Dunia FINA di Beijing, China dan pingat perak untuk acara 10 meter platform seirama di Sukan Universiti Dunia tahun lalu.

Selain itu, kejayaan buat pertama kali pasukan memanah kebangsaan memenangi pingat emas pertama di Asian Championship tahun lepas melayakkan pasukan itu merangkul Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2011. Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan pula menjadi milik pasukan renang berirama dengan hasil kejayaan mereka memungut emas pada sukan Sea ke-26, Indonesia.

TT : Astro juga menang anugerah Putra Awards.. dapat banyak saluran percuma (lebih 100) selama 10 hari. Dan ini dia senarai penuh keputusan Anugerah Seni Boh Cameron 2012. Klik sini. Tahniah Awie menang dua tahun berturut-turut kategori Pelakon Terbaik - Teater Muzikal.

6.  Bercerai - bergegar arasy Allah

Safee Sali - Sabrina Yusof

Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya. “Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka. “Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.

Rita- Aidil juga makin goyah. Sudah sampai ke kamar mahkamah kemelut rumahtangga mereka.


Terbaru, Sham Kamikaze dikatakan berkahwin dua pula. Kakak kepada Maulana AF9

Apa perkembangan Jimmy? Dengar cerita makin kerap berlakon dan sambung Master di UiTM. Yeah, move on Jimmy!

TT : Gadis melayu buat tarian tiang didenda RM 25. Ironinya.. lelaki pakai serban didenda RM 90!

7. Gempa bumi di Acheh





Dengan gegaran 8.9 pada skala Richter, Acheh sekali lagi dilanda gempa bumi.pada 11 April 2012.Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan berikutan Tsunami tidak berlaku. Malaysia terutamanya di pantai barat semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, KLCC pun terasa) merasai gegaran daripada gempa bumi tersebut. Amaran Tsunami di Malaysia juga telah ditarik balik.


TT: Gambar di AEON Seberang Prai, Pulau Pinang.

8. Upin & Ipin The Musical di Istana Budaya


Upin & Ipin The Musical dipentaskan selama 23 hari. Kini masih lagi dipentaskan sehingga 7 Mei di Istana Budaya pada pukul 8.30 malam dan 3 petang. Upin & Ipin The Musical bermula dengan kisah Puteri Cinonit yang berasal dari dunia lain yang mana dia tidak pernah menikmati perasaan gembira. Apabila melihat dan bertanya kepada cermin sakti mengenai kegembiraan, Upin & Ipin telah menjadi jawapan kepada persoalan Puteri Cinonit itu. Nak tahu kisah lebih lanjut.. saksikan sendiri.


TT : Nanti masuk Astro Box Office tak? Lawak Ke Der ada masuk...  

9. RUU ganti ISA

Sumber 1, 2. Bagaimana pula dengan Akta Himpunan Aman 2011? Dan sempena hari pekerja 2012, PM umumkan gaji minimum RM900 sebulan untuk kakitangan swasta.


TT : Sekarang suka lagu comeback GX4- Kerana Kasihmu. Rupanya terdiri daripada boyband 90-an. Stok bapa orang masing-masing ~

10. Persaingan rancangan realiti


Mania versus Versus


Juara Pilih Kasih 3 - Reen Rahim. Juara PK1, Iqbal jadi pengacara JJCM je~



Manakala rancangan On Air berehat seketika katanya. Mei nanti ada balik. Pak Nil tak larat lah tu. Bagilah orang lain acarakan Maniam eh Mania!

TT: Lagi suka layan drama bersiri Projek Pop, saluran 8TV setiap Ahad.

No comments:

Post a Comment