Hebahan

Monday, June 30, 2014

Wajah Jun 2014

Apa kata bulan ni kita buat kelainan. TT akan senaraikan Wajah-wajah tanpa gambar. Sebab anda sendiri yang akan padankan wajah-wajah berkenaan yang TT sediakan di bawah. Selmat mencari!

1. Bola sepak Malaysia

(a) Faizol Hussain - wira Pahang asal dari Johor

(b) Dollah Salleh - jurulatih Harimau Malaya yang baru

2. Penyanyi "fenomena"

(a) Malaysia Chabor - Joyce Chu

(b) Fynn Jamal a.k.a Kok Ping - Arjuna Beta.. Terbang Tunduk

3. Antara 2 darjat

(a) Kg.Chubadak

(b) KLIA 2

4. Wajah Piala Dunia 2014

(a) Shaheen the camel - pengganti Paul kena sembelih

(b) Wajah menyerlah; Raais, Ochoa, Navas = penjaga gol!

5. Juara MASUM

Fitri Saari - Pandalela Rinong - Irfan Shamsudin.

6. Firdaus Dullah versus Lola; Remaja malang OKU

7. Transfer window MU

Ander Herrera - Luke Shaw

8. Filem baru;

Transformers versus Pengantin Malam

9. Rancangan TV

(a) #sukalattew

(b) Ikon siarawan

(c) #ktar Kerana terpaksa aku relakan.

10. Suwaibah muhd. Nasir - 3333km



























Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan 1435

Alhamdulillah. Sempat bertemu Ramadhan lagi.

Ahlan wa sahlan Ramadhan Kareem. Selamat berpesta ibadah.




Thursday, June 26, 2014

Sebelum masyhur...~

Sebelum ke pentas kemasyhuran... sebelum mereka terkenal seantero buana.. sebelum popular serata dunia... sebelum glamor seluruh alam... sebelum nama mereka meleTOP! , inilah mereka suatu ketik dahulu... huhu

Cuba cari siapakah yang dimaksudkan... dan siapakah mereka sebenarnya...

Kita mula dengan lagu 80-an lah dulu.. cuba cari jawapan sendiri... siapa yang anda nampak.. (klu : sekarang dah veteran selepas 30 tahun)

Mula-mula sekali lagu arwah Adam Ahmad, Kau Pergi Jua



Jay Jay - Cukuplah Sekali



Ibnor Riza - Berdiri Seorang Perindu (remake)



Sekarang giliran lagu 90-an yang terkenal... kumpulan Spring seiring dengan Sofea Jane dari segi popularitinya. Membantu untuk mengukuhkan lagi kedua-dua figura berkenaan.. sampai Sofea Jane menang Bintang Paling Popular ABP.

Spring pula.. meletup dengan 2 album pertama.. Sampai Hati dan Bourgenvilla! Kira mereka trend setter lah kiranya waktu itu. Kalau nak lawan pun Saleem Iklim melalui lagu Bukan Ku Tak Sudi yang menampilkan Amyza Aznan (yang waktu tu glamor lah juga sebab wajah persis Fauziah Latiff katanya).





Soalannya... kumpulan rock manakah yang setanding dengan populariti (atau mengatasi populariti Spring)?? Jawapannya... kumpulan Ukays. Tapi sayeng...video klip untuk lagu seperti Seksa, Di sana menanti di sini menunggu, Sebak..tidak menampilkan model/pelakon wanita yang ummph. Cuma... ya... cuma terdapat satu video klip remake yang menampilkan pelakon Ezany. Banyak kan video klip dia berlakon sebelum famous.



Kes yang sama... bila syarikat rakaman buat remake video atas alasan album kompilasi atau versi karaoke, maka terselit tak pasal-pasal si Leez AF nih. Hmm~



Sama kes macam Cik Piah (Feeya ni kot.. )





Video di atas lagu kumpulan Wings (penyanyinya Mel ya waktu itu... bukan Awie). Menarik tak video klip di atas? Sebab ada pasangan Faizal Hussein-Nasha Aziz (bercinta waktu itu) kah? Atau sebab lain? Satu lagi pencabar kumpulan Spring  ialah kumpulan Slam.. tetapi macam kumpulan Ukays...tiada pelakon wanita yang menarik. Seterusnya... lagu kumpulan KRU, Ooh La La



Nur Fazura kah ini... dalam Video Klip Impak Maksima. Jumpa ke idok??



Perasan tak wajah supermodel Tengku Azura (dulu pernah ada gosip dengan Yusry..ops) yang telah buat kemunculan sebagai Mek Yah buaya jadian (ala ala Halle Berry) dalam Bunohan.

Baiklah.. kita ke lagu seterusnya, nyanyian penyanyi Bumi Kenyalang, Rem dengan lagu Selingkar Kasih. Cer cari Rita Rudaini dalam video klip ini.. hmmm~ Aidil berhingus lagi waktu ni... ops!



Nak lagu dangdut tak?? Nah lagu Amelina, Semakin Rindu Semakin Asyik (Terang Bulan Malam Ini...) Perasan tak deejay radio Sinar.FM di situ?? Eh!



Ini versi LIVE Ah, Rindu Lagi.. AJL ok! Cuba cari Anuar Zain... Eh!



Jangan main-main ok... Anuar Zain pernah bantu Siti Nurhaliza menang AJL kali pertama tahun 1996 bersama Anugerah Persembahan Terbaik ok. Cari abang Nuar bergari..



Ini pula Azie - Pelamin Anganku Musnah (lagu Saari Amri bersepah-sepah ok) yang menampilkan Datuk Sani Express. Eh!



Kawan baik Sani kumpula Impression, Eizlan Yusoff pun ada.. dalam video klip Dia, Fauziah Latiff



Lagu-lagu 2000-an pula antaranya seperti berikut :

Bisakah - Datuk Siti Nurhaliza (Remy Ishak & Nadya Nisa)



Zahid - Milkku (cari Lisa Surihani di situ)




Kaer - Iznikan Ku Pergi ( Dira Abu Zahar)



Hazami - Mungkir Bahagia (Sabrina Hassan)



Najwa Mahiadin - Got To Go (Afiq Muiz)



Tilu - (Neelofa)



Ramlah Ram ft. Sleeq - Sesaat Kau Datang (Afiq Muiz lagi)



Nashrin - Fobia Cinta (bekas tunang Ally Iskandar, peserta Gadis Melayu, Aisyah Zainal )



Terkini?? Alyah dan Shila Amzah suka menampilkan pelakon lelaki terkenal sebagai heronya. Ada beza ya! Alyah dan Shila Amzah ambil pelakon yang dah terkenal...

Waktu hangat berasmara dengan nanas Sharnaaz Ahmad.. lantas berpatah 1000... dan juga sewaktu Masih Kau Cinta bersama Johan Ariff Botak.






Misha Omar pun sama... lagu Nafas Cahaya (Azlee Khairi Mr Arrogant), Angin Syurga (Nazim Othman)








Tak aci kan ambil Remy Ishak untuk Kisah Hati. Tumpang glamor ker?? Oklah kan... cuma untuk single Ballad terbaru Alyah, Sesal Separuh Nyawa, video klip kali ni menampilkan Encik Harith Arianna Rose a.k.a Hisham Hamid, pelakon dari Singapura yang diberi jolokan Chuck Base Malaysia oleh Nabila Huda. Wah... gitu~




Friday, June 20, 2014

Punah

Punah..
Musnah..
Rosak..
Runtuh..
Roboh..
Hancur...
Lebur..
Berderai.. 
Berkecai...

Sahsiah ..
Alam...
Akhlaq...
Kejadian...
Bangunan...
Reputasi...
Prestasi...
Impian...
Harapan...

Punah manusia
Musnah adabnya
Hilang hormatnya
Rosak diri

Punah akhlaq
Hancur peribadi
Dilanda musibah
Tiada munasabah

Sebab-musababnya
Sama sahaja
Baharu siaga
Sekilas sesal peraga

Bila tercabar
Mula menggelabah
Bagai ditimpa bah
Cuma berdosa megah

Hilang dara..
Terusik teruna..
Terlanjur senggama
Bermukah tiada salah

Punah semesta
Pelosok buana
Durja bersalut noda
Lebih berat dosa

Lepaskanlah...
Hentikanlah...
Berhentilah...
Kembalilah...

Sunday, June 15, 2014

LLJ Jun 2014

Awi Rafael - Hari-hariku
IamNeeta - Jatuh Cinta
Wings - Peti Pandoramu
Ziabella - Sesuatu Yang Tak Mungkin
Hanie & Zue - Biar
KRU - Setiap
Awi Rafael - Takdir Cinta (OST Kusinero Cinta)
Firman - Rindu Serindu-rindunya
Mohd Mentor - Segala
Adira - Ruhi Kasih
Astrid - Terpukau
Encik Mimpi - Ayuh Tinggalkan Dia
Yuna - Come Back
Diddy Hirdi - Bidadari Hati
Fynn Jamal - Terbang Tunduk

Friday, June 13, 2014

Malaysia Chabor - Akan menjadi viral??




Itulah persoalannya..??

Adakah lagu Malaysia Chabor @ Gadis Malaysia nyanyian Joyce Chu ini akan menjadi viral terbaru??

Sebabnya... sudah ditonton melebihi 4 juta di Youtube. Dan sudah rmai yang buat cover version dan juga parodinya! Hmm... tunggu~

Thursday, June 12, 2014

Menjelang sepak mula

Menjelang sepak mula Piala Dunia 2014 di Rio, Brazil... sebelum wisel dibunyikan menandakan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang pertama antara Brazil dan Croatia.. ayuh kita lihat senarai kumpulan bagi setiap negara.




Pastinya setiap kali menjelang Piala Dunia, ada saja lagu tema yang menarik di pendengaran. Mungkin kerana lagu berkenaan catchy, meriah dan bernyawa.

Contohnya macam lagu Ricky Martin ini,



Lewat kebelakangan ini, nama Shakira Moubarak pula cukup sinonim dengan lagu tema bola. Lagu Hip's Don't Lie wlaupun bukan lagu tema bola... namun ianya berjiwa pesta bola. Namun, buat kali pertamanya bermula dengan lagu tema Piala Dunia Afrika 2010, tsa mina mina... waka wakaf che yeh~





Seterusnya Euro 2012, Get It Started.



Dan terkini, La La La (Brazil 2014) yang menjadi lagu latar iklan Piala Dunia,





Tapi sayeng~

Itu bukan lagu tema Piala Dunia ya, sebaliknya ini dia lagu tema rasmi yang dinyanyikn Pitbull bersama Jennifer Lopez, We Are One (Ole Ola)




TT : Pilihan di hati, Argentina... tetapi mengharapkan Belgium selaku underdog yang menyerlah!

p/s : Maaf.. tak dapat siarkan video klip rasmi yang TT rasa kurang sesuai..untuk tontonan bawah umur. Macam blog luc-ah pulok. Nak tengok official video clipnya cari sendiri... bersepah di Youtube.

Thursday, June 5, 2014

CDC Mei 2014

(1) Panda dan Babi (Cadbury) | JAKIM versus KKM

2 binatang ini merupakan binatang paling glamor bulan Mei lalu. Coklat Cadbury menjadi isu hangat gara-gara pegawai KKM mengesahkan kewujudan DNA Porcine (babi) tetapi JAKIM menafikannya dan mengesahkan ia bebas dan halal. Alih-alih, pekerja KKM tersebut yang akan disiasat (atau didakwa). Panda pula terkenal mutakhir ini sebab dapat layanan kelas pertama mengalahkan rakyat Malaysia sendiri sebab ada yang lebih susah malah merempat dan hidup secara bergelandangan. Untunglah sepasang Panda bernama sementara Fu Wa & Feng Yi itu. TT cadangkan seekor nama Ma.. seekor lagi Chai! Sesuai sangat!!

TT : Berbangga dengan Panda milik beta.. yang telah kembali kepada pemiliknya

(2) Terengganu

Peristiwa 13 Mei Terengganu! Itu lah..sibuk sangat nak rampas negeri Selangor... buruk-burukkan kerajaan negeri Selangor. Tiba-tiba.. angin tak ada ribut tak ada.. Terengganu hampir terlepas selepas bekas MB , Ahmad Said diarah meletakkan jawatan lalu lompat parti (yakni isytihar bebas) bersama pengikut-pengikutnya. Kan siapa yang malu?? Lepas dipujuk rayu.. kembalilah mereka~

TT : Daripada UMNO dia datang... kepada UMNO dia kembali. Kalau tak.. pasti ada pilihan raya negeri.

(3) PRK dan PKR

PRN tiada..tetapi PRK ada. Paling mencuri perhatian semestinya PRK Teluk Intan yang menampilkan calon perempuan Melayu DAP yang masih setahun jagung. Ironinya.. Dyanah Sofyah lepasan UiTM dan ibunya orang kuat PERKASA. Menentang calon berpengalaman.. Presiden Gerakan yang dijanjikan jawatan Menteri mewakili orang Cina.. maka tewaslah Dyanah dengan majoriti kurang 300. Selain itu.. PRK Bukit Gelugor dimeriahkan dengan gelagat calon bebas Abu Backer yang pura-pura pengsan dilanggar Lim Guan Eng.

TT : PKR jangan banyak bunyi.. pemilihan parti sendiri pun lingkup!

(4) Belasungkawa

Mangkatnya Sultan Perak.. Sultan Azlan Shah. Perginya.. seniman Aziz Sattar pelengkap trio Bujang Lapok yang hanya tinggal dialog.. Kita juga kehilangan komposer/penyanyi Kau Pergi Jua, Adam Ahmad serta kembalinya penulis skrip berbakat, Martias Ali. ALFATIHAH~

TT : Banyak tragedi sadis - gadis kena rogol ramai-ramai di negeri serambi Mekah, kes budak kena kelar, jatuh bangunan  (The Gardens) dan macam-macam lagi. Gerun!

(4) Tahniah

Tahniah MB Terengganu baharu, YB Datuk Ahmad Razif (amboi siap cium tangan ya.. eh).Tahniah Presiden FAM baharu (serah kepada anakanda sendiri.. presiden PHM) dan juga tahniah Raja Dr. Nazrin Shah yang telah ditabalkan Sultan Perak yang baharu. Tahniah juga kepada Tun Dr. M yang dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings.

Tahniah kepada pemenang ABPBH 2013 yang menyaksikan Sam serahkan kembali trofi paling popular kepada Aaron Aziz. Apa-apapun persembahan paling memukau milik Liza Hanim, Nora dan Dayang Nurfaezah. Tahniah juga kepada Erin Malik dan Redha Rozlan juara Fear Factor Malaysia musim kedua.

TT : Nak ucap tahniah tak dekat Pian Cecupak, Boy Nurul Iman yang dapat gelaran Datuk (Naning)

(5) Sukan

Jepun kuasa baru badminton dunia. Tahniah kerana memenangi Piala Thomas setelah mengalahkan China di Separuh Akhir 3-0 selanjutnya menewaskan Malaysia 3-2 di pusingan akhir. Tahniah Cikgu Izuan Ibrahim... anak Melayu yang berkelana ke negara Jepun menjadi jurulatih.

TT : SUKMA di Perlis menyaksikan perebutan antara Terengganu selaku juara bertahan serta pencabar baru dari negeri Wilayah Persekutuan!

(6) Bola Sepak

Liga bola sepak menyaksikan Pep Guardiola membimbing Bayern selaku juara Liga Jerman - Man City kembali menjuarai BPL mengatasi Liverpool - Atletico Madrid juara La Liga memecah dominasi Barca-Real. Oh ya.. tahniah Real Madrid menjuarai Champions League. Sevilla juara Europa League. La Lga mendominasi bola sepak dunia!! Tahniah Arsenal memenangi piala FA selepas hampir 9 tahun kemarau piala.

Final Piala FA, Pahang menentang Felda United. TRW pah ceroh tak turunkan Prince Tago! Tengok tak Sevilla versus Selangor?? Tahniah QPR kembali ke BPL... Takziah Cardiff... turun liga!

TT : Nak tengok negara mana menyerlah Piala Dunia 2014 di Brazil. Team underdog gua sokong Belgium! 

(7) Berita hiburan

Tahniah Misha Omar atas walimah. Tahniah juga kepada Mak Mah yang sah bergelar isteri di usia emas. Bagus apa.. ada teman nak berborak berbual.. jaga sakit bangun. Harap kekal... Jangan jadi seperti Sari Yanti, Izreen Azminda, Adam-Fiza dan Abby Abadi yang usia perkahwinan mereka tidak lama.

Sudah jatuh ditimpa tangga MAS ni. Syarikat penerbangan milik Malaysia ini diuji satu per satu. Hilang lah. Terbakar lah. Terbaharu.. mereka akan disaman Hanez Suraya dan skandalnya gara-gara percutian mereka ke Bangkok didedahkan oleh kaki tangan MAS

TT : Tasha Shilla kata dia minum produk... harap faham! Bukan pembedahan...kan?

(8) Isu tempatan/semasa

Penggunaan cermin gelap di kereta akan dikuatkuasa dengan peraturan baru. Isu tinted ini menjadi panas sebab negara kita memang panas. Cuaca panas... dan kawasan pun panas dengan jenayah jika tak berjaga-jaga. Terutama pemandu solo wanita.. yang letak beg tangan dalam kereta pasti senang dikesan oleh penjenayah yang tak kira di mana dan ketika waktunya. Maka tunggulah kita bagaimana keputusannya nanti.

TT : Terkejut dengar kes pelajar Tingkatan 2 menumbuk cikgu di Kulai... memalukan! Sama macam kes Hadin Azman 500. Ops!

(9) Rancangan TV

HLive konon-konon nak tiru E!.. Apa motif berita hiburan 24/7. Tak cukupkah dengan Gala TV?? Ni mesti idea Fake Nil.. Dah tak ada idea... dah tak laku nak naikkan nama sendiri lettew~ The Band versus Kilauan Emas.. otai masih berbisa. Sah-sah Kilauan Emas jauh lebih best daripada The Band... dengan peserta terkinja-kinja..K-Pop wannabe lagi, dengan ada juri yang berat sebelah.. Fake sangat~ Hensem je puji...puih! Kan dah kena sound setepek dengan abam Jebat aka Sharnaaz.

TT : Dunia Pencetus Ummah sudah bermula.

(10) Drama/Filem baru

Kusinero Cinta gabungkan bintang-bintang Malaysia dan Filipina. Abang Long Fadhil dah serang pawagam. 2 filem Marvel Spiderman 2 dan X-Men juga mengganas. Memang mendebarkan.. lain daripada yang lain.

TT : Oh My English 3 ada tersiar tweet lucah apa cer?? Pasal Jibam punya... dan SYS punya... panjang. Gilo apo!