Hebahan

Tuesday, January 1, 2013

12 CDC 2012

Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya. Sudah 366 hari berlalu. Banyak yang telah tercatat sebagai sejarah. Samada pencapaian yang boleh dibanggakan atau kesilapan yang menjadi pengajaran dan boleh diperbetulkan, amalan yang boleh menjadi bekalan atau dosa yang seharusnya menggerunkan kita. Ayuh kita imbas kembali rentetan peristiwa sepanjang tahun 2012 yang penuh dengan warna berbaur rasa menerusi Carta Darjah Celcius 2012...12 berita hangat mengikut kluster yang berbeza sepanjang tahun.


1. Himpunan Rakyat (Protester)

Tahun 2011 juga kita menyaksikan perkara yang sama. Betapa suara rakyat itu suara keramat. Tak kira di mana.. luar negara mahupun dalam negara sendiri. Mungkin rakyat hanya ada satu platform untuk suarakan hak mereka dek pemerintah yang kurang cakna. Membantah dan membangkang berbeza perspektifnya. Himpunan yang bermain dengan warna!


Mesir 




Kuning nya - Bersih 3.0



 
Himpunan Hijau Anti-Lynas


Himpunan Oren Selamatkan Felda 



Mansuhkan PTPTN 



Himpunan Hijau ke Putrajaya



Dan tidak lupa... Perhimpunan Agong UMNO.. merahnya mak ngah!


TT : Mujur peristiwa 901 tidak berlaku. DSAI bebas kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Kalau tak...


2. Penindasan umat Islam

Umat Islam di dunia ini amat ramai? Kulitinya? Adakah seperti buih-buih di lautan?

Rejim Bashar Al-Assad begitu zalim di Syria



Israel di Gaza, Palestin



Juga puak-puak Rakhine menindas Rohingya di Arakan, Myanmar





TT : Soal diri? Apa yang kita lakukan? Atau langsung tidak peduli? Paling tidak kita menadah tangan berdoa.
Dan boikot!



3. Politik - Antara nama-nama yang hangat menjadi bualan sepanjang tahun 2012 ialah :

Dr. Mursi - Presiden Mesir yang baru


Obama - kekal selaku Presiden Amerika Syarikat



Hassan Ali JATI - Ustaz Nasha


Shafie Afdal - Zahida Rafik


Rafizi Ramli - Shahrizat Jalil


TT : Ramalan menarik 2013?? Pilihan Raya Umum !!

4. Sukan - Takkan habis jika mahu diceritakan kesemuanya. Ibarat membilang helaian rumput di padang bola. Namun, yang paling menarik adalah seperti berikut :

Kelantan - juara treble (Piala FA, Piala Malaysia & Juara Liga Super 2012)


Olimpik London 2012



Euro 2012 milik Sepanyol



TT : Famous juga attention seeker yang guna alasan akaun kena hack apabila atlit negara menang piala dan sebagainya.

5. Musibah bencana, mala petaka melanda. Malang tak berbau



Gempa bumi di Acheh





Taufan Sandy di Amerika



Banjir di Malaysia



TT : Siapa ramal bumi musnah tahun 2012.. memang tak berasas. Percayalah hari kiamat, rukun iman kelima!


6. Perang teknologi tinggi. Menerusi produk-produk yang canggih, trendy & mesra pengguna.

Windows 8

 

iPhone 5


Samsung Galaxy S3 


Samsung Galaxy Note 2


TT : Bagaimana pula kisah saman-menyaman antara Samsung versus Apple?


7. Hijrah - Kisah penghijrahan. Perubahan ke arah yang baik

Liam Neeson memeluk Islam


Bertudung






Selebriti lelaki seperti Pierre Andre, Datuk Malik Noor, Adam dll




Bagaimana pula mereka yang terjun ke bidang politik? Seperti Aishah, Dayangku Intan, Abby Abadi, Hairee Othman, Adam Hamid, Pak Jabit HKLBR & Leman RL



TT : Orang lelaki sukar nak tahu berubah atau tidak sebab sudah menilai luaran semata-mata.


8. Perkahwinan - Ikan di laut.. asam di darat. Dalam peiruk bikin mufakat. Kalau dah jodoh tak ke mana.. Tahniah! Antaranya :

Yusry-Lisa,


Scha-Awal,


Irma-Redza,


Farid Kamil Diana Danielle,


Lee Chong Wei-Wong Mew Choo,



Apex-Leuniey


TT : Seterusnya giliran siapa? Fizz Fairuz & Almy Nadia kah? Soal perceraian pula rasanya tak perlu masuk senarai berita penting. Bergegar arasyAllah.


9. Perang rating industri penyiaran

Radio - Era kembali nombor 1 (faktor JoHaRa).. 2. Sinar.FM 3. THR-Gegar... Hot.FM sendu nombor 4!



Drama berkualiti - Adam & Hawa, Coklat Vanilla, Keluarga Iskandar, Mana Hilangnya Juwita, Jangan Ambil Padang Kami, Dalam Hati Ada Taman







Rancangan gossip - Melodi, Galaksi, Bilik 7, Propaganza, Fuhhh!, & MeleTOP!






Rancangan berkonsep masakan - Masterchef Malaysia 1 & 2, Masterchef Selebriti Malaysia, Hello Bro
Tolong Masak, 5 Rencah 5 Rasa, Hot Guys Who Cook, dll







Rancangan Lawak - Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Astro Warna, Teater Lawak Ke Der?, Konsert Mega Lawak



TT : Sibuk kejar rating walaupun kualiti produknya tahap "hazabedah". Contohnya ASK, APM dan anugerah yang merepek-repek syok sendiri.


10. Fenomena Youtube

PSY - Gangnam Style



Carly Rae Jepsen 


Ainan Tasneem


Parodi


TT : Vlogger akan famous pula nanti.


11. Maslahat rakyat - menerusi Bajet 2013 / Gula-gula PRU 13?

BR1M 2.0 , Pr1Ma, Kr1M, Tayar , Teksi 1 Malaysia


Seluar Dalam 1Malaysia



Rebat Telefon Pintar harga bawh RM 500


AES


TT : Paling "hazabedah" logo Merdeka 55!



12. Obituari / Belasungkawa

Ghani Minhat


Lim Keng Yaik


Whitney Houston


Neil Armstrong


Nota kaki TT : 2012 bagiku sangat menguji kesabaran... menduga keimanan. Banyak cabaran, pancaroba, onak duri dan mehnah yang ditempuh. Awal tahun lagi dibuka dengan kejadian kemalangan. Lepas tu adik pula terlibat dengan kemalangan. Duit banyak habis sebegitu saja. Mengalir macam air. Tidak mengapa! Buang yang keruh.. ambil yang jernih.

Moga 2013 lebih bermakna & meninggalkan kesan. Sebelum mencecah usia 30-an.. kesihatan diutamakan.. amalan dipertingkatkan.. dosa terus ditinggalkan.. moga menjadi tauladan kepada ahli keluarga. Insya allah tahun ini keluarga semakin berkembang. Harapnya kehadiran ahli kelurga baru membuka ruang & peluang rezeki yang lebih luas.. bahagia tidak terbatas :)  

p/s : Nantikan... WAJAH 2012. Siapa yang terpilih??

No comments:

Post a Comment