Hebahan

Sunday, December 1, 2013

CDC November 2013


(1) Bencana alam.

Ribut Hayyan di Filipina merupakan antara tragedi terburuk pernah menimpa negara Filipina. Takziah kepada mangsa. Di Malaysia ?? Kisah hantu yang trending. Kalau tak masakan filem Highland Tower kutip untung berjuta-juta. Terkini, ada modal baru pula kisah Villa Nabila yang ada banyak versi ceritanya.

TT - PRK Sungai Limau.. status quo..kekal milik PAS. Tiada bencana dalam PAS walaupun pemilihan PAS menyaksikan YB Mahfuz Omar tewas jawatan Naib Presiden. Muzakarah itu retorik?

(2) Belasungkawa. ALFATIHAH~

Ahmad Ammar - Datuk Bukhari Che Muda - Ahmad Busu

Tidak dilupakan, ramai sedih akan kematian Hiro si Kucing

TT - Al-fatihah juga kepada keluarga arwah Ahmad Raffli yang ditembak pengikut Tuhan Harun. Pak Guard AmBank yang menembak arwah Norazita telah berjaya ditangkap. Siti Aishah Abdul Wahab kata akan kembali ke Malaysia dalam tempoh 9 bulan. Moga berakhir dengan husnul khatimah.

(3) Anugerah dan Pertandingan

Jepp menang Superspontan 2
KJ pula menang di Shout!Awards (walaupun diselar biadab oleh DCT) 
ASK 2013 milik KIL dan Mawar Putih 
Tahniah kepada  lagu-lagu yang ke AJL 28 nanti. Tahniah~

Siapa tengok pertandingan nyanyian lagu berbahasa Melayu oleh penyanyi dari negara luar di TV 2? Kenal tak Mbasu Benard Okaro? Nyanyi lagu Dwihati dan muncul juara

TT - Sha sha macam cantik jer...akan berlakon video klip terbaru Ammar, yang membuat lagu parodi dakwah Macam cantik jer...

(4) Berita palsu 

Kisah pasangan dari China yang dilaporkan diculik di Pulau pom pom, Sabah rupa-rupanya berita yang tidak sahih. Gara-gara status di FB..Restoran Vanggey terjejas jualannya. Seterusnya kisah wanita, Adila Hussin McGhee yang didakwa murtad juga palsu. Moralnya, tapis lah dulu.. pasang filter mahal!

TT - Dah makan nasi ganja... patutlah ramai kata sedap. Tak dinafikan sama sekali. Hafizh Syahrin menang di Valencia.. ini berita betul!

(5) Berita bola

Piala Malaysia - milik Pahang. Tahniah Dollah Salleh sekaligus melayakkan beliau menang Ketua Jurulatih Terbaik manakala Piya dinobatkan Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013. Pasukan Jepun yang memperkenalkan corak permainan tiki taka mengayamkan pasukan Belanda.

Senarai penuh pemain bagi pasukan JDT dan TRW telah diumumkan. Kelantan menyandarkan harapan kepada trio bekas pemain Al-Ahly serta Brendan Gan yang didaftarkan sebagai pemain tempatan. Namun, isu pemain buat U-turn seperti Norfarhan, Hai-O, Amirulhadi, Andik Virmansyah, Safee Sali serta yang paling kontroversi Nazri Ahmad yang mahu ke Kelantan paling hangat diperkatakan.

Liga Malaysia 2014 boleh membariskan 4 pemain import, sampai MB Terengganu melenting ok! Tak pasal-pasal menang Kelab Bola Sepak Terbaik. Ahaks~ Yang penting, kontrak K. Rajagobal takkan disambung. Muktamad!

TT - Selamat berjuang kepada kontijen negara ke Sukan SEA Myanmar bulan ini. Lagu tema MILO dendangan Velvet amat malatop!

(6) Trending.

Hashtag, #bitstrips merupakan satu lagi permainan alam maya yang menjadi ikutan selepas Candy Crush! Pencetus kontroversi Seniman, Zed Zaidi sebenarnya tidak sah menjawat jawatan Presiden selama ini.Pementasan teater muzikal Supermokh juga mendapat pujian ramai. Lega Hans Isaac..kalau tak rajuk semakin panjang. Hot.FM juga mencapai #HotFMSejuta yakni telah ada 1 juta followers di Twitter. Dan FBI tidak lagi ke udara. Selamat tinggal Hot.FM. #OhMyGanu ~ huhu

TT - Pencetus Ummah (Astro Oasis) akan mencetuskan fenomena..jangan nilai pesertanya berdasarkan rupa dan penampilan kerana ilmu mereka banyak

(7) Isu pemimpin-rakyat

Isu Shahidan Kassim kata kita perlu berterima kasih kepada penaung cincin PERMATA versus Gaji MB Selangor bersama EXCO, ADUN (termasuk ketua pembangkang BN) dinaikkan. Rakyat diutamakan kah? Jika bil elektrik pun akan dikaji kadar harganya. Hmm.. si laki Zizie Ezette, YB Bung Mokhtar pula tak setuju pemotongan elaun mereka. Haram... haram..~

TT - Isy, ada pula lagu GST kan? Hazab.. Tak sabar tunggu lagu mana menang AIM 20 nanti.

(8) Kisah cinta

Kisah Che'Ta dan Zain Saidin.. yang mewah bergambar pe-wedding di luar negara. Khabarnya pernikahan mereka ditaja 13 juta ya. Diulangi sekali lagi.. TIGA BELAS JUTA! Isu Rebecca NAI menang saman Eirma Fatima. Serta kisah putus cinta Shylla Amzah dan Johan Asari yang memilih Lana Nordin. Tu lah... hari tu tak nak mengaku... alih-alih siapa yang malu? Sharnaaz yang senyum sinis.

TT - Single terbaru.. Patah Dua Ribu~ huhu. Saksikan Kolumpo dan Ustaz Mu Tunggu Aku Datang!

(9) Keputusan UPSR

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya. Ingat... perjalanan masih jauh lagi. Tahniah adik Fatini dapat Mini Cooper... dah ayahnya mampu.. tokey ayam katakan. Walaubagaimanapun, respek adik Siti Aisyah Mawardi yang dapat 5A walaupun kelos corot.

TT - Sejarah akan menjadi subjek WAJIB lulus SPM

(10) Cuti umum

Nuzul Qur'an diisytihar cuti umum. Yeay~ Tahun 2014, Johor akan bercuti Jumaat dan Sabtu. Apa cerita Johor FA a.k.a JDT 2?

TT - Kelantan paling banyak cuti umum.. cuti keputeraan 2 hari.. cuti peristiwa masuk akhir Piala Malaysia dan Piala FA dah 2 hari.

No comments:

Post a Comment