Hebahan

Wednesday, December 31, 2014

WAJAH 2014

Ini adalah pilihan Tukang Tulis semata-mata. Selaku pemerhati lembar 2014, setelah 365 hari berlalu, senarai nama/objek/peristiwa/tempat berikut terpilih berpandukan darjah populariti. Ada yang popular dari sudut positif, dan ada juga yang glamor dengan perkara negatif & menjengkelkan. Namun, sepanjang tahun 2014, perkataan trending memang kena dan tepat memandangkan mereka amat sendu tahun-tahun sebelumnya. Like who?

Yang tersenarai dalam Wajah 2014 tidak semestinya bersifat individu, kerana mungkin kartun, tempat, buku, aplikasi, peranti atau apa saja ikon boleh tersenarai. Ia boleh dikategorikan sebagai jelmaan ataupun wajah yang terpapar dalam entiti yang berbeza asalkan ianya mencipta fenomena tersendiri sejurus kewujudannya. Tak faham? Ayuh kita lihat saja wajah-wajah yang tersenarai pada tahun ini

(1) Pesawat terbang tunduk : MH370, MH17 & QZ8501








 
  • Tahun malang buat syarikat penerbangan negara, MAS & AirAsia
  • Sebelum kisah tragedik itu bermula, kedua-dua syarikat penerbangan dilihat bersaing antara satu sama lain. Saling sindir-menyindir melalui iklan. Antaranya isu nasi lemak "telanjang" yang didakwa oleh Chef Wan
  • MH370 dari Malaysia ke China hilang tanpa jejak. Tiada dalam radar, dipercayai kali terakhir dikesan di Laut Hindi
  • Mereka yang #mudahterhibur pasti ingat kehadiran Bomoh Negara dengan buah kelapa
  • MH17 dari Belanda ke Malaysia rebah ditembak pengganas di sempadan Russia-Ukraine
  • QZ8501 dari Indonesia ke Singapura terhempas di laut. Biarpun AirAsia Indonesia, namun jenama AirAsia tetap di bawah milik warga Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes
  • Helikopter yang mahu tolong mangsa banjir boleh terhempas. Cumanya tiada kecederaan.







    (2) #pray4... - ekoran bencana / Musibah/ Ujian / Mala petaka

    • Tahun 2014, begitu banyak bencana yang menimpa negara
    • Antaranya, kemarau di awal tahun sehingga menimbulkan masalah air yang tidak mencukupi terutama sekali di negeri Selangor
    • Di akhir tahun, banjir besar menimpa beberapa negeri di Malaysia. Kelantan antara negeri yang paling teruk terjejas ekoran banjir
    • Dalam waktu yang sama, kawasan tanah tinggi, Cameron Highland pun boleh banjir di samping kejadian tanah runtuh. Ironi sekali bila PATI pula dipersalahkan
    • Kejadian aneh, yakni puting beliung yang melanda beberapa kawasan di Pendang, Kedah dan juga Sabak Bernam, Selangor
    • Selain #pray4pantaitimur dan yang berkaitan dengan banjir, #pray4egypt #pray4palestine & #pray4sabah , #freePalestine turut trending tahun ini
    • Di Sabah, beberapa kawasan berhampiran sempadan diceroboh "lanun" Sulu. Konstabel Zakia Aleip antara yang masih ditahan sehingga kini











    Dan pemenangnya semestinya hero tidak berdendang yang muncul dan menggerunkan musuh yakni, Briged Al-Qassam. Al-Qassam Brigade atau Briged Al-Qassam merupakan barisan pejuang bergelar Komando Qassam atau Briged Ezzedeen Al-Qassam yang amat digeruni oleh tentera rejim Zionis. Nama Al-Qassam diambil sempena nama pejuang Sheikh Izzuddin al-Qassam yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

    Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggungjawab mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh Zionis Laknatullah.

    Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam hanya memiliki keanggotaan seramai 30,000 orang. Seteru mereka pula, tentera rejim Zionis Israel dikhabarkan mempunyai seramai 720,000 orang anggota. Israel juga memiliki keupayaan ketenteraan terhebat di dunia dengan teknologi peperangan yang tercanggih pada masakini, ditambah lagi dengan dokongan sekutu-sekutunya terutama sekali Amerika Syarikat. Menilai dari segi kekuatan kedua-dua pihak, sememangnya berbeza ibarat langit dan bumi. Namun dengan bilangan tentera yang jauh lebih sedikit, Briged Al-Qassam telah berhasil memberikan satu tamparan hebat kepada rejim Zionis Israel.






    (3) Anak-anak kita ;

    Adik Balqis - aktres hebat dalam ciptaan



    • Nama penuhnya Puteri Balqis Azizi
    • Berusia 7 tahun dan mencatat sejarah berjaya menjadi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin melalui drama arahan Erma Fatima, Balqis
    • Aktres cilik ini berjaya mengharumkan nama negara setelah memenangi Aktres Terbaik ASEAN Television Awards juga melalui drama Balqis mengalahkan pelakon dewasa
    • Digossip bermasam muka dengan Mia Sara (haiyo..kesian lah budak-budak pun kena gossip)
    Famous baby - Arjuna Beta, Lara Alana, Aisyah Dhia Rana & Opi Atita Haris


     






    • Arjuna Beta merupakan judul lagu yang dinyanyikan ibu angkat kepada Arjuna Bakti Fitri, yakni Fynn Jamal. Lagu yang menyentuh hati semua ibu yang tidak terhingga kasih sayangnya.
    • Fynn Jamal atau nama manjanya, Kokping terkenal di alam maya kerana mengangkat isu rakyat marhaen. Yang bagus, peminat #visitMyIG boleh ambil pakej Kokping Borak Produk yang lebih murah daripada Raisyyah Rania Yeap.
    • Kokping seorang yang vokal. Antaranya lantang memperjuangkan isu anak terbuang (tidak berbapa). Kelantangan Kokping yang tanpa segan silu mengakui Juna anak tidak sah taraf turut dipertikai.
    • Tambahan pula Juna ada masalah jantung, dan Kokping back up suaminya Tri yang merokok depan Juna
    • Fynn Jamal telahpun memenangi Artis Baru Wanita Terbaik APM2014, telah beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-muzik dan dijangka mudah menembusi Top 5 Artis Baru Wanita Popular ABP.



    • Lara Alana anak kepada pasangan Scha-Wal mempunyai pengikut/follower di Instagram melebihi 100K dalam masa sehari! Eh, motif parent di buat page? Ops!
    • Aisyah Dhia Rana anak mix Che Ta-Zain Saidin. Mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan ayahnya.
    • Opi pula sepupu kepada Juna Kokping.
    • Opi merupakan anak kepada Atita Haris, biras kepada Kokping
    • Atita Haris yang memilih berkahwin awal, seterusnya menjadi ibu muda, dalam masa yang sama bergelar model sering merakam aksi dan keletah Opi yang super-duper cute
    • Sampai satu tahap, di IG Atita Haris pengikut hanya mahukan berita Opi walaupun... (hmm..sila habiskan sendiri)



    

    (4) Kontroversi - Hanez Suraya, Awie, Sharnaaz, Kiki & Irfan Ghani





    • Hanez Suraya sudah lama bergelar pelakon
    • Drama pertamanya bersama Fazura berjudul Exora tahun 2008
    • Awal tahun dikatakan bermasam muka dengan Fazura isu "meniru posing"
    • Namun isu yang lebih hangat sehingga menjahanamkan kareer sendiri lantaran nak rebut suami orang. Lepas tu minta isteri kekasihnya, Liyana Manan minta maaf kepadanya
    • Sudahnya Hanez di banned peminat sampai stesen TV terpaksa senarai hitamkan namanya dan Liyana Manan dapat sokongan ramai siap ada page Kami Menyokong Liyana Manan di FB
    • Turut membantu populariti Hanie Soraya melalui lagu Hujung Dunia 
    • Khabarnya telah berpisah dengan Romi Razin yang memiliki kereta mewah
    • Rasanya, kalau Hanez bertudung litup, masyarkat yang banned dia tu boleh terima tak?


    • Awie dan Sharnaaz terlibat dengan kes gaduh pada tahun ini
    • Walaupun Sharnaaz pernah suarakan hasrat untuk bersara, namun hasil pujukan penerbit/pengarah, lakonan Sharnaaz tetap dapat ditonton kerana berjaya menghidupkan watak. Antaranya watak Jebat dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Tapi kurang sesuai jadi lelaki lembut dalam Suamiku Encik Sotong.
    • Sharnaaz terlibat dengan pergeseran dengan pasangan Lisda-Fauzi. Sharnaaz dikatakan telah menyerang Lisda yang sarat mengandung. Hal ini mengheret Fauzi Nawawi sama ke kancah pergaduhn yang langsung tak menguntungkan. 
    • Sharnaaz siap buat ujian imbasan MRI (sahut seruan Poji) untuk buktikan masih waras. Namun kemelut telah berakhir secara damai & gentleman.
    • Sharnaaz turut vokal melalui media sosial, antaranya lantang mengkritik Azwan Ali juga isu "menghina P.Ramlee"
    • Awie pula kisah membelasah bekas isterinya, Rozana di samping tegas mempertahankan hak menjaga anak 
    • Awie turut terseret kontroversi bercinta semula dengan Erra Fazira, bekas kekasih lama beliau
    • Awie juga muncul dalam teater Supermokh Sebuah Musical Restaging



    •  #CDM25 nombor plat kereta Peugeot 208
    • Pemiliknya Kiki Kamaruddin yang katanya beli secara cash kereta tersebut 
    • Suatu hari di bulan Ramadhan, Uncle Sim terlanggar lalu Kiki mengamuk siap bawa stereng lock
    • Tanpa disedari ada orang rakam video dan disebarkan lalu viral  
    • Hebatnya keyboard warrior sampai boleh hendap ke rumah Kiki dan tangkap gambar
    • Kiki telah pun minta maaf dan didenda kerja amal
    • Telah sertai PERKASA yang tolong bayar denda


     
    • Mohd Irfan Abdul Ghani pula pemain pertahanan T-Team berumur 25 tahun
    • Menjadi saksi peristiwa terowong di Larkin antara JDT & T-Team
    • Angkat sumpah depan Al-Quran menafikan insiden tumbuk dalam terowong
    • Kemudian mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak
    • Alih-alih didaftar sebagai pemain JDT II


    (5) Troll pages - zaman wira papan kekunci ni, atau istilah glamornya keyboard warrior telah melahirkan page di Fb yang suka membahan. Antaranya  Sukanstar, Amran Fans & Sultan Melaka Fans. Kita tertanya-tanya siapakah admin nya? Rajin edit gambar, troll orang tak kira siapa

    Sukanstar


     
    • Asalnya page sukan terutama sekali mengulas sukan no. 1 Malaysia, bola sepak
    • Namun kini tak kira topik apa, kerja mereka membahan dan buat troll sahaja
    • Tag line nya mudah berita sukan yang diulas dengan kaki
    • Asalnya suka membahan JDT dan pasukan elit Liga Inggeris
    • Kalau tak mampu bersorak ketika pasukan anda dibangangkan, jangan bersorak ketika pasukan lain dibangangkan #AktaSukanStar
    • Gua pon kena troll beb! Sebab menang Futsal VAD baru-baru ni. Hmm~
    

    Amran Fans




    • Amran ni dulu Amran PEKIDA tapi akaun sudah dihack lalu kena troll~
    • Amran Fans begitu obses dengan Keknis (Hanis Zalikha) 
    • Bertanggungjawab mempopularkan perkataan Ale Uto 
    

    Sultan Melaka Fans




    • Tujuannya men"troll" Raja Noorjan Shah
    • Semuanya gara-gara Raja Noorjan Shah mendakwa dirinya pewaris Sultan Melaka
    • Sultan Melaka pernah berbalas komen dengn Dr. MAZA. Lucu

    (6) Berselfie & monopod


    


    • Seiring fenomena selfie monopod  juga mencetuskan satu fenomena baru
    • Gelaran Ratu Selfie, Nadia Fawzi anak komposer Fuzi Marzuki yang berselfie ketika traffic jammed
    • Telah memperkenalkan banyak duta. Antaranya Azwan Ali dan Farish Aziz
    • Azwan Ali yang mengusung monopod ke Makkah (untuk ibdah umrah) dan ketika majlis berkabung telah dihencap
    • Sebelum itu, Azwan terlibat dengan kontroversi mengutuk bazar Ramadhan, isu tak mahu boikot Starbuck dan mutakhir ini, bertudung ala Yuna.
    • Farish Aziz pula terpalit isu berselfie di tanah kubur 
    • Paling mengejutkan ada seorang minah ni berselfie dengan jenazah ayahnya



    








    
    (7) Binatang - Panda, Unta, Anjing & Babi (Cadbury)

    • Binatang turut tidak terkecuali daripada ditroll
    • Antaranya Panda, Unta , Anjing & Babi
    • Si unta psikik, Shaheen the camel disembelih kerana tekaannya salah mengenai keputusan bola sepak Piala Dunia 2014
    • Panda (Xing Xing & Liang Liang) sampai banyak sekali lawak jenaka dan parodi berkaitan Panda kerana kos yang tinggi untuk menempatkannya di Zoo Negara
    • Babi pula menjadi troll ekoran terdapatnya DNA Porcine dipercayai berada dalam coklat Cadbury 
    • Anjing pula cetuskan kontroversi ketika kempen I want to touch a dog dijalankan di Kuala Lumpur














      (8) Hashtag, # + (bahasa hippie)





    • Tak sah jika kemaskini status di alam maya, pasti ramai yang meletakkan simbol #
    • Simbol # boleh menjadi trending dan viral sekiranya penggunaanya dilakukan secara serentak & menyeluruh terutama sekali di Twitter
    • Bagi anak-anak muda, mereka gemar menggunakan # dengan bahasa yang entah apa-apa. Annoying yet cute~ yakni bahasa hippie
    • Budaya hippie bermula di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Barat lain pada era 1960-an dan tersebar ke seluruh dunia. Perkataan "hippie" berasal daripada perkataan "hip" atau "hipster".
    • Hipster merujuk kepada cabang kebudayaan (subbudaya) para belia, orang muda urban kelas pertengahan dan remaja 20an yang muncul pada tahun 1990-an.
    • Cabang kebudayaan ini dikaitkan dengan muzik bebas ( muzik indie)/ (muzik bawah tanah), selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, kepercayaan alternatif atau atiesme / agnostisme, dan gaya hidup alternatif
    • Antara bahasa yang famous digunakan seperti #sukalattew, #tazzabar ,  #awaasaiatakuad , #muahciked termasuklah #awakkatmane
    • Ehmmm... ingat tak zaman chatting MIRC dulu-dulu ada hashtag juga, #mamak , #kampung dll. Huhu

    (9) Frozen - kegilaan anak-anak menjadi modal peniaga






    • Sekian lama, Disney akhirnya berjaya keluarkan produk animasi princess yang berjaya
    • Frozen datang dengan pakej. Jalan cerita mantap kisah princess yang membuatkan kanak-kanak perempuan berangan jadi Elsa yang ada magis.
    • Manakala kanak-kanak lelaki berangan nak kahwin princess Ana ya! Bukan jadi princess, takut kecelaruan identiti di situ.  Ada juga yang nak jadi Olaf.
    • Pakejnya bersama lagu yang menjadi siulan anak-anak kecil, Let It Go
    • Filem animasi berkenaan turut diterjemah kepada banyak bahasa termasuk Bahasa Melayu
    • Seterusnya, banyak produk Frozen jadi kegilaan kanak-kanak, beg, baju, botol air, alat tulis dan macam-macamlah sampai ke aplikasi telefon pintar dan juga game termasuk telekung???
    (10) Raisyyah Rania Yeap Abdullah (Felixia Yeap)




    • Bekas model bunny ini asalnya minat dengan fesyen muslimah, amoi berhijab katanya
    • Memeluk Islam bulan Ramadhan lalu dan memilih nama Raisyyah Rania Yeap (Rara)
    • Juga turut berlakon dalam beberapa drama Nikah Kita Bercinta dengan Mr. Arrogant Azlee Khairi
    • Pengikut ramai di Instagram, pandai berniaga buat IGReview. Siap ada pakej lagi. Harga agak tinggi tetapi tetap laris
    • Tersenarai antara nama yang paling banyak dicari di Malaysia tahun 2014
    (11) Dato' Aliff Syukri (Terlajak Laris)





    • Pengasasnya, Dato' Aliff Syukri yang turut mengiklankan produknya sendiri
    • Tagline hangatnya "terlajak laris" yang turut menjadi penaja bersama Akademi Fantasia 2014
    • Aliff Syukri juga merupakan anak kepada Rozita Sendayu Tinggi
    • Sudah berkahwin dengan bekas penyanyi Solehah dan dikurniakan cahaya mata
    • Kini sudah ada pencabar, Datuk Vida Qu Puteh~ hehe




    (12) Trend drama bersiri adaptasi novel; ini antara drama tempatan yang berjaya cetuskan fenomena tersendiri :

    Ariana Rose




    • Adaptasi novel The Wedding Breaker tulisan Evelyn Rose
    • Menampilkan Keith Foo-Fathiya sebagai teraju utama
    • Pelakon pembantu lain seperti Nabila Huda, Arja Lee & Hisyam Hamid turut menyerlah dengan karektor masing-masing
    • Memenangi drama bersiri terbaik Anugerah Skrin 2014
    • Lagu tema ciptaan Tam Spider, Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah mara ke final AJL29

    Rindu Awak 200%






    • Adaptasi novel Liyana Zahim
    • Fenomena Zill Faezrul lakonan Zul Ariffin
    • Zul yang sebelum ini dipertikakikan bakatnya akhirnya meyerlah bersama gandingannya Ayda Jebat.
    • Ayda Jebat pernah diganti oleh adiknya Fina sewaktu AF9
    • Ayda suka guna hashtag, #awaasaiatakuad
    • Zul Ariffin turut memenangi Aktor Harapan Terbaik FFM26
    • Lagu tema dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza berjudul Jaga Dia Untukku

    Bukan Kerana Aku Tak Cinta





    • Adaptasi novel Iman Sufi
    • Menampilkan Sharnaaz & Nellydia Senrose (sebagai Jebat & Mastura - bukan nama urban ok!)
    • Ketika penggambaran ada kontroversi melibatkan Sharnaaz dan Lisdawati yang sedang hamil
    • Lagu duet Hafiz-Rossa, Salahkah merangkul anugerah di AIM
    (13) Pengacara menyerlah

    Dynamic Duo - Zulin Aziz & Sherry Alhadad





    • Bakat mengatasi rupa paras. Juga saiz badan. 
    • Tuah ayam nampak di kaki bukan? Tuah manusia... siapa sangka, bermula dengan pengacara Festival KL, seterusnya diberi slot Diva di radio Hot.FM, kini mereka berdua telah menggantikan Zizan sebagai pengacara Melodi bersama Awal.
    • Zulin Aziz bermula dengan rancangan realiti Pilih Kasih, kemudian berlakon beberapa drama. Impaknya terasa melalui drama Trilogi Cinta, Hanya Padamu, Ramadhan Yang Hilang dan bnyak lagi.
    • Sherry Alhadad pula pensyarah kepada Zulin di Aswara
    • Sherry juga ktif berteater antranya Projek Disko Baldi bersama Megat & Redza Minhat
    Azlan Mubin - Pengulas sukan


    • Perasan tak, kenapa banyak pengulas sukan (bola sepak terutamanya) tak menjaga badan walaupun mereka mengulas sukan
    • Nurul Alis, antara pengulas sukan wanita yang pernah tembus Top 5 Pengacara Popular ABB. Pengulas sukan lelaki tak pernah! Mengapa?
    • Maka, bekas pemain sepak takraw Kebangsaan, Azlan Mubin yang juga merupakan guru PJ merupakan antara muka-muka baru yang patut diketengahkan lagi
    • Bekas graduan UPM ini aktif sebagai pengulas sukan di TV1. Mungkin Astro Arena boleh "caras" lagi sekali sekali setelah mereka berjaya dapatkan Hafizal Hamad & Hasbullah Awang dari RTM

    (14) Nafas baru genre hip hop - SonaOne diiktiraf



    • SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae berusia 26 tahun merupakan penyanyi hip hop berdarah kacukan Malaysia 
    • Pernah terheret dalam satu pergaduhan berprofil tinggi 2 tahun sudah. Namun kontroversi itu lenyap dan digantikan dengan kemenangan bergaya dan berganda buat genre hip hop.
    • SonaOne dan Joe Flizzow mendominasi AIM21 termasuk Lagu Terbaik (first time to be won by English song) menerusi lagu No More. Nantikan kejutan Apa Khabar.. AJL29 nanti.
    (15) Faithful Music - Hanie Soraya & Elizabeth Tan




    • Kedua-duanya merupakan anak didik Faizal Tahir
    • Bernaung di bawah label muzik Faizal Tahir, Faithful Music
    • Bermula dengan Hanie Soraya yang dikaitkan dengan Hanez Suraya, yang suara seakan-akan Amy Mastura, single Ke Hujung Dunia  memperkenalkan pelajar perubatan Mesir ke dunia seni
    • Seterusnya single Rasa Sayang mengukuhkan lagi nama Hanie Soraya Taha
    • Elizabeth Tan pula terkenal di Youtube setelah membuat banyak lagu saduran. Antara yang menarik perhatian seperti Royals, Pencuri, Kantoi serta lagu perayaan seperti Suasana Hari Raya dan Tanggal 31.
    • Kemudian diperkenalkan Faithful Music dengan lagu Knock Knock

      (16) Permainan alam maya, Clash of Clans (COC), permainan perang & strategi paling trending




      • Clash of Clans adalah permainan berupa strategi, memerlukan pengguna untuk membina perkampungan mereka, melatih tentera, dan berlawan dengan pemain lain secara online
      • Dalam permainan ini , mereka perlu membina base camp yang hebat. Askar dilatih utk raid village orang lain sama ada utk mendapatkan duit(elixir and gold) atau trophy.
      • Permainan ini ditawarkan secara percuma hanya ada pada platform Android dan IOS saja.
        Sampai ketagih dibuatnya. Macam game Candy Crush yang sibuk mina nyawa tu~

      (17) Mercu baharu - Antara KLIA 2,  JK2PP & Kampung Chubadak - Antara 2 darjat






      • Setelah bertahun-tahun menanti, akhirnya KLIA2 sudah dibuka dan beroperasi
      • AirAsia yang awalnya enggan berpindah akhirnya akur
      • Menariknya KLIA2 sebab ada peluang membeli-belah bagi mereka yang gemar bershopping dan ada banyak pilihan
      • Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014.
      • Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
      • Di sebalik mercu kemegahan negara, ada kisah terpencil di Kampung Chubadak Tambahan ekoran pembangunan yang dikejar sehingga adanya 'pengorbanan'










      (18) Buku lambang wanita cekal

      I Am Malala: The Girl Who Stood Up for Education and Was Shot by the Taliban




       
      • Tahniah! Pemenang Nobel Keamanan paling muda, Malala Yousafzai
      • Gadis berusia 18 tahun dari Pakistan
      • Bangkit memperjuangkan hak wanita untuk belajar tinggi
      • Sekarang menetap di Birmingham, England
      Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed





      • Ustazah Yasmin Mogahed merupakan penulis, pendakwah wanita antarabangsa. 
      • Antara buku tulisan beliau, Reclaim Your Heart 
      • Reclaim Your Heart turut dijadikan rancangan tazkirah Ramadhan di Astro Oasis dihoskan oleh Hajjah Mizz Nina. Meletop!
      (19) Patah tumbuh, hilang berganti. Pemimpin datang dan pergi, bersilih ganti

      Pentas dunia - Erdogan (Presiden Turki) & Jokowi (Presiden Indonesia)



      • Tahniah Erdogan kerana menjadi Presiden Turki yang baharu menerusi pilihanraya
      • Tokoh pemimpin yang menggerakkan Turki kepada satu tahap yang membanggakan yakni mengembalikan nur Islam di bumi Turki
      • Manakala Pak Jokowi, atau nama betulnya Joko Widowo, Presiden Indonesia terbaharu berketurunan Jawa
      • Kedua-duanya menjadi idola banyak pemimpin politik tanahair terutama pemimpin parti pembangkang termasuklah mempengaruhi agenda Langkah Kajang

      Pemimpin dalam negara - Sultan Perak, KM Sarawak, MB Selangor & MB Terengganu




      • Tahniah! Sultan Nazrin Shah, ditabal Sultan Perak Darul Ridzuan
      • Tan Sri Adenan Satem, KM Sarawak baharu
      • Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, MB Terengganu yang baharu
      • Negeri lain tukar pemimpin tertinggi tiada isu, tetapi bila Selangor nak tukar MB??
      • Maka, tahniah kepada abang Azwan Ali, YAB Azmin Ali, akhirnya menjadi MB Selangor
      • Terima kasih kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana prestasi cemerlang mentadbir negeri Selangor





      (20) Pemain naturalisasi - Brendan Gan, Junior Eldstal & Kelvin Lim




      • Brendan Gan kacukan Australia-Malaysia (N9)
      • Junior Eldstal kacukan Sweden-Malaysia (Sabah) pernah mendaftarkan namanya sebagai Putera Nadher Amarhan
      • Namun telah menjelaskan status agamanya Kristian (ketara melalui tattoo di badannya)
      • Kelvin Lim pemain hoki negara berdarah Jerman (pernah mewakili skuad hoki Jerman)
      • Paulo Rangel sanggup mewakili Malaysia. Dengarnya Dickson pun sama. Kalau ianya kenyataan, bertambah tak mutu permainan Malaysia?
      

      (21) Suara Mahasiswa - Safwan Anang & Fahmi Zainol

      Safwan Anang

      • Saksi kes cedera di UPSI suatu ketika dahulu
      • Didakwa atas Akta Hasutan bersama dengan Adam Adli. 
      • Turut terpalit isu LENSA yang menghantar memo kepada Presiden PAS lalu disekat abang Long Fadhil (aktivis PAS) sebab mendewakan DSAI




      Fahmi Zainol

      • Presiden PMUM berusia 23 tahun dari Permatng Pauh, Pulau Pinang
      • Pelajar tajaan JPA kursus Pentadbirn dan Keadilan Sosial (tahun akhir)
      • Penggerak aktiviti berunsur politik seperti occupy campus dan program pidato “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” meskipun mendapat bantahan daripada Universiti Malaya. 
      • Lebih mengejutkan lagi apabila program pidato itu akan disampaikan sendiri oleh tetamu jemputan VIP iaitu Anwar Ibrahim



      (22) Wanita Melayu DAP - Dyana Sofya & Syefura Othman





      • Dyana Sofya, calon ahli Parlimen Teluk Intan yang kalah kepada Presiden Gerakan
      • Dyana lepasan UiTM juga merupakan setiausaha Lim Kit Siang
      • Ibu Dyana orang kuat PERKASA
      • Syefura Othman ataupun Rara ikut jejak langkah Dyana Sofya, gadis Melayu bertudung menyertai DAP
      • Ibu Rara aktivis PAS. Rara memilih DAP kerana ada platform buat wanita Melayu sepertinya untuk bergiat aktif dalam politik. Katanya~
      • Dyana turut terpalit kontroversi skandal dengan Zairil Khir Johari yang dikatakan milik mereka berdua


      (23) Hero & Heroin pelapis

      Hisyam Hamid - Mat Redho



      • Hisham Hamid, seorang lagi aktor dari seberang tambak Johor
      • Sudah berkeluarga, dan pernah berkhidmat sebagai ahli bomba di Singapura lebih kurang 7 tahun
      • Manakala Mat redho terjun ke bidang lakonan selepas memenangi Fear Factor Malaysia musim kedua
      • Drama pertamanya berjudul Jodoh, seterusnya Manis yang menggandingkannya dengan Siti Saleha
      • Redho sudah mendirikan rumahtangga, begitu juga pasangannya dalam Fear Factor, erin Malik yang turut berkahwin







       Amyra Rosli & Ayda Jebat

      • Mula terkenal kerana gosip (datang lambat ke set serta percintaan dengan Dazrin)
      • Mula menyerlah setelah membintangi Oh My English musim baru di samping beberapa drama TV di samping menjadi jurucakap Aurawhite menggantikan Hanez Suraya
      • Kemuncaknya, ekoran perkahwinannya bersama Dazrin yang terpaksa ditangguhkan (ada sumber kata dibatalkan terus??) menjadi buah mulut
      • Kini hangat dengan drama Suamiku Encik Sotong
      • Ayda Jebat yang pernah terlibat dengan Ops Gugur AF9 semakin menyerlah dalam bidang lakonan
      • Ditambah dengan wajahnya yang persis Wawa Zainal apabila bertudung






      (24) Da'i Pencetus Ummah - Hafeez, Farhan, Azman






      • PU Hafeez merupkn juara Pencetus Ummah musim pertama. PU Rahmat antara yang termuda turut menjadi perhatian sepanjang pertandingan
      • PU Azman dan PU Faiz merupakan favourite untuk merangkul kejuaraan Pencetus Ummah musim kedua yang menjanjikan wang tunai RM100 ribu sebagai hadiah utama. 
      • Dan ianya menjadi rezeki PU Azman dari N9. Bukan duit soalnya, tetapi sekurang-kurangnya nilai kemenangan itu sama macam pertandingan hiburan seperti Maharaja Lawak, Superspontan dan sebagainya. AJL29 pun dah naikkan jumlah wang kemenangan untuk juara kepada RM50K.
      • Manakala Da'i Farhan dari Kelantan merupakan juara Da'i Pendakwah Milenia musim kedua



      (25) Atletico Madrid

      • Atletico Madrid berjaya memecahkan dominasi Real Madrid-Barcelona dalam La Liga
      • Muncul juara La Liga musim 2013/14 dan layak ke Champion League
      • Antara key player mereka Courtois, Diego Costa telah pun berhijrah ke kelab lain




      Jadi, siapakah Wajah 2014 pilihan anda??

      Jom kita recap wajah-wajah yang telah tersenarai sebelum ini.





      1 comment:

      1. FINANCIAL BREAKTHROUGH

        Life indeed is GRACE, I'am Daan Sophia currently in California USA. I would like to share my experience with you guys on how I got a loan of $185,000.00 USD to clear my bank draft and start up a new business. It all started when i lost my home and belongings due to the bank draft I took to offset some bills and some personal needs. I became so desperate and began to seek for funds at all means. Luckily for me I heard a colleague of mine talking about this company, I got interested although i was scared of being scammed, I was compelled by my situation and had no choice than to seek advise from my friend regarding this very company and was given their contact number, getting intouch with them really made me skeptical due to my past experience with online lenders, little did i know this very Company "PROGRESSIVE LOAN INC. was a godsent to me and my family and the entire Internet World, this company has been of great help to me and some of my colleague and today am a proud owner of well organized business and responsibilities are well handled all thanks to Josef Lewis of (progresiveloan@yahoo.com).. So if really you are genuinely in need of a loan either to expand or start up your own business or in any form of financial difficulty, i advise you give Mr Josef Lewis of Progressive loan the opportunity of financial upliftment in your life Email: progresiveloan@yahoo.com OR Call/Text +1(603) 786-7565 and not fall victim of online scam in the name of getting a loan. thanks



        ReplyDelete