Hebahan

Friday, January 7, 2011

BPL - First XI Muslim :)



Bola.. bola...bola. Bola lagi! Kali ni kita diskus dan kaji perkara yang agak khusus, yakni pemain bola Muslim. Samada Muslim keturunan, atau bertukar agama sebab perkahwinan atau mendapat hidayah. Tetapi, kita hanya fokus kepada BPL (Barclays Premier League) SAHAJA.

Kalau tukang tulis ini pengurus kelab BPL(tak kisah mana-mana), berikut merupakan kesebelasan utama :)



Penjaga Gol:


Ali Al-Habsi - Wigan (Oman), 30 tahun

 
Bek:


Bacary Sagna - Arsenal (France yang juga sepupu kepada Ibrahima Sonko), 28 tahun

Habib Kolo Toure - Manchester City (Ivory Coast), 30 tahun

Younes Kaboul - Tottenham (France), 25 tahun


Pemain Tengah:

Yaya Toure - Manchester City  (Ivory Coast), 28 tahun

Marouane Fellaini - Everton (Belgium), 24 tahun

Samir Nasri - Arsenal (France-keturunan Algeria), 24 tahun

 
Penyerang:

+
Robin van Persie - Arsenal (Belanda), 28 tahun

Salomon Kalou - Chelsea (Ivory Coast), 26 tahun

Marouane Chamakh - Arsenal, (Maghribi, lahir di Perancis), 26 tahun

Nicolas (Bilal) Anelka - Chelsea (France), 32 tahun


Anelka buat umrah?
Franck Ribery dan Halil Altintop juga~
Simpanan:


Asamoah Gyan - Sunderland (Ghana), 26 tahun


Ahmed Al-Muhammady - Sunderland (Egypt), 24 tahun


Leon Osman - Everton (England) 30 tahun
 

Ada lagi pemain BPL yang lain seperti Mohamed Diame -Wigan, 24 tahun, El-Hadji Diouf - Blackburn (Senegal), 30 tahun, Moustapha Salifou - Aston Villa (Togo), 28 tahun, Abdoulaye Faye - Stoke (Senegal), 33 tahun, Habib Beye - Aston Villa (Senegal), 34 tahun dan beberapa nama lagi.

Sejauh mana pegangan mereka terhadap Islam, samada gaya hidup, perkahwinan dan sebagainya tak mampu kita menilai dan melabel mereka. Biarkan malaikat jalankan tugas, dan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Adil mengadilinya. 

Sebenarnya banyak lagi pemain bola Muslim di dalam dan luar BPL. Contohnya, Freddy Kanoute, Franck Ribery, Mesut Ozil, Zinedine Zidane(dah bersara), Karim Benzema, Ahmed Mido Hossam dan ramai lagi. Ada pasangan adik beradik Yaya Toure, Kolo Toure. Hamit Altintop dan Halil Altintop(kembar rasanya).

Selain negara Afrika, Perancis merupakan negara Eropah yang mempunyai ramai pemain bola Muslim manakala kelab paling ramai pemain Muslim ialah kelab Arsenal. Kah?? Kolo Toure dulu pun bekas Arsenal.
Armand Traore pernah bermain bersama Arsenal dipinjamkan ke Juventus. Chelsea ada pemain muda, Nikki Ahamed, Manchester City juga ambil pemian muda bernama Abdisalam Ibrahim,.Kedua-duanya Muslim.

Sunday, January 2, 2011

CDC 2010

Ini dia rangkuman, Carta Darjah Celcius(CDC) bagi tahun 2010. 10 berita terhangat sepanjang tahun

1. Bola Sepak Malaysia


Sukan nombor 1 Malaysia? Ya. Kita bersatu bila bab bola ni. Tanpa fahaman politik, warna suku bangsa, kita 1 Malaysia merealisasikannya. Penyokong Malaysia pemain ke-12 di atas padang. Setelah menunjukkan tanda kebangkitan ketika memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA di Laos. Seterusnya layak pusingan kedua Sukan Asia, pernah menumpaskan skuad Korea Selatan. Dan kini, merangkul Piala Suzuki AFF.


Tukang tulis : 100% buatan Malaysia. Tabik spring~

2. Kelantan


Negeri ini memang hangat sepanjang 2010. Piala Malaysia Edisi ke-44 dibawa balik ke Kelantan, hadiah kepada Sultan baru, Sultan Muhammad ke-V. Dan ia juga boleh diangap sempena 20 tahun pemerintahan kerajaan PAS. Seterusnya dengan PRK Galas yang berpihak kepada BN. Tak cukup itu, Piala Emas Raja-Raja pun Kelantan sapu. Dan kerajaan negeri memperkenalkan dinar emas untuk dimiliki dan digunakan rakyat.



Tukang tulis : Negeri Che Siti Wan Kembang, tanah serendah, sekebun bunga ~

3. Pembunuhan Kejam Sosilawati


Usahawanita kosmetik ini telah menggemparkan 1 Malaysia menjelang Aidilfitri. Bermula dengan misteri kehilangannya dan seterusnya bertukar menajdi tragedi berdarah. Beliau telah dibunuh bersama 3 yang lain. Dan abu mayat mereka dibakar, dibuang ke dalam sungai.

Tukang tulis: Moga tiada lagi pembunuhan tragis sebegini

4. Skandal Ariel Peterpan-Luna Maya-Cut Tari

Inilah berita yang meranapkan impian, memusnahkan masa depan penyanyi dan komposer berbakat ini. Gara-gara tersebarnya video klip "aksi" bersama 2 wanita itu menyebabkan Ariel merengkok di dalam penjara. Dengar kata pendakwaan tidak dapat dilakukan, maka Ariel boleh dibebaskan. Kes masih berjalan hingga ke hari ini.


Tukang tulis: Ariel satu penjara dengan Imam Abu Bakar Bashir, yang dituduh pengganas

5. Wikileaks


Sebelum ini orang hanya tahu Wikipedia. tapi ini Wikileaks. Leaks maksudnya bocor. Banyak maklumat dan rahsia sulit negara mahupun individu berpengaruh telah didedahkan. Umpama surat beracun. Negara dan individu yang terbabit secara tidak langsung semakin hur-hara dibuatnya.

Tukang tulis : Kalau kita tahu "rahsia" hari kematian kita...?




6. Piala Dunia Afrika 2010


Boleh dikatakan salah satu penganjuran terbaik. Afrika Selatan telah memperkenalkan vuvuzela, bola jabulani dan juga personaliti psikik, milik paul, sotong kurita. sepanyol akhirnya merangkul juara setelah mengatasi Belanda sekaligus mengukuhkan cengkaman mereka di persada bola sepak Eropah.

Tukang tulis : Tahun 2018, Russia pulak tuan rumah. 2022, Qatar!

7. Fenomena Adamaya


Jika tahun lepas, fenomena Nur Kasih. Kini giliran Adamaya. Lisa Surihani semakin mendapat tempat. Adik Mia Sara juga semakin terkenal. Mungkin jalan ceritanya yang persis cerita Korea (adaptasi filem I'm Not Single), di samping kekacakan heronya, Adam lakonan Sein membuatkan ramai terpaut dan melekat di kaca TV. Sein juga kembali bujang, setelah berpisah dengan isterinya, Nana.

Tukang Tulis : Al-fatihah kepada arwah Faizal Yusop (Dani)

8.Tan Sri Zeti Akhtar Aziz


Beliau dipilih antara ketua bank pusat terbaik dunia 2010. Kejayaan Zeti yang dipilih sebagai antara tujuh ketua bank pusat terbaik dunia oleh majalah kewangan dunia, Global Finance. Beliau juga menerima Tokoh Maal Hijrah 1432

Tukang tulis : Nak tahu perkembangan dinar emas di Kelantan. Dengarnya menguntungkan. Tun Dr M siap puji lagi siapa yang simpan emas.

9. Sinar FM radio nombor satu Malaysia 2010


Tiada syak. Tiada ragu lagi. Inilah dia radio nombor 1 di Malaysia sepanjang tahun 2010. I follow~ 


Tukang tulis : Cukup-cukuplah pasang lagu dari seberang tu. Klise~

10. Imam Muda


Inilah rancangan realiti paling berkualiti sepanjang tahun 2010. Lahir ikon baru yang mengubah dimensi dan persepsi terhadap tugas seorang imam!

Tukang tulis : Dengar kata, Kursus Kahwin akan datang khabarnya ala-ala kem ibadah. Misi mencari imam... kemudi rumahtangga.

WAJAH DUA RIBU SEPULUH

Ini dia Wajah 2010 yang berjaya menghiasi dada akhbar. Sebelum ni, sebelah mata pun orang tak pandang mereka. Namun, tiba-tiba saja nama-nama ini meledak. Isunya macam-macam. Ada sebab kontroversi, ada sebab pencapaian, ada sebab berbakat, ada yang sudah meninggal baru orang kenal. Kebanyakannya orang tak kenal pun nama-nama ini. Alih-alih tahun tahun 2010 nama ini meletup. Kita recap Wajah 2009 di sini. Dan... terimalah Wajah 2010~


1. Maher Zain


  • Lagu nasyid berentak "arabic R&B"
  • Lagu-lagu terkandung di dalam album Thank You Allah menjadi fenomena seluruh dunia
  • Pernah datang ke Malaysia

2. Mia Sara Nasuha

  • Fenomena Adamaya memperkenalkan adik Mia
  • Sebelum ini pernah membintangi iklan Softlan
  • Comel dan petah berkata-kata

 3. Muhammad Asyraf Ridzuan, Imam Muda


  • Juara Imam Muda musim pertama
  • Mengendalikan rancangan sendiri, Tanya Asyraf
  • Program Imam Muda juga mencetuskan fenomena

4. Sultan Muhammad V

 
  • Gelaran kepada Tengku Faris Petra, Sultan Kelantan yang baru
  • Berjiwa rakyat dan menghormati Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan 

5. Khairul Fahmi Che Mat

  • Anak jati Kelantan, terkenal dengan nama timangan "Apek"
  • Penjaga gol muda Kelantan dan Malaysia yang telah merangkul 2 anugerah dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 100Plus-FAM iaitu pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik.
  • Nama naik mendadak selepas menyelamatkan sepakan penalti Firman ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia-Indonesia

6. Paul the Octopus


  • Sotong psikik yang berjaya meramal keputusan melibatkan perlawanan Jerman
  • Terkenal sepanjang Piala Dunia 2010
  • Telah mati

7. Lisa Surihani

  • Ratu filem alaf baru (V3, Lagenda Budak Setan, Zoo, Kapoww!, Semerah Cinta Stiletto dll)
  • Berderet-deret filem di pawagam dan semuanya mendapat kutipan box office kecuali Kapoow!
  • Telah dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di FFM baru-baru ini & 1 juta orang sudah like di FB

8. Shaheizy Sam

  • Awal 2010, Adnan Sempit pecah rekod kutipan tertinggi, akhir 2010, Ngangkung pecah rekod Adnan Sempit
  • Menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Evolusi KL drift 2
  • Bakal bergandingan dengn Lisa dan adik Mia dalam filem Sekali Lagi



9. Julian Assenger

  • Pengasas Wikileaks
  • Wikileaks umpama surat beracun yag menjadi "punca pecah lubang"

10. Sosilawaty


  • Pembunuhan tragis
  • Telah dibunuh dan dibakar bersama 3 mangsa lain
  • Kes masih berjalan di mahkamah

11. Mark Zukerberg

  • Pengasas Facebook
  • Majalah  Time menobatkan Zukerberg sebagai Person of The Year
  • Memberi inspirasi kepada filem The Social Network

12. Norshahrul Idlan Talaha

  • Mendapat Anugerah Pemain Paling Berilai 2010 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 100Plus-FAM termasuk Anugerah Penyerang Terbaik.
  • Membantu Kelantan merangkul Piala Malaysia dan Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF
  • Baru saja mendirikan rumahtangga namun menyahut seruan mewakili Malaysia

13. Zaid Ibrahim


  • Bekas Menteri lalu menyertai PKR dan bertanding di PRK Parlimen Hulu Selangor dan kalah
  •  Mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR namun menarik diri, lepaskan semua jawatan dan keluar parti
  • Presiden KITA, parti baru

14. Mizz Nina

  • Berduet dengan artis antarabangsa, Colbie O'donnis 
  • Terpalit kontroversi sebab imej, lirik lagu "nakal" dan menyertai persembahan yang ditaja jenama arak
  • AnakTan Sri Azman Hasyim,pengerusi AM BANK dan bertunang dengan vokalis Hujan, Noh Saleh

15. Aminulrasyid

  • Menjadi isu sebab maut ditembak polis sebab disyaki penjenayah
  • Berusia 16 tahun dan sedang memandu dengan laju menimbulkan curiga pihak polis
  • Kes masih berjalan di mahkamah

16. Dr Rozmey
  • Penerbit 2 Alam
  • Kutipan RM 40 juta menjadi sasaran
  • Namun akhirnya, gagal

17. Kate Middleton

  • Tunang kepada Putera Williams
  • Bakal bernikah tahun ini
  • Akan dikait dan dibandingkan dengan mendiang Puteri Diana

18. Justin Bieber


  • Meletup dengan single Baby
  • Bakatnya dikesan Usher
  • Menjadi kegilaan anak-anak remaja bersekolah

19. Cik Puan Elia Suhana Ahmad


  • Mendakwa dirinya sebagai isteri kedua bekas sultan Kelantan
  • Dikatakan telah diceraikan dan dinafikan haknya bertemu suami yang gering
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telahpun mengesahkan perkahwinan mereka pada 31 Disember 2007



20. Shahir 

  • Juara AF8
  • Bekas ahli kumpulan Saujana
  • Kontroversi 'hilangkan diri', gagal dihubungi menjelang AJL


21. Zulkifli Nordin




22. Arwah Din Beramboi

  • Arwah Din kali pertama tercalon sebagai finalis ABP
  • Namun ajalnya tiba setelah dijangkiti denggi berdarah
  • Mengheret nama adik Rafiqin Darwih yang mencarut dan mengutuk kematian beliau

23. Ana Raffali
  • Nama penuh Ana Nur Hidayah Mohd Raffali
  • Identiti berbaju kurung
  • Terkenal selepas single ke-2 Tolong Ingatkan Aku serta lagu terkini, Kalau Berpacaran, duet bersama Shohaimi Meor Hassan dan Altimet
24. Raja Azmi


  • Penerbit "....(anu) Dalam Botol"
  • Terbabit dengan kontroversi Roslin Hashim dan pernah ditahan polis
  • Bakal menerbitkan filem baru, "Anak Ikan" pula

25. Shah Jaszle

  • Jolokan Abang Asmara kerana watak Asmara memperkenalkan dirinya
  • Pernah berlakon drama seperti Bionik, Tari Tirana namun kurang menyerlah
  • Gossip bersama pelakon Maria Farida menghangatkan namanya