Hebahan

Monday, March 31, 2014

Wajah MarcH (3)70, 2014 - MH370

Istimewa edisi kali ini, bagi mengenang di samping mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal MH370, Wajah Mac 2014 menyenaraikan 10 Wajah yang kerap menghiasi dada akhbar ekoran misteri "kehilangan" pesawat MH370 yang dikatakan kali terakhir dikesa di Lautan Hindi.

(1) Pesawat MAS, MH370 


 

(2) Penumpang pesawat MH370 dan ahli kelurga mereka. Takziah~



(3) Juruterbang bersama anak kapal MH370, dikepalai oleh Kapten Zahari dan dibantu oleh co-pilot Fariq bersama-sama anak-anak kapal yang lain. Macam-macam fitnah dilemparkan terhadap mereka berdua. Walaupun mereka tiada, proses soal siasat tetap berjalan. Siap rampas xbox @ simulator dan hakikatnya pihak polis telah melepaskan/menggugurkan kes tanpa sebarang dakwaan.




Kemuncaknya, CNN telah melabel mereka pengganas. Maka, teruk benar fanpage CNN dihentam oleh rakyat Malaysia yang bersatu. Masa nilah bergunanya Keyboard Warrior~

(4) Kapten Norudin Abdul Majid, seorang lagi juruterbang yang berpengalaman. Hasil wawancaranya di TV3, ternyata Kapten Norudin seorang yang islamik apabila menyeru semua kembali kepadanya. Tiada sebarang keraguan...




(5) Statement bodoh Chef Wan, Zed Zaidi dan YB Nizar Jamaluddin serta liputan CNN yang berat sebelah juga kisah artis dari China memboikot Malaysia. Tambah mengeruhkan lagi keadaan artis seperti Zhang Ziyi juga nampak seperti tak boleh menerima kenyataan.





(6) 3 individu yang perlu menghadapi ujian ini...berdepan dengan media & masyarakat


 a) Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan , Pemangku Menteri Pengangkutan)

 b).Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)

 c).Encik Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS )



(7) Brado Kapak - banyak teori konspirasi yang didedahkan oleh penulis ini. Walaubagimanapun, kes ini masih di peringkat awal. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala yang di langit & bumi.

 



(8) Diego Garcia?? Konspirasi atau hakiki pangkalan tentera?



Siapa suka misteri, rahsia, inilah jawapannya. Mungkin~ jika anda

(9) Bomoh VIP, Ibrahim Mat Zain, yang menggunakan peralatan seperti bubu, raga rotan, buah kelapa dan macam-macam lagi dalam usha misi SARS katanya~ Siap ada tongkat merangkap tahi... apalah~







(10) @jasminejohari1 - pemilik akaun palsu yang mengaku anak kepada salah seorang penumpang. Rupa-rupanya penipu besar. Astro Awani pun terkena


Tapi ada juga yang asli... betul-betul anak kepada salah seorang pramugara Maria Nari Andrew Nari.








Wednesday, March 26, 2014

ISTIRJA' ; | #pray4MH370 | #pray4Egypt529



Apa itu Istirja'??

Innaa lillahi wa innaa ilaihi roji'un~

Diucapkan setiap kali diuji/ditimpa musibah atau sebarang perkara yang menyakiti Mukmin. Bukan dedikasi khas untuk kematian semata-mata.

Al-Fatihah?

Apa tujuan sedekahkan al-Fatihah?? Pahala al-Fatihah/al-Quran tidak hanya sampai kepada si mati, bahkan boleh juga sampai kepada yang masih hidup. Bahkan, kita yang membacanya juga mendapat pahala jika al-Quran dibaca secara tartil

Dari `Abdullah bin `Amr bin al-`As radhiallahu ‘anhuma dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, sabdanya:
 
“Dikatakanlah, nanti ketika akan masuk syurga- kepada orang yang mempunyai al-Quran (gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya): “Bacalah dan naikilah darjatmu (dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca perlahan-lahan) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (HR at-Tarmidzi)

Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya: ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.” (HR at-Tarmidzi)



Apakah yang sedang berlaku? Sedang terlaksana? Allah Yang Maha Mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi. Ilmu kita ada.. ibarat air laut yang terlekat di hujung jarum bila kita celup ke dalam lautan (ilmu) Allah yang Maha Luas.

Seluas-luas lautan Hindi... luas lagi ilmu Allah. Besar lagi kuasa yang dimiliki Allah rabbul jalil. Hebat manapun teknologi yang manusia ada, belum mampu mencari kapal terbang MH370 yang kali terakhir dikesan berada di selatan Laut Hindi itu.







Dalam waktu yang sama, para penyokong Dr. Morsi serama 529 orang telah dijatuhkan hukuman mati. Apa ertinya ini semua?? Apakah hikmahnya?? Hanya Dia ada jawapannya. Kita manusia hanya merancang, Allah itu sebaik-baik perancang. Kita yang mentadbir.. Allah punya takdir. Percaya pada qada' dan qadar.




Kami Histeria



Adakah entri ini sudah terlambat???

Sebab tak guna buat rebiu filem yang sudah dihentikan tayangannya... Bukan??

Jawapannya.. ada di akhir entri nanti!

Kami Histeria... sebuah lagi karya Rafidah 3R. Selepas rentetan kejayaan Gol & Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang.. dan kini masih lagi bersama penerbit yang sama, Red Com! Bezanya kali ini cuma pengarah yang berbeza..iaitu pengarah Oh My English.

Maka Rafidah merangkap penulis skrip (yang kali ini tidak menempel dalam filem sendiri!!) memang seorang penulis yang prolifik. Ceritanya segar... ada kelainan... tak klise! Adik-beradik Shahrulezad Radius One. Maknanya.. kekuatan Kami Histeria bergantung kepada penulis skripnya! Betul? Setuju??

Apa perkara yang menarik pasal Rafidah? Kalaulah MIG atau KRU ada penulis seperti Rafidah, pasti filem mereka lebih meletup kebabom. Sebab pasti jalan cerita lebih berstruktur, tersusun dan kemas. Sebab apa? Kerana idea Rafidah tak pernah kering ..

Contoh?? Lihat saja betapa bijaknya idea menyelitkan penaja seperti Kit Kat dalam filem ini. Tak rasa annoying dengan iklan tersebut! Ditambah lagi dengan barisan pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan jayanya termasuklah Mila Jirin (tak sangka!!).


Sebelum ini, TT ada memuji Mamat Khalid mengenai "kemenangan" beliau dalam kategori Lakonan Berkumpulan Terbaik! Kini, band Kami Histeria merupakan pencabar utama kerana lakonan berkumpulan mereka amat bersahaja.


Di sinilah terletaknya keunikan Kami Histeria. Lakonan berkumpulan pelakon wanita yang hot seperti Diana Danielle sehinggalah yang "macho" lakonan Mimie Omar. Kedua, genre yang ada unsur seram-komedi-muzikal. Loque Monoloque buat lagu yang menyerlahkan lagi bakat Diana Danielle selaku seorang penyanyi. Tak percaya? Dengarkanlah ...~



Persembahan Diana Danielle selaku watak utama amat menyerlah. Harap-harap DD berjaya meloloskan diri ke peringkat terbaik memandangkan namanya tercicir sebelum ini walaupun persembahannya memberansangkan menerusi filem Magika, ...(anu) dalam botol dan juga Sembunyi. She looks stunning. Ada class~

Seterusnya watak yang dimainkan oleh Sara Ali yang menampilkan sisi lakonan yang berbeza. Malah kehadiran Mila Jirin langsung tak mencacatkan perjalanan cerita selaku princess yang fussy! Nur Fazura?? Walaupun ini bukan material untuk Faz menang Best Actress buat kali pertama, lakonannya selaku langsuir yang bersuara merdu (walaupun hanya hilaian tawa) meninggalkan kesan. Ala-ala Hantu Kak Limah. Kalau tiada watak Cik Lang... tak payah buat filem ini! Lebih-lebih lagi dengan slanga utara. Macam "Che Ta" pulak dah!




Watak-watak lain yang menyerlah seperti Pinat lakonan Nad Zainal. Walaupun tiada dialog tetapi memek mukanya bernilai sekali. Sayang sekali... Izzue Islam langsung tak menyerlah! Nasib baik ada Afdlin Shauki yang  sebenarnya merupakan penggerak utama cerita ini! Kenapa?? Anda harus saksikan sendiri. Sekarang sudah boleh dilanggan melalui Astro First!

TT : Kami Histeria merupakan material yang menghiburkan.. tetapi bukan stok menang award lah~

Monday, March 24, 2014

Buat para pejuang papan kekunci... To all keybord warriors~



Jadi... siapa terkena atas batang hidung sendiri??? Lu pikirlah sendiri~

Buku bertemu ruas

Inilah dia perlawanan atas gelanggang atau padang yang sama rata. Siapa yang akan kena ratah? Siapa pula yang akan bermegah??



Dan kini sudah masuk ke peringkat suku akhir.. adakah Meng-Yu akan menjadi lauk??



Salam 6-0... Arse-nam. Minggu paling kecewa buat penyokong Arsenal, Kelantan, Barisan Nasional dan juga pemilik nama pena misisitukangtulis!

Saturday, March 15, 2014

LLJ Mac 2014

Aizat ft. Zee Avi - We'll Be Happy
Salwa Razak - Hidup Baru
The Jespers - Bangkit
Shaheizy Sam ft. Liyana Jasmay - Bangun
Mahadewa - Immortal Love Song
Hafiz - Hanya Ingin Kau Cinta
Noh Salleh - Angin Kencang
Riz ft. Intan Suraya - Mencari Cinta
Sleeq ft. Joe Flizzow - Tepi Sikit
Erra Fazira ft. Umie Aida - Hanya Kamu
Asmidar - Kerinduan
Daiyan Trisha - Kerana Kamu
Ainan Tasneem ft. Mark Adam - Malunya
Shila Amzah - Cinta Hati
Yuna - Falling

Friday, March 14, 2014

Zombi Kilang Biskut - pasti ada yang tersangkut


Hmm... membaca tajuknya sahaja...sudah boleh agak bukan??

Apa yang anda boleh agak?? Apa yang terlintas di benak fikiran anda??

Apakah kata kuncinya??

(a) Mamat Khalid

(b) Kampung Pisang

(c) Hantu Kak Limah

(d) Lagu saduran

Baiklah.. TT mahu ulas kata kunci yang pertama, Mamat Khalid.


Siapa yang tidak kenal sutradara yang terkenal dengan filem satira ini. Karya beliau banyak mengandungi kritikan sosial. Memang genre komedi merupakan makanan saudara Mamat Khalid, dan kita telah terhibur dengan karya beliau sekian lama. Antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Man Laksa, Rock, Zombi Kmpung Pisang, Lang Buana, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Rock Ooo dan banyak lagi. Sedar tak sedar dalam gelak tawa.. kita gelakkan diri sendiri rupanya.

Kita kaitkan dengan isu terkini.. misteri kehilangan pesawat MH370.. yang diserikan oleh Tok Bodoh..eh.. Tok Bomoh VVIP. Cuba tengok filem Hantu Kak Limah.. Ada berapa jenis bomoh "orang kita" guna untuk halau hantu... ada bomoh siam.. bomoh indon...tapi semua tak boleh pakai.

Suka filem P.Ramlee tak?? Kalau suka kenapa?? Mesti sebab jalan ceritanya.. di samping skrip dia yang "melekat". Zaman sekarang... ada tak dialognya yang catchy?? Kita bakor aje... adalah contoh paling mudah. Uniknya penangan filem Mamat Khalid.. makin diulang tayang.. buat kesekian kalinya.. kita makin faham ceritanya... makin jelas apa yang mahu disampaikan...dan mkin besar gelak tawanya. Makin best pula layan banyak kali terutama bila semua sanak saudara berkumpul di kampung menyambut hari raya.

Selain itu, Mamat Khalid pernah menang besar di anugerah drama/perfileman menerusi drama Pinang Durian dan filem Kala Malam Bulan Mengambang. Mamat juga pernah menyumbangkan skrip Tipah Tertipu The Movie dan juga filem epik Puteri Gunung Ledang yang begitu puitis dan romantis sekali skripnya. Manakala dari segi kutipan, Mamat Khalid berjaya meraih kutipan tertinggi menerusi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjaya mengutip 7.9 juta. Menariknya, tahun 2013 menyaksikan 2 filem Mamat Khalid berjaya mengutip 9.84 juta melalui filem Husin,Mon & Jin Pakai Toncit (5.89 juta juga kutipan paling tinggi tahun 2013) dan Rock Ooo (3.95 juta).

Kata kunci seterusnya, Kampung Pisang!

Anda peminat setia penduduk Kampung Pisang. Jalan ceritanya sama... di sebuah kampung yang permai... Kampung Pisang diberi nama, orang ramai berkumpul di gerai Pak Jabit dikejutkan dengan kepulangan Husin (yang naik motor ke...motorkar ke...). Husin balik mesti ada sebab.. kena buang kerja lah.. jadi muflislah...merajuk kecewa bercintalah... Tiba-tiba ada kejadian aneh... maka kisah pun bermula. Tup tup muncul anak Mamat entah dari mana-mana. Haha.

Itu patern yang berjaya dibentuk oleh Mamat Khalid. Sejak dari zaman Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan juga Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Tidak terkecuali... Zombi Kilang Biskut. Ceritanya, Husin yang telah diisytihar muflis, balik ke kampung pisang dan ditawarkan bekerja di Kilang Biskut. Tiba-tiba sahaja.. ada kejadian aneh. Klise... tetapi sangat membantu penonton lebih memahami cerita ini. Tambah-tambah dengan dialek Perak yang amat kena dan memikat hati.



Hakikatnya... jika di anugerah FFM atau ASK ada kategori lakonan berkumpulan terbaik.. sudah pasti para pelakon Mamat Khalid berjaya menggondol anugerah tersebut. Pelakon utamanya menonjol.. namun pelakon pembantu dan sampingan juga menyerlah. Orang kata tak overshadow ataupun curi limelight. Lihat sahaja lakonan ahli kumpulan Rimba Bara dan Penduduk Kampung Pisang. Saling menguatkan antara satu sama lain.

Penduduk Kampung Pisang dengan karaktor tersendiri.. biarpun tidak cantik, kurang segak dan tampan namun ramai yang menggemarinya. Siapa yang tidak suka watak Husin, Usop Wilcha, Pak Jabit, arwah Pak Abu (Zami Ismail), Kak Limah??  Hatta watak kecil seperti Wan Kaswi (sabor je lah), Zainuri Misfar (pegawai kesihatan dengan dialog "bala.. bala...") juga mampu meninggalkan kesan termasuklah anak Mamat dengan kegilaannya menyerang "hantu".

Kata kunci ketiga, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)

Dalam banyak-banyak filem Kampung Pisang..HKLBR yang memberi impak yang kuat terhadap kerjaya Mamat Khalid. Selain kutipan tertinggi oleh Mamat, HKLBR juga menjadi penanda aras kepada filem-filem baharu. Biarpun tak menang besar dalam FFM, HKLBR menjadi filem yang malar segar. Evergreen. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan HKLBR lebih hebat daripada karya masterpiece Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang yang menang besar di FFM dan ASK!

Kenapa?? Formula Mamat Khalid mudah sahaja. Ambil pelakon yang tidak popular.. tetapi berbakat. Lakonan yang meninggalkan impak. Tak percaya?? Cuba lihat graf kerjaya Johan RL (yang sebelum tu memang sendu... siap ada kes gaduh..lempar gelas pong pang dengan penerbit...alih-alih dah menang pun kes itu...eh!) dan juga Shy8 atau lebih glamor dengan nama Usop Wilcha. Ummi Nazira yang kini telah berhijrah juga nampak class kerana beraksi dalam filem yang selektif seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Penanggal.

Shoffi Jikan?? Ajib sengat KL Gangster ini, sebelum namanya meletup, hakikatnya Shoffi merupakan pelakon kegemaran Mamat Khalid. Macam Shuhaimi Baba ada Ida Nerina, Kavita Kaur... Osman Ali ada Mislina Mustapha.. arwah Yasmin Ahmad ada Adibah Nor, Afdlin Shauki ada Patrick Teoh... Ahmad Idham ada Cat Farish (eh...motif???tetiba).

Maka watak-watak yang hilang seperti Sofi... Usop Wilcha... dan Kak Limah akan lebih menyerlah dan diberi lebih banyak peranan dalam Zombi Kilang Biskut. Zombi Kilang Biskut juga mengekalkan formula yang sama. Pelakon tidak popular. Heroin baru tak baru... Dayana Roza (produk Anak Wayang Astro juga gelpren Muslim Ahmad... ops), Eina Azman (harap-harap kontroversi Afiq Muiz tak memberi kesan kerana lakonannya dengan memek wajah yang bengis dan garang memang sesuai) Shuk Balas atau Shuk SYJ yang dijangka graf kerjayanya akan berkembang,  watak Ilya Aku Kaya bersama Wahab B(lakonan Wani NS) juga menarik. Adakah Wahab B ini jelmaan Afdlin Shauki yang buat penmapilan khas dalam Husin, Mon & Jin Pakai Toncit. Tidak lupa..wartawan Zainuri Misfar pun banyak babak buat ketawa terbahak.

Sebab terakhir; Lagu Saduran

Mamat Khalid memang Mat Rock. Filem Rock dan Rock Ooo... banyak lagu saduran juga lagu tema selingan yang menggamit memori membuai perasaan. Dalam konteks Kampung Pisang, kayu pengukurnya... masih lagi HKLBR. Cinta Kristal dendangan Awie masih berhantu. Lamunan Terhenti tak berapa berjaya. Kali ini, adakah lagu ini berjaya menambat hati penonton???




Mamat Khalid juga ada buat kemunculan khas nyanyi lagu Kencorong.. eh..Keroncong. Kebetulan pula Adam AF2 pun berlakon sama kan...

Apakah daya tarikan Zombi Kilang Biskut??

Filem ini bukan hanya bergenre seram dan komedi malah ada juga banyak menampilkan babak aksi. Aksi pelakon lelaki, wanita dan juga Usop Wilcha. Sisi hitam Usop Wilcha lebih menyerlah kali ini. Ada kisah silam yang perlu dibayar Usop Wilcha. Justeru, jika anda merindui Usop Wilcha Hantu Kak Limah, Zombi Kilang Biskut lebih banyak kisah Usop Wilcha.

Oh ya... Kak Limah juga menonjol . Lebih banyak dialog kali ni. Kak Limah sudah waras...bukan sahaja sudah sihat tetapi siap ada kekasih!! Wah.. siapakah pasangan orang tua tak sedar diri yang hangat dilamun cinta ini?? Jawapannya ada dalam Zombi Kilang Biskut.

Tambahan pula, Bukan kisah zombi semata-mata, malah ada kisah pontianak. Siapakah pontianak itu?? Apa motif dia muncul di Kampung Pisang?? Adakah kaitan dengan Kilang Biskut tempat Husin bekerja?? Ada kaitan dengan Usop Wilcha.. ops~

Kritikan sosial dan Mamat Khalid tak boleh dipisahkan... banyak isu yang berjaya disampaikan. Antaranya kisah poligami, skim cepat kaya, ceramah politik agama, serta motif paling penting sekali,... malu bertanya.. silap serang! Malu sendiri...bukan kepalang.

Zombi Kilang Biskut akan menyerang pawagam bermula 20 Mac. Jika mendapat sambutan... ada rezeki...nantikan... Zombi Ultimatum, penutup kisah Kampung Pisang. Jika anda peminat setia penduduk Kampung Pisang...moh ler kita ya :)


Thursday, March 13, 2014

M.u.k.t.a.m.a.d

Ini adalah keputusan muktamad. Noktah.

Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menulis di alam maya blogspot ini. Noktah.

Jika anda perasan, entri aku bulan Februari telah berkurang menjadi 10 entri sahaja. Noktah.

Seterusnya... entri setiap bulan akan semakin menyusut. Noktah.

Mac 10 entri, April 10 entri, Mei juga 10 entri. Noktah.

Jun 9 entri. Julai 8 entri. Ogos 7 entri. Noktah.

September 6 entri. Oktober 5 entri. Noktah.

November 4 entri. Noktah.

Disember 3 entri. Noktah.

Jan&Feb 2 entri. Noktah.

2015; 3 entri. Noktah.

Noktah.
.

Monday, March 10, 2014

Kata hati

Seminggu aku hilang...
aku tak ke mana-mana pun.
Masih di sini.

Masih aku yg dulu..
tiada bezanya.
Tetap buat silap.

Tetap buat salah...
tetap bikin onar.
Aku dalam samar..

Cahaya samar aku hilang...
Sinar pudar aku sesat...
tiada arah.

Aku pasrah... berserah...
namun tetap kena redah...
dan pasti terima padah..
lalu aku rebah.. aku gundah.

Aku resah.. gelisah...
menanti pelangi indah
setelah hujan basah..
di sebalik terik mentari..
di ufuk jingga.

Di hujung usia..
aku mengharap & menanti
janji yg pasti..
bertemu kekasih abadi

Saturday, March 1, 2014

CDC Februari 2014


(1) Apa kaitan PRK Kajang dengan krisis air di Selangor?? Siap ada catuan lagi ni. PRK Kajang bakal menyaksikan perebutan kerusi DUN Kajang antara DSAI, Ketua Wanita MCA Datin Seri Paduka Chew Mei Fun, dan Zaid Ibrahim (kalu jadi). Eh, ISMA tak mahu letak calon muslim berwibawa ke kali ni?? PRU 13 hari tu 6 penjuru ya di Kajang. Ketika krisis air di Selangor semakin meruncing, Tan Sri Khalid Ibrahim tunjuk kuasa yang beliau ada dengan menandatangani perjanjian dengan kerajaan pusat berkaitan Perjanjian Langat 2. Siap tawarkan air percuma di KL lagi ni.

TT : Nasib baik Herman Tino atau Lee Chong Wei tak bertanding. Namun, Herman Tino siap tujukan lagu lagi buat DSAI. Adakah DSAI berdolak-dalih lagi isu merebut kerusi MB Selangor (yang baru naik gaji)??

(2) Kes saman menyaman. Ada yang menang, ada yang kalah. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kena saman. Dalam waktu yang sama, bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar pula menang saman ke atas TV3 suku isu nombor plat dan kerabat di-raja. Sindir-menyindir video parodi Teresa Kok pun boleh tahan juga. Ramai yang menggelabah unta siap lumur darh ayam ke atas foto Teresa Kok. Buat malu saja. 2 kali 5.

TT : Sarawak ada KM baru..Tan Sri Adenan Satem, namun Yang di-Pertua Sarawak yang ketujuh ialah Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Emmm... ibarat terlepas mulut harimau...masuk ke mulut buaya.


(3) Persaingan alam maya. Internet atau lebih tepat lagi, media sosial merupakan platform untuk mempromosi atau memburukkan sesuatu produk. Mula dengan isu Chef Wan komen nasi lemak MAS "telanjang" dan memalukan. Lalu Air Asia buat iklan nasi lemak kami "lengkap". Alih-alih MAS balas balik dengan mendakwa mereka mampu terbang ke Maldives. Tak habis di situ.. Chef Zam pula komen pasal asam pedas MAS.

TT : Tak habis di situ.. Chef Wan komen pula pasal rancangan masakan Selebriti Chef, Nik Michael yang baru setahun jagung katanya.

(4) Yang penting Nik Michael calon Top 5 ABPBH 2013 ok. Tapi ABPBH 2013 bulan April. Bulan Februari 2014 ada 2 rancangan anugerah. Anugerah MeleTOP yang amat syok sendiri..dan kontroversi kostum Neelofa yang hazab lebih diperktakan. Dan inilah punca trending ya.. bukan sebab memuji tetapi sebaliknya. Dan juga Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang sepi dan tak dapat sambutan akhirnya berjaya diadakan. Apa-apapun itu Malam love You Mr. Arrogant. Meletup-letup Zara Zya.

TT : Nasib baik pengacara Sherry Alhadad dan Zulin Aziz menyelamatkan keadaan. Err.. tak sabar tunggu kak Amy Mastura yang happy go lucky mengacarakan ABP nanti. Sayangnya gandingannya Fafau lemau!

(5) Isu bercerai...jodoh tak kekal. Antara yang sah bercerai primadona Erra Fazira-Engku Emran. Namun, hak penjagaan anak dapat kepada suami. Hmm.. Liza Abdullah juga bercerai. Dalam proses naik turun mahkamah si Nurul Izzah. Rumours yang bertiup kencang pula si Dynaz. Sampai Sultan Melaka buat troll isu cerai ni. Tak sensitif langsung sampai Nora Danish sentap!


TT : Jangan cari pasal.. nanti kita berJDT. Ops... #kataKerjaBaru

(6) Peristiwa terowong! Jaguh dalam terowong. JDT. Memang satu sejarah. FAM telah memutuskan JDT menang 3-0 ke atas T-Team setelah T-Team menarik diri sewaktu separuh masa kedua mahu bermula. Semuanya gara-gara insiden pukul melibatkan orang tertinggi dan ternama. Tambah menghangatkan lagi keadaan pemain gantian T-Team, Irfan Ghani dari Johor kata tiada insiden. MB Terengganu, Ahmad Said tak puas hati minta pemain angkat sumpah depan Al-Quran. Alih-alih Irfan Ghani pun angkat sumpah dan isytihar diri bersara daripada bola sepak. Isy... sumpah main-main. Ni semua bermula dengan Sepol Buhari.

TT : Khabarnya jurugambar ASTRO yang berkongsi scene dalam terowong diberhentikan kerja?? Terus ASTRO tak siarkan perlawanan melibatkan JDT di Stadium Larkin.

(7) Penemuan fossil gigi dinosaur di kawasan pedalaman Pahang. Sekumpulan paleontologis dari UM telah menemui fosil tersebut yang ukuran panjangnya 23 mm, lebar 10 mm dalam batuan sedimen yang diberi nama Spinosaurus Aegyptiacus. Maka, tak hairan kenapa Malaysia ada sumber minyak bukan?

TT : Duit BR1M dah masuk.. #untonglaa.. Dan boleh mohon rumah PR1MA ya~

(8) Ada 2 drama bersiri yang cetus fenomena dengan sebab yang berbeza. Ariana Rose sebab jalan cerita dan juga barisan pelakonnya yang amat segar bersama lakonan yang begitu berkesan. Gandingan Keith Foo dan Fathia sangat berkesan. Seterusnya drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Sekali lagi Sharnaaz Ahmad cetuskan kontroversi sebab nak pukul perempuan mengandung, Nisda (yang turut ada sejarah bergaduh juga sebelum ni). Ada yang menyebelahi si Jebat.. ada yang tidak.

TT : Filem Cina Malaysia, The Journey dah pecah rekod box office KL Gangster

(9) Sesat lagi menyesatkan. Ada 2 individu kontroversi. Pertama, Kassim Ahmad (yang dapat sokongan mantan PM). Terang-terang anti hadis. Kedua, pengasas page Melayu Murtad Pantai Timur. Nama diberi Juli Sumardiati. Khabarnya kerja offshore macam tu.. dan TSAM mendakwa kenal keluarganya sebab orang Ketereh katanya. Sebut pasal TSAM, cerita bola lah sikit. Kelantan masih terumbang-ambing setelah kehilngan ramai pemain termasuklah Bojan Hodak yang kini sah menjadi Pengurus JDT-RW. Haha. Arsenal pun macam tu lah.. kempunan piala. Nasib baik mara semi Piala FA mengelahkan Liverpool setelah peristiwa memalukan 5-1.

TT : Admin fanpage Sukanstar memang legend. Baik punya troll & nganjing #PFSLT (presiden FAM, sila letak jawtan)

(10) Konsert Datuk Siti Nurhaliza di KLCC berlangsung dengan jayanya. Tu pun masih ada yang tak puas hati sebab isu DCT sambut birthday Datuk K dengan bermisai bagai. Lainlah kalau isu Zizan-Emma Maembong tu. Agak panas lah juga. Apa-apapun...drama Emma Maembong, Petua Memikat Suami memang sedap layan. Tapi kena letak klasifikasi 18 lah. Macam tak sesuai je untuk tontonan umum.

TT : Ada dengar cerita retis diva tak mampu "skipping" ketika ditemubual sewaktu konsert Shah Rukh Khan. Siapakah?