Hebahan

Monday, January 23, 2012

TAYAMMUM

Mungkin ramai sudah baca entri sudah. Kan? Dan aku juga ada menceritakan yang adik aku telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah.. pembedahan selesai dilaksanakan. Kepalanya ada satu jahitan kecil. Nyaris-nyaris kena bahagian otak. Cuma.. kena tunggu perkembangan jari telunjuknya dari semasa ke semasa. Samada dapat diselamatkan atau terpaksa dikorbankan. Tawakkal dan berserah kepada-Nya.

Apa yang telah berlaku.. sudah pun berlaku. Malapetaka..kecelakaan.. kemalangan tidak dapat dielakkan. Semua orang pasti mengalaminya. Dan hidup mesti diteruskan. Berbekalkan pengalaman pahit itu, pastinya banyak pengajaran dan perubahan boleh dilakukan.

Dalam waktu yang sama, kami sekeluarga, terutama diri aku sendiri.. tercari-cari apakah hikmah yang tersembunyi. Apa mesej yang Allah cuba sampaikan kepada kami. Apa yang pasti.. aku sendiri leka dengan arus dunia. Mungkin tak ralat kalau kita kata urusan duniawi lebih diutamakan berbanding usaha dan amal menuju alam barzakh dan hari pengadilan.

Pengajaran ataupun peringatan pertama yang keluar daripada mulut Mama ialah kerunsingan Mama melihatkan kami 3 adik-beradik lelaki yang menggunakan motorsikal sebagai kenderaan rasmi ke tempat kerja/belajar. Mungkin, dalam masa terdekat aku kena memilih alternatif lain sebagai pacuan ke KLCC. Mungkin tren merupakan alternatif terbaik buat masa ini.


Berbalik kepada kisah adikku.. keadaan beliau sudah mulai stabil. Adik dah mula sedar dan ingatan mula pulih. Alhamdulillah. Sebab kami runsing jika kemalangan itu memberi kesan kepada otaknya memandangkan adik baru saja menyambung pengajian sarjana mudanya.

Aku sendiri sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya supaya tidak mudah putus asa biar apa jua keputusan mengenai jari telunjuknya di masa mendatang. Nasihat dan kata-kata peransang ini harap-harapnya dapat memberikan beliau semangat baru. Sikap buruk, leka, ralit dengan dunia perlu diberi anjakan paradigma.

Dan.. mungkin ini antara kata-kata nasihat daripada seorang abang kepada adiknya yang meninggalkan kesan. Berbekas...mengalahkan segala parut yang melekat di tubuh adik ekoran kemalangan yang dialaminya. SOLAT TETAP UTAMA walau apa jua keadaan sekalipun.

Maka, tidak dapat tidak, solat tidak boleh diambil mudah. Wajib dilaksana walau apa jua cara sekalipun. Jangan tinggalkan solat walaupun kita sakit. Sebab apa? Sebab Islam itu mudah dan tak membebankan umatnya. Ada rukhsah atau keringanan jika solat itu sukar dilaksanakan secara sempurna.


Jika tak boleh berdiri, boleh solat duduk, kalau tak larat duduk, boleh solat mengiring atas lambung kanan, kalau tak mampu juga boleh duduk terlentang menggunakan isyarat mata, hatta menggunakan hati sebagai medium sekalipun. Sakit bukan alasan.. tapi anggaplah ini alasan Allah mahu beri kita lebih pahala. Pahala bersabar dan pahala mendirikan solat :)



Bila berbicara soal solat, pastinya kita perlu suci dari hadas besar dan kecil bukan? Maka, sudah pasti kita perlu berwudhu' sebelum menunaikan solat. Kita berwudhu' menggunakan air mutlak. Tetapi.. betapa indahnya Islam, jika tiada air yang cukup atau kita cedera/luka parah yang tak membolehkan tubuh badan kita terkena air, maka TAYAMMUM adalah jalan penyelesaiannya.

TAYAMMUM? Pernah dengar perkataan ini? Kita ada belajar suatu ketika dulu. Mungkin teori semata-mata tapi tak pernah praktik sebab bumi Malaysia sentiasa dilimpahi air yang mencukupi. Pernah dengar perkataan istinjak? Istinjak juga merupakan alternatif kita mensucikan diri kita daripada najis. Tak ada air, boleh guna batu yang ada 3 bucu, kayu atau apa saja yang kesat yang boleh menghilangkan warna, bau dan rasa.

Berbalik kepada topik tayammum.. memandangkan adikku cedera amat teruk di bahagian tangan, maka bahagian berkenaan tak boleh terkena air. Maka tayammum diharuskan supaya adik tak meninggalkan solat dengan sengaja. Bagaimana caranya kita bertayammum? Menggunakan apa? Debu bukan? Tapi debu macam mana? Yang bersepah di tepi jalankah?

Inilah jawapannya..


Kita ada debu yang suci dan khusus untuk bertayammum sebagai ganti kepada wudhu'. Boleh didapati di kedai buku agama contohnya. Ok.. bahan sudah ada. Bagaimana pula tatacaranya? Mula-mula sekali, abil kertas yang bersih, lalu taburkan seperti di bawah.


Pertama sekali.. niat.


Maksudnya:
“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”

Kedua..menyapu muka. Yakni letak kedua-dua tapak tangan di atas debu itu, kemudian nipiskan sedikit debu dengan membuang di atas kertas yang lain lalu menyapu rata muka sekali harung iaitu dengan memulakan bahagian atas ke bahagian bawah ketika menyapu muka.


Ketiga, menyapu kedua-dua belah tangan. Sama seperti tadi, letak tapak tangan di atas debu dan mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri. Mula dari belakang tapak tangan kanan menuju ke siku sebelum menggunakan ibu jari kiri meratakan bahagian depan. Tanpa putus, sambung meratakan debu ke tangan kiri.


Dan langkah terakhir, semestinya kena tertib.Sekali saja. Mudahkan? Tak payah 3 kali. Begitulah indahnya Islam :)


No comments:

Post a Comment