Hebahan

Tuesday, January 1, 2013

12 CDC 2012

Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya. Sudah 366 hari berlalu. Banyak yang telah tercatat sebagai sejarah. Samada pencapaian yang boleh dibanggakan atau kesilapan yang menjadi pengajaran dan boleh diperbetulkan, amalan yang boleh menjadi bekalan atau dosa yang seharusnya menggerunkan kita. Ayuh kita imbas kembali rentetan peristiwa sepanjang tahun 2012 yang penuh dengan warna berbaur rasa menerusi Carta Darjah Celcius 2012...12 berita hangat mengikut kluster yang berbeza sepanjang tahun.


1. Himpunan Rakyat (Protester)

Tahun 2011 juga kita menyaksikan perkara yang sama. Betapa suara rakyat itu suara keramat. Tak kira di mana.. luar negara mahupun dalam negara sendiri. Mungkin rakyat hanya ada satu platform untuk suarakan hak mereka dek pemerintah yang kurang cakna. Membantah dan membangkang berbeza perspektifnya. Himpunan yang bermain dengan warna!


Mesir 




Kuning nya - Bersih 3.0



 
Himpunan Hijau Anti-Lynas


Himpunan Oren Selamatkan Felda 



Mansuhkan PTPTN 



Himpunan Hijau ke Putrajaya



Dan tidak lupa... Perhimpunan Agong UMNO.. merahnya mak ngah!


TT : Mujur peristiwa 901 tidak berlaku. DSAI bebas kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Kalau tak...


2. Penindasan umat Islam

Umat Islam di dunia ini amat ramai? Kulitinya? Adakah seperti buih-buih di lautan?

Rejim Bashar Al-Assad begitu zalim di Syria



Israel di Gaza, Palestin



Juga puak-puak Rakhine menindas Rohingya di Arakan, Myanmar





TT : Soal diri? Apa yang kita lakukan? Atau langsung tidak peduli? Paling tidak kita menadah tangan berdoa.
Dan boikot!



3. Politik - Antara nama-nama yang hangat menjadi bualan sepanjang tahun 2012 ialah :

Dr. Mursi - Presiden Mesir yang baru


Obama - kekal selaku Presiden Amerika Syarikat



Hassan Ali JATI - Ustaz Nasha


Shafie Afdal - Zahida Rafik


Rafizi Ramli - Shahrizat Jalil


TT : Ramalan menarik 2013?? Pilihan Raya Umum !!

4. Sukan - Takkan habis jika mahu diceritakan kesemuanya. Ibarat membilang helaian rumput di padang bola. Namun, yang paling menarik adalah seperti berikut :

Kelantan - juara treble (Piala FA, Piala Malaysia & Juara Liga Super 2012)


Olimpik London 2012



Euro 2012 milik Sepanyol



TT : Famous juga attention seeker yang guna alasan akaun kena hack apabila atlit negara menang piala dan sebagainya.

5. Musibah bencana, mala petaka melanda. Malang tak berbau



Gempa bumi di Acheh





Taufan Sandy di Amerika



Banjir di Malaysia



TT : Siapa ramal bumi musnah tahun 2012.. memang tak berasas. Percayalah hari kiamat, rukun iman kelima!


6. Perang teknologi tinggi. Menerusi produk-produk yang canggih, trendy & mesra pengguna.

Windows 8

 

iPhone 5


Samsung Galaxy S3 


Samsung Galaxy Note 2


TT : Bagaimana pula kisah saman-menyaman antara Samsung versus Apple?


7. Hijrah - Kisah penghijrahan. Perubahan ke arah yang baik

Liam Neeson memeluk Islam


Bertudung






Selebriti lelaki seperti Pierre Andre, Datuk Malik Noor, Adam dll




Bagaimana pula mereka yang terjun ke bidang politik? Seperti Aishah, Dayangku Intan, Abby Abadi, Hairee Othman, Adam Hamid, Pak Jabit HKLBR & Leman RL



TT : Orang lelaki sukar nak tahu berubah atau tidak sebab sudah menilai luaran semata-mata.


8. Perkahwinan - Ikan di laut.. asam di darat. Dalam peiruk bikin mufakat. Kalau dah jodoh tak ke mana.. Tahniah! Antaranya :

Yusry-Lisa,


Scha-Awal,


Irma-Redza,


Farid Kamil Diana Danielle,


Lee Chong Wei-Wong Mew Choo,



Apex-Leuniey


TT : Seterusnya giliran siapa? Fizz Fairuz & Almy Nadia kah? Soal perceraian pula rasanya tak perlu masuk senarai berita penting. Bergegar arasyAllah.


9. Perang rating industri penyiaran

Radio - Era kembali nombor 1 (faktor JoHaRa).. 2. Sinar.FM 3. THR-Gegar... Hot.FM sendu nombor 4!



Drama berkualiti - Adam & Hawa, Coklat Vanilla, Keluarga Iskandar, Mana Hilangnya Juwita, Jangan Ambil Padang Kami, Dalam Hati Ada Taman







Rancangan gossip - Melodi, Galaksi, Bilik 7, Propaganza, Fuhhh!, & MeleTOP!






Rancangan berkonsep masakan - Masterchef Malaysia 1 & 2, Masterchef Selebriti Malaysia, Hello Bro
Tolong Masak, 5 Rencah 5 Rasa, Hot Guys Who Cook, dll







Rancangan Lawak - Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Astro Warna, Teater Lawak Ke Der?, Konsert Mega Lawak



TT : Sibuk kejar rating walaupun kualiti produknya tahap "hazabedah". Contohnya ASK, APM dan anugerah yang merepek-repek syok sendiri.


10. Fenomena Youtube

PSY - Gangnam Style



Carly Rae Jepsen 


Ainan Tasneem


Parodi


TT : Vlogger akan famous pula nanti.


11. Maslahat rakyat - menerusi Bajet 2013 / Gula-gula PRU 13?

BR1M 2.0 , Pr1Ma, Kr1M, Tayar , Teksi 1 Malaysia


Seluar Dalam 1Malaysia



Rebat Telefon Pintar harga bawh RM 500


AES


TT : Paling "hazabedah" logo Merdeka 55!



12. Obituari / Belasungkawa

Ghani Minhat


Lim Keng Yaik


Whitney Houston


Neil Armstrong


Nota kaki TT : 2012 bagiku sangat menguji kesabaran... menduga keimanan. Banyak cabaran, pancaroba, onak duri dan mehnah yang ditempuh. Awal tahun lagi dibuka dengan kejadian kemalangan. Lepas tu adik pula terlibat dengan kemalangan. Duit banyak habis sebegitu saja. Mengalir macam air. Tidak mengapa! Buang yang keruh.. ambil yang jernih.

Moga 2013 lebih bermakna & meninggalkan kesan. Sebelum mencecah usia 30-an.. kesihatan diutamakan.. amalan dipertingkatkan.. dosa terus ditinggalkan.. moga menjadi tauladan kepada ahli keluarga. Insya allah tahun ini keluarga semakin berkembang. Harapnya kehadiran ahli kelurga baru membuka ruang & peluang rezeki yang lebih luas.. bahagia tidak terbatas :)  

p/s : Nantikan... WAJAH 2012. Siapa yang terpilih??

Monday, December 31, 2012

CDC Disember 2012

CDC Disember 2012

1. Demi Palestin - Passport to Jerusalem? - Artis / Selebriti ke Gaza, Palestin
2. Singapura Juara Piala Suzuki AFF 2012 versus Malaysia - Juara ASEAN University Games (AUG)
3. Nicole Ann David Juara Dunia Kali ke-7
4. Obituari Mendiang Lim Keng Yaik
5. Keputusan PMR 2012
6. Retorik Amanat Haji Hadi - bagi 1 jam kepada TGAH beri penjelasan. Klik.  
7. Pembunuh arwah adik Aminurrasyid bebas?
8. Musim tengkujuh - Pantai Timur dilanda bah
9. Anugerah Paling Mengarut / Anugerah Planet Muzik (APM 2012)- Tahniah kepada Alyah, Hafiz & Shyla Amzah
10. Ambang 2013 - i-City BN versus Dataran Shah Alam PR


Wajah Disember 2012

Corinthians
Wan Zack Haikal
Komando Qassam
Umar Azmy
Big Bad Wolf
Jules Schratter
Deepak Jaikishan
Masterchef Malaysia 2 - Izyan
Darul Takzim FC
Fear Factor Selebriti Malaysia
Sebuah Piala Seekor Kambing
Sultans of Science, Petrosains

TT : Entah apa-apa yang meramal dunia berakhir. Percayalah kepada hari kiamat.

Sunday, December 23, 2012

Hantu Kak Limah 2?



2 tahun lebih menanti ya! Ini dia filem trilogi Kampung Pisang. Sequel ketiga ini mengangkat Husin & Mon pula selaku watak utama. Kak Limah, Usop Wilcha dll masih ada. Cuma Abi(Johan) dah kahwin lari katanya. Ada watak antagonis dibawakan Rashidi Ishak.  Layan saja trailer itu yang bakal menjengah pawagam Februari 2013. Ops, Rock Ooo arahan Mamat juga muncul Februari 2013. MeleTOP~

Published with Blogger-droid v2.0.6

Permainan yang menjadi kenyataan



Siapa pernah main game potong potong buah ni? Fruit Ninja! Ini realiti.. siap ada bom sekali. Apa lagi game yang jadi realiti? Siap buat filem lagi.. Banyakkan. Contohnya Tomb Raider, Dragon Ball dan banyak lagi. Apa-apapun..hero ini umpama Kungfu Panda. 



Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, December 22, 2012

Sultans of Science di Petrosains

Sultans of Science(SOS) merupakan pameran bergerak bertaraf antarabangsa di mana pameran ini memfokuskan zaman kegemilangan Islam dari sudut sains dan teknologi. Banyak tokoh Islam yang cemerlang akhlaknya seiring dengan penemuan, pencapaian atau bahan ciptaan mereka yang mengkagumkan.

Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna.

Sebagai contoh.. Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini yang lebih canggih.

SOS dimiliki sepenuhnya syarikat MTE Studios yang beroperasi di Dubai. Kini SOS dalam rangka jelajah Asia di mana Kuala Lumpur, Malaysia menjadi destinasi ketiga selepas Singapura dan Bangkok. SOS akan berada di Petrosains selama 6 bulan bermula 15 Disember 2012 sehingga 15 Jun 2013. Kemudian, SOS akan memulakan promosi jelajah Eropah bermula di Norway dan Turki.

Tiket berbayar dikenakan dengan harga RM 20 seorang bagi dewasa, RM 15 bagi remaja dan RM 10 bagi kanak-kanak. Namun, ada pakej istimewa dengan harga yang lebih berpatutan bagi mereka yang datang bersama keluarga atau secara berkumpulan. Sila rujuk laman web rasmi Sultans of Science untuk keterangan yang lebih lanjut. Klik http://www.petrosains.com.my/sultansofscience/ticket.html atau hubungi talian 03 2331 8181 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Jom kita ke KLCC. Lawat Petrosains, Menara Berkembar dan Sultans of Science sekaligus. Dan ini dia beberapa keping gambar yang merakam momen indah dan meriah di daerah Sultans of Science. Hati-hati! Sultans of Science sudah mula memerintah dan menjelajah.

p/s : Kemasukan PERCUMA bagi ahli Petrosains :)




























Selain daripada pameran, SOS juga menyediakan beberapa aktiviti seperti bengkel, pertunjukan Sains, demonstrasi mini dan juga permainan (basking) seperti I know your age, I know your number, I know you day dan macam-macam lagi yang pastinya menguji minda dan menghiburkan.