Hebahan

Wednesday, March 31, 2010

Carta Hangat Mac berMULA~ (back2back - vice versa)

Bulan Mac ni tukang tulis gandakan berita & fakta. Sebab tu ada perkataan back-to-back tu. Vice versa! Kita gandakan lagi mengenai berita tersebut. Kiranya kalau guna rumus, X2!

BerMULA dari tangga ke-10, semua berita yang kurang enak didengar. Krisis, fitnah, adu domba, berpecah, hancur, runtuh dan yang selari dengannya. Unsur negatifnya banyak untuk dijadikan sempadan buat kita. Menuju ke nombor 1 merupakan berita yang boleh memberikan kita contoh berdasarkan kejayaan, penganugerahan dan penghargaan yang mereka peroleh.

(10) Artis negara - Kena tahan vs Kena saman

Flora Damansara! Nak juga masuk carta. Gara-gara makin banyak isu dan kes janayah di sini. Kalau dulu ada kes lempar TV dari atas. Bulan ini ada kes Negro merogol budak IPTS. Kemudian kena belasah kaw kaw oleh penduduk setempat. Lepas tu ada juga kes ahli kumpulan rock kapak yang kantoi mencuri. Lepas tu ada pula artis yang kena tahan sebab dadah. Ada pelakon yang kena cari polis sebab belasah bini. Dan ada juga kes artis yang nak kena saman. Saman-menyaman. Saman! Selesaikan apa masalah artis negara. Lu fikirlah sendiri~


(9) Politik - PKR vs MCA

Politik negara. Parti Keadilan Rakyat nampaknya semakin kucar-kacir. Makin ramai wakil rakyat PKR yang mengisytiharkan diri bebas macam Ibrahim Ali. Sekarang, ahli Parlimen DAP lebih ramai berbanding PKR sehingga ada usul mahu menggantikan DSAI selaku Ketua Pembangkang. Kemuncaknya, ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin membuka pekung 'kentut yang sepi'.


Ahli Parlimen PKR semakin menyusut apabila bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang merupakan ahli Parlimen Hulu Selangor telah meninggal dunia. PRK kecil akan diadakan 25 April nanti. Negara juga dikejutkan kehilangan ulama' Syekh Mohamed Sayed Tantawi. Alfatihah~


Lain cerita pula dengan MCA. Presiden baru telah dipilih. Mantan Menteri Kesihatan, Dr Chua Soi Lek dipilih menerajui MCA, manakala Menteri Kesihatan sekarang, Dato' Sri Liow Tiong Lai dipilih menjadi Timbalan Presiden.

(8) Omar Atan vs Elia Suhana Ahmad


Omar Atan, 59, seorang peniaga dari Padang Besar, Perlis telah ditahan di Laos gara-gara dituduh menyeludup warga asing ke negara berkenaan. Omar yang berkhidmat sebagai jurubahasa di negara Laos telah menjadi mangsa penganiayaan telah meringkuk selama 10 bulan di dalam Penjara Punthong, Vientiane TANPA SEBAB. Penahanannya itu sangat meragukan kerana dia telah dibenarkan melepasi pintu keluar Laos dan pasportnya juga telah dicop, namun sejurus selepas itu dia ditahan semula oleh badan berkuasa negara itu. Gara-gara itu, isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Omar diberi pelepasan selama 10 hari atas ihsan perikemanusiaan melawat pusara isterinya. Pembebasan sementara Omar selama 10 hari adalah kebenaran khas daripada Perdana Menteri Laos dan ia pertama kali dalam sejarah tahanan diberi pembebasan seumpama itu. Betapa tragisnya hidup Pak Omar sebagai suami dan bapa~


Nama Elia Suhana Ahmad pula naik gara-gara mendakwa dirinya isteri kedua Sultan Kelantan. Elia telah dinafikan haknya melawat suami sendiri yang masih gering. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telahpun mengesahkan perkahwinan mereka pada 31 Disember 2007 seperti sumber ini nyatakan. Tup tup, diceraikan pulak. Bayangkan perasaan seorang isteri seperti Elia Suhana...

(7) Sukan, pelaburan negara (Lotus F1 + Harimau Muda) vs (Badminton + Basikal)

Perlumabaan kereta Formula 1 (F1) telah bermula. Pelaburan negara, Lotus kini masih gagal memungut sebarang mata setelah GP Bahrain, dan GP Australia berakhir. Bagaimana nasib pasukan ini di halaman sendiri hujung minggu ini? Pelumba-pelumbanya sekadar di tangga 15 dan 19 setakat ini.
Pasukan Harimau Muda yang telah dikhabarkan menyertai Liga Slovakia rupa-rupanya masih tiada pungutan mata. Oh, perlawanan persahabatan rupanya. Indah khabar dari rupa.

Berbeza dengan 2 sukan ini. Badminton dan basikal. Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Seluruh England edisi ke-100 buat julung kali bagi dirinya. Manakala The Pocket Rocket Man, Azizulhasni Awang dinafikan emasnya dengan setengah roda. Anuar Manan pula mencatat kemenangan dalam kejohanan Le Tour De Langkawai (LTDL).


(6) Kelantan - Solat Sunat Istisqa' vs Jom Heboh


Dek kemarau yang hangat melanda seluruh negara sehingga banyak memusnahkan tanaman seperti padi, maka sunat hukumnya mendirikan solat sunat Istisqa' (Meminta Hujan). Maka turunlah hujan rahmat di negeri Kelantan setelah Menteri Besarnya sendiri mengimamkan solat. Alhamdulillah~

Dalam masa yang sama, Jom Heboh yang sebelum ni kecoh diadakan seluruh negara akhirnya berjaya diadakan di negeri Che Siti Wan Kembang dengan mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan negeri seperti pengasingan penonton lelaki dan wanita, serta persembahan oleh artis lelaki sahaja. Artis perempuan boleh tetapi di tempat tertutup dan penonton wanita sahaja. Maka, Yasin, Jay Jay, Jamal Abdillah, Azlan & The Typewriter, kumpulan Rabbani merupakan antara yang bertuah dapat membuat persembahan.
(5) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur vs Pesta Belon Panas

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah diadakan di PWTC dari 18-24 Mac 2010. Manakala di lokasi berasingan, Pesta Belon Panas diadakan di Putrajaya.


(4) Raja Lawak 4 vs The Biggest Loser Asia


Kumpulan yang 'asal dari kampung', Kecik dinobatkan Raja Lawak musim keempat. Pasangan sahabat dari Sabah ini berjaya mengenepikan calon pilihan juri, Alex dan juga Abang Kasim Pon Pon.

Peserta dari Indonesia, David Gurnani berjaya memenangi The Biggest Loser Asia. Inilah wajah beliau sebelum menyertai pertandingan realiti ini.


Dan inilah hasilnya -->

(3) The Hurt Locker vs Sandra Bullock


Ini merupakan keputusan penuh Oscars. Filem pilihan ramai, Avatar yang dijangka menang besar akhirnya sekadar meraih 3 trofi. Avatar, arahan James Cameroon telah tewas kepada filem yang diarahkan oleh isteri kepada James Cameroon, Kathryn Bigelow yang bertajuk The Hurt Locker.

Ratu pelakon filem genre komedi romantik, Sandra Bullock pula berada di puncak kariernya selaku pelakon apabila menggondol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Yang kelakarnya, dalam tempoh 24 jam sebelum itu, Sandra Bullock menang Anugerah Pelakon Wanita Teruruk dan Anugerah Pasangan Terburuk atas tiket filem All About Steve dalam Anugerah Razzies. Pun boleh..~


(2) CEO Terbaik 2009 vs Bank Islam Terbaik di Asia


Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir yang menerajui KPJ Healthcare merupakan wanita pertama dipilih sebagai CEO Terbaik 2009. Manakala bank CIMB memenangi anugerah Bank Islam Terbaik di Asia.


(1) Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) vs Ikon Kempen "Marilah Membaca 1Malaysia" = Keputusan SPM 2009.


Peserta dari China,Zhang Song muncul sebagai Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu - Piala Perdana Menteri 2010 bagi kategori antarabangsa. Manakala peserta negara, Mohd. Syazwan Shuhaimi pula dinobatkan sebagai juara bagi kategori Nusantara. Tahniah, kerana pertandingan ini membuktikan Bahasa Melayu berada di kelas tersendiri. Malulah dengan diri sendiri kalau bangsa asing begitu kagum dengan Bahasa Melayu.






Datuk Michelle Yeoh dan Datuk Dr Sheikh Muszhaphar Shukor Al-Masrie pula dipilih sebagai ikon kempen "Marilah Membaca 1Malaysia" anjuran Perpustakaan Negara. Membaca kunci kejayaan. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya di dalam SPM 2009. Sekarang keputusannya, A+, A, A-. Tak macam dulu, 1A,2A,3B. Ingat! Perjalanan masih jauh. Jangan hanya nampak bintang-bintang di langit. Ingat juga rumput, bumi kita berpijak. Buat yang kecewa, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Giatkan usaha, tingkatkan prestasi. Result Ma'ahad? Klik di sini.

Bulan Mac ni secara kesimpulannya banyak berkisar PENJARA.. SEL.. masuk lokap, kena tahan polis sebab JENAYAH. Banyak juga BAYI yang dibuang macam SAMPAH, sehingga kena buat kempen KAMI PRIHATIN. Sebagai penutup, masih lagi hal penjara. PENJARA PUDU! Eh, silap! HENTIAN PUDU lah yang akan dihentikan operasinya selama 4 bulan bagi proses penambahbaikan bermula 19 Mac 2010.

1 comment:

  1. Berita terkini..Pak Omar dibebaskan. Alhamdulillah.. Baca link ini, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OmarAtanterimakasihkepadaPMusahakanpembebasannya/Article

    ReplyDelete