Hebahan

Wednesday, September 26, 2012

Kaya? Atau kayap?

Ini adalah senarai orang paling kaya di Malaysia untuk tahun 2012 yang telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset syarikat individu terkaya di Malaysia pada 20 Januari 2012. Melalui biografi setiap individu yang paling kaya di Malaysia ini, kekayaan yang mereka pada hari ini adalah berdasarkan titik peluh dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kegagalan.

Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan hasil kekayaan RM45.7 billion manakala Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan hasil kekayaan yang semakin bertambah. Tan Sri Syed Mukhtar Albukhary adalah orang melayu terkaya di Malaysia masih kekal dengan kedudukan tempat pertama di kalangan orang Melayu.
Senarai 20 Orang Paling Kaya Di Malaysia 2012.

1.     Robert Kuok Hock Nien     (RM Billion) 45.700 -     Kerry Group/Kuok Group
2.     T Ananda Krishnan     (RM Billion) 42.998 -     Usaha Tegas
3.     Tan Sri Teh Hong Piow     (RM Billion) 12.642 -     Public Bank
4.     Tan Sri Lee Shin Cheng     (RM Billion) 11.356 -     IOI Group
5.     Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary     (RM Billion) 9.530 -     Albukhary Foundation
6.     Tan Sri Quek Leng Chan     (RM Billion) 8.002 -     Hong Leong Malaysia
7.     Tan Sri Lim Kok Thay     (RM Billion) 7.585 -     Genting Group
8.     Puan Sri Lee Kim Hua     (RM Billion) 6.588 -     Genting Group
9.     Tan Sri Tiong Hiew King     (RM Billion) 6.411 -     Rimbunan Hijau
10.     Ong Beng Seng     (RM Billion) 4.919 -     Hotel Properties Ltd
11.     Tan Sri Azman Hashim     (RM Billion) 3.470 -     Arab-Malaysian Corp
12.     Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun     (RM Billion) 2.541 -     Berjaya Group
13.     Datuk Mokhzani Mahathir     (RM Billion) 1.937 -     Kencana Petroleum
14.     Datuk Lee Yeow Chor     (RM Billion) 1.787 -     IOI Group
15.     Tan Sri Tony Fernandes     (RM Billion) 1.772 -     AirAsia
16.     Lee Yeow Seng     (RM Billion) 1.746 -     IOI Group
17.     Tan Sri Lau Cho Kun     (RM Billion) 1.721 -     Hap Seng Consolidated
18.     Tan Sri Yeoh Tiong Lay     (RM Billion) 1.711 -     YTL Group
19.     Tan Sri Lee Oi Hian     (RM Billion) 1.589 -     Batu Kawan
20.     Datuk Lee Hau Hian     (RM Billion) 1.586 -     Batu Kawan

Sumber


Jom kita bandingkan dengan orang paling kaya di negara Amerika Syarikat (AS) pula. Mengikut senarai dikeluarkan oleh majalah Forbes, purata harta orang kaya dianggarkan AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion). 

Berikut 10 orang paling kaya di AS:

1. Bill Gates, pengasas dan pengerusi  Microsoft (AS$66 bilion)
2. Warren Buffett, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Berkshire Hathaway (AS$46 bilion)
3. Larry Ellison, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif (AS$41 bilion)
4. Charles Koch, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)
5. David Koch, Pemilik bersama dan Naib Presiden Eksekutif Koch Industries (AS$31 bilion)
6. Christy Walton & Keluarga, pewaris harta Walmart (AS$27.9 bilion)
7. Jim Walton, pewaris harta Walmar dan Pengerusi Arvest Bank (AS$26.8 bilion)
8. Alice Walton, pewaris harta Walmart (AS$26.3 bilion)
9. S Robson Walton, pewaris Walmart (AS$26.1 bilion)
10.Michael Bloomberg, pengasas dan pemilik utama Bloomberg LP (AS$25 bilion)

Sumber

Apa motif TT buat entri ini?? Bekerjalah umpama hidup ini lama..dan beramallah umpama esok sudah tiada. Hidup bukan segalanya pasal duit. Tapi semuanya perlukan duit. Betul tak?? Jangan tipu~ Jadi anda pilih.. Mahu jadi kaya dan boleh beramal.. atau kayap kewangan?

Tuesday, September 25, 2012

World's Best Airports 2012 - Top 20 by Skytrax




Then try to compare with this video (1) & (2)

Separuh Akhir Muzik-Muzik 27/ Anugerah Juara Lagu (AJL 27)

Sedikit masa lagi pihak TV3 akan mengumumkan 30 lagu yang layak ke AJL 27 berdasarkan mata dari undian peminat-peminat Muzik-Muzik. 30 lagu mengikut populariti yang bertahan lama akan didahulukan.

Dan kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi Muzik-Muzik 27 akan berlabuh. Berikut senarai mengikut susunan sehingga 19hb. September 2012 yang di perolehi daripada beberapa website, lagu-lagu di bawah berpotensi menjadi semi finalis MM27:


1.Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor
2.Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar
3.Aku Datang - Tomok
4.Tapi Bagaimana - Spider
 5.Watak - Hafiz
6.Jerrypah - Aizat
7.Terlalu Mencintaimu - Suki
8.Terukir Di Bintang - Yuna
9.Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

10.Simetri - Hazama & Amy Search
11.Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat
12.Patah Seribu - Shila Amzah
13.Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram & Sleeq
14.Tanpamu - Amir Jahari

 15.Mesti Ada Cinta - Akim & Fiq
16.Angkasa - Diandra Arjunaidi
17.Ombak Rindu - Adira & Hafiz

18. Idola - Azlan & The Typewriter
19.Lagu - Bedroom Sanctuary
20.Tiba - Mafa
21.Pencinta Terbaik - Sofaz
22.Cerita Dia - Drama
23.Carta Hati - Najwa Latif
24.Harapan - Hyper Act
 25.Kasanova - Stacy
26.Beginilah Caranya - Shaheizy Sam & Yana Samsudin
27.Hatimu Milikku - Nera
28.Sakura - Adira
29.Pelangi Senja - Stacy
30.Kemarau - VIP

Yang diBOLD merupakan pilihan TT. Dan 5 lagu berikut bersaing sengit dan berpotensi menjadi juara (yang pasti penyanyi wanita antara Shila Amzah, Yuna atau Suki):


Terukir Di Bintang, Patah Seribu, Terlalu Mencintaimu, Sesaat Kau Datang, Anak Kampung

Vokal - Shila Amzah, Yuna, Suki

Apa-apa pun.. 2 lagu paling meletup daripada Najwa Latif (Kosong & Untuk Dia bersama Sleeq) tak masuk carta lagi

Lagu yang menarik..terlepas pandang! - Semua Isi Hatimu (3 Suara), Majnun (Hazama), Penerang Hati (6ixth Sense ft. Sujana), Sesal Mendua (Klangit), Aku Yang Berdosa (Shahir), Aku Suka Dia (Ainan  Tasneem), Kuakui - Hafiz

Faizal Tahir (FT) telah mengumumkan penarikan diri daripada menyertai AJL kali ini

Pengacara - Tolonglah bagi peluang kepada Linda Onn... Tak payah lagi Chad & Faiz yang mengacara Muzik-Muzik sekarang!

LATEST UPDATE (31 Okt. 2012)

4 lagu yang tersingkir..

Carta Hati - Najwa Latif (Nak SPM kan budak ni..)
Hatimu Milikku - Nera
Kemarau - VIP
Tiba - Mafa

Dan diganti oleh lagu berikut;

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem
Majnun - Hazama
Teman Pengganti - Malique ft. Black
Kuakui - Hafiz

Dan.. Sam & Yana takkan nyanyikan lagu Begini Caranya.. Ajai & Marsha khabarnya akan menjadi penyanyi gantian.

LATEST UPDATE (25 NOVEMBER) Klik sini untuk mengetahui kesemua 12 finalis AJL 27.

Monday, September 24, 2012

10 LANGKAH-LANGKAH KALAU NAK BUAT DOSA...


Peringatan untuk diri sendiri & saudara seagamaku...

10 LANGKAH-LANGKAH KALAU NAK BUAT DOSA...


1. Ingat MATI. Bayangkan kita mati sebelum melakukan dosa tersebut. Bayangkan kita mati selepas melakukan dosa, tak sempat nak bertaubat. DAN.. bayangkan kita mati sewaktu melakukan dosa dalam keadaan mengaibkan!


2. Ingat ALLAH! Siapa ALLAH? Dah tak kenal tuhan sendiri? Cuba bayangkan kita di pejabat/sekolah dan kantoi depan CEO/Bos/Pengetua tengah ponteng! Playing truant yeah?


3. Pastikan LINE CLEAR! Tengok kiri, kanan (ada orang nampak ke tak) termasuk bahagian atas dan bawah. Kot-kot ada CCTV tak pasal-pasal kantoi. Betul ke takde orang nampak?? CCTV Allah.. malaikat Raqib & Atid sentiasa mencatat amalan kita..Maka kalau nak buat dosa, cari tempat yang ALLAH tak nampak


4. Jangan guna nikmat yang Allah bagi. Jangan guna mata, jangan guna tangan, kaki yang Allah pinjamkan. Gunakan akal untuk berfikir..cara paling "kreatif" nak buat dosa. Sebab..ingatlah..di padang mahsyar nanti, mulut kita terkunci..tetapi tangan akan bercakap, kaki akan menjadi saksi apa yang kita lakukan.


5. ISTIGHFAR...sempat ke kita nak bertaubat dengan dosa yang semakin menimbun. Muhasabah diri sejenak.Cuba bayangkan dosa & pahala umpama duit. Cuba cek dompet kita..ada berapa hengget nak bayar denda/kompaun misal kata terkantoi. Ada tak duit nak bayar denda minimum RM 5K? Ke sanggup masuk penjara?


6. Laungkan AZAN. Moga syaitan yang menghasut lari bertempiaran. Cuba lengahkan buat dosa. Tangguh sekejap nak buat jahat. Bagi rasa malas! Malas nak buat dosa..sebab malas nak buat amal kebajikan.


7. Fikirkan KANTOI. Memang silap langkah. Bukan malu diri sendiri saja. Ahli keluarga turut mendapat malu.Glamor..dan popular sebab yang bukan-bukan.. Nanti rimas dengan soalan cepumas wartawan sebab diri terlebih popular.


8. Ingat orang TERSAYANG. Senaraikan satu persatu. Biar terimbas sejenak di minda kita wajah-wajah yang kita sayang. Mula dari ibu, bapa, pasangan & zuriat (kalau dah kahwin), adik-beradik, ipar duai, mertua. Bayangkan betapa malasnya nak memberi alasan. Penat nak menjawab dan bercerita. Publisiti murahan uols.


9. Tengok IC.. Ada tertera perkataan ISLAM! Agama kita..pegangan hidup kita sampai bila-bila. Kita bukan jadi part-time Muslim. Bila nak masuk syurga mengaku Muslim...bila nak buat dosa sanggup mengaku non-Muslim ke??


10. Kalau nak sangat buat dosa..eh, kalau nak sangat jadi ahli neraka..cuba ambil lighter. Hidupkan api! Bakar sikit hujung jari. Panas tak?? Ingatlah...kalau kita masuk neraka, apinya lebih panas berkali ganda berbanding api di atas muka bumi.


Sebagai penutup, terimalah.. lagu dendangan Shahir, Aku Yang Berdosa untuk dihayati bersama

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu


Saturday, September 22, 2012

Timbul-Tenggelam



Ada !
Ada 2 T?
Oh.. adik-beradik..
Timbul dan Tenggelam..
Putih dan hitam

Ada 2 watak.. 2 kisah
Tenggelam tak kisah
Tapi memang kisah Timbul
Muncul gara-gara mulut terpacul
Maka semua orang menyusul

Mereka nak tahu
Dia orang ambil peduli
Walaupun kisah itu mengaibkan
Apa mereka kisah
Janji kisah itu laku

Boleh jadi modal nak menjual
Kalau kisah Timbul boleh jual
Pasti laris umpama pisang goreng
Sepanas-panas pisang goreng..
Panas lagi kisah Timbul


Tukang jaja cerita bukan Tenggelam
Tapi dialah penyebab segalanya
Punca keretakan...punca perpecahan
Tenggelam punca..
Timbullah dusta

Dusta dan nista
Itulah penangan lidah
Biar tidak bertulang
Tajamnya menikam
Kendatipun pedang tajam

Luka kerana pedang
Pasti kan sembuh
Luka akibat lidah 
Cuma mengundang musibah
Kesannya mendalam

Belum hilang parut yang lama
Datang pula luka yang baru
Baru mahu sembuh
Makin lama kian resah mengeluh
Tiada guna bermandi peluh

Tenggelam ghaib.. hilangkan diri
Setelah membuat onar
Menguji definisi sabar
Menterjemahkan makna benar 
Biarpun pahit Timbul semangat berkobar



Salahnya Tenggelam penakut
Terkebil-kebil menentang bayang sendiri
Timbul berani atas kebenaran
Kebenaran yang tidak bersistem
Kecundang kepada kebatilan yang tersusun

Jernihkan keadaan ini sebelum lewat, Tenggelam
Usah menangguk di air keruh
Usah selindungkan tangan setelah melempar batu
Kuman seberang laut boleh nampak, arakian gajah depan mata
Sembunyikan bangkai gajah manakan upaya

Maka Timbul terpaksa rela
Mengalah sambil mengamuk
Nada merajuk tak mahu dipujuk
Petualang sungguh Tenggelam
Adakah ini namanya dendam?

Untung sabut... Timbul! Untung batu... Tenggelam!
Hati Tenggelam hitam legam. Keras macam batu
Jiwa Timbul sayu.. bersabit sabut yang amat serabut
Rugi bercerai-berai.. Tak untung terpisah laut
Timbul muncul mengalah dan rebah

Air yang dicincang takkan putus
Carik-carik bulu ayam.. lama kelamaan bercantum
Menguntum kembali bungan kemesraan
Biduk berlalu.. kiambang bertaut
Air tidak selikat titisan darah yang menitis

Menitislah air mata darah sekalipun
Yang berlalu biarkan berlalu
Sudah! Cukup cukup sudah
Usah dikenang kisah yang gundah
Kalah jadi abu...menang jadi arang

Jangan menoleh hari kelmarin..
Kalihkan pandangan agar beralih
Lekas berpaling ke hadapan
Tanpa semalam yang pahit
Tiadalah manis haari esok


Wah, inikah kisah epik?
Bukan kisah klasik?
Kisah dua beradik..
Bergaduh.. berbaik
Tenggelam timbul

Habil & Qabil
Tuah & Jebat
Bawang Putih.. Bawang Merah
Azwan & Azmin
Timbul & Tenggelam


p/s: Boleh tahan juga pergaduhan Jie & Seha dalam Trilogi Cinta 2

Saturday, September 15, 2012

LLJ September 2012

15 lagu baru yang menjadi pilihan TT bulan ini :

Shahanshah - Dejavu
6ixth Sense - Damai Yang Hilang
Estranged - Nyata
Wanna - Lepaskan
Sharifah Zarina - Memandang Awan
Nazim Othman - Langit Menangis
Imran Ajmain - Dikalung Kasihan
Tengku Adil - Babak Cinta
Alyah - Kau Yang Terindah
Ayu Damit - Flora Cinta
Najwa Latif - Ada-Mu
Hujan - Rumah Kita
Soo Winci - Terus Teranglah ft. Joe Flizzow
Fazley - Jaga-jaga ft. Altimet
6ixth Sense - Rasulallah

Monday, September 10, 2012

Bukan ini jalannya...


Hidup ini..
Pernah kutersesat...
Leka kerna maksiat
Dosa makin likat..
Terus ligat..
Liat!

Hidupku..
Aku yang tentukan
Bukan soal kiri kanan
Biarpun silap jalan
Tersalah haluan
Hairan!

Hidupmu
Aku tak pernah tahu
Dan tak minat nak tahu
Maka tak perlu tahu
Biarpun adakalanya perlu tahu
Tanpa sebab tahu menahu
Agar semua orang tahu

Hidup mereka
Mereka yang reka
Rekaan bukan sebarang cipta
Hak cipta jelas terpelihara
Milik yang Maha Esa
Tak kira hidupku, hidupmu mahupun hidup mereka

Jauh
Nun di sana
Seluas saujana
Pilihan yang ada di depan mata
Boleh merayap, merebak, melata
Mengembara ke ufuk angkasa

Bukan ini jalannya
Terpesong.. tersesat jauh entah ke mana
Mana perginya pegangan agama?
Bukan ini yang sepatutnya
Semenjak kembara bermula
Yang telah terjadi akasnya

Dosa merencatkan..
Membataskan pergerakan
Adakah tersalah pilihan
Perlukah berpatah harapan
Kelak hati yang rawan
Mahu kembali ke pangkal jalan

Sesal tiada kesudahan
Sesat hilang tujuan
Sebal sama impian
Sudahnya kita ada satu jalan
Biarpun dari pepenjuru mana kita mulakan
Kematian!

September 10, 2012 ; 12:43 am



Layankan.. Menjemputmu pulang... dendangan band The Vella!

Tuesday, September 4, 2012

PM Singapura fasih berbahasa Melayu?

Sudah dengar ucapan beliau sempena Hari Raya Aidilfitri?? Satu perkataan saja. Salut & respek. Ucapan yang lancar..tidak tersekat-sekat & nampak keikhlasannya. Bukan mahu puji lebih-lebih cuma rasa ralat sebab selama ini kita dimomokkan bahawa orang Melayu Islam Singapura tertindas.

Agak kontra dengan ucapan PM Lee ini (sampai menggalakkan penambahan ahli keluarga). Ucapan 12 minit memang tak mampu menterjemahkan apa yang berlaku selama 12 tahun di Singapura namun ucapannya cukup meyakinkan bukan? Syabas!

Berapa ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa kebangsaan, bahasa rasmi Malaysia terutama pak Menteri? Tak kiralah orang Cina ke India hatta orang Melayu sendiri sekalipun...

TT : DS Ir. Nizar fasih 3 bahasa (melayu,cina & tamil)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 2, 2012

Kumpulan maut~

INI DIA.. permainan di atas padang yang sama rata. Siapa yang untung sabut.. timbul. Dan siapa yang untung sabit.. tenggelam tak muncul-muncul. Jika Euro 2012 kita menyaksikan Belanda tersingkir biarpun menyerlah di peringkat kelayakan.

Sebab apa? Sebab kumpulan "maut" bersama dengan Denmark, Portugal & Jerman! Piala Malaysia edisi 2012 pula menyaksikan juara Liga Super, Kelantan bersama ATM, juara Liga Perdana, dan juga pasukan hebat Kedah bersama Terengganu. Dan kedudukan buat masa kini amat sengit!

Kini... giliran penentuan kumpulan kejohanan bola sepak EUFA (Champians League) menyaksikan Real Madrid, Manchester City, Ajax & Borussia Dortmund dalam satu kumpulan! Inilah namanya... buku bertemu ruas!

Bagaimana dengan nasib kumpulan lain?? Lihat saja jawapan di bawah ini.


Saturday, September 1, 2012

Samsung versus Apple?

The winner is Nokia. Ahaks!  Inilah kebenarannya..walaupun jualan Nokia merudum,tapi ramai guna henfon Nokia sebagai nombor kedua!



Published with Blogger-droid v2.0.6

CDC Ogos 2012

Kali ni TT cuba buat edisi CDC paling ringkas dalam sejarah penulisan TT. Berikut 10 berita hangat untuk anda Google sendiri (cari sendiri kesahihannya):

1) BAFIA & 114A
2) Merdeka 55 -  Janji ditepati - Janji Demokrasi
3) Qaryah Ramadhan - Qiam with Me
4) Samsung versus Apple
5) Olimpik London 2012 - 1 Perak, 1 Gangsa
6) BPL bermula - Transfer just end. RVP officially joined MU
7) Piala Malaysia 2012 bermula
8) Ustaz Don kahwin
9) Kematian Neil Armstrong
10) Community Shield - Manchester City

Ekstra trivia : 12 Nama individu/program/produk yang "meletop" Ogos 2012 (ala-ala klu kepada Wajah 2012)

1) Oppa Gangnam Style!
2) Baskin Robbins
3) Pandalela Rinong & Johari Pain - janji dikerati
4) Nur Feetri - sore eyes MC
5) Syafiq Yusof - SAM
6) Ismail Faruqi & Muslim Ahmad
7) 7 Ramadhan
8) Eden Hazard
9) Afiq Azmi
10) Rafizi Ramli
11) www.9gag.com.my
12) IM Jabar

TT - Ini adalah eksperimen/percubaan TT membuat laporan berita ala-ala Tweet or micro blogging! Maka tiada gambar menarik okay! Kalau suka kaedah sebegini.. insya allah akan diaplikasi entri Crta Darjah Celcius (CDC) akan datang! Adios amigos~