(1) Panda dan Babi (Cadbury) | JAKIM versus KKM
2 binatang ini merupakan binatang paling glamor bulan Mei lalu. Coklat Cadbury menjadi isu hangat gara-gara pegawai KKM mengesahkan kewujudan DNA Porcine (babi) tetapi JAKIM menafikannya dan mengesahkan ia bebas dan halal. Alih-alih, pekerja KKM tersebut yang akan disiasat (atau didakwa). Panda pula terkenal mutakhir ini sebab dapat layanan kelas pertama mengalahkan rakyat Malaysia sendiri sebab ada yang lebih susah malah merempat dan hidup secara bergelandangan. Untunglah sepasang Panda bernama sementara Fu Wa & Feng Yi itu. TT cadangkan seekor nama Ma.. seekor lagi Chai! Sesuai sangat!!
TT : Berbangga dengan Panda milik beta.. yang telah kembali kepada pemiliknya
(2) Terengganu
Peristiwa 13 Mei Terengganu! Itu lah..sibuk sangat nak rampas negeri Selangor... buruk-burukkan kerajaan negeri Selangor. Tiba-tiba.. angin tak ada ribut tak ada.. Terengganu hampir terlepas selepas bekas MB , Ahmad Said diarah meletakkan jawatan lalu lompat parti (yakni isytihar bebas) bersama pengikut-pengikutnya. Kan siapa yang malu?? Lepas dipujuk rayu.. kembalilah mereka~
TT : Daripada UMNO dia datang... kepada UMNO dia kembali. Kalau tak.. pasti ada pilihan raya negeri.
(3) PRK dan PKR
PRN tiada..tetapi PRK ada. Paling mencuri perhatian semestinya PRK Teluk Intan yang menampilkan calon perempuan Melayu DAP yang masih setahun jagung. Ironinya.. Dyanah Sofyah lepasan UiTM dan ibunya orang kuat PERKASA. Menentang calon berpengalaman.. Presiden Gerakan yang dijanjikan jawatan Menteri mewakili orang Cina.. maka tewaslah Dyanah dengan majoriti kurang 300. Selain itu.. PRK Bukit Gelugor dimeriahkan dengan gelagat calon bebas Abu Backer yang pura-pura pengsan dilanggar Lim Guan Eng.
TT : PKR jangan banyak bunyi.. pemilihan parti sendiri pun lingkup!
(4) Belasungkawa
Mangkatnya Sultan Perak.. Sultan Azlan Shah. Perginya.. seniman Aziz Sattar pelengkap trio Bujang Lapok yang hanya tinggal dialog.. Kita juga kehilangan komposer/penyanyi Kau Pergi Jua, Adam Ahmad serta kembalinya penulis skrip berbakat, Martias Ali. ALFATIHAH~
TT : Banyak tragedi sadis - gadis kena rogol ramai-ramai di negeri serambi Mekah, kes budak kena kelar, jatuh bangunan (The Gardens) dan macam-macam lagi. Gerun!
(4) Tahniah
Tahniah MB Terengganu baharu, YB Datuk Ahmad Razif (amboi siap cium tangan ya.. eh).Tahniah Presiden FAM baharu (serah kepada anakanda sendiri.. presiden PHM) dan juga tahniah Raja Dr. Nazrin Shah yang telah ditabalkan Sultan Perak yang baharu. Tahniah juga kepada Tun Dr. M yang dilantik sebagai Pengerusi Proton Holdings.
Tahniah kepada pemenang ABPBH 2013 yang menyaksikan Sam serahkan kembali trofi paling popular kepada Aaron Aziz. Apa-apapun persembahan paling memukau milik Liza Hanim, Nora dan Dayang Nurfaezah. Tahniah juga kepada Erin Malik dan Redha Rozlan juara Fear Factor Malaysia musim kedua.
TT : Nak ucap tahniah tak dekat Pian Cecupak, Boy Nurul Iman yang dapat gelaran Datuk (Naning)
(5) Sukan
Jepun kuasa baru badminton dunia. Tahniah kerana memenangi Piala Thomas setelah mengalahkan China di Separuh Akhir 3-0 selanjutnya menewaskan Malaysia 3-2 di pusingan akhir. Tahniah Cikgu Izuan Ibrahim... anak Melayu yang berkelana ke negara Jepun menjadi jurulatih.
TT : SUKMA di Perlis menyaksikan perebutan antara Terengganu selaku juara bertahan serta pencabar baru dari negeri Wilayah Persekutuan!
(6) Bola Sepak
Liga bola sepak menyaksikan Pep Guardiola membimbing Bayern selaku juara Liga Jerman - Man City kembali menjuarai BPL mengatasi Liverpool - Atletico Madrid juara La Liga memecah dominasi Barca-Real. Oh ya.. tahniah Real Madrid menjuarai Champions League. Sevilla juara Europa League. La Lga mendominasi bola sepak dunia!! Tahniah Arsenal memenangi piala FA selepas hampir 9 tahun kemarau piala.
Final Piala FA, Pahang menentang Felda United. TRW pah ceroh tak turunkan Prince Tago! Tengok tak Sevilla versus Selangor?? Tahniah QPR kembali ke BPL... Takziah Cardiff... turun liga!
Final Piala FA, Pahang menentang Felda United. TRW pah ceroh tak turunkan Prince Tago! Tengok tak Sevilla versus Selangor?? Tahniah QPR kembali ke BPL... Takziah Cardiff... turun liga!
TT : Nak tengok negara mana menyerlah Piala Dunia 2014 di Brazil. Team underdog gua sokong Belgium!
(7) Berita hiburan
Tahniah Misha Omar atas walimah. Tahniah juga kepada Mak Mah yang sah bergelar isteri di usia emas. Bagus apa.. ada teman nak berborak berbual.. jaga sakit bangun. Harap kekal... Jangan jadi seperti Sari Yanti, Izreen Azminda, Adam-Fiza dan Abby Abadi yang usia perkahwinan mereka tidak lama.
Sudah jatuh ditimpa tangga MAS ni. Syarikat penerbangan milik Malaysia ini diuji satu per satu. Hilang lah. Terbakar lah. Terbaharu.. mereka akan disaman Hanez Suraya dan skandalnya gara-gara percutian mereka ke Bangkok didedahkan oleh kaki tangan MAS
TT : Tasha Shilla kata dia minum produk... harap faham! Bukan pembedahan...kan?
(8) Isu tempatan/semasa
Penggunaan cermin gelap di kereta akan dikuatkuasa dengan peraturan baru. Isu tinted ini menjadi panas sebab negara kita memang panas. Cuaca panas... dan kawasan pun panas dengan jenayah jika tak berjaga-jaga. Terutama pemandu solo wanita.. yang letak beg tangan dalam kereta pasti senang dikesan oleh penjenayah yang tak kira di mana dan ketika waktunya. Maka tunggulah kita bagaimana keputusannya nanti.
TT : Terkejut dengar kes pelajar Tingkatan 2 menumbuk cikgu di Kulai... memalukan! Sama macam kes Hadin Azman 500. Ops!
(9) Rancangan TV
HLive konon-konon nak tiru E!.. Apa motif berita hiburan 24/7. Tak cukupkah dengan Gala TV?? Ni mesti idea Fake Nil.. Dah tak ada idea... dah tak laku nak naikkan nama sendiri lettew~ The Band versus Kilauan Emas.. otai masih berbisa. Sah-sah Kilauan Emas jauh lebih best daripada The Band... dengan peserta terkinja-kinja..K-Pop wannabe lagi, dengan ada juri yang berat sebelah.. Fake sangat~ Hensem je puji...puih! Kan dah kena sound setepek dengan abam Jebat aka Sharnaaz.
TT : Dunia Pencetus Ummah sudah bermula.
(10) Drama/Filem baru
Kusinero Cinta gabungkan bintang-bintang Malaysia dan Filipina. Abang Long Fadhil dah serang pawagam. 2 filem Marvel Spiderman 2 dan X-Men juga mengganas. Memang mendebarkan.. lain daripada yang lain.
TT : Oh My English 3 ada tersiar tweet lucah apa cer?? Pasal Jibam punya... dan SYS punya... panjang. Gilo apo!
No comments:
Post a Comment