Hebahan

Thursday, August 1, 2013

CDC Julai 2013

1. Isu shisha yang diharamkan Majlis Fatwa. Rokok elektronik macam mana pula? Allah.. alang-alang puasa 17 jam..apa kata berhenti terus merokok?? Juga kontroversi melibatkan kedegilan (ke kejahilan?) 4 orang gadis (campuran Melayu) yang berkeras mahu menyertai pertandingan Ratu Cantik dengan alasan kali ini tiada etika pemakaian bikini.

2. Rentetan kes bunuh berprofil tinggi (lebih 4 kes tembak termasuk kes bunuh pengasas Bank Arab Malaysian). Isu klise..lapuk..rasis bangsat. Bulan puasa pun tiada persefahaman. Bah kut teh lah.. disusuli video Youtube beraya dengan anjinglah (oleh gadis Melayu berbaju Melayu, Maznah aka Chetz Togom). Padahal anjing itu tak salah pun..yang salah caranya yang langsung tak sensitif dengan budaya orang kita. Lepas tu, isu pelajar bukan Islam dipaksa makan di tandaslah..(walaupun sebenarnya bilik persalinan).

3. Takziah kepada keluarga arwah Awang Had Salleh, arwah Umi Kalthum (ibu tiri Anita Sarawak, ibu kandung Noorkumalasari) dan Mendiang Chua Boon Huat. Juga kisah kematian mengejutkan Cory Monteith (Glee) kerana terlebih dos dadah. Takziah juga kepada keluarga adik Nawal Idris yang maut kerana ibunya terlupa bahawa dia tertidur di dalam kereta yang diparkir di tengah panas.

4. Tahniah pasangan di-raja Britain, Kate-William atas kelahiran bayi lelaki pewaris takhta. Sempoi saja tangkap gambar depan hospital. Bukan macam sesetengah selebriti yang "perasan" diva sorok kehamilan dan sorok anak.

5. Perkahwinan rahsia Ashraf Muslim & Abby Abadi bersama pasangan masing-masing. Abby kahwin dengan pemuda yang 12 tahun lebih muda..sembunyikan selama 12 hari. Ashraf Muslim kahwin dua, Izzue Islam dah selamat bernikah... Rebecca Nur Al-Islam...bila nak tutup aurat? Hehe.. Nak saman Erma Fatima apa kes??

6. Pilihan Raya Kecil Kuala Besut - status quo~ BN kekal memerintah Terengganu. Kempen 16-16 gagal. Adakah ini kegagalan hat-trick Datuk Husam Musa? Kalah Putrajaya, kalah saman, kalah PRK?

7. Sukan bola sepak. Neymar sah pemain Barcelona. Mungkin bakal beraksi menentang Harimau Malaya yang rentetan kecundang termasuk menentang pemain part-time kelab Australia dan juga kelab kedua tercorot Liga J.

8. Fatih Seferagic Tour Malaysia, Qari Al-Hafiz asal dari Bosnia dan kini menetap di Houston datang jelajah Malaysia.

9. Kes memalukan ketika temasya SUKMA melibatkan pengiring wanita yang dirogol secara beramai-ramai. Isy... ini acara baru SUKMA ke?

10. Siri episod akhir... sudah sampai kemuncaknya. Oh My English Season 2, Misiku Kuza, Kisah Cinta, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Showdown dan The Apprentice Asia.


Wajah Julai 2013 

Alvivi (Alvin & Vivian)
Minion Despicable Me 2@ McD
Paul Revington - nadi sukan hoki negar
White House Down versus Pacific Rim
Ramadhan Yang Hilang versus Wind Chimes in A Bakery versus Autumn di Hatiku
New Village versus Zombie Jaya (senasib?)
Elecoldxhot juara Showdown 2013
Nicholas Fung golfer
Soo Teck Zhi, LCW in the making?
Andy Murray, finally...won Wimbledon~
Mohd Farhan Abu Bakar, next Khairul Fahmi?
Jonathan Yabut, the first Apprentice Asian
Wan Sakinah
Hussain Ahmad Najadi
SK Seri Pristana

No comments:

Post a Comment