Hebahan

Wednesday, September 1, 2010

HANGAT Ogos 2010~

Berikut 10 berita ringkas paling hangat melanda Ogos 2010 mengikut darjah kehangatan. Ringkas ke??

1. JUARA AL-QURAN


Juara Akademi Al-Quran 4 - Ahmad Tarmizi Ali, 25 (Terengganu)


Juara Tilawah Al-quran Antarabangsa 2010 -

Qari : Hani Abdel Aziz Ahmad (Mesir)
Qariah : Samia Khanan (Pakistan)

Tukang tulis harap : Al-quran bukan sekadar dilagukan..tetapi difahami, dihayati dan diamalkan.

2. Malaysia menuju ke alam jahiliah?? Isu buang bayi.. simbah asid.. sembelih anak dan macam-macam lagi perkara yang tak masuk akal.
Sampai satu tahap, Menteri Pembangunan Wanita, mengusulkan hukum bunuh kepada sesiapa yang mahu buang bayi. Buang bayi sebab apa?? Sebab anak luar nikah lah tu. Kerajaan negeri Melaka pula nak wujudkan sekolah Bahagia, khas untuk remaja perempuan hamil agar berpeluang ke sekolah. Siap nak benarkan kahwin bawah umur lagi.

Tukang Tulis gusar : Gara-gara nak elakkan diri daripada digantung, mungkin ada yang sanggup gugurkan bayi pula. PENZINAAN itu yang WAJIB dicegah dari awal
3. Kelantan - Isu dinar emas- Tak dapat kerjasama BNM.

Pada 14 Ogos 2010, Menteri Besar Kelantan , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Kelantan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak sebagai mata wang syariah emas dinar dan perak dirham. Harapannya agar semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri menggunakan dinar emas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan dinar emas Kelantan melanggar peraturan Bank Negara Malaysia jika dijadikan mata wang . Bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri berbeza. 1,000 peniaga di Kota Bharu dilaporkan akan menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. 'Mata wang' ini dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa menyangkal dinar emas adalah mata wang . Ia hanyalah sebahagian daripada sistem barter iaitu sistem pertukaran barang yang lebih Islamik.Sistem mata wang konvensional tidak Islamik kerana mudah dimanipulasi dan terjebak dengan riba.

Tukang tulis cuit : Lepas ni ada dengar ura-ura Blackberry diharamkan pula. Ikut jejak langkah sesetengah negara sebab isu privasi & keselamatan negara.

4. Raja & ratu kontroversi milik 2R. Raja Azmi & Dr. Romzey dengan kisah yang tersendiri.



Tukang tulis seloroh : Seorang lagi 'diva kontroversi' Azwan Ali sudah melancarkan buku tulisan beliau, Selamat Jalan Dunia Pondan! Siap ada single lagi ciptaan Hafiz Hamidun.

5. Juara Community Shield@ Perisai Komuniti menandakan Barclay Premier League(BPL) sudah bermula.

Pasukan Manchester United memenangi perisai Komuniti setelah menumpaskan Chelsea. Manakala Selangor menang Liga Super 2010

 
Tukang tulis sedar : Arsenal tak pernah menang Community Shield hatta sekalipun

6. Malaysia Merdeka selama 53 tahun. Lebih barakah lagi ketika menjelang fasa ketiga Ramadhan. Moga kita bebas daripada neraka.

Tukang tulis resah : Sudah 53 tahun Merdeka TETAPI isu rasis terus melanda. Contohnya isu sebut nama KM Penang dalam khutbah Jumaat, isu Namewee, isu ahli Parlimen bukan Islam beri "tazkirah", ada surau disimbah cat & dilempar botol arak. Apa nak jadi? Inilah 1Malaysia ~ menjana transformasi.

7. Malaysia juga telah diletakkan oleh majalah Newsweek, nombor ke-37 senarai negara yang stabil dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan beberapa kriterea lagi. Persoalannya kenapa bandingkan dengan negara ASEAN lain (tetapi nama Singapura tak disebut??) TEET~

Manakala 'carta' hak harta intelek, Malaysia mendapat markah 5.8 daripada 10 bagi isu barangan tiruan atau cetak rompak. Markah bagi negara lain, Jepun(2.1), Korea Selatan (4.1), Thailand(6.17), China(7.9), Vietnam(8.5), Indonesia(8.5). Lagi banyak markah, maknanya negara tu "lubuk plagiat" kot. Haha 

Tukang tulis sedih : Nak ucapkan selamat tinggal VADS, anak syarikat TM yang menang banyak anugerah dan diiktiraf pusat panggilan pelanggan bertaraf dunia. Kenapa? Tunggu~

8. Electric Train Service (ETS) memudahkan perjalanan KL-Ipoh. Lebih mudah(harga promosi RM30),dan cepat (lebih kurang 2 jam). Ke Seremban pun boleh. Siap ada pramugari lagi.

Tukang tulis menanti : KLIA2 menjelang 2012! 

9. Mohd Farhan Izharruddin (Faan) dinobat sebagai juara Keynote musim pertama. Rancangan realiti ini mencungkil bakat komposer pelapis.
 
 
Tukang tulis kagum : Suka lagu Opahku Bilang ciptaan trio Faan-Nomad-Keroz dendangan Zainal Abidin 

10. Jika tadi ada komposer berpotensi di masa hadapan. Kali ini kita ada pemandu muda berbakat besar. Lotus F1 telah ada pemandu baru - Nabil Jeffri pemandu go-kart yang pernah diumum Ikon 1Belia 1Malaysia, nakal menjadi pemandu yang bakal menyinar di masa akan datang.
 
 
Tukang tulis risau : Siapa bakal pelapis Skuad Piala Thomas. Takkan harapkan orang yang sama kan? Skuad sepak takraw negara pun sudah kalah dengan negara Korea Selatan ya!

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA!!

Alhamdulillah.. sudah 53 tahun Malaysia Merdeka. Syukur Alhamdulillah, sudah masuk fasa Ramadhan ketiga iaitu, jaminan BEBAS daripada api neraka. Ini iklan Petronas sempena Merdeka. Bukan sempena Aidilfitri ya.

Setelah pemergian arwah Yasmin Ahmad, iklan ini hasil sentuhan pengarah Osman Ali. Muhsin @ Syafie Naswip teraju utama iklan ini. Memang berkisar kisah 1Malaysia, tema yang tak boleh dielakkan lagi. Haha.

Apa-apa pun, ada juga pengajaran selain isu 1Malaysia. Contohnya isu plagiat, sikap tipikal Melayu suka berdengki, serta isu kemaafan. Hapuskan prasangka~

p/s: Lakonan terbaik?? Ayah Farid. Huhu~


Bukit Broga ~




 

Bukit Broga daerah Semenyih
Menuju ke sana melalui Kajang
Sudah adat orang berkasih
Dilamun rindu terbayang-bayang



Hajat di hati menawan Kinabalu
Cuba dulu, memanjat Broga
Di sana terkenang di sini merindu
Cinta kujulang tidak terhingga




Puncak Broga menjadi saksi
Kala terbit mentari pagi
Pabila isteri tiada di sisi
Ibarat ayam patuk tak jadi



Jauh sudah diri kelana
Menanti esok siapa yang punya
Cekalkan hati usah gulana
Dalam pahit, terasa manisnya





p/s : TQ Zuhair & Halim kerana memperkenalkan Broga sebelum Ramadhan  :)

Pusing-pusing

Jalan-jalan cari makan? Isy.. ini bulan Ramadhan. Mungkin kena tunggu waktu berbuka baru sesuai. Pusing-pusing cari kerja? Aku pun sudah ada kerja. Ini koleksi gambar yang pernah dirakam suatu ketika dulu. Waktu mengira jumlah lampu isyarat sepanjang jalan raya(atau istilah yang lebih mudah, menganggur :)

Ada yang sempat di"snap" sebab cantik.. abstrak.. kelakar.. dan macam-macam sebab lagi. Ada 1000 kisah yang takkan habis diceritaka. Nah, hasil mata aku yang sparrow~ 











                                                   

                                           

TOLONG TUTUP PAIP. NANTI BANJIR NAK KENCING KENA BERENANG PLAK!
                                            












                                          




BAB NI TAK BERANI NAK KOMEN LEBIH-LEBIH



ORANG LELAKI PUN SAMA! HATI-HATI BAB NI :)

Monday, August 16, 2010

Carta Menjadi : Edisi Khas Ramadhan~

Ya! Ini edisi khas sempena kedatangan Ramadhan. Terimalah 15 seleksi lagu  bertemakan Ramadhan, ketuhanan dan keinsafan. Persoalannya, kenapa artis dari Malaysia tak ramai tersenarai di sini? Nampak gayanya penyanyi Malaysia lebih menumpukan lagu hari Raya.. bukan fokus pada Ramadhan sangat. Bukan sampai tahap takde langsung tapi boleh bilang dengan jari bilangannya. Contoh, album Tahajud Cinta - Dato' CT.. satu je contoh? Ada lagi.. artis nasyid memang banyak buat lagu pasal Ramadhan. Tapi apa yang pelik sangat kan?


Berbeza dengan artis Indonesia.. walau rock macam mana sekalipun..walau pakai subang, rambut karat sekalipun, mereka tetap ada album khas sempena Ramadhan atau lebih tepat lagi album relegi. Macam satu fenomena pula. Mula-mula sekali kumpulan Gigi. Lepas tu kumpulan Ungu, terus meletup-letup dengan lagu Andaiku Tahu, Syurga-Mu dll. Mereka konsisten menghasilkan album relegi. Kumpulan radja pun ada lagu khas sempena Ramadhan. Bunyi macam memuji ke langit artis seberang.. padahal bukan nak memuji sangat sedangkan itulah hakikatnya.

Apa-apa pun .. layan saja 15 lagu ini sempena Ramadhan~




Amer Munawer Yusoff (ex- Ruffedge) - Seluruh Mahabbah (Ya Rasulallah)
Azfar - Akan Kujumpa
Seventeen - Ramadhan Yang Indah
Rabbani - Hikmah Ramahan
Ungu - Sembah Sujudku
Gigi - Lailatul Qadar
Dato' Sheila Majid - Kumohon
Nada Murni - Amalan di Bulan Ramadhan
Tompi - Ramadhan Datang
Man Bai feat. Raihan - Harapan Ramadhan
Debu - Insya Allah
Acha feat. Irwansyah - Aku Bersujud
Radja - 1000 bulan
Opick - Ramadhan Tiba
OAG - Insya Allah

HALAL~

Kehangatan di bulan Ramadhan... Mula-mula sekali, istilah Bufet Ramadhan! Istilahnya jadi kontroversi. Nampak saja perkataan Ramadhan, terus assume halal, walaupun kesahihannya belum terjawab lagi. Tapi kena hati-hati, ketika memilih juadah berbuka puasa. Ingat logo ini ya!


Berikut merupakan antara hotel di sekitar Lembah Klang yang disenaraikan JAKIM mendapat status HALAL :

Ancasa Hotel,KL
Brisdale International Hotel Sdn Bhd
Crystal Crown HotelSdn Bhd
Dynasty Hotel, KL
Citrus Hotel, KL
Grand Season Hotel, KL
Pan Pacific, KLIA
KLI Hotel Management Sdn Bhd
Hotel Putra (Lotus Nation Sdn Bhd)
Makana Catering
Hotel Legend
Hotel Midah, KL
Ming Court Hotel(Corus Hotel), KL
PG Hotel Sdn Bhd
Puteri Park Hotel
PNB Darby Park Executive Suites Hotel, KL
Quality Hotel City Centre
Hotel Residence, UNITEN
Seri Pacific, KL
Hotel Maluri
The Plaza Hotel, KL
Tradewinds Hotels & Resorts Sdn Bhd
Hotel Hilton, PJ
Cyberview Lodge Sdn Bhd
Hotel Empress, Sepang
Hotel Impian, Morib
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
Hotel De Palma (S.Alam, Ampang, Sepang, Kuala Selangor)


Ni yang tersenarai lah.. Untuk lebih lanjut mungkin boleh Google sendiri, mana tahu ada yang versi terkini kan? Bukan nak cakap apa. Aku bukannya mampu nak buka puasa kat hotel tu. Tapi terfikir juga, pernah juga menginap, bermalam dan makan di hotel. Dan sudah tentu pernah makan di sana.

Jadi darah daging kita beb. Emm..sebab tu mungkin agaknya hati kita keras. Sukar dilembutkan walaupun dilamar hidayah. Niat nak berubah ke arah yang lebih baik sentiasa ada tapi ada saja halangannya. Kan? Maka, jalan selamat, masaklah sendiri di dapur rumah...isteri yang masak bagi mereka yang beristeri :) Apatah lagi masakan ibu sendiri.. lagi berselera kan?

Syurgamu Ramadhan ~




Video klip di atas merupakan lagu tema ataupun runut bunyi ataupun istilah Inggerisnya Original Soundtrack bagi drama Antara Garisan (lakonan hebat Noorkhiriah, Sharifah Amani dll), terbitan Radius One, yang sebelum ini menghasilkan drama-drama menarik seperti Seputih Qaseh Ramadhan, Emil Emilda, Sindarela, Rona Roni Makaroni, Sutun, Sutun 2, Kerana Cintaku Saerah, Merah Puteh, Tari Tirana dan banyak lagi.

Kini, drama terbaru berjudul Syurgamu Ramadhan menghiasi slot Samarinda sempena Ramadhan Al-Mubarak. Dan lagu Azfar bertajuk Akan Kujumpa sekali lagi dipilih menjadi lagu tema. Sedap lagu ciptaan sepenuhnya Isma Yusof ni. Drama ini dibintangi oleh lakonan hebat Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Aziz, muka wajib Radius One, Noryati aka Makcik Mary@ Bella dll. Kisah dendam dan kemaafan antara ibu dan anak. Lebih lanjut?? Google saja untuk sinopsis lengkap~