Hebahan

Sunday, January 5, 2014

Carta Darjah Celcius (CDC) 2013


(1) Pra dan Pasca PRU13  

Sekian lama berteka-teki, dan setelah DUN N9 terbubar secara automatik, PRU 13 tak dapat ditunda lagi. Tanggal 5 Mei 2013! Pastinya PRU13 merupakan satu lagi sejarah yang tercipta. Ibu segala pilihan raya umum ini menyaksikan BN kekal memerintah Malaysia setelah membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Kurang 2/3 suara dan kali ini kalah lebih teruk berbanding PRU12. Cuma UMNO lebih diterima dan BN berjaya merampas semula Kedah di samping kekal memerintah Perak. PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan MB PKR di Selangor

PRK Kuala Besut dan Sungai Limau - status quo kekal.

TT : Lain kalilah.!! Selamat Bersara - TGNA, David Beckham, Scholes, Jamie Carragher

(2) NAIK! 

Semuanya naik. Minyak, tol, elektrik, gula, air batu, bas sekolah, ASTRO.. ah, tak cukup senarai! Pakej lah! Dalam masa yang singkat pula tu. Terima kasih pengundi BN. Terima kasih kerajaan. Terima kasih barisan jemaah menteri "kalau tak suka..."

Kisah paling epik, "filem" Tanda Petrol gara-gara kenaikan harga 20 sen disusuli kenaikan harga gula. Tiap kali MU kalah pasti ada barang naik.. analogi macam tiap kali Ramsey jaring gol..ada yang akan maut. Merepek!

Dalam masa yang sama Laporan Audit Negara mengenai ketirisan juga menjadi tanda tanya yang tiada jawapan. Antaranya isu KBS dan Psy, isu pistol dan uniform hilang dn macam-macam lah!

TT : Gaji Menteri pun naik... tak kiralah orang BN ke PR sama saja

(2) Sukan. 

Bola sepak Malaysia suram tahun ini. Datuk K.Rajagobal tidak disambung kontraknya. Liga Malaysia tidak lagi didominasi Kelantan. Pahang berjaya merampas Piala Malaysia setelah 21 tahun. Begitu juga badminton yang kalah kepada Jerman (Piala Sudirman). Kita masih ketandusan pengganti Datuk Lee Chong Wei. Maka  sukan lain yang menyerlah dan menempa nama seperti skuad Hoki Remaja Lelaki yang beraksi di Piala Dunia. Dapat nombor 4. Kalah semi pun disebabkan penalti. Sukan SEA juga mencapai sasaran 40 emas. Emas paling banyak disumbangkn oleh sukan Terjun. SUKMA Kuala Lumpur pula dicemari dengan kisah kes rogol melibatkan atlit dan pegawai pengiring wanita

TT : Piala Dunia Brazil tahun ini. Bosnia pun layak ke Piala Dunia. Malaysia? Piala Dunia yang singgah ke Malaysia!

(3) Malapetaka/Bencana/Fenomena

Banyak bencana alam, amaran tuhan kepada manusia di muka bumi. Banjir teruk di Kuantan, Kemaman, Segamat dan Bintulu. Ada juga tragedi tanah runtuh di Cameron Highland dan kebakaran di pangsapuri Kerinchi. Filipina paling teruk dilanda Taufan Haiyan.

Dalam masa yang sama, satu lagi fenomena, Mentor Peseid telah dapat disaksikan seluruh dunia pada tanggl 12 dan 13 Ogos 2013. NASA telah mengklasifikasikan meteor ini antara yang tercantik pada tahun ini. Subhanallah.
Fenomena puting beliung di JB tu sebenarnya belalai air. Macam kes turun salji di Baitul Maqdis dan Mesir. Itu normal ya. Jordan, jiran Palestin selalu turun salji. Err..Utara Vietnam pun turun salji? Isu turun salji di Utara Vietnam pula macam mana?

TT : Syukurlah... Malaysia masih aman. Sehinggakan Google Malaysia pun kena hacked!

(4) Pencerobohan, kes bunuh, kena tembak!  Tragedi maut..

Isu Lahad Datu diceroboh menjelang PRU13. Banyak kes bunuh, kes tembak main-main saja berlaku. Juga kes-kes tembak..letup..bunuh oleh penjenayah tegar. Selamat dan merdekakakah Malaysia? Nak wujudkan kembali ordinan darurat (EO) ker? Dan ironinya kisah Altantuya sudah tutup kes.. tertuduh, Azilah & Sirul Azhar sudah bebas?? Altantuya berjalan-jalan di dalam hutan banat Puncak Alam lalu terpijak periuk api zaman Jepun kah?? C4 okay~ 

Banyak jenayah bunuh yang semakin berleluasa dewasa ini. Bunuh dan rogol, mayat dalam beg. Kes tembak pegawai AmBank. Dalangnya sekuriti sendiri pula tu. Tak cukup senarai dibuatnya. Kes arwah Ahmad Raffli ditembak pengikut Tuhan Harun.
Tak kira siapa, Pegawai bank - pegawai agama - orang besar Kastam - orang awam. Kenapakah?

Berbeza pula dengan kes kematian tragis seperti ibu tertinggal anak dalam kereta. Kes bayi mati tersedak susu di nurseri. Ada kes amah dera budak (siap lambung-lambung)

Belum lagi tragedi yang membawa maut. Puncanya mercun dan kemalangan.. termasuk tragedi kemalangan bas di Genting

TT : Selepas filem-filem aksi seperti Bunohan.. Juvana..KL Gangster dll makin banyak pula kes bunuh. Ada kaitan tak?

(5) Belasungkawa / Obituary

Al-Fatihah buat arwah Tan Sri Ustaz Azizan, Dr. Uthman El-Muhammady, Datuk Bukhari Che Muda, adik Ahmad Ammar, Awang Had Salleh, S. Shamsudin, Latifah Omar, Ahmad Busu, Azean Irdawaty, Noreen Noor, Umi Kalthum

Takziah buat mendiang Chua Boon Huat, Nelson Mandela, Cory Monteith, Chin Peng, Paul Walker

TT : Mati, misteri yang pasti. 2014 Ariel Sharon pula mati.

(5) Kontroversi Politik dan dalam negara

Mat Sabu dengan isu Syiahnya. Tak habis-habis. Bung Mokhtar dengan sikap naturalnya. Ustaz Kazem Elias dengan pendiriannya yang ditawar MT UMNO. Isu GST, Comango. Isu pembantahan dan protes terhadap perjanjian Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA) yang akan memberi kesan kepada ekonomi negara. 

Isu kalimah Allah juga panas apabila rayuan yang dibuat oleh pihak gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald diketepikan. Kita fikir sudut positif dan baik-baik saja. Dr. MAZA juga ada pandangan yang berbeza.

Paling mengejutkan,banyak kes ketegangan agama! Kata lebih 55 tahun merdeka.

Contohnya isu di SK Seri Pistana, kes murid India kena makan dalam tandas bulan puasa, walaupun sebenarnya kantin tengah renovate, dan berpindah ke bilik persalinan. Bukan tandas! Kisah Alvivi yang tak sensitif dengan masyarakat Islam sebab menyambut dengan bak-kut-teh

Disusuli kisah Chetz Togom beraya dengan anjing pula. Juga isu tak boleh ucap selamat kepada perayaan kaum lain. Kontroversi surau yang diguna penganut agama Buddha dari Singapura, seterusnya isu lukisan sensitif (I is Idiot + Basmalah terbalik).


Aidil Adha disambut meriah, cuma dicemari sentimen perkauman. Antaranya isu perbualan telefon Saravanan yang tidak berpuas hati aktiviti penyembelihan dijayakan di sekolah. Dr. Maza bijak menjawab isu ini dengan mengaitkan perayaan Hantu Lapar dn Thaipusam yang juga ada kebarangkalian menyalahi peraturan dan melanggar hak asasi manusia.

Kisah artis kantoi diisytihar muflis - Aweera, Amy Search & Farah AF2 dan juga khabar angin Afdlin Shauki (yang telah menafikannya) pun sama.

TT : Brunei akan laksanakan Hudud. Tahniah. Muftinya juga bijak.. kalau tiada niat mencuri kenapa perlu takut?

(6) Skandal

Aidil Zafuan - Nazmi Faiz - Tengku Fella. Namun, akhirnya Aidil bercerai dengan Rita dan bakal berkahwin dengan Zarema. Kisah Nora Danish dengan Nedim Nazri Aziz. Tidak lupa kisah Shah Jaszle kena tangkap basah namun berkeras mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya.

Fizz Fairuz pun sama. Masih bermasalah. Terus tak menang ABP. Tercalon pun tak. Dan paling hangat Johan Botak-Shila Amzah-Lana dan ada satu isu sampai jadi kes polis, Adi Putra dan Aida (yang bertukar gambar xxx melalui WhatsApp)

TT : Playboy itu suami aku sepatutnya dibawakan Johan Botak

(7) Kena troll/parodi

Tak kira siapa... ahlimpolitik, menteri, artis, ahli sukan, hatta orang kebanyakan seklaipun. Antara yang hangat sepanjang tahun ini..
 
Sharifah Zohra Jabeen listen!
Are you ready for BN?
Comey tak Kak Ton
Shila Amzah lari dari rumah lalu nyanyi lagu Ombak Rindu bila putus cinta dengan Sharnaaz.
Sharifah Sakinah yang ting tong
Macam cantik je...macam comel je...
Lelaki dayus...
Saya tak bodoh 3x

TT : Paling rare gabungan 3 serangkai

(8) Drama/Lawak/Anugerah

Macam-macam anugerah ada. Tiap-tiap bulan ada. AJL - Terukir di Bintang (kes Uji Rasyid), FFM milik Bunohan, ABPBH kembali ke tangan Sam, Anugerah Blockbuster 2, Anugerah Lawak Warna, AIM, Shout! Awards, Anugerah Bella hatta sukan bola sepak pun ada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013.

Drama-drama terutama drama bersiri mesti adaptasi novel. Kisah lebih kurang. Kahwin paksa, kontrak tak sengaja. Mula-mula tak suka pasangan... akhirnya bahagia. Happy ending! So cliche~

Filem Tanda Putera yang kontroversi akhirnya berjaya ditayangkan. Rata-rata konsep filem banyak genre seram (Minyak Dagu, Kerat 14, Sembunyi-Bisikan Azaazil, Husin Mon & Jin pakai toncit, Bisikan Syaitan, Paku Pontianak, KL Zombie, Hantu Tok Mudim, Paku, Penanggal)  dan aksi (KL Gengster 2, Bikerz Kental, Bro Nampak Motor Gua?,Gengster Celop, Longkai, Dampak, Kisah Paling Gangster, Tokan, Tokak, 1 Lawan 1). Amat klise. Judul pula trend sepatah perkataan. (KIL, Lari, Langgar, Pecah, Tokak, Longkai, Dampak, Bencinta, Paku, Penanggal)

TT : Terbaik pilihan TT - Rock Ooo, KIL, Psiko Pencuri Hati dan Kolumpo!

(9) Produk lain

Pengguna Apple sudah upgrade iOS7 kah? Dengar cerita banyak juga rungutan ya. Dalam waktu yang sama, Samsung sudah lancarkan Galaxy Note 3. Siap ada jam tangan lagi.

Laman sembang... SMS hanya sejarah. Kini ada WhatsApp, WeChat, Kakao Talk, ChatOn dan macam-macam lagi kemudahan.

Neelofa jual produk kecantikan berasaskan buah, Bella Vita. Apa cer Alpha Lipid dan Shaklee sekarang?

TT : Proton Suprima S pula apa cerita?

(10) Perkahwinan

Wedding of the year milik siapa? Che Ta - Zain Saidin? (Isu Che' Ta seksi itu hak saya ditegur oleh Dr. Harlina Halizah Siraj. Tajaan perkahwinan yang bernilai jutaan ringgit ditegur oleh Ustazah Zawiyah)

Atau Jovian Mendagie - Nina Ismail Sabri? (Walaupun anak Menteri ni) Perkahwinan low profile seperti Diana Amir - Habib, Adam AF - Fiza. Atau perkahwinan sembunyi, sorok-sorok Ashraf Muslim - Wan Sakinah, Abby Abadi - Farhan? Ataupun Aeril Zafril-Wawa Zainal yang tup tup ada baby!

TT : Tunang senyap-senyap.. kahwin uar-uarkan. Jangan sorok..elak fitnah!

No comments:

Post a Comment