Hebahan

Tuesday, January 7, 2014

Produk 2013

Ini adalah produk terbaik tahun 2012 pilihan TT. Klik sini. Bagaimana pula tahun 2013? TT telah senaraikan 10 produk tak kira benda, orang, tempat, dan sebagainya, berikut merupakan antara yang terbaik mengatasi kontroversi yang terpalit.

 
(1) Tudung Fareeda


Tudung Fareeda merupakan trend-setter kepada pemakai tudung. Antara yang berjaya dicetuskan ialah feseyen tudung 3 lapisan. Ditambah pula publisiti percuma kepada anak gadis pengasas tudung Fareeda (merangkap modelnya juga), Mawar yang kini sudah bergelar Puan Fizo Omar.




(2) Mamat Khalid


Tahun 2012 Mamat Khalid sepi. Tiada satupun filem arahan beliau ditayangkan. Merajukkah? Masuk saja tahun 2013, dua filem Mamat Khalid pecah panggung. Husin, Mon & Jin Pakai Toncit yang mencatat kutipan tertinggi bagi tahun 2013 sebanyak 5.89 juta. Diikuti filem Rock Oo, yang berjaya mengutip 3.95 juta. Annn...annn...annnnnn....annn 


 

(3) Tiz Zaqyah


Ketepikan kisah peribadinya kerana Tiz memang menghidupkan watak dengan berkesan.Harus diakui, Tiz Zaqyah memang kena dan sesuai diberikan watak bertudung. Ditambah lakonannya yang meninggalkan impak. Emosi nya... sampai. Terasa ke lubuk hati. Tahun 2013 menyaksikan deretan drama lakonan Tiz yang cemerlang. Antaranya gandingan kali terakhir Tiz bersama Remy Ishak (sebelum putus) menerusi telemovie XOXO dan drama bersiri Cinta Jangan Pergi. Seterusnya,  Tiz sekali lagi mencetus fenomena bersama Izzue Islam dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia, Jodoh Itu Milik Kita (Farid Kamil), dan sebagai Cikgu Ayu, orang Terengganu dalam Oh My English musim kedua.

 


(4) Luahan Hati Anak Seni


Album kedua Hafiz Suip ini terlebih dahulu peminat di seberang. Di Indonesia single nya yang pertama Bahagiamu Deritaku menjadi siulan. Single berikutnya, Matahari juga mendapat sambutan hangat. Kemuncaknya, album ini memenangi Album Terbaik AIM 20 di samping Hafiz juga menggondol anugerah Vokal Lelaki Terbaik buat pertama kalinya. Wah, Hafiz dah menang semua anugerah utama di Malaysia ni. AJL-ABP-AIM-APM. Tahniah!


(5) Skuad Hoki Remaja (Lelaki)


Mula-mula sekali, tahniah kepda skuad hoki remaja lelaki yang beraksi di peringkat Piala Dunia dan berjaya menduduki di tangga keempat secara keseluruhan. Tahniah diucpkan kepada skuad bimbingan Dharmaraj Abdullah dan juga barisan pemain seperti Firhan Ashaari, Shahril Saabah yang diketuai oleh kapten, Fitri Saari.




(6) KIL - Kolumpo - The best film in 2013?




2 filem ini merupakan 2 filem terbaik pilihan peribadi TT. Kenapa? Idea yang ditampilkan segar. Di luar kebiasaan dan tak memaksa kita untuk jatuh cinta dengan wataknya. Ia hadir tanpa dipaksa. KIL kisah Akil dan Zara. KIL telah dinobatkan filem Terbaik ASK 2013. Manakala Kolumpo, 3 cerita filem pendek dalam 1 filem merupakan karya yng segar. Paling meningglkn kesan bagi TT kisah pemuda dari India arahan Bront Palarae. Pelakon utamanya, Azad Jasmin benar-benar memberi nafas kepada watak Rahul, kalau tidak masakan Azad mendapat tawaran berlakon drama bersiri terbitan BBC di India.





(7) Novel FIXI



Novel pulp! Apakah maksud pulp? Anda google. Konsep novel terbitan Fixi ini mudah saja. Hanya satu perkataan... dan jalan ceritanya mesti pulp! Pulp lagi... apa dia ek pulp tu?? Pulp ni lebih kurang begini maksudnya... jalan ceritanya ala-ala jenayah kolar putih...jenayah terancang..tapi tak semestinya jenayah. Asalkan ada sisi hitam yang mahu diceritakan..dengan cara yang santai dan realistik, di samping bahasanya yang direct to the point. Tak skema macam DBP. Oops! Paling membanggakan 2 novel Fixi sudah diadaptasi ke filem, Pecah dan juga KL Zombie (Zombijaya yang dihentikan penerbitannya)




 
(8) Manusia Putih / Kuncidemak



2 komposer dengan nama samaran ini merupakan antara komposer yang paling tinggi permintaannya. Banyak penyanyi tak kira yang popular mahupun sendu hendakkan lagu ciptaan mereka berdua. Manusia putih atau identiti sebenarnya Adi Priyo Sambodo (Adi 6ixthsense) mula meletup selepas karya masterpiece nya, Kisah Hati menjadi hit. Seterusnya deretan lagu seperti Muara Hati (DCT & Hafiz), Relakan Jiwa (Hazama), Bisikan Rinduku (Dayang Nurfaezah), Sastera Kupu Kupu (Mimie) terus memahat namanya dalam industri. Manakala Kuncidemak atau Rudi Mohmmad dari Singapura juga semakin dikenali dengan lagu-lagu seperti Cinta Teragung (Hazama), Detik Antara Waktu (Misha Omar), Takkan Terpisah (Black) Faizl Tahir (Mungkinku Tak Bisa) dan banyak lagi.



(9) Altimet, DJ Fuzz & AG Coco


Altimet, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Dulu bersama Teh Tarik Crew. Kini muncul solo selaku tukang rap. Uniknya, rap Altimet ada unsur-unsur nasihat dan keagamaan. Mula dikenali menerusi lagu Kalau Berpacaran. Seterusnya, lagu-lagu seperti Chantik, Kalau Aku Kaya, Havoc, Bangkit terus memacu namanya dalam industri. Dan siapa lagi yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan lagu-lagu berunsur hip hop tersebut kalau bukan DJ Fuzz. DJ Fuzz yang memperkenalkan W.A.R.I.S dengan konsep (hip hop dialek) dan Hedzry Hafiz ataupun AG Coco daripada band Hujan pula music arranger yang turut terlibat memperkenalkan Tasha Manshahar dengan konsep broadway nya. AG turut terseret kisah cinta Adira dan Nani namun kita tolk ke tepi kisah tersebut..






(10) Rancangan realiti terbaik Malaysia -  Fear Factor Selebriti Malaysia | The Apprentice Asia 




Boleh dikatakan tahun 2013, rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia walaupun menampilkan selebriti yang kurang dikenali, namun impaknya selepas pertandingan berakhir dapat dilihat. Kita dapat menyaksikan draf populariti pesertanya semakin meningkat. Contohnya juara pertandingan tersebut, Hairul dan Dazrin. Dazrin sedang popular melalui drama Adam & Hawa dan Jodoh manakala Hairul semakin dikenali menerusi drama Setia Hujung Nyawa  dan Misiku Kuza di samping Arja Lee. Pasangan Arja, Alam menjadi tenaga pengajar AF. Nik buka Picknik. Juga Hefny dan Hafizul Kamal daripada program sendu Aznil pun semakin popular. Wah!



The Apprentice Asia pula menyaksikan  Donald Trump Asia, Tan Sri Dr. Tony Fernandes mencari perantis pertama di peringkat Asia. Malaysia diwakili 3 orang termasuk Nazril ataupun Nash, suami Sazzy Falak. Namun, juaranya dari negara Filipina, Jonathan Yabut mengalahkan wakil Singapura, Andrea

No comments:

Post a Comment