Hebahan

Friday, February 1, 2013

CDC Januari 2013

Oh Malaysiaku..

Tanah tumpahnya darahku..

Apa sudah jadi dengan negaraku??

Pemimpin bertelingkah..
Rakyat berbalah..
Ahli sukan bergaduh..
Selebriti bermusuh..

Semua perkara mahu dipertikai
Segenap peristiwa mahu disalahkan
Setiap kejadian hanya punca perbalahan
Kesemua benda tak kena di mata 

Berhenti bertelagah ketua-ketuaku
Usah berperang lagi negara-negara maju bersekutu
Tamatkan kisah gundah bernanah
Akhiri kemarau keamanan untuk ummah

Kalimah Allah... .. Ada selebriti boleh hina agama Islam, dan semudah itu memohon maaf setelah banyak hati terguris & terluka. Dalam masa yang sama turut mengheret isu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha yang digugurkan menjadi anggota Majlis Syura Ulama' PAS.

Selamatkah berada di Malaysia?? Kalau terbaca berita kanak-kanak kena culik.. Hilang.. Maut.. Juga disebabkan kecuaian seperti terjatuh balkoni..

Selepas Apek selamat.. menikah.. tumpuan beralih ke arah Nazmi Faiz terlibat dengan kisah trilogi cinta Tg. Fella-Aidil (nafikan..dan Nazmi mohon maf).. Safiq Rahim digossip bercinta dengan Zandra Aziela (pemain boling yang dikatakan bekas kekasih Anuar Zain?)..Safee Sali, Wan Zack Haikal dan lain-lain.

Bola.. Liga Super..Profesional kah? Jika ada satu kuasa veto digunakan. Contohnya jika mahu menukar venue perlawanan bola sepak, bawa askar sebab takut terancam keselamatan (biarpun dalam negara sendiri).. Mutu pengadilan yang meragukan... Selangor-ATM

Jurugambar nak publisiti?? Artis nak privasi.. Walaupun..Isu ciplak menciplak. Gara-gara tersebarnya gambar pra-perkahwinan Liyana Jasmay yang dikatakan kurang sesuai memandangkan ikatan belum sah, di samping jurufoto terkenal Saifulnang yang mahu sedikit publisiti tetapi tidak diendah BH

Apa lagi yang hangat CDC Januari 2013 ini?

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 

AJL - Tahniah Yuna + Aizat(fenomena mug merah & misai).. terpalit kontroversi Uji Rasyid kerana terpaksa tarik diri & dapat tawaran David Foster untuk rakam album baru

Isu amanat Haji Hadi - pandangan Presiden ISMA??

Liga Super Malaysia bermula - campur tangan institusi di-raja serta mutu pengadilan dipertikaikan, Fauzi Roslan menyerlah

Krisis air di Selangor.. usaha terdesak BN nak rampas Selangor ke? Pulangkan Royalti hak rakyat Kelantan dulu sebelum sibuk nak berjanji 7 perkara ajaib di dunia

Lionel Messi - rangkul Ballon d'or kali ke-4 berturut-turut

Ask Lara tercalon di International Emmy Kids Awards

Zarina Anjoulie Lavocah kantoi dadah

Kembali ke sekolah.. bagaimana anak-anak ke Tadika atau Darjah 1 ya


Wajah Januari 2013

Listen 11 x - Sharifah Zohra Jabeen versus KS Bawani

Astro Arena - Hafizal Hamad (terima kasih...terima kasih...terima kasih)

Demba Ba - Mario Balotelli - Nacho Monreal  January transfer mode~

William Yau - kanak-kanak hilang dijumpai mati

Pelapis bintang bola sepak; Nazmi Faiz (tak ambil SPM lagi) - Aidil Zafuan - Tengku Fella (sore lagi mek Klate) & budak Kelantan, Suffian Mat aka Messi Malaysia yang tak bersekolah

Takziah - Kanang Anak Langkau, Datuk Eddy Choong 

WAGS Malaysia, Shahrul Aisha (isteri Mat Yo) hina Tan Sri Annuar Musa dengan gelaran anjing. Hanj sangat!

UiTM Lendu, Melaka trending gara-gara kisah keras

Taufan Sonamu landa Pantai Timur


No comments:

Post a Comment