Hebahan

Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Lahir ke-56 Malaysiaku

MERDEKA!!! Malaysiaku Berdaulat - Tanah Tumpahnya Darahku.



Iklan Petronas buat come back selepas iklan Raya tahun ni tak best :b

Friday, August 30, 2013

Sultans of Science dalam kenangan~




Mungkin entri ini agak lambat daripada kebiasaan. Selalunya tika masih hangat kenangannya, masih terasa panas bahang ambiensnya... relevan itu wujud. Sekarang ini dalam proses penerbangan ke Istanbul, Turki.


Namun, setelah hampir 3 bulan berlalu.. kemanisan itu masih terasa. Jika aku imbas kembali bagaimana projek ini bermula sejak dari awal 2012, aku diamanahkan untuk mengendalikan projek Sultans of Science (SOS) ini.

Pada mulanya rasa berat dan ralat.. kerana masih terasa lagi kemeriahan School Holiday Programs 2011 - PLAY. Ya! Aku berjaya bekerjasama dengan KI. Siapa sangka? Kami sama-sama baru dan masih mentah, banyak harus dipelajari, namun hasil kerjasama satu kumpulan.. Alhamdulillah.

Itulah kata kuncinya... kerjasama sepasukan! Begitu juga pasukan SOS. Akulah Sultannya.. bersama Ratu. Dan dibantu sukarelawan yang macam-macam ragam. Kesemuanya melebihi 4 batch. Batch awal.. pertama sekali aku mahu berterima kasih kepada Boyak dan Yusri.


Training paling gempak pernah buat. Sebabnya.. masa mencukupi.. tak perlu rushing.. fokus kepada facilitation, dan brush up kemahiran mereka. Sampai kesemua busking I know.. menjadi makanan harian terutama Sheikh Muszaphar a.k.a Yuvaraj untuk jual minyak. Ahaks~


Mereka berdua banyak membantu proses pra-SOS. Training untuk staff dan volunteer juga mereka yang banyak hulurkan bantuan. Sudahlah tak cukup tangan waktu itu. Berkejar sini sana. Bermesyuarat tingkap, berdebat berhujah.. mengelat menyakat.. semuanya rencah yang menjadikan masakan SOS secukup rasa.


Masuk tahun 2012... bebanan beransur ringan. Tiada lagi pundak ini memikul beban seberat dahulu. Ratu membantu. Dan volunteer batch kedua yang rata-rata lepasan SPM memang banyak ragam tetapi menyeronokkan. Mereka sukarelawan yang bekerja paling konsisten.. sehingga tamat SOS.


Ada nakalnya.. ada rajinnya.. ada gila-gilanya.. rencam ragamlah. Serupa juga batch ketiga yang masih lagi kebanyakannya lepasan SPM cuma didominasi siswa-siswi terutama dari UTP. Manakala batch yang keempat dan seterusnya sekadar memenuhi kekosongan. Kesian juga mereka tak dapat training yang best dan gempak macam batch pertama. Apa boleh buat.. faktor kekangan masa.

Ah! Panjang pula aku taip... malas ah nak taip. Panjang berjela pula kan. Mana gambar-gambarnya?? Cakap dalam kenangan... Jap Jap...Ada beberapa peristiwa atau momen penting sepanjang 6 bulan ini. Antaranya (sila rujuk #hashtag:) Nah, layaaaaaan ~

#pameran



#minishow&training





#babySOS - 030313- Syakir Nasri b. Mustakim


#stand-UpScShow & #ASPACKorea



#CelebratingIstiwa'



#reunionRayaRumahKakHani



Video ada tak?? KEEK it Real~





Tak lupa..sambutan fenomena Istiwa'

Thursday, August 29, 2013

Love Will Prevail | #FreeSyria | #AllahSaveSyria

Ini adalah sedikit sumbangan (contribution) oleh Maher Zain kepada warga Syria dari sudut karya muzik dan video klipnya juga amat menyentuh perasaan.



Sama-sama kita doakan saudara seagama kita di mana saja mereka berada. Biarkan jiwa kita besar!



Ketika Syria bermandi darah.. kita di Malaysia juga berlaku pertumpahan darah. Anak muda leka dan bermasalah dengan hidup. Dadahnya.. zinanya.. korupsinya.. Benarlah..kita di Malaysia, tak perlu bakar Masjid terang-terangan. Cukuplah kita leka, dan lupa serta malas ke masjid.

Alih-alih bila ada pihak tumpang surau yang terbiar untuk aktiviti keagamaan mereka, cepat pula kita melatah dan melenting. Inilah dia bangsaku.. Melayu mudah lupa. Baik tak bertempat.. Berbalah tak beringat.

Dan sebagai penutup..tak sangka portfolio Menteri sekarang (terutama Penerangan) perlu ada kriteria pandai menulis lirik! Amboi...nak lawan Dr. Rais Yatim ke yang menulis lirik lagu hazabedah Janji Ditepati. Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku. Gitchew~


Inquiry based influence : Curiosity kills the cat

Pernah tengok permainan Spontan? Salah satu disiplinnya ialah permainan "soal-menyoal". Soalan akan dijawab dengan pertanyaan.

Secara kebetulan, pendekatan pengamal pusat sains/muzium sains berpandukan pertanyaan atau istilahnya inquiry-based learning. Pengunjung atau pelawat tak akan disuap sebulat-bulatnya, sebaliknya harus berfikir juga melalui aktiviti hands-on.

Jika kita ditanya kembali dengan soalan yang lebih mencabar dan bernas, maka itulah namanya konstruktivisme.

Namun, adakalanya, soalan-soalan yang diajukan agak menjengkelkan.. Contohnya seperti budak Aca ni. Kalau dia ni masuk sebagai pelawat.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Inilah inquiry-based tahap tertinggi. Benarlah pepatah Inggeris, curiosity kills the cat. Adakalanya kita tak perlu banyak bunyi... tak payah banyak soal. Nanti beginilah hasilnya :





TAPI... ingat tak iklan burung Murai?? Sabar dan tabah si ayah melayan karenah si anak. Tetapi anak belum tentu lagi setabah ayahnya. TT juga punya anak kecil.. sudah petah... dan pastinya banyak tanya juga seperti Walidnya yang aplikasi inquiry-based learning.

Maka, bertabahlah... dan kesabaran manusia juga ada hadnya. Layan sajalah selagi termampu. Cuba tengok contoh berikut :



Dan ini dia juara yang menjaga hati Aca.. Enot ;



Bak kata Wan Kaswi Hantu Kak Limah... sabor ajelah~

Monday, August 26, 2013

0

Kosong
Ini bukan judul lagu
Kerna tiap kali aku menulis
Rasanya bukan dari hati
Maka kosong isinya 
 
Kosong - kosong.. Ooo
Seri; tiada pemenang
Tiada juga yang tewas
Kalah jadi abu
Menang jadi arang

Kosong
Bukan lagu Najwa Latif
Tak arif berbahasa Inggeris
Tak petah berhujah pidato
Cuma aku bertukang tulis

Tapi itu dulu..
Empat tahun sudah..
Kini banyak yang berubah
Jiwa ini kosong
Sekosong-kosongnya~

0-0
Terlopong
Hilang ..
Hati dan minda
Kosong

k 0 5 0 N 9
















































































































































All in 1 : Gamerz + Music + Filming

Ini semua gara-gara dengar Carta Suria 30 kelolaan HO-LO. Linda off eh Linda Onn kata video ni ada class. Maka aku cari lah.. dengan menaip Kris - Tiara HD GTA.

Dan inilah hasilnya.. watak2 dalam permainan Grand Theft Auto (GTA) melakonkan video klip Tiara dendangan kumpulan Kris.

Sunday, August 25, 2013

Trending!

Apa makna trending? Adakah trending itu rating?

Mudah saja. Trending adalah satu benda yang meleTOP!

Maknanya.. apa saja yang menjadi bualan. Ikut trend. Ikut arus. Ikut rentak. Terkini!

Mengapa perlu tahu trend? Sebab trend yang akan menaikkan rating. Maka trend bukan rating!

Contoh?

Mudah saja~


(a) Kes studi 1 : Lagu

Trend : Kolaborasi (ada rap atau featuring hip hop sikit) & Loghat (N9). Hatta lagu nasyid loghat nogori pun ado.

Contoh :

Ana Raffali, Shohaimi Meor Hassan & Altimet, Black & Malique, Jimmy Palikat feat. ONE, Ramlah Ram feat. Sleeq, Mark Adam feat. W.A..R.I.S, (Isma, Apek & Altimet - Pak Pung 2013)


Apo Kono Eh Jang, Anak Kampung, Salam Semua, Botingkek, Rembau Most Wanted



(b) Kes studi 2 : IT platform dikenali dengan mudah

Sebelum ni.. trending realiti TV. Lepas tu Indie. Sekarang benda yang trending ialah buat parodi.

Contoh : Cikgu Shida, Cikgu Man, Bobo, Parodi MeleTOP,

Sebelum ni sibuk Friendster, Myspace, Facebook, Twitter.. sekarang musim Instagram dan Keek! juga Path. Dan sekarang ada banyak aplikasi pintar seperti WhatsApp, Line, KakaoTalk, WeChat, ChatOn dll


(c) Kes studi 3 : Drama Melayu

Trend : Adaptasi novel... cerita kahwin paksa...awalnya gaduh, tak suka akhirnya bahagia.

Contoh : Sebenarnya Saya Isteri Dia, Cinta Jannah, Jodoh Itu Milik Kita, dll


Tiada idea baru kah??

Atau pihak penerbit tak berani.. sebab stesen TV dan radio kejar rating!

Apa-apapun layan Matluthfi dulu.. tahniah anda menang di Anugerah Warna



Dan Matluthfi pun dah ada pencabar baru. Boleh tahan juga. Samad Maccaboy!

Thursday, August 15, 2013

LLJ Ogos 2013


LLJ Ogos 2013


Sofazr - Tak Berhujung Pagi
Black - Puisi Sang Dewi (OST Lemak Kampung Santan)
Amylea - Menunggu (OST Misiku Kuza)
Pesawat - Menjelang Syawal
Black - Takkan Terpisah (OST Jodoh Itu Milik KIta)
Hazama, Adira, Dina - Hari Yang Dinanti
iamNeeta, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya
Maya Karin - Pulang
Ainan Tasneem - Bersama Di Hari Raya
Monoloque - Hari Raya Ini Dalam Sejarah
Mark Adam feat. Eyza Bahra & WARIS - Salam Lebaran
Judika - Bukan Dia Tapi Aku
Bunkface - Anugerah Syawal
Muzzy - Salam Aidilfitri Sahabat
KRU - Erti Aidilfitri

Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Ini adalah ucapan raya tahun sudah. Klik sini.

Alhamdulillah.. 201X itu tahun 2013, kami anak-beranak beraya berempat. Tahun ni di Sungai Besar. Minggu depan akan balik sendirian ke Kota Bharu menziarahi nenda tercinta yang gering.

Drama tahun ni suka sangat Ramadhan Yang Hilang walaupun kurang gemar pengakhirannya, tetapi ending itu bijak dan ada logika. Dalam banyak-banyak iklan pula, tahun 2013, TT pilih iklan ini selaku pemenang,



Disconneted to get connected. Sometimes the best way to connect - SWITCH OFF. Dan lagu raya terbaru..tahun ini lagu gandingan Najwa Latif, IamNeeta, Mimie Haris dan Deanna Hussin (siapakah?) menjadi pilihan peribadi TT,



Dalam sibuk, teruja nak beraya.. namun jauh di sudut hati, rasa ini singgah di hati. Rasa sayu sesayunya.. Ramadhan akan berlalu. Sempatkah kita bertemu semula Ramadhan Al-Mubarak?



SALAM AIDILFITRI 1434. DARIPADA MUSTAKIM & FAMILI.

TERLANJUR BICARA SALAH SILAP HARAP DIMAAFI

p/s : Eh..kena activate balik tak akaun FB? Oops.

Thursday, August 1, 2013

CDC Julai 2013

1. Isu shisha yang diharamkan Majlis Fatwa. Rokok elektronik macam mana pula? Allah.. alang-alang puasa 17 jam..apa kata berhenti terus merokok?? Juga kontroversi melibatkan kedegilan (ke kejahilan?) 4 orang gadis (campuran Melayu) yang berkeras mahu menyertai pertandingan Ratu Cantik dengan alasan kali ini tiada etika pemakaian bikini.

2. Rentetan kes bunuh berprofil tinggi (lebih 4 kes tembak termasuk kes bunuh pengasas Bank Arab Malaysian). Isu klise..lapuk..rasis bangsat. Bulan puasa pun tiada persefahaman. Bah kut teh lah.. disusuli video Youtube beraya dengan anjinglah (oleh gadis Melayu berbaju Melayu, Maznah aka Chetz Togom). Padahal anjing itu tak salah pun..yang salah caranya yang langsung tak sensitif dengan budaya orang kita. Lepas tu, isu pelajar bukan Islam dipaksa makan di tandaslah..(walaupun sebenarnya bilik persalinan).

3. Takziah kepada keluarga arwah Awang Had Salleh, arwah Umi Kalthum (ibu tiri Anita Sarawak, ibu kandung Noorkumalasari) dan Mendiang Chua Boon Huat. Juga kisah kematian mengejutkan Cory Monteith (Glee) kerana terlebih dos dadah. Takziah juga kepada keluarga adik Nawal Idris yang maut kerana ibunya terlupa bahawa dia tertidur di dalam kereta yang diparkir di tengah panas.

4. Tahniah pasangan di-raja Britain, Kate-William atas kelahiran bayi lelaki pewaris takhta. Sempoi saja tangkap gambar depan hospital. Bukan macam sesetengah selebriti yang "perasan" diva sorok kehamilan dan sorok anak.

5. Perkahwinan rahsia Ashraf Muslim & Abby Abadi bersama pasangan masing-masing. Abby kahwin dengan pemuda yang 12 tahun lebih muda..sembunyikan selama 12 hari. Ashraf Muslim kahwin dua, Izzue Islam dah selamat bernikah... Rebecca Nur Al-Islam...bila nak tutup aurat? Hehe.. Nak saman Erma Fatima apa kes??

6. Pilihan Raya Kecil Kuala Besut - status quo~ BN kekal memerintah Terengganu. Kempen 16-16 gagal. Adakah ini kegagalan hat-trick Datuk Husam Musa? Kalah Putrajaya, kalah saman, kalah PRK?

7. Sukan bola sepak. Neymar sah pemain Barcelona. Mungkin bakal beraksi menentang Harimau Malaya yang rentetan kecundang termasuk menentang pemain part-time kelab Australia dan juga kelab kedua tercorot Liga J.

8. Fatih Seferagic Tour Malaysia, Qari Al-Hafiz asal dari Bosnia dan kini menetap di Houston datang jelajah Malaysia.

9. Kes memalukan ketika temasya SUKMA melibatkan pengiring wanita yang dirogol secara beramai-ramai. Isy... ini acara baru SUKMA ke?

10. Siri episod akhir... sudah sampai kemuncaknya. Oh My English Season 2, Misiku Kuza, Kisah Cinta, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Showdown dan The Apprentice Asia.


Wajah Julai 2013 

Alvivi (Alvin & Vivian)
Minion Despicable Me 2@ McD
Paul Revington - nadi sukan hoki negar
White House Down versus Pacific Rim
Ramadhan Yang Hilang versus Wind Chimes in A Bakery versus Autumn di Hatiku
New Village versus Zombie Jaya (senasib?)
Elecoldxhot juara Showdown 2013
Nicholas Fung golfer
Soo Teck Zhi, LCW in the making?
Andy Murray, finally...won Wimbledon~
Mohd Farhan Abu Bakar, next Khairul Fahmi?
Jonathan Yabut, the first Apprentice Asian
Wan Sakinah
Hussain Ahmad Najadi
SK Seri Pristana