Hebahan

Saturday, December 22, 2012

Sultans of Science di Petrosains

Sultans of Science(SOS) merupakan pameran bergerak bertaraf antarabangsa di mana pameran ini memfokuskan zaman kegemilangan Islam dari sudut sains dan teknologi. Banyak tokoh Islam yang cemerlang akhlaknya seiring dengan penemuan, pencapaian atau bahan ciptaan mereka yang mengkagumkan.

Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna.

Sebagai contoh.. Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini yang lebih canggih.

SOS dimiliki sepenuhnya syarikat MTE Studios yang beroperasi di Dubai. Kini SOS dalam rangka jelajah Asia di mana Kuala Lumpur, Malaysia menjadi destinasi ketiga selepas Singapura dan Bangkok. SOS akan berada di Petrosains selama 6 bulan bermula 15 Disember 2012 sehingga 15 Jun 2013. Kemudian, SOS akan memulakan promosi jelajah Eropah bermula di Norway dan Turki.

Tiket berbayar dikenakan dengan harga RM 20 seorang bagi dewasa, RM 15 bagi remaja dan RM 10 bagi kanak-kanak. Namun, ada pakej istimewa dengan harga yang lebih berpatutan bagi mereka yang datang bersama keluarga atau secara berkumpulan. Sila rujuk laman web rasmi Sultans of Science untuk keterangan yang lebih lanjut. Klik http://www.petrosains.com.my/sultansofscience/ticket.html atau hubungi talian 03 2331 8181 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Jom kita ke KLCC. Lawat Petrosains, Menara Berkembar dan Sultans of Science sekaligus. Dan ini dia beberapa keping gambar yang merakam momen indah dan meriah di daerah Sultans of Science. Hati-hati! Sultans of Science sudah mula memerintah dan menjelajah.

p/s : Kemasukan PERCUMA bagi ahli Petrosains :)




























Selain daripada pameran, SOS juga menyediakan beberapa aktiviti seperti bengkel, pertunjukan Sains, demonstrasi mini dan juga permainan (basking) seperti I know your age, I know your number, I know you day dan macam-macam lagi yang pastinya menguji minda dan menghiburkan.

No comments:

Post a Comment