Pernah tengok permainan Spontan? Salah satu disiplinnya ialah permainan "soal-menyoal". Soalan akan dijawab dengan pertanyaan.
Secara kebetulan, pendekatan pengamal pusat sains/muzium sains berpandukan pertanyaan atau istilahnya inquiry-based learning. Pengunjung atau pelawat tak akan disuap sebulat-bulatnya, sebaliknya harus berfikir juga melalui aktiviti hands-on.
Jika kita ditanya kembali dengan soalan yang lebih mencabar dan bernas, maka itulah namanya konstruktivisme.
Namun, adakalanya, soalan-soalan yang diajukan agak menjengkelkan.. Contohnya seperti budak Aca ni. Kalau dia ni masuk sebagai pelawat.. memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Inilah inquiry-based tahap tertinggi. Benarlah pepatah Inggeris, curiosity kills the cat. Adakalanya kita tak perlu banyak bunyi... tak payah banyak soal. Nanti beginilah hasilnya :
TAPI... ingat tak iklan burung Murai?? Sabar dan tabah si ayah melayan karenah si anak. Tetapi anak belum tentu lagi setabah ayahnya. TT juga punya anak kecil.. sudah petah... dan pastinya banyak tanya juga seperti Walidnya yang aplikasi inquiry-based learning.
Maka, bertabahlah... dan kesabaran manusia juga ada hadnya. Layan sajalah selagi termampu. Cuba tengok contoh berikut :
Dan ini dia juara yang menjaga hati Aca.. Enot ;
Bak kata Wan Kaswi Hantu Kak Limah... sabor ajelah~
No comments:
Post a Comment