Hebahan

Tuesday, December 17, 2013

Analisis Finalis AJL 28

Semua dah tahu 12 lagu yang telah layak ke pusingan akhir AJL 28 pada Januari 2014 nanti.

1. In Love With You
Artis : Aizat Amdan & Noh Salleh
Komposer : Noh Salleh
Penulis lirik : Noh Salleh

2. Penglipurlara
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Omar K
Penulis lirik : Zell

3. Takkan Terpisah
Artis : Black
Komposer : Kuncidemak
Penulis lirik : Kuncidemak

4. Tanda Tanya
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Light & Bakri
Penulis lirik : Dark

5. Sahabat
Artis : Najwa Latif menampilkan Sleew dan Shamkamarul
Komposer : Najwa Latif
Penulis lirik : Ika Latif

6. Hanya Aku
Artis : Hyper Act
Komposer : Hyper Act
Penulis lirik : Frozen

7. Kalau Aku Kaya
Artis : Awi Rafael & Altimet
Komposer : Omar K & Audi Mok
Penulis lirik : Altimet

8. Aku Pelat
Artis : Salam Musik
Komposer : DJ Fuzz
Penulis lirik : Salam, Eyzabahra & Jaytan

9. Kau Yang Terindah
Artis : Alyah
Komposer : Citra
Penulis lirik : Erma Fatima

10. Bahagiamu Deritaku
Artis : Hafiz
Komposer : Ly
Penulis lirik : Baiduri

11. Ikut Rentakku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer : Edry Abd Halim
Penulis lirik : Edry Abd Halim

12. Bosan
Artis : Stacy
Komposer : Audi Mok
Penulis lirik : Omar K

Omar K tak pernah layak..tiba-tiba 3 lagu sekali masuk. Kuncidemak@Rudi akhirnya berjaya mar ke final. Adakah nasibnya seperti Mnusia Putih?? Teet~

Ada isu kecil mengenai peminat menempelak persembahan Yuna dan Aizat melalui lagu Dwihati, nmun kedua-dua pihak telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri masing-masing menerusi medium Twitter.

Kita lupakan isu remeh itu, sebab TT mahu buat analisis kesemua lagu yang akan dinilai komposisi lagu gubahannya, seni kata liriknya, mahupun kelunakan ataupun kemerdua vokal penynyinya. Harus diingatkan, ini hanya berdasarkan mata telinga TT yang bukan juri professional!

TT senaraikan 5 lagu bagi setiap kategori penilaian. Lagu berada paling atas merupakan calon pilihan TT, makin ke bawah makin kurang markahnya.. hehe

Komposisi Lagu

Sahabat - irama fresh, hip, dan in (ada rap, harmoni)
Hanya Aku - rock kapak yang dimeliniumkan
Penglipurlara - muzik 1Malaysia menampilkan "lagu kanak-kanak" yang malar segar
Kalau Aku Kaya - susunan muzik yang baik.. 
In Love With You - sentuhan Beatles sikit.. 

Lirik 

Tanda Tanya - puitis dan memang penuh persoalan 
Penglipurlara - takut nasib sama seperti lagu Pokok.. originaliti
Aku Pelat - ada isu, mesej tersurat dan tersirat
Sahabat - mesej positif yang mudah dan ringkas tetapi padat
Bahagiamu Deritaku - Baiduri..orang otai tulis lirik jiwang untuk anak muda

Vokal

Black - masa semi vokal Black amat solid
Ronnie (Hyper Act) - pesaing utama Black, complete ada falseto bagai
Azlan - klise dh jerit-jerit ni
Jclyn Victor - adik-beradik jerit-jerit.. cuma lagu Ikut Rentakku perlu ada kawalan pernafasan yang baik
Hafiz - lagi sekali?? Bahagiamu Deritaku ni very da O-Town All or Nothing ok


Dan paling bosan semestinya... Bosan!

Ramai tak suka Aku Pelat... tetapi lagu itu strong! Buktinya.. mereka menang Lgu Hip Hop Terbaik AIM 20 baru-baru ini.

Maka... pilihan TT untuk AJL kali ini...ramalan menjadi milik Hanya Aku - Sahabat - Penglipurlara 

Anuar Zain - Sempurnakan Aku

Ini adalah video muzik bersiri oleh abam Nuar Jeng. Class tak class?

Ingat lagi tak muzik video Ajari Aku? Nora Danish kemalangan bukan.. maka inilah sambungannya. Kisah pasca kemalangan...



Dan nantikan pelengkap trilogi muzik video lakonan Anuar Zain dan Nora Danish ini melalui episod seterusnya...(Terakhir Diriku kah?)

Sunday, December 15, 2013

LLJ Disember 2013


Joe Flizzow ft. Altimet & Sonaone - Havoc
Asmidar - Mohon (OST Penanggal)
Naim Helmi - Cukup Kau Untukku
RJ ft. Killafairy - Resolusi
Saja Band - Ku Jatuh Cinta
Astrid - Mendua
Hafiz ft. Rossa - Salahkah
Ayai Illusi ft. Altimet - Duniaku Dakwahku
The Vella - Benarkah Aku Yang Berdosa
Bunkface ft. Amy Search - Rentak Laguku
Aliff Satar - Akhiri Penantianku
Shahmeen Shah - Abadi (OST Papadom 2)
Liyana Fizi - Light Writing
Faizal Tahir - 7
Afghan - Jodoh Pasti Bertemu

Wednesday, December 11, 2013

Duduk di antara 2 sujud & pengertiannya

Kalaulah kita benar-benar menghayati makna bacaan doa duduk di antara dua sujud, pasti solat kita lebih khusyuk bukan? Sama-samalah kita menghayatinya.. Amat tersentuh jiwa seorang hamba :)




Sunday, December 8, 2013

Macam cantik je.. macam comel je..parodi Islamik?

Pertama sekali.. ada ke parodi Islamik?

Parodi.. parrot si burung kakak tua yang suka mengajuk kita. Apa yang kita cakap dan bicara.

Spoof film juga merupakan parodi. Macam Scary Movie tu... Tahun 2013 merupakan tahun parodi. Sesiapa saja cari pasal.. ulang perkataan sama 3 kali pasti kena troll. Troll? Apa benda pula. Yang ni anda buat kerja rumah tanya incik Google.

Raja dan ratu parodi Malaysia... Azrul dan Jihan MeleTOP. Vlogger Ahmad Luthfi, Anwar Hadi juga pandai berparodi kan? Namun, raja parodi sebenar di Malaysia milik Mamat Khalid. Lebih halus.. berseni dan bersahaja. Tak percaya tengok Rock Oo dah cukup. Ada kisah kapal selam, chinggey dan yang sewaktu dengannya.

Berbalik kepada soalan pertama, Kalau ia tidak memalukan... malah menyeru ke arah kebaikan.. apa salahnya. Contohnya macam kisah Sya Sya Solero (minah Lego Land ni)


Video asal




Diparodikan oleh ramai orang termasuk mek hayam Bobo.. (sila muntah hijau..ahaks)




Permohonan maaf Sya Sya.. yang memang cantik bila bertudung..




Dan parodi Islamiknya... oleh penyanyi Ammar yang buat lagu nasyid



Maka, gunakanlah bakat berparodi anda dengan bijak.. jangan berlagak.. pasti meninggalkan impak!

Lagu MILO baru tahun 2013

Ini dia lagu Milo baru yang diberi sentuhan rock dendangan Velvet Aduk. Tak sangka juga ya... begitu lantang dan bersemangat sekali. Yang bagusnya.. Velvet nyanyi lagu Milo ini boleh didengari dengan 3 bahasa, Melayu, Inggeris dan Cina.

Juga menampilkan 3 atlit yang berbeza, Rozaimi Abdul Rahman pemain bola sepak Harimau Malaya (Harimau Muda A juga), serta pelari S.Kannathasan.Ini merupakan sempena Sukan SEA Myanmar bermula 11-22 Disember 2013. Jom dengar lagu dulu...











Nak dengar lagi yang selebihnya boleh ke channel Milo Malaysia di Youtube.

Selamat berjuang kontinjen Malaysia di Myanmar sempena Sukan SEA ke-27!

TT: Moga emas bola sepak kekal milik Malaysia. Dan juga dapatkan balik emas Takraw!

Wednesday, December 4, 2013

"Runut bunyi" Mencari Chin-Ta - Akukah yang terlewat...?


Akukah yang terlewat
Untuk meluahkan rasa cintaku
Yang terbuku di hati selama ini . . ?

Akukah yang terlambat
Untuk menyatakan hasrat diri
Ingin memenangi hatimu yang sunyi . . ?

Atau kau yang terlalu awal
Menafikan, menidakkan cintamu
Atau kau yang terlalu cepat
Menolak menepis hasratku

Dunia umpama putaran roda
Adakala kita di atas
Ke bawah, naik semula

Begitulah jua perhubungan kita
Bertemu dan berpisah
Kembali bersama semula

Adakah ini ertinya
Tersirat erti cinta kita
Adakah itu takdirnya
Tersurat jodoh bagi kita

c/o 1
Selagi ada  harapan untuk bahagia
Kuakan cuba sedaya upaya
Selagi ada peluang tercipta
Kuakan rebut takku lepaskannya

Selagi ada ruang untuk kita
Penuhkanlah cinta bersama

Bridge:
Kuakui siapalah daku
Kuinsafi jika ketentuan-Nya
Kuhargai kau memilih diri ini
Kusyukuri andai kumilikmu
Selagi ada jujur dan percaya
Pastikan bahagia milik kita

Selagi ada namamu di hati
Terpahat memori nan indah
Selagi ada jodoh kan bersama
Ku takkan persiakan dirimu

Ulang c/o 1

Akukah yang terlewat
Mencari cinta . . ?


Lyrics by : ABE 2006
Nota kaki TT - Haha.. kelakar kan? Ini adalah karya kedua, Mencari Chin-Ta tahun 2006. TT dulu konon-konon verangan nak jadi penulis skrip. Alang-alang tulis skrip.. tulis lirik sekali. Sebelum ni memang banyak puisi ditulis TT. Lagu pun ada gubah.

Lirik pertama TT bertajuk Salam Perpisahan, tahun 1998. Mungkin menulis ni hobi masa lapang TT. Karya ini berjaya dikorek ketika menyelongkar fail-fail lama dalam PC. Nak tahu tak apa dia judul karya pertama TT? Teet~  Nanti TT kongsikan ya!