Hebahan

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0

1.0

Bersihkan minda
Fikir masak-masak
Jangan sampai hangus..
Rentung... terbakar...
Resah dalam sukar
Riak wajah kian pudar
Senyum tangis bertukar-tukar
Silih berganti tiada gamit
Suara bergetar..
Melaungkan kalimah tiada gentar
Hikmah besar
Itu bukan makar

2.0

Bersihkan hati
Jangan biar busuk
Sampai menusuk setiap pelusuk
Anggota lain pula menjadi tajuk
Puncanya daripada kepala
Minda tajdid telah dinoda
Dicerca.. dihina oleh para bajingan
Mata, kaki dan tangan
Menjadi saksi
Kala mulut terkunci
Suatu masa nanti
Akhirat yang pasti

3.0

Bersihkan diri
Sucikan diri
Sebelum diseru
Kembali ke pangkuan ilahi
Mati itu misteri
Tetapi pasti
Kala ajal menemui diri
Sesaat tidak lewat
Sesaat tidak cepat
Sepicing terlena
Mata terus tidak terbuka
Sampai bila-bila

TT : Mahu tunggu Bersih versi 3GS & 4S

 

No comments:

Post a Comment