Hebahan

Sunday, December 8, 2013

Macam cantik je.. macam comel je..parodi Islamik?

Pertama sekali.. ada ke parodi Islamik?

Parodi.. parrot si burung kakak tua yang suka mengajuk kita. Apa yang kita cakap dan bicara.

Spoof film juga merupakan parodi. Macam Scary Movie tu... Tahun 2013 merupakan tahun parodi. Sesiapa saja cari pasal.. ulang perkataan sama 3 kali pasti kena troll. Troll? Apa benda pula. Yang ni anda buat kerja rumah tanya incik Google.

Raja dan ratu parodi Malaysia... Azrul dan Jihan MeleTOP. Vlogger Ahmad Luthfi, Anwar Hadi juga pandai berparodi kan? Namun, raja parodi sebenar di Malaysia milik Mamat Khalid. Lebih halus.. berseni dan bersahaja. Tak percaya tengok Rock Oo dah cukup. Ada kisah kapal selam, chinggey dan yang sewaktu dengannya.

Berbalik kepada soalan pertama, Kalau ia tidak memalukan... malah menyeru ke arah kebaikan.. apa salahnya. Contohnya macam kisah Sya Sya Solero (minah Lego Land ni)


Video asal




Diparodikan oleh ramai orang termasuk mek hayam Bobo.. (sila muntah hijau..ahaks)




Permohonan maaf Sya Sya.. yang memang cantik bila bertudung..




Dan parodi Islamiknya... oleh penyanyi Ammar yang buat lagu nasyid



Maka, gunakanlah bakat berparodi anda dengan bijak.. jangan berlagak.. pasti meninggalkan impak!

No comments:

Post a Comment