(1) Kontroversi melibatkan penceramah/ motivator /ustaz yang bertaraf selebriti. Kali ini, setelah Dr. Muhaya dilanda kontroversi, figura awam yang terheret ke kancah kontroversi melibatkan nama-nama seperti Prof. Izi (renung-renungkan.. dan selamat beramal dengan isu 'cabul'), perang "dingin" War-Dina dan Ustaz Don secara terbuka, seterusnya moderator/pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris yang khabarnya telah "dibogelkan" selepas berhubung dengan pelanggan Filipina menerusi rangkaian Skype. Sham Kamikaze juga terpalit kontroversi seperti yang didakwa bekas isterinya. Mujur, Sham nampak matang menangani serangan tersebut.
TT : Nasib baik Ustazah Siti Nurbahyah masih bersih. Fafau (Fara Fauzana) khabarnya kini berselendang. Imej terbaharu sebelum status baru kah?? Tahniah~
(2) Polemik & retorik isu Hudud. BN Terengganu yang tak mboh melaksanakan Hudud. Namun situasi berbeza di Kelantan di mana UMNO BN Kelantan menyokong penuh pelaksanaan Hudud. Tambahan pula selepas mendiang Karpal yang sebelum ini menentang keras Hudud telah tiada. Namun, ada pihak yang menangguk di air keruh mahu laga-lagakan PAS dan PKR-DAP. Maka PAS cabar UMNO supaya buang MCA dan MIC daripada komponen BN. Alasan.. pihak BN, bukan mereka tak mahu melaksanakan, tetapi menangguh kerana ada kekangan dan perlu diberi penerangan dan pemahaman. Habis tu, GST yang sudah jelas ditentang tetap mahu dilaksanakan apa cer bro Jib??
TT : Alhamdulillah... Brunei Darussalam telah melaksnakan Hudud dengan secara rasminya
(3) Pemecatan. Penyokong MUnyet dah boleh keluar gua, meraikan pemecatan David Moyes setelah MU kalah kepada Everton. Pengganti sementara, Ryan Giggs telah menang besar perlawanan pertama membenam cabaran Norwich. Steve Darby pula dipecat melalui FB TSAM ketika TRW dibelasah Sime Darby 4-0. Turut dibuang Obinna dan Ghaddar yang turut ditunjukkan jalan keluar. Wan Zack Haikal sah bersama TRW. Import baru Prince Tagoe dan Alaa Hussain memperkuatkan pasukan TRW yang kini dibimbing Boateng.
TT : Pengurus JDT2 yang tumbuk pengadil turut dipecat. Fine~ Isu terowong Larkin tak selesai lagi apa kes?? Baihkki Khaizan juga direhatkan... apa kes??
(4) Belasungkawa. Pergi tak kembali. Perginya Tiger of Jelutong. Mendiang dianggap keras dan garang kerana penentangan kerasnya terhadap isu Hudud. Itu sahaja yang orang ramai nampak. Mendiang bukan beragama Islam, beliau bukan menentang Islam, cuma tak mahu sistem Hudud diplikasi dalam perlembagaan negara. Namun, ketika perbicaraan kes Liwat II, mendiang mendakwa Saiful Bukhari bukan Muslim yang baik kerana tak cukup solat, tak solat Jumaat sebab mahu simpan bukti di belakangnya. Ironinya, siapakah peguam yang membela hak wanita berpurdah dan menang??Itulah Karpal Singh!
TT : Alfatihah buat arwah Sidek Hussain, dan Kartina Dahari. Juga arwah Jeremy Little (penerbit KIL) yang terlebih dahulu dijemput ilahi.
(5) Kontroversi orang berniaga. Pertama, Tudung Fareeda, di mana Mawar bini Fizo Omar telah memuatnaik status yang menjengkelkan berkaitan "fesyen mengikut kemampuan" setelah pihak berkuasa merampas tudung tiruan yang dikatakan meniru reka bentuk tudung Fareeda. Kedua, isu KLIA2 di mana Tony Fernandez dikatakan tidak bersedia untuk memindahkan operasi AirAsia kerana beberapa sebab yang kurang munasabah.
TT : Akhirnyaaa~ KLIA2 telah beroperasi. Firefly yang pertama merasmikannya
(6) Tahniah! Tahniah Luis Suarez dan Eden Hazard menang award PFA. Tahniah kepada adik-adik yang telah dapat keputusan cemerlang dalam SPM, seterusnya memiliki lesen kereta. Buat adik Elfira, Ezlisa yang lulus cemerlang. Begitu juga anak Che Ta dapat 8A. Che Ta nak bagi anaknya BMW sebagai hadiah. Tapi, anak bujangnya cakap tu kereta orang tua. Maka, mahukan kereta Audi R6. Tahniah ya Che Ta dah mengandung.
TT : Tahniah pengantin baru Fizz Fairuz & Almy Nadia. Akhirnya... ~ dan sedih dengan berita Adam-Fiza.
(7) Tragedi! Banyak tragedi kemalangan. Tiada air, catuan air di Selangor yang dilanjutkan lagi tempoh catuan juga satu tragedi. Banyak tragedi melibatkan bas kali ini. Kpal terbang juga tidak terkecuali. Tragedi paling besar dan menyayat hati berlaku di Sewol, Korea Selatan di mana feri karam mengorbankan banyak nyawa.
TT : PM Korea Selatan sah letak jawatan kerana merasa bertanggungjawab atas tragedi.
(8) MERS-Cov. Mangsa pertama yang maut di Johor. Pesakit akan mengalami simptom komplikasi pernafasan. Ianya dipercayai berpunca dari Timur Tengah. Sebab itu namanya Middle East Respirotary Syndrome Coronavirus (MERS-CoV)
TT : Zoo Negara belanja besar nak tempatkan ber"wang" Panda
(9) ABPBH 2014 yang patut berlangsung April lalu telah ditunda ke satu tarikh yang belum dimuktamadkan. Semuanya gara-gara tragedi MH370. Pasca MH370 juga banyak menyaksikan produk/karya yang diinspirasikan oleh kejadian tersebut. Hashtag #mengenangMH370 juga trending. Antaranya lagu Percayalah, dan Faith. Sementara itu, pesawat MH192 berjaya patah balik dengan selamat di bawah kawalan Kapten Nor Adam.
TT : #ObamaInKL pula yang trending apabila POTUS turun ke KL bersama The Beast.
(10) Pusingan kedua Liga Super 2014 bermula. Saingan Piala FA sudah ke penghujungnya. Saingan Europa League dan Champions League juga menyaksikan penguasaan pasukan bola sepak La Liga. Real Madrid, Atletico Madrid dan Sevilla merupakan finalis. Copa Del Rey milik Real Madrid mengalahkan Barcelona. Gol Bale secara solo memang kebabooom!
TT : YNWA = you never win anything kah?? Berdebar menunggu kemuncak BPL 2013/14. Milik City atau Liverpool.. kedua-dua pasukan tewas dengan Chelsea. Home dan Away~