Hebahan

Saturday, November 30, 2013

Wajah November 2013

l. Dr. Zakir Naik
  • Tokoh Maal Hijrah 1435
  • Datang ke Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) memberi ceramah sempena Maal Hijrah
  • Jasa beliau, dalam puluhan tahun beliau berdakwah & berdialog dengan bukan Islam dari kalangan orang biasa sehingga tokoh mubaligh kristian, beliau telah menjadi musabab kepada mereka mendapat hidayah Allah.
  • Seperkara lagi ialah betapa segala salah faham tentang Islam telah berjaya diperbetulkan secara meluas dari kalangan bukan Islam di seluruh dunia khusus dikalangan masyarakat
  • Video ceramah beliau dapat ditonton melalui saluran Youtube

2. Arwah Ahmad Ammar Ahmad Azzam


  • Anak muda berusia 20 tahun
  • Bekas pelajar terbaik SPM sekolah (MTD) dan nekad memilih melanjutkan pelajaran di Turki serta memilih kursus Sejarah kerana arwah berpendapat Turki merupakan salah satu negara gemilang era ketamadunan Islam suatu ketika dahulu
  • Telah meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.
  • Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah.
  • Jenazah beliau disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Sumber: Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki
  • Al-Fatihah~




    3. Hafizh Syahrin
    • Pelumba motorsikal Moto2 Petronas Raceline Malaysia
    • Memenangi kejohanan Moto2 CEV Repsol Valencia pada tanggal 17/11/2013. Ini adalah kemenangan kedua beliau selepas kali pertama menaiki podium pada perlumbaan sokongan Grand Prix Dunia (MotoGP) Indianapolis di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat
    • Seperti biasa, Hafizh melakukan sujud syukur selepas beroleh kemenangan



     

    4. Siti Aishah Abdul Wahab


    • Menggemparkan negara mengenai kisah menjadi hamba selama 30 tahun di UK bersama 2 lagi wanita
    • Beliau merupakan bekas pelajar cemerlang (TKC) melanjutkan pelajaran di UK namun terlibat dengan aktiviti politik berhaluan kiri sehingga menjadi orang yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia
    • Beliau telah terpengruh dengan fahaman Mao
    • Fahaman Mao itu "diasaskan" oleh Balakrishnan (yang mendakwa diri Nabi Isa) dan isterinya Chanda
    • Mereka suami isteri juga pernah terlibat dengan misteri pembunuhan (ditolak dari bangunan tinggi) sehingga mereka menghadiri inkues pembunuhan pada tahun 1997 (ada footage mendakwa kelibat Siti Aishah juga kelihatan)
    • Keluarga beliau di Malaysia (kakaknya masih hidup) cuba menjejaki beliau melalui bantuan kedutaan Malaysia dan aktivis Hishamudin Rais
    • Namun, khabarnya Aishah gembira di sana dan tidak menganggap dirinya diperhambakan
    • Lebih lanjut baca di sini, http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=193732:comrade-bala-would-say-i-am-the-christ-follow-me-but-siti-aishah-refused-to-renounce-him&Itemid=2#axzz2m7gxIycM

    

    5. Tuhan Harun


    • Satu lagi ajaran sesat disaskan oleh Harun Mat Saat
    • Terlibat dengan pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malik yang ditembak 3 das tembakan dari jarak dekat
    • Beliau merupakan seorang yang aktif dalam membanteras isu ajaran sesat yang dikenali sebagai Tuhan Harun.
    • Susulan itu, 31 orang pengikut ajaran sesat Tuhan Harun diarahkan menyerah diri kepada pihak berkuasa termasuk penahanan Harun


    6. Love You Mr. Arrogant

     
    • Satu lagi fenomena baru dicetuskan
    • Sebuah lagi drama bersiri adaptasi novel
    • Difahamkan dramanya lebih menarik berbanding novel
    • Melonjakkan nama pelakon utamanya, Azlee Khairi, Zaraa Zya termasuk penyanyi runut bunyi, Tetap Menantimu dendangan Nomad
    • Lagu tersebut juga beraksi di Semi Final Muzik Muzik 28 namun kandas
    • Nomad, atau nama penuhnya Nor Muhamad Alief merupakan bekas peserta Keynote yang ditunjangi komposer Ajai

    7. Niezam Zaidi

    
    • Artis naungan MIG
    • Muncul kali pertama menerusi filem Budak Pailang dan Pada Suatu Cinta Dahulu
    • Namun mula dikenali melalui drama Dewi Lasak serta dua filem yakni Longkai dan Highland Tower
    • Lakonan Niezam dalam Longkai mendapat pujian
    • Highland Tower arahan Pierre Andre juga mencatatkan kutipan pecah panggung biarpun bajetnya ciput  

    8. Restoran Vanggey

    • Terkenal kerana nasi vanggey atau nama glmornya nasi ganja
    • Terpalit kontroversi menggunkan najis sebagai pelaris
    • Namun itu semua rekaan yang dicipta dan telah tersebar melalui FB dan Twit
    • Individu tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka
    • Kini beroperasi seperti sediakala

    

    9. Pakcik Majid


    • Nama penuhnya  Abd Majid Abd Hamid
    • Nazar berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam jika Pahang menggondol Piala Malaysia
    • Cuma berbekalkan wang RM 60 dan kain pelikat serta dua jersi Pahang
    • Berjaya menamatkan perjalanan sejauh 275 km dan mendapat ganjaran menunaikan umrah secara percuma oleh PBNP

    10. Kucing Hero

    • Seekor kucing diberi nama Hero
    • Pernah menggemparkan negara kerana kudung dua kaki hadapannya
    • Juga dalam kenangan membuatkan ramai pencinta haiwan terasa kehilangan

    1 comment:

    1. Hitam Putih Kehidupan: Wajah November 2013 >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Hitam Putih Kehidupan: Wajah November 2013 >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Hitam Putih Kehidupan: Wajah November 2013 >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK

      ReplyDelete